Disebabkan keprihatinan terhadap haiwan. Satu keluarga ini tampil sediakan sesuatu ini untuk si bulus.

Haiwan kucing Viral

Memelihara haiwan jinak dan manja sudah menjadi budaya dalam masyarakat Islam sejak zaman Rasulullah SAW. Antara sahabat Baginda yang begitu cintakan haiwan jinak itu ialah Abu Hurairah yang sentiasa membawa bersamanya kucing. Maka sebab itulah sahabat Nabi ini digelar Abu Hurairah yang bermaksud bapa kucing. Sifat penyayang merupakan antara ciri-ciri peribadi Muslim sejati. Islam menekankan sikap ini bukan sahaja sesama manusia tetapi terhadap makhluk Allah SWT yang lain. Inilah juga ciri-ciri yang ada pada wanita berusia 46 tahun ini yang dikenali sebagai Janah Ruhayu Jalal yang merupakan seorang Pembantu Peribadi. Kisah keprihatinannya ini boleh dijadikan inspirasi.

“ Mak dan Abah adalah pencinta kucing. Jadi di rumah kami ada membela kucing dan kami sekeluarga sangat sayangkan haiwan. Saya juga pernah menangis sampai bengkak mata apabila kucing telah tiada sampaikan orang ingat ahli keluarga yang telah tiada. Betapa pilunya hati kalau ada antara kucing yang kami bela itu telah tiada sebab dah anggap haiwan itu sebahagian daripada keluarga kami. Setelah kedua ibu bapa telah tiada, saya memilih untuk hidup berdikari sehinggalah saya berkeluarga. Dan ketika itu juga saya tidak lagi membela kucing.

Kembali membela kucing

Sampailah suatu hari, ketika anak-anak saya masih kecil mereka terjumpa seekor anak kucing berusia lebih kurang seminggu dan matanya masih belum terbuka. Anak kucing itu berjalan sendirian dalam hujan renyai. Suaranya seakan merintih minta untuk dibela. Lantas anak-anak saya merasa sangat kasihan dan meminta kebenaran saya untuk menjaganya. Saya terpaksa membenarkan, mungkin kerana naluri keibuan yang tinggi. Saya membayangkan jika anak-anak saya sendiri yang berhadapan dengan situasi seperti anak kucing itu alangkah sedihnya.

Sejak itu terdetik di hati saya untuk kembali membela kucing setelah sekian lama tidak bebrbuat demikian. Sekarang di rumah saya membela kucing kampung dan kucing Siam mix breed pemberian rakan. Saya sendiri tak pernah membeli kucing. Rumah saya sering menjadi tempat kucing-kucing luar datang untuk menumpang makan dan minum serta minta dikasihi. Ada juga yang beranak pinak namun saya anggap mereka seperti ahli keluarga.

Atas dorongan diri sendiri serta anak-anaklah saya teruskan niat membantu haiwan-haiwan jalanan ini. Bukan sahaja kucing bahkan juga anjing. Lebih-lebih lagi sejak Perintah Kawalan Pergerkan (PKP) ni kebanyakan kedai makan tutup. Haiwan-haiwan jalanan ini tiada sumber makanan dan perlindungan.

Berhampiran rumah saya memang banyak kucing-kucing jalanan. Dan selalu nampak haiwan ini mencari makan di kedai-kedai. Begitu juga anjing. Selalunya rutin saya adalah membawa sedikit makanan kucing di dalam beg. Apabila terserempak dengan kucing-kucing di mana-mana terutama yang jalanan saya akan bagi. Namun sepanjang PKP berlangsung ni memang setiap harilah saya akan mencari dan memberi haiwan-haiwan ini makan. Rakan-rakan serta kenalan baru turut memberi sokongan moral kepada saya termasuklah sumbangan kewangan dan macam-macam lagi.

Puas membantu dan kongsi rezeki

Selain dapat berkongsi rezeki dan mendapat pahala, saya juga berpuas hati bila lihat haiwan-haiwan ini makan dan minum sekurang-kurangnya sekali sehari. Saya juga tak menyangka kerana ramai yang menyokong serta menyumbang tanpa diminta dari segi kewangan, makanan, bekas minuman dan sebagainya. Saya bersyukur dan gembira. Saya merasakan selain usaha ini ada manfaat bersama saya juga mendapat kenalan-kenalan baru yang turut sama menyumbang dengan cara sendiri. Ternyata saya tak bersendirian kerana ramai yang memberi sokongan.

Sekurang-kurangnya saya juga dapat membantu dan mewakili mereka yang tak dapat keluar untuk memberi haiwan-haiwan ini makan. Setiap hari pada pukul 5 petang saya akan keluar ke beberapa kawasan berhampiran dengan rumah yang jaraknya kurang daripada 3 kilometer untuk memberi haiwan-haiwan ini makan dan minum. Biasanya makan kibbles dan air sahaja. Tetapi kalau ada rezeki sumbangan lebih, saya akan memberikan makanan basah dalam tin.

Perancangan dan nasihat

Salah seorang anak saya mengikuti kursus pemprosesan makanan di Kolej Vokasional. Saya berhasrat untuk membuka cat cafe suatu hari nanti dan mungkin boleh menggunakan kepakaran dia untuk merumuskan resepi makanan sihat untuk haiwan-haiwan ini.

Cat cafe itu nanti akan dikelilingi dengan petting zoo untuk kucing-kucing serta haiwan-haiwan terbiar. Kami juga akan merawat dan memberi haiwan-haiwan ini secara percuma kepada sesiapa yang berhajat untuk membela dengan penuh kasih sayang dan menganggap seperti ahli keluarga mereka.

Nasihat saya, jika ada kucing-kucing yang datang meminta makanan contohnya di kedai-kedai makan janganlah ditendang atau dimaki hamun. Sedekahlah sedikit kepada kucing apa yang kita ada. Percayalah kita tak akan rugi apa-apa. Sebaliknya pahala dan keberkatan yang kita akan dapat.

Haiwan-haiwan inilah yang sentiasa berzikir dan berdoa untuk kita. Kalau tak mahu memberi makan pun janganlah sampai menzaliminya kerana ia juga makhluk Allah SWT. Sesiapa yang mahu membela kucing, tak perlu beli yang mahal dan keluarkan banyak wang. Saya sarankan ambil saja di jalanan kerana banyak yang cantik dan bersih. Dengan pemberian vaksin berkala, pemakanan yang sihat serta vitamin yang sesuai dan kasih sayang yang secukupnya kucing-kucing ini boleh menjadi manja seperti haiwan idaman kita,” akhiri Janah yang merupakan ibu kepada tiga orang anak berusia antara 20, 18 dan 17 tahun.

Kredit Foto: Facebook Janah Ruhayu Jalal

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Disebabkan Selamatkan Kucing Jalanan Sampai Keluarkan Wang Sebanyak Ini. Sekali Ini Pula Yang Dia Dapat.

Aku nak kongsi beberapa kisah manis yang terjadi dalam hidup aku sepanjang bulan 8 ni. Kisah aku bermula bila kau selamatkan stray cat/ kucing jalanan untuk bawa ke klinik, nampak dia tak sihat dan aku tak sampai hati nak biarkan. Disebabkan waktu aku nak bawa kucing tu ke klinik haiwan kerajaan dah tutup sebab dah jam 8.00 malam, jadi option yang terlintas dalam kepala aku ialah bawa ke klinik swasta.

Berdebar jugakla nak fikirkan berapala kos raw4tan yang nak kena nanti, gaji lambat lagi, tengah hujung2 bulan ni baki dalam bank pun ada ngam2 RM200. Tapi aku tawakal bawa jugak. Actually masa aku bawa kucing tu aku sendiri pun dalam keadaan tak sihat, demam baru nak kebah, tapi aku gagahkan jugak bawa motor, letak kucing dalam beg galas, rempit pi klinik.

Lepas dapatkan raw4tan dan ub4t, kos dia dalam RM160 lebih jugak. Aku tawakal terus bayar sebab aku memang niat nak kucing tu sembuh. Balik tu aku suap ub4t kat kucing, sambil aku cakap ngan dia.. Meow, kakak sebenarnya tak berapa ada duit, tapi takpela awak doa kakak murah rezeki, janji awak sihat.

Malam tu badan aku letih sangat sebab masa balik dari klinik tu hujan pulak, mujur beg kucing tu kalis air, jadi aku sahaja basah lencun, baru nak lega demam dah jadi nak demam balik. Lepas mandi, solat, makan ubat aku terus tidur. Bangun esok tu, tengok2 ada whatsapp masuk, kawan aku bank in RM180, dia kata gunala dulu sementara nak gaji.

Masa tu aku pelik eh macam mana dia tau aku tengah pokai.. Allahu terkedu aku. Pagi tu memang aku start rasa lemah badan mungkin effect kena hujan semalam, aku gagahkan bangun, bagi kucing makan ubat then aku sambung baring. Sambil2 tu aku scroll fb, nampak ada org share resepi nasi ayam kfc.. Masa tu aku cakap dalam hati sedapnya kalau dapat makan, lama dah tak makan kfc..

Nak keluar beli memang aku tak larat, food panda, grab pun tak masuk kawasan aku. Entah bila aku tak sedar aku terlena balik pastu dengar orang ketuk pintu. Rupanya jiran aku mai hantar kfc, guess what? Menu dia nasi ayam kfc sebijik macam aku teringin tadi. Ya Allah sebaknya aku rasa. Jiran aku bagitau dia singgah kfc tadi pastu teringat kat aku, tu alang2 beli sekali.

Ok selang beberapa hari, kawan aku belanja makan western, jujurnya dah lama aku teringin nak makan, memandangkan harga dia sampai dekat RM40+ sekali makan, aku pendamkan. Duit yang aku nak asal guna nak makan tempat hipster tu aku gunakan untuk beli makanan kucing. Aku balik ja kerja aku singgah pasar bagi makan kucing kat situ dan mana2 kucing jalanan aku jumpa.

Sekali Allah ganti balik semua yang aku teringin dengan cara tanpa diduga. Banyak lagi pengalaman manis keajaiban sedekah yang buat aku rasa sangat takjub dengan kekuasaan dan kasih sayang Allah. So pesanan aku, jangan kedekut kongsi rezeki dengan makhluk yang kesusahan, insyaaAllah berkat rezeki korang dan dilapangkan rezeki.

Sumber – Miss Joyah (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Ada Sahaja Perkara Ingin Dilakukan Ke Atas Kucing. Sekali Ada Pula Yang Campurkan Ini Di Dalam Makanan Kucing.

Rasanya isu melibatkan si meow ni tak pernah kering, ada sahaja perkara yang tak berperikemanusiaan yang dilakukan ke atas kucing. Sebelum ni tular pasal kucing dimasukkan dalam mesin basuh sehingga pelaku akhirnya berjaya ditangkap, namun kisah yang terbaru ini lebih teruk lagi. Mengikut posting yang dikongsikan AF Fiahmn di facebook, dia berkata ada individu tak bertanggungjawab yang memasukkan pil (ubat) dalam makanan kucing terbiar di kawasan perumahannya.

“Sebelom ni makanan disepak masuk dalam longkang… kalini dia jumpa dia ni pulak…kejamnya lahai…”

Bagaimanapun tak diketahui sebab pelaku melakukan perkara sebegini. Rata-rata warganet mengkritik tindakan yang dilakukan individu tak bertanggungjawab tersebut dan disifatkan sebagai melampau dan tak berperikemanusiaan.

Ada warganet yang bertanya kenapa tidak melaporkan kejadian untuk kepada pihak berkuasa, tapi ini jawapan AF Fiahmn.

Sumber : Mstar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *