Ramai yang terkesan dengan perintah PKP di negara ini. Sekali tak sangka persatuan haiwan dapat jejak peningkatan ini pula.

Haiwan kucing Semasa Viral

Antara kucing-kucing jalanan yang dijaga dan dirawat oleh pencinta kucing. Pembuangan haiwan peliharaan seperti anjing dan kucing meningkat tiga kali ganda di sekitar Kuala Lumpur ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), menurut Persatuan Haiwan Malaysia. Presidennya Arie Dwi Andika berkata perkara itu dikesan berdasarkan maklumat terdapat kucing dan anjing baharu dalam satu-satu kawasan yang dijaga Pemberi Makan Haiwan Jalanan.


“Misalnya, sesuatu kawasan itu selalu ada lima ekor anjing, tetapi semalam jumlah itu meningkat kepada 18 hingga 20 ekor, kira-kira tiga kali ganda. Kesemua anjing yang dibuang itu berada dalam keadaan sihat dan sangat bersih,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. Ditanya mengenai kelakuan anjing-anjing baharu itu, Arie berkata ia amat jinak dan tidak agresif. Beliau menambah, hasil tinjauan pihaknya juga mendapati kebanyakan haiwan itu dibuang di kawasan perindustrian yang sunyi dan bukannya di kawasan perumahan.


“Pemilik haiwan memilih kawasan itu bagi mengaburi mata orang awam. Mereka langsung tidak mempedulikan keselamatan dan makan minum haiwan berkenaan,” katanya. Arie berkata persatuan tidak menolak kemungkinan pemilik haiwan bertindak sedemikian kerana khuatir jangkitan sakit dan tidak mampu meneruskan memelihara haiwan peliharaan kerana kehilangan sumber pendapatan ketika musim PKP ini. Ke manakah kasih sayang sebelum ini telah pergi? Apakah nasib anjing dan kucing peliharaan yang selama ini menganggap pemilik sebagai keluarga sendiri dan sebagai tempat berteduh selepas dibuang,” soal beliau.

Sehubungan itu, beliau menggesa pihak berkuasa supaya mewajibkan pemasangan ‘mikrocip identiti’ di badan haiwan berkenaan kerana ia akan membantu mengesan pemilik haiwan jika mereka membuang haiwan itu.
Sementara itu, peguam Nor Zabetha Muhammad Nor berkata pemilik haiwan yang tinggalkan mana-mana haiwan yang menyebabkan ia terabai, sakit, lapar dan dahaga, boleh didakwa di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015.
“Mereka boleh didakwa mengikut Seksyen 29 (1)(p) yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang daripada RM20,000 dan tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun,” tegasnya.

Sumber : Bernama

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Kucing Putih Ini Pasrah Apabila Terpaksa Bertukar Jadi Pikachu. Rupanya Ianya Dapat Bantu Hilangkan Sesuatu Ini Pada Si Bulus.

Sejak semalam, foto-foto kucing berwarna kuning telah tular di media sosial. Kucing yang asalnya berwarna putih telah bertukar warna menjadi kuning hanya disebabkan serbuk kunyit yang dilumur dibandannya.

Kena lumur kunyit

Menerusi Twitter Iskandar Ariffin yang mengambil foto comel tersebut menerusi Facebook dakucingku, kucing tersebut dipercayai dilumur dengan kunyit disebabkan masalah fungus.

Dari putih jadi kuning hahaha

Pemilik kucing tersebut telah mengambil keputusan melumur kunyit di kucingnya yang warna putih sehingga bertukar seakan watak kartun ‘Pikachu’ kerana berwarna kuning setelah kunyit tersebut kering.

Comel betul

Sehubungan dengan itu, menerusi Twitter sumber, rata-rata warganet berasa ‘geram’ melihat kecomelan si bulus tersebut yang seakan ‘pasrah’ apabila diwarnakan dengan kunyit. Namun, masalah fungus yang dihidapinya juga sudah tiada berkemungkinan serbuk kunyit yang dilumur membantu dalam proses pemulihannya.

Ni Pikachu ni!

Sumber: IsskndarAriffin, dakucingku, Facebook

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Pemuda Ini Akui Rasa Sebak Apabila Epot Diuji Sebegini. Sampai Ini Yang Epot Buat Sebelum Dia Pergi.

Salah satu haiwan peliharaan yang menjadi pilihan kebanyakan rakyat Malaysia ialah kucing. Haiwan jinak ini mempunyai daya tarikannya yang tersendiri sememangnya akan membuat penggemar kucing menyayanginya lebih dari apa pun. Haiwan ini turut memiliki hubungan paling rapat dengan manusia berbanding haiwan lain dan akan membuat pemiliknya merasai kesedihan apabila kucing kesayangan mereka pergi buat selama-lamanya. Begitulah yang dilalui oleh seorang pemilik kucing yang meluah rasa sedih setelah 10 tahun membelanya. Menerusi Facebook Azhar Kingfisher, kucing peliharaannya yang telah pergi tidak boleh dicari pengganti.

Bela sejak tahun 2010

Terima kasih Ya Allah. Kerana hadirkan seekor kucing dalam keluarga dan hidupku yang diberi nama Epot. Asalnya kucing orang, dengan berloket dileher. Mungkin keserasiannya dengan aku membuatkan si Epot tak mahu pulang ke rumah tuannya. Walaupun sering kali tuannya datang ambil. Sampai la suatu hari tuannya menanggal loket dilehernya. Berertinya bebas pada waktu itu. Dan secara tidak langsung aku menjadi penjaganya pada tahun 2010.

Jaga rumah dari binatang lain

Pada tahun itu juga aku dikurniakan rezeki anak sulung. Epot bukan la seekor kucing jantan yang mahal. Mungkin kacukan dari kucing kampung dgn British Shothair. Membuatkan aku tertarik dan amat menyayangi tentang dirinya dalah disebabkan kesetiaan kepada tuannya. Menjaga rumah dari binatang-binatang yang tak sepatutnya berada dikawasan rumah. Malahan anjing pun dia kerap bergaduh. Sampai koyak telinga dia. Boleh dikatakan penjaga kawasan la. Apa yang membuatkan aku terharu dan amat menyayangi Epot. Dia seakan-akan memahami perasaan kita. Memahami apa yang kita cakap. Kalau dia buat salah, contoh kencing dalam rumah. Epot tak akan masuk rumah selagi tak panggil masuk. Hanya duduk depan pintu. Macam tau dia ada buat salah. Sekali tu jer la pancut dalam rumah. Lepas tu tak dah.

Macam faham perasaan tuannya

Si Epot ni dia tak pandai bergurau manja macam kucing lain. Kalau kita bergurau macam kucing lain, nak manja-manja, confirm merasa kuku dia.Hahaha. Berapa orang dah kena.Tuan sendiri pun kena. Kadang bila kita moody ke, penat ke, dia seakan memahami. Datang cium kita. Laga-lagakan kepala dia dengan kita. Bila malam, dia akan masuk rumah, dia akan tidur disebelah anak-anak aku. Ada masa dia akan tidur di bahu aku. Bila kita balik dengar bunyi moto ke, lori ke, berlari dia menuju ke pintu rumah. Konon-konon penghormatan kepada tuan la tu. Macam dia diajar pulak. Kalau sehari aku tak nampak dia, mesti aku menjerit panggil nama dia, EPOOOTTTTTT. Sampai jiran tau dah. Kadang siap orang bagitahu dah dia ada kat mana kat mana. Kalau area Simpang Lima Kampung Sitiawan dekat dengan kedai toke tu. Orang gelar dia kucing gangster. Habis kucing jantan dengan anjing kawasan tu dikerjakannya. Hampir 10 tahun dia bersamaku. Dari lumut pindah ke Kampung Sitiawan sampai la pindah ke rumah sendiri.

Sakit demam terlalu panas

Hari ni 18hb april 2020 jam 2205. Epot telah tinggalkan kami sekeluarga. Dia sakit start hari pertama PKP. Hari kelima PKP aku bawa dia pergi klinik. Doktor cakap dia demam terlalu panas. Ubat klinik, ubat tradisional habis aku bagi pun tak kurang juga. Start dari mula dia sakit sampai ke akhir hayat dia langsung tak makan. Bini aku menjadi jururawat dia. Bagi makan ubat. Suapkan air. Lapkan taik mata dia. Hampir sebulan bini aku jaga macam anak dibuatnya. Tipu la kalau tak sedih. Sedih, satu keluarga menangis. Aku tak la menangis, cuma meleleh air mata je.

Tiada lagi pengganti dirinya

Sebelum Epot pergi, dia menjerit-jerit mungkin memanggil aku. Bila aku datang gosok kepala dia. Dia diam, tercungap-cungap. Apa yang Epot nak sampai pun aku tak tau. Aku cakap kat dia. Epot pergi jela. Allah panggil. Esok-esok kot jumpa kat sana ye. Terlihat air mata dia meleleh. Kesusahan dan kesenangan dia bersama dan disisiku. Sebelum ni, balik je trip jarak. Balance ikan umpan mesti aku kutip. Teringat kat jantan sekor tu, Epot. Ada rezeki dia nak makan ikan. Lepas ni takde dah la. Memang dia seekor binatang, tapi perasaan memahami lebih dari seorang manusia. Mungkin tiada lagi pengganti dirinya sebagai binatang kanan diriku, mahu pun penjaga rumahku.

Selamat jalan sayangku.

Sumber: Azhar Kingfisher

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *