Rahsia 3 ekor bulusnya terbongkar ketika musim PKP. Tak sangka si bulusnya boleh buat perkara ini pula.

Haiwan kucing Viral

Perlu diakui, bekerja dari rumah (WFH) bukan sesuatu yang mudah, terutama bagi mereka yang mempunyai anak kecil dan haiwan peliharaan. Ya, haiwan peliharaan. Kedengarannya agak remeh tetapi melihat daripada perkongsian warganet, pencinta haiwan di laman sosial Facebook dan Twitter, satu persamaan yang boleh disimpulkan ialah, masing-masing ‘bergelut’ antara menyiapkan tugasan dan melayan kerenah kucing atau anjing peliharaan mereka.

Memasuki hari ke-24 pelaksanaan PKP, sudah tentu pemilik haiwan kesayangan ini mempunyai pelbagai pengalaman dan kejadian melucukan malah kadang-kadang ‘menguji kesabaran’ mereka dengan haiwan peliharaan, terutama yang terpaksa bekerja dari rumah (WFH). Bagi pereka hiasan dalaman, Intan Suhaiza Razak, 35, banyak perkara ‘rahsia’ yang dilakukan oleh kucingnya, ‘terbongkar’ sejak rutin hariannya berubah apabila perlu bekerja dari rumah bermula 18 Mac lepas.

“Baru kini saya kenal perangai tiga anak bulu peliharaan saya. Sebelum ini, tempoh masa saya luangkan dengan mereka hanya beberapa jam sehari. Ini dah sehari semalam, berhari-hari mengadap, satu persatu perangai mereka saya nampak sendiri. Paling mengejutkan, mereka mampu membuka pili air di sinki dapur dan akan bermain air di situ. Memang mengejutkan,” katanya.

Turut berkongsi pengalaman, Amirul Iqbal Razali, 30, mengakui terlalu banyak ‘dugaan’ yang menguji kesabarannya sepanjang bekerja dari rumah gara-gara kucing peliharaannya. “Saya ada tiga ekor dan semuanya seolah-olah mahu perhatian lebih daripada saya sejak saya bekerja dari rumah. Tiap kali saya menghadap komputer untuk melakukan kerja pejabat, mesti akan datang mengacau. Masa itulah ada yang nak duduk atas riba, ada nak ajak bermain dan paling ‘pelik’, minta makan sedangkan sebelum itu saya dah siapkan semuanya. Itu belum lagi tempat kerja saya, dibuat tempat tidur mereka,” kata pegawai audit itu.

Bagi pengamal media, Muhamad Saufee Rosman pula, kucing peliharaannya yang dipanggil Ethan pula seolah seronok apabila beliau dan rakan serumah yang lain, ‘terkurung’ bersamanya sepanjang PKP ini. “Manja Ethan macam luar biasa, mungkin sebab seronok kami ada di rumah memandangkan sebelum ini, asyik kena tinggal. Asyik nak ‘menyendeng’, tak kira masa,” katanya. Pun begitu, gelagat Ethan yang terlebih manja itu langsung tidak mengganggu malah keberadaan si comel berwarna oren dan putih itu berjaya mengurangkan tekanan saat terperuk seharian di dalam rumah.

“Kuranglah sikit rasa bosan. Walaupun ada ketikanya agak mengganggu semasa buat kerja, tapi lagi sunyi kalau dia tak ada,” katanya. Biarpun apa jua gelagat dan pengalaman yang ditempuhi bersama kucing peliharaan sepanjang PKP ini, pastinya pengesahan dari Kementerian Kesihatan (KKM) yang haiwan peliharaan bukanlah penyebar virus COVID-19, sesuatu yang melegakan. Memang bimbang juga masa awal-awal wabak ini berlaku tetapi selepas KKM beri pengesahan yang masyarakat tidak perlu bimbang dan pemilik pula tidak perlu membawa haiwan peliharaan mereka menjalani ujian pengesanan virus COVID-19 buat masa ini, ia sangat melegakan,” kata Nurana Mukhriz, 28.

Bertugas dalam bidang teknologi maklumat, beliau menjelaskan tidak dapat membayangkan jika terpaksa berpisah dengan dua ekor kucing yang dipeliharanya sejak lima tahun lalu. “Walaupun ‘Adik’ dan ‘Che Yam’ hanya kucing kampung, merekalah peneman saya yang tinggal seorang diri. Bercakap dengan Adik dan Che Yam, sedikit sebanyak mengurangkan tekanan dan kesunyian saya sepanjang PKP ini,” katanya.

Sumber : Bernama

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Pandai Pula Luna Merajuk Dengan Pemiliknya. Rupanya Sebabkan Kelakuannya Ini Dia Menjadi Takut.

Kalau perasan, kucing adalah antara jenis haiwan peliharaan yang semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat kita selain ikan, anjing, atau hamster. Pada awalnya tidak dinafikan agak susah untuk melatih mereka agar selesa dengan persekitaran di tempat tinggal yang baru kerana tahap insecurity agak tinggi. Tapi bila sekali dah ‘melekat’, merekalah antara sahabat setia yang selalu bermain dan menemani tuan masing-masing.

Hangat tular di laman Twitter baru-baru ini, reaksi merajuk ‘Si Bulus’ yang bernama Luna ini telah menjadi perhatian ramai ketika mahu dibawa keluar daripada pet carrier. Video tersebut telah mendapat lebih 320 ribu tontonan dan 32 ribu retweets sejak dimuat naik oleh tuannya semalam, iaitu gadis yang dikenali sebagai Alia Natasha. Dia ni memang clingy habis.

Menurut gadis tersebut, kucingnya itu berkelakuan seperti itu kerana takut untuk dihantar ke sebuah ‘hotel kucing’ kerana keluarganya mahu melancong ke suatu tempat. Dia juga tidak menafikan bahawa Luna merupakan seekor kucing yang sangat manja dan pemalu, lebih-lebih lagi apabila bersemuka dengan orang yang tidak dikenali.

Di sebalik ketakutannya yang jelas terlihat dalam video itu, Alia memaklumkan bahawa kucing baka Mix British Short Hair tersebut kini dalam keadaan yang baik-baik sahaja. Video itu turut dibanjiri oleh komen para warganet yang terhibur dan geram melihat telatah Luna.

Sumber: IG & Twitter aliamelorr

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Pemuda Peguam Ini Bela Nasib Kucing Terbiar. Sampai Rela Rumah Jadi Pusat Transit.

Perkongsian Firdaush di Twitter yang menceritakan tindakan ‘comel’ anak-anak jirannya mengundang perhatian, sehingga ia meraih lebih 9,000 retweet di samping dihujani komen warganet. Tidak semua orang mampu menjaga dan melayan kucing terbiar seperti haiwan peliharaan sendiri.

Tambahan pula jika kucing berkenaan kotor, sakit ataupun kurang upaya, pasti hati berkira-kira samada mahu atau tidak mengambilnya untuk dijadikan binatang peliharaan kerana memikirkan kos yang akan ditanggung. Namun tidak bagi pemuda ini yang bukan saja sanggup menjadikan rumahnya sebagai pusat persinggahan kucing-kucing terbiar, malah turut menanggung kos rawatan haiwan manja itu. Pemuda yang hanya mahu dikenali sebagai Firdaush ini berkata, segalanya bermula beberapa bulan lalu ketika dia membawa pulang seekor kucing yang dilanggar ke rumahnya untuk dirawat.

“Memandangkan saya sudah mempunyai dua kucing peliharaan sendiri di dalam rumah, jadi saya tempatkan kucing yang saya jumpa itu di luar bagi mengelakkan mereka bergaduh. Ketika itulah, beberapa orang anak jiran ternampak saya merawat kucing tersebut, mereka datang menghulurkan bantuan secara sukarela. Hari-hari mereka tolong saya, sama ada memberi makan, merawat atau membersihkannya. Mereka tahu yang saya memang suka beri makan kucing terbiar di kawasan perumahan kami, sebab itu baru-baru ini mereka hantar seekor kucing terbiar di hadapan pintu rumah saya untuk dijaga, siap ada letak lukisan gambar kucing lagi,” ujarnya ketawa kecil.

Tweet yang dikongsi Firdaush mendapat perhatian warganet.

Terdahulu, perkongsian Firdaush di Twitter yang menceritakan tindakan ‘comel’ anak-anak jirannya mengundang perhatian, sehingga ia meraih lebih 9,000 perkongsian di samping dihujani komen warganet. “Budak-budak ni memang baik. Mereka sangat ringan tulang. Jadi selain menjaga dan merawat kucing terbiar, saya sebenarnya cuba menerapkan sifat cintakan binatang dalam diri mereka. Maknanya, mereka bukan saja bantu, tetapi saya mahu mereka ‘dapat’ sesuatu daripada perbuatan mereka,” katanya. Ujar pemuda yang merupakan seorang peguam ini, kebiasaannya, kucing-kucing terbiar yang ditemui dan dibawa pulang ke rumahnya itu akan dijaga sebelum dia akan menghebahkannya di Twitter untuk mencari individu yang sudi menjaga kucing berkenaan.

Kalau individu itu nak sangat pelihara, tetapi ada masalah kewangan contohnya untuk kos pemandulan atau kos makanan, saya tidak ada masalah untuk bantu. Saya tak berkira kerana Allah kurniakan rezeki lebih, jadi saya bantu mana yang termampu.

“Saya tinggal di pangsapuri, jadi ia menyukarkan saya untuk memelihara lebih banyak kucing. Disebabkan itu, saya hebahkan agar kucing-kucing ini di adopt. Saya tidak ada masalah untuk terus bantu dari segi kos untuk penjagaan kucing ini, cuma saya perlukan tempat berteduh untuk kucing-kucing ini. Kalau individu itu nak sangat pelihara, tetapi ada masalah kewangan contohnya untuk kos pemandulan atau kos makanan, saya tidak ada masalah untuk bantu. Saya tak berkira kerana Allah kurniakan rezeki lebih, jadi saya bantu mana yang termampu,” ujarnya lagi. Sungguhpun begitu, pemuda berusia 32 tahun ini berkata, dia tidak akan sewenang-wenangnya memberikan kucing terbiar yang dijaganya itu kepada orang sembarangan, sebaliknya mereka yang berminat akan melalui proses tapisan terlebih dahulu.

Perkongsian Firdaush di Twitter mengenai kucing jagaannya yang sudah mempunyai penjaga.

“Saya akan tanya di mana dia tinggal, dengan siapa, sudah bekerja atau belajar dan sebagainya sebab saya tak mahu orang itu sekadar mahu pelihara suka-suka. Bagi saya, apabila dia ambil keputusan untuk pelihara, dia kena ada komitmen ke atas kucing itu. Tak mahulah mula-mula saja suka, lama-lama dah bosan kemudian tak mahu pelihara. Sebab itu sebelum saya serahkan kucing kepada tuan yang baharu, saya beritahu awal-awal, kalau tak mahu bela, maklumkan kepada saya kerana saya tak mahu kucing itu terbuang lagi sekali,” ujar Firdaush.

Selain itu ujar pemuda ini, dia turut membantu mana-mana individu yang mahu mencari ‘keluarga angkat’ baharu untuk kucing peliharaan mereka menggunakan platform laman media sosialnya. “Biasanya apabila saya kongsi info ini di Twitter, maklum balas yang saya dapat sungguh pantas. Baru saja saya kongsi gambar dan info kucing pada waktu pagi, menjelang petang pasti dah ada yang mahu adopt,” akhirinya.   

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *