Banyak cara untuk kucing anda kekal sihat dalam hayatnya. Ini antara tips rahsianya.

Haiwan kucing Viral

Kucing kelihatan seperti haiwan peliharaan yang low-maintenance sehingga kita merasakan jika betul kita sudah lakukan yang terbaik untuk kekalkan mereka gembira dan sihat. Ada lagi ke perkara yang perlu dilakukan untuk memperkuatkan hidup kucing kita? Dengan informasi dari WebMD, PetMD, Health, dan WikiHow, berikut merupakan 9 tips-tips untuk membantu kucing kita hidup lebih lama dan sihat.

1. Indoorkan kucing kita

Sememangnya kucing indoor lebih selamat dari bahaya dunia luar berbanding kucing yang dibiarkan bebas berkeliaran. Tetapi bagi MM, disebabkan kucing adalah haiwan yang bersifat sukakan kebebasan tiada salahnya anda luangkan masa sekejap untuk biarkan kucing-kucing menikmati dunia luar dengan pemantauannya. Kucing yang meluangkan masa di dunia luar mempunyai jangka hayat selama 2-5 tahun manakala kucing indoor boleh hidup sehingga 15 ke 20 tahun.

2. Kasi dan mandulkan kucing kita

Kucing yang tidak dimandulkan akan sering cuba keluar dari rumah untuk meng4wan. Mungkin anda merasakan yang kucing anda perlu melahirkan anak terlebih dahulu sebelum dimandulkan, ketahuilah yang banyakkkkk kucing-kucing yang disuntik dan pergi begitu sahaja setiap tahun untuk mengurangkan populasi kucing-kucing di jalanan.

3. Memberus kucing kita setiap hari

Pemberusan secara harian dapat membantu mengurangkan hairball dan keguguran bulu, mengelak dari bulu kusam dan boleh meningkatkan ikatan antara anda dan kucing anda.

4. Sentiasa kekalkan kucing kita terhidrat

Pastikan kucing anda sentiasa mempunyai akses kepada air yang segar dan bersih.

5. Sediakan permainan untuk kucing kita

Kucing mudah bosan dengan permainan mereka, jadi simpan beberapa permainan dan ganti dengan permainan yang lain dari semasa ke semasa. Pastikan untuk menggalakkan kucing anda bermain dari menunggu mereka bermain sendiri. Obesiti adalah satu masalah bagi kucing sama seperti manusia jadi masa bermain sangat penting untuk memastikan kucing kita sentiasa sihat.

6. Bersihkan kotak pasir kucing kita setiap hari

Membersihkan kotak pasir secara harian dapat memberi kesan kepada kesihatan kucing kita. Anda juga dapat mengesan sebarang perubahan pada tabiat pembuangan najis atau urin kucing anda seperti air kencing yang banyak, najis cair atau ada dar4h. Semakin cepat masalah ini dapat dikesan, semakin cepat anda dapat membawa kucing anda mendapatkan rawatan.

7. Elakkan berikan kucing kita makanan manusia

Kebanyakan makanan manusia termasuklah susu tidak dapat dicernakan dengan baik oleh kucing malah ada yang toksik kepada kucing.

8. Sediakan tempat mencakar untuk kucing anda dan galakkan kucing untuk gunakannya

Tempat mencakar bukan sahaja dapat melindungi perabot anda, tapi dapat memberikan kucing anda sesuatu yang ia boleh miliki sebagai kepunyaannya dan menjadikan mereka lebih selamat di dalam kawasan jajahan mereka sendiri.

9. Perhatikan mata, telinga, gigi dan kaki

Banyak masalah kesihatan dapat dikesan dan ditemui pada kawasan ini sebelum ianya menjadi lebih serius. Dengan pemeriksaan yang kerap, anda boleh kesan yang ada sesuatu yang tak kena pada kucing anda.

10. Sentiasa bawa kucing untuk pemeriksaan kesihatan secara berkala

Bukan penting untuk manusia sahaja, pemeriksaan kesihatan secara berkala pun penting untuk kucing supaya kita sentiasa tahu tahap kesihatan kucing kita.

Sumber : WebMD, PetMD, Health, dan WikiHow

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tips Untuk Anda Yang Terpaksa Tinggalkan Si Bulus Di Rumah Dalam Jangka Masa Lama. Ini Yang Perlu Anda Lakukan.

Biasanya bila dah tiba penghujung bulan Ramadhan ni, semua orang dah buat preparation nak balik kampung kan. Servis kereta, kumpul duit minyak and tol, dah start packing dan macam-macam lagi la. Semua dah tak sabar nak balik raya.


Tapi pada mereka yang ada bela kucing mesti pening nak tinggalkan kucing dekat rumah. Kalau sempat boleh tinggalkan dekat boarding places,tapi biasanya bila musim perayaan ni memang selalu penuh. Ini dia tips untuk sesiapa yang ingin tinggalkan kucing di rumah untuk balik beraya. Seeloknya, jangan terlalu lama. Kalau lama, make sure ada kawan yang datang tengokkan. Iday ingat lagi masa iday ada kerja dekat Pulau Perhentian and kitorang terpaksa tinggalkan Ali, Maya and Hiro dekat rumah selama 5 hari. Nasib baik Fara, kawan masa belajar dulu datang hari-hari tengokkan diorang  Tapi kelakar bila reaksi pertama kali Fara jumpa Ali, Hiro dan Maya. Comel tau.


“Aku takleh lama umah ko sbb kucing2 ko agresiv”  Hahaha, kesian Fara, nak buat macam mana, yang jaga diorang dari baby ni, nak ajar cara kucing main-main pon tak reti. Bagus kucing-kucing aku ni. Hehehehe 


Okay, sambung tips tinggalkan kucing di rumah bila balik beraya.

Auto Water Dispenser and Food Dispenser

2 benda ni wajib ada dekat rumah. Kalau tak macam mana korang nak bagi diorang makan? Nak letak banyak2? Tak boleh macam tu, kena sediakan makanan dengan cara yang proper untuk diorang. Pastikan cukup untuk selama mana korang nak tinggal diorang nanti.  Iday suka betul smart fountain untuk kucing ni. Macam nak beli satu. Hehehe

Pastikan semua pintu-tingkap ditutup

Kalau diorang keluar and hilang macam mana? So, kena berjaga-jaga. Kena pastikan semua tutup. Macam kucing iday, si Ali tu memang pandai pulas tombol pintu. Sekarang pon kitorang kena kunci. Mana entah dia belajar. Hahaha

+ Sediakan Litter Tray yang bagus dan berkualiti

Iday sekarang pakai crystal sebab tak berdebu and senang nak keluarkan diorang punya najis. cuma kena make sure every day buang and every week replace semua . So, before korang balik kampung, make sure Litter Tray diorang diganti dan bersih. Kalau boleh, sediakan extra cat litter. 

Mainan!

Kucing ni banyak main sebenarnya, so bila korang tinggal diorang, make sure ada mainan so diorang takkan bosan. Banyak je ada jual dekat pet store or online website. Kuat main diorang ni, Hehehe Nanti nak belikan diorang mainan-mainan ni. Mesti diorang suka. Bukan apa, bila korang tinggal dekat rumah, macam pergi kerja ke, sure diorang bosan.

Iday dah kongsi 4 tips paling penting. Korang pon boleh check tips-tips lain dekat blog Catswonderland ni, korang pon boleh taw macam-macam tips untuk penjagaan kucing korang.

Sumber : Iday

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tular Si Bulus Ini Dah Bongkarkan Rahsia Besar Suami. Tak Sangka Suami Sorok Sesuatu Ini Pada Isteri.

Kata orang suami isteri tak seharusnya berahsia kan? Tapi, seorang lelaki baru-baru kantoi dengan isteri dia lepas rahsia dia selama ni terbongkar. Seorang wanita berkongsi di Facebook tentang kucing dia yang tanpa sengaja dah membongkar rahsia suami dia. Kata Bow Kanuengnuch, dia telah menemui satu kotak yang penuh dengan duit dalam rumah dia.

Kotak itu sebenarnya adalah milik suami Bow yang selama ini merahsiakan duit simpanan tu daripada dia. Ramai warganet rasa cerita yang dikongsi Bow ni kelakar dan mereka tak dapat bayangkan reaksi suami dia bila dapat tahu dah kantoi. Kucing saya lompat dekat bahagian atas kabinet dan tolak kotak yang suami saya sorokkan di situ.”

Bila kotak dah jatuh habis terbuka dan berterabur semua duit dalam tu. Masa tu, barulah Bow dapat tahu pasal rahsia suami dia. Menurutnya, sebelum ni bila dia minta dekat suami duit untuk perbelanjaan rumah, suami dia akan cakap dia tak ada cash. Lepas dia kira kesemuanya, kotak tu mengandungi duit berjumlah 2,000 Baht (RM272). Warganet rata-rata sempat melawak cakap that lepas ni dorang pun nak bela kucing dekat rumah, so mana tahu ada rahsia pasangan dorang yang akan terbongkar!

Sumber : Mstar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *