Jangan keliru cara penjagaan yang betul bagi setiap jenis umur haiwan. Ini antara langkah merawat anak kucing yang betul.

Haiwan kucing tips

Kucing merupakan salah satu haiwan peliharaan yang disukai oleh banyak orang. Tingkah lakunya yang lucu dan cenderung untuk membuat setiap orang ingin memeliharanya. Ternyata membela kucing dewasa dan anak kucing (kitten) itu sangat berbeza. Ada beberapa hal yang perlu diperhatikan. Bagi kamu yang memiliki anak kucing, dan sudahpun cari dari berbagai sumber, berikut cara merawatnya.

Berikan makanan kucing bernutrisi

Agar kucing sihat dan memiliki bulu yang lebat, faktor utama yang perlu diperhatikan ialah makanannya. Jika kamu memberikan makanan yang ‘asal’ tentu anak kucing tidak tumbuh dengan sihat. Sebaliknya, jika diberikan makanan kucing yang kaya nutrisi, kucing akan tumbuh sihat dan memiliki bulu yang lebat. Untuk memilih makanan, kamu boleh membeli makanan kucing yang ada di pasaran. Dengan memilih makanan kucing yang tepat, boleh mencegah keguguran pada kucing. Maka dari itu, pilihlah makanan kucing yang kaya akan protein dan vitamin.

Selain itu, pilih makanan kucing yang memiliki kadar lemak dan karbohidrat yang baik. Dengan begitu, tenaga makanan untuk kucing bisa seimbang. Bulu jadi sihat dan tebal. Kamu juga boleh memberikan kucing makanan kucing, Muezza. Memiliki kandungan kaya vitamin dan protein, Muezza boleh merawat bulu kucing dengan baik. Selain itu, Muezza halal dan memiliki jenis rasa yang sesuai untuk kucing peliharaanmu. Mulai dari Mackerel Flavor, Ocean Fish Flavor, Tuna Flavor, dan Salmon Flavor.

Memiliki tempat tidur

Cara kedua untuk merawat anak kucing adalah memiliki tempat tidur untuknya. Dengan memberikan tempat tidur, anak kucing boleh berehat dengan baik. Biasanya, anak kucing tidur dimana saja, mulai dari sofa sampai tempat tidur pemiliknya. Dengan memiliki tempat tidur sendiri, kamu boleh melihat tumbuh kembang si kucing dan tempatnya mudah dibersihkan. Selalu bersihkan tempat tidur secara rutin agar anak kucing selalu bersih dan sehat.

Perawatan rutin

Ketiga, kamu harus merawat kebersihan kucing. Salah satunya dengan memandikan anak kucing secara rutin. Selain itu, kamu juga boleh memotong kuku anak kucing dan memberikan vitamin ke bulu anak kucing. Jika kamu masih binggung caranya, kamu boleh gunakan jasa petshop terdekat.

Sumber : Bola.com Jakarta

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Ratusan Kucing Dapat Diselamatkan Dari Pusat Jagaan Haiwan. Tak Sangka Dijumpai Dalam Keadaan Seperti Ini.

Gambar sekadar hiasan.

Kira-kira 300 ekor kucing berjaya diselamatkan selepas kesemuanya ditinggalkan dan dibiarkan kelaparan di pusat jagaan haiwan di Damansara Damai di sini pada Ahad. Polis menemui kucing tersebut dikurung dalam sangkar kecil dan kesemuanya dalam keadaan lemah. Sembilan ekor kucing ditemui telah tiada manakala yang lain kelihatan lemah, lapar dan kotor dalam premis jagaan haiwan di Damansara Damai di sini dan Desa Moccis di Sungai Buloh. Seorang sukarelawan, Bazillah Bahrin berkata beberapa ekor kucing dihantar ke premis itu selama seminggu kerana pemiliknya sedang bercuti sempena Hari Raya.

“Semalam, beberapa tuan pemilik haiwan tersebut mahu menuntut haiwan mereka tetapi pemilik premis itu memberitahu bahawa kesemua kucing telah dihantar ke rumah pemilik masing-masing. Apabila ada beberapa kucing yang masih belum diterima, pemiliknya bergegas ke premis itu tetapi mendapati ia ditutup,” kata Bazillah.

Katanya, beberapa ekor kucing yang dikurung turut dibiarkan di luar premis dalam keadaan amat menyedihkan. Seramai 50 pemilik kucing kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Damansara Damai. “Polis mengambil keputusan untuk menyiasat permis tersebut. Kami menyelamatkan kucing lain yang berada di sana,” kata Bazillah.

Pemilik haiwan, Shazana Mahazir, 26 berkata, kucingnya yang digelar Fatfat kelihatan kurus kering, berbau busuk dan lemah. “Saya sepatutnya mengambil Fatfat pada 10 September ini tetapi pergi lebih awal selepas melihat mesej dalam laman sosial Facebook mengenai pusat jagaan itu,” katanya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Meor Hamdan mengesahkan menerima sembilan laporan polis terhadap pemilik pusat jagaan haiwan terbabit. Beliau berkata, polis akan melakukan siasatan terhadap kes ini dan akan mengambil kenyataan daripada kakitangan pusat jagaan haiwan itu. “Sebaik saja siasatan polis selesai, kami akan menyerahkan perkara ini kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar,” katanya.

Sumber : Mstar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Rupanya Jelly Juga Boleh Bantu Untuk Lebat Dan Cantikkan Bulu Si Bulus. Ini Dia Bahan Yang Mudah Untuk Anda Sediakan.

Kucing merupakan haiwan peliharaan ramai kerana mempunyai daya tarikan yang tersendiri dan mudah untuk dijaga. Rata-rata pemilik kucing suka akan kucing yang berisi dan berbulu lebat. Rahsia untuk memiliki kucing yang berisi dan berbulu lebat adalah terletak pada jenis makanan yang diberikan. Menerusi Facebook Emmaruddin berkongsi resepi untuk menghasilkan makanan kucing yang sihat. Dia telah mengamalkan resepi ini sudah sekian lama. Hasilnya, kucing peliharaan miliknya menjadi sangat gebu dan sihat.

2 atau 3 kali sebulan bagi makanan basah

Menurutnya, dia sering memberi makanan jenis basah dan kering kepada kucing peliharaannya. Namun kini, makanan jenis basah yang dihasilkan sendiri hanya diberikan 2 atau 3 kali sahaja dalam masa sebulan. Pada masa yang sama, dia turut memberi pelbagai jenis makanan kering kepada kucingnya kerana dia gemar untuk mencuba perisa-perisa yang lain di pasaran.

Bahan dan cara lakukannya

Bahan-bahan yang diperlukan untuk menghasilkan makanan basah untuk kucing ialah 1 kilogram ikan kembung/mabong, 2 ikat bayam, 2 batang lobak merah dan 2 paket serbuk jelly. Langkah yang pertama ialah dengan merebus segala bahan-bahan tersebut. Pastikan rebus secara asing dan sayur serta ikan telah dicuci sehingga besih. Ikan haruslah dibuang tulangnya terlebih dahulu dan air rebusan ikan jangan dibuang terus.

Makanan berasaskan jelly

Seterusnya, kisar semua bahan yang telah direbus tadi menggunakan air rebusan ikan sebelum ini. kisar sehingga semua bahan tersebut telah sebati. Selepas mengisar, bahan tersebut perlu di masak sehingga mendidih sebelum memasukkan 2 paket serbuk jelly. Tambahkan air secukupnya. Tidak perlu untuk menambah gula mahupun garam. Setelah selesai, masukkan ke dalam bekas dan biarkan ianya sejuk pada suhu bilik buat seketika. Selepas itu, masukkan ke dalam peti sejuk supaya ianya bertukar menjadi jelly dan siap untuk dihidangkan kepada kucing.

Sumber: Emmaruddin

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Pemuda Ini Dedahkan Gelagat Pelik Bob Apabila Di Rumah. Sekali Lain Pula Yang Tarik Perhatian Warganet.

Kucing bernama Bob peliharaan keluarga Arash Muaz sangat aktif malah diajar untuk membuat aksi ‘high-five’. Foto: Arash Muaz “Selain kucing, sangat-sangat seronok tengok keluarga ni, sama-sama beribadah berjemaah.” Demikian antara komen yang dilontarkan warganet terhadap perkongsian seorang remaja yang memuatnaik video gelagat kucingnya yang aktif. Posting tersebut yang pada asalnya dibuat sekadar suka-suka untuk berkongsi gelagat kucing peliharaan yang dianggap luar biasa, tanpa disangka mengundang komen warganet yang tertarik melihat aktiviti solat berjemaah keluarga berkenaan.

Menurut remaja yang memuatnaik video tersebut di Twitter, Arash Muaz, dia berkongsi video gelagat kucing peliharaan yang berkelakuan seperti seekor anjing kerana merasakan ia sesuatu yang pelik dan lucu. “Ketika itu kami sekeluarga baru selesai solat Maghrib berjemaah. Sambil-sambil tengah berehat, saja baling permainan untuk ajak kucing kami yang bernama Bob ni main. Tak sangka Bob pergi kutip dan bawa semula permainannya kepada saya, seperti kita biasa lihat anjing buat.

Posting yang dimuatnaik oleh Arash Muaz mengenai gelagat pelik kucingnya.

“Kami pelik sebab tak pernah latih pun permainan seperti itu. Malah Bob sendiri tak pernah berkelakuan seperti itu. Itu yang kakak saya rakam. Tapi tak sangka pula ada perkara lain yang warganet perhati. Memang menjadi rutin kami sekeluarga solat Maghrib berjemaah. Langsung tiada niat lain, tapi mungkin warganet perasan sebab kain sejadah masih terbentang ketika itu,” ujarnya. Video berdurasi 25 saat yang dimuatnaik di Twitter itu sehingga kini meraih 45,000 retweet dan mendapat 65,500 like.

Antara komen warganet yang bukan sahaja tertarik dengan gelagat kucing bernama Bob, tetapi turut tertarik dengan aktiviti solat berjemaah keluarga ini.

Ia turut dibanjiri dengan komen warganet yang terhibur dengan gelagat kucing peliharaan keluarga remaja tersebut. “Tapi memang tak sangka langsung boleh viral, sebab ada juga yang cakap, kucing mereka pun mempunyai gelagat yang sama. Cuma kami pelik sebab Bob tak pernah macam itu sebelum ini. Mungkin juga sebab ada suara ibu dalam video itu. Ibu memang macam tu, dia sangat sayang kucing-kucingnya macam anak sendiri. Selalu ingatkan kami adik beradik supaya jangan lupa beri kucing-kucing makan,” ujar remaja yang berasal dari Cheras, Selangor ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *