Boleh pula jadikan kucing sebagai alasan untuk langgar PKP. Ini yang dikatakannya.

Haiwan kucing Viral

Hantar kucing kepada teman wanita, mahu ke kedai pajak gadai dan berjumpa kawan adalah antara alasan orang ramai untuk keluar rumah sekali gus melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa ketiga, yang bermula hari ini. Tindakan pentingkan diri itu yang dikesan di sekatan jalan raya di daerah Serdang menyebabkan berlakunya kesesakan lalu lintas beberapa kilometer di laluan utama di daerah berkenaaan. Ketua Polis Daerah Serdang ACP Ismadi Borhan berkata pihaknya tidak akan berkrompomi dengan masyarakat yang masih degil melanggar pelaksanaan PKP.

“Sebelum ini, kami telah menempatkan empat sekatan jalan raya (SJR) di seluruh daerah ini dan pada 8 pagi semalam, kami tambah lagi dua SJR termasuk di lokasi ini (Jalan Puchong). Sebaik SJR dikuatkuasakan semalam, kami dapati banyak kenderaan termasuk kenderaan berat melalui laluan ini yang sebelum ini digunakan orang ramai bagi mengelak SJR di lokasi lain,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Menurutnya, dianggarkan lebih 100 kenderaan berat melalui laluan itu pada satu masa, semalam yang menyebabkan kesesakan luar biasa hingga tular di laman sosial. Ismadi berkata sebagai langkah memperketat arahan PKP, pihaknya telah menutup empat laluan di kedua-dua arah iaitu Jalan Persiaran Puncak Jalil menuju ke Bukit Jalil dan Jalan Layang-Layang menuju ke Lebuhraya Damansara-Punchong (LDP). “Selain itu, Batu 7 Jalan Puchong menghala ke Jalan Klang Lama dan Jalan Serindit di Puchong Jaya ke Taman Wawasan juga akan ditutup,” katanya.

Beliau berkata pihaknya telah menahan 196 individu dan 143 kompaun dikeluarkan kepada mereka yang ingkar arahan PKP di daerah itu bagi tempoh 18 Mac lepas hingga semalam.  “Orang ramai dinasihatkan mematuhi arahan pihak berkuasa supaya kekal berada di rumah kerana tindakan lebih tegas akan diambil pada fasa ketiga PKP ketika ini iaitu tangkap, direman dan dituduh di mahkamah,” katanya. PKP telah memasuki fasa ketiga bermula hari ini hingga 28 April depan.

Sumber : BERNAMA

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Boleh Pula Jadi Macam Ni Pada Si Bulus Sampai Terpaksa Panggil Bomba. Sekali Ini Pula Yang Ibunya Lakukan.

Mereka yang mempunyai kucing sebagai haiwan peliharaan di rumah mesti tahu betapa nakalnya perangai mereka. Di samping memiliki sifat manja dan rupa yang sangat comel, haiwan berkaki empat ini juga cukup terkenal di serata dunia dengan perangai suka menyusahkan pemiliknya. Ada saja ragam pelik dan tak terjangkau dek akal yang ditampilkan lebih-lebih lagi anak kucing seperti yang dipaparkan dalam video viral baru-baru ini.

Kepala tersangkut dalam lubang tak boleh keluar

Menerusi perkongsian beberapa video yang dimuat naik oleh Suhana Binti Rahim semalam, salah seekor daripada kucing dibelanya telah ditemui tersangkut pada lubang sebaik dia pulang dari tempat kerja. Geram melihatnya dalam situasi itu, anak kucing berkenaan telah dibebel panjang dalam loghat Negeri Sembilan oleh wanita berkenaan. Walaupun begitu, dia tetap memberikan air bagi menghilangkan rasa haus haiwan tersebut sementara memikirkan cara untuk menyelesaikan masalah itu.

Akhirnya misi berjaya jangan macam ni selalu gara-gara malu untuk meminta bantuan anggota bomba bagi menyelesaikan kejadian berkenaan, Suhana akhirnya nekad untuk menebuk simen di sekeliling kawasan lubang tempat kucing itu terperangkap. Setelah hampir 2 jam bekerja keras, akhirnya dia berjaya juga mengeluarkan si comel berkenaan tanpa mengalami sebarang luka.

“Apa perasaan masuk lubang lepas tu terkial-kial tak boleh keluar?”

Bagaimanapun, sesi leteran Suhana tidak terhenti setakat di situ saja. Gara-gara masih bengang dengan kejadian berkenaan, dia sengaja merakam gelagat kucing berkenaan sesudah berjaya diselamatkan dan sempat membuat sesi soal jawab dengannya. Menariknya, kucing itu cuma memberikan wajah comel dan tidak bersalah sahaja ketika mendengar rungutan pemiliknya sebelum pergi mendapatkan susu ibunya.

Hanya yang sayang kucing je buat macam ni…gaduh bebel macam dengan orang

Secara keseluruhannya, video berkenaan telah dikongsi lebih 7 ribu kali di laman Facebook sejak semalam. Selain terhibur melihat gelagat comel haiwan peliharaannya, rata-rata netizen juga tak henti-henti ketawa mendengar segala kata-kata yang keluar daripada mulut Suhana. Malah ada mengakui bahawa itulah lumrah sebagai pemilik kucing yang sentiasa mementingkan soal keselamatan haiwan peliharaannya.

Sumber: FB Suhana Binti Rahim

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Baka Kucing Unik Ini Menarik Perhatian Ramai. Selain Kekurangan Bulu Ianya Juga Boleh Jadi Sesuatu Ini Untuk Pemiliknya.

Baka kucing unik dengan penampilan mengagumkan Sphynx yang tidak berbulu dengan telinga besar dan mata bundar mencuri tumpuan peminat haiwan peliharaan pada Pameran Kucing Bandaraya Kuching 2008 yang diadakan di sini. Ratusan peminat kucing yang mengunjungi Dewan Suarah Kuching terpegun dengan penampilan kucing betina baka Sphynx berusia 14 bulan berkulit putih kemerahan, Solyaris Elis of Zenithi.

Kucing betina itu kelihatan begitu cerdik dan menarik perhatian dengan aksi tersendiri apabila para jurugambar mula mengambil gambar haiwan unik. Pemiliknya, Rachaphol Pongpairoj, dari Bangkok, berkata beliau membeli kucing Sphynx, yang begitu aktif dan suka bermain itu enam bulan lepas di Rusia.

“Selain wajahnya yang comel dan cerdik, kulit Solyaris Elis of Zenithi yang lembut dan menghangatkan menarik perhatian saya. “Walaupun kucing ini memerlukan tumpuan istimewa kerana kekurangan bulu, haiwan kesayangan ini menjadi teman dan penghibur,” katanya selepas pelancaran pameran kucing oleh Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Yong Khoon Seng di sini. Sejumlah 102 ekor kucing, termasuk 46 kucing baka terkenal dipamer dalam pameran anjuaran Kelab Kucing Sarawak.

Sumber : Mstar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Pemuda Ini Dedahkan Gelagat Pelik Bob Apabila Di Rumah. Sekali Lain Pula Yang Tarik Perhatian Warganet.

Kucing bernama Bob peliharaan keluarga Arash Muaz sangat aktif malah diajar untuk membuat aksi ‘high-five’. Foto: Arash Muaz “Selain kucing, sangat-sangat seronok tengok keluarga ni, sama-sama beribadah berjemaah.” Demikian antara komen yang dilontarkan warganet terhadap perkongsian seorang remaja yang memuatnaik video gelagat kucingnya yang aktif. Posting tersebut yang pada asalnya dibuat sekadar suka-suka untuk berkongsi gelagat kucing peliharaan yang dianggap luar biasa, tanpa disangka mengundang komen warganet yang tertarik melihat aktiviti solat berjemaah keluarga berkenaan.

Menurut remaja yang memuatnaik video tersebut di Twitter, Arash Muaz, dia berkongsi video gelagat kucing peliharaan yang berkelakuan seperti seekor anjing kerana merasakan ia sesuatu yang pelik dan lucu. “Ketika itu kami sekeluarga baru selesai solat Maghrib berjemaah. Sambil-sambil tengah berehat, saja baling permainan untuk ajak kucing kami yang bernama Bob ni main. Tak sangka Bob pergi kutip dan bawa semula permainannya kepada saya, seperti kita biasa lihat anjing buat.

Posting yang dimuatnaik oleh Arash Muaz mengenai gelagat pelik kucingnya.

“Kami pelik sebab tak pernah latih pun permainan seperti itu. Malah Bob sendiri tak pernah berkelakuan seperti itu. Itu yang kakak saya rakam. Tapi tak sangka pula ada perkara lain yang warganet perhati. Memang menjadi rutin kami sekeluarga solat Maghrib berjemaah. Langsung tiada niat lain, tapi mungkin warganet perasan sebab kain sejadah masih terbentang ketika itu,” ujarnya. Video berdurasi 25 saat yang dimuatnaik di Twitter itu sehingga kini meraih 45,000 retweet dan mendapat 65,500 like.

Antara komen warganet yang bukan sahaja tertarik dengan gelagat kucing bernama Bob, tetapi turut tertarik dengan aktiviti solat berjemaah keluarga ini.

Ia turut dibanjiri dengan komen warganet yang terhibur dengan gelagat kucing peliharaan keluarga remaja tersebut. “Tapi memang tak sangka langsung boleh viral, sebab ada juga yang cakap, kucing mereka pun mempunyai gelagat yang sama. Cuma kami pelik sebab Bob tak pernah macam itu sebelum ini. Mungkin juga sebab ada suara ibu dalam video itu. Ibu memang macam tu, dia sangat sayang kucing-kucingnya macam anak sendiri. Selalu ingatkan kami adik beradik supaya jangan lupa beri kucing-kucing makan,” ujar remaja yang berasal dari Cheras, Selangor ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *