Tular kucing ini sering berkeliaran di kedai mamak ini. Bila diperiksa ada yang jumpa ini pula pada badan si bulus tersebut.

Haiwan kucing Viral


Tular seekor kucing berwarna kekuningan berkeliaran di sebuah kedai mamak di flat Taman Datuk Senu Sentul di sini dan menjadi perhatian warganet. Gambar kucing itu yang dipercayai mempunyai pemilik kerana lehernya dipasang seutas rantai dimuat naik di Facebook Dunia Kucing. Status Facebook itu memberitahu kepada orang ramai yang kehilangan kucing comel berbulu kuning supaya datang ke kedai mamak tersebut.

“Tolong la pantau bulus korang. Kalau tak mahu, jangan tinggal di kedai mamak macam ni. Tak reti langsung kucing ni cari makan. Kena buli lagi ada. Berapa hari dah saya perhati tiada sesiapa pun tuntut kucing ini. Tuan kedai ni pun pening dah siapa punya pun tak tahu. Kang kalau orang ambil kau meroyan. Sendiri yang cuai. Marilah sesiapa yang nak tu sila ambil. Lokasi Flat Taman Dato Senu Sentul KL. Kat kedai mamak bawah blok 207. Jantina jantan. Manja budak ni. Kesian dia,” tulis pemilik Facebook.

Rata-rata warganet yang teruja dengan kecomelan kucing itu mengakui mahu membelanya dan tidak kurang bersimpati dengan nasib haiwan berkenaan yang mungkin kehilangan tuannya. Difahamkan, kucing ini dipelihara sementara oleh Maheswary Kandasamy. “Dah ada orang ambil belum? kalau tiada nak pergi ambil sekarang juga,” tulis Datin Alya.

Kata Rohanin Yeob Ahmad, “Kesiannya si bulus ni, sesiapa yang berdekatan ambil lah jaga dia, comey sangat,” tulisnya. Dalam pada itu ada juga warganet berkongsi cerita pernah bertemu dengan kucing itu ketika makan di kedai tersebut. “Ini bulus di kedai mamak, masa saya dan keluarga makan di situ, kucing pasti merayu nak ikan atau ayam goreng, kami layan sehingga kucing tu kekenyangan. Itu pun nak makan lagi kalau buka mata, mengunyah sepanjang masa kecuali tidur. Yang pasti kucing pandai ambil hati semasa minta makan, comel,” kata Jahja Khalijah. Bagaimanapun, menerusi ruang komen, Maheswary Kandasamy dikatakan memelihara kucing itu buat sementara waktu dan memberitahu, pemiliknya atau sesiapa yang mahu mengambil kucing itu boleh menghubunginya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Gadis Ini Kongsikan Detik Cemas Selamatkan Mumu Yang Alami Masalah Ini. Tak Sangka 1 Kelas Gigih Cuba Bantu.

Tidak kira di kawasan pejabat, kedai makan mahupun sekolah, kelibat haiwan comel bernama kucing pastinya mudah dilihat. Khususnya buat kucing yang sering berlegar-legar di kawasan sekolah, kadangkala lokasi tersebut menjadi tempat tinggalnya memandangkan ada pihak bermurah hati memberikan makan setiap hari. Bila ada masa, si bulus ini akan round satu sekolah melintasi ruangan kelas mengalahkan pengetua. Mungkin sekolah anda pun ada kucing yang sebegini rupa kan?

Selain itu, baru-baru ini telah tular sekumpulan pelajar sekolah di Indonesia yang mendedahkan satu kisah lucu mengenai kucing bernama Muzdalifah. Meskipun tidak membela haiwan berkenaan, ternyata mereka seolah-olah membuktikan rasa sayang selepas menyelamatkannya daripada tersangkut di dalam lubang alat muzik cajon. Difahamkan, Muzdalifah yang juga terkenal dengan panggilan Mumu adalah seekor kucing betina yang agak garang.

Tidak pasti bagaimana Mumu boleh terperangkap dalam alat muzik berkenaan, namun mereka semua kecoh memikirkan cara untuk menyelamatkannya. Keadaan perutnya yang besar gara-gara bunting memang menyukarkan keadaan. Tambahan pula, semua pelajar itu seakan panik kerana Mumu terus mengiau kuat. Namun akhirnya misi menyelamat berjaya dan ternyata video menarik itu berjaya meraih jutaan tontonan. “Ngakak banget dong kucing sekola gua nyangkut di cajon.”

Baru je beranak dah nak kena ”sondol’ lagi
Bukan itu sahaja, mereka sempat berkongsikan juga keadaan Mumu yang sudah selamat melahirkan 6 ekor anak kucing. Tidak ketinggalan, thread berkenaan semakin lucu kerana mereka memuat naik video saat menyelamatkan Mumu daripada dinodai kucing jantan lain. Gais ayo boleh mampir di ig kucing sekolah aku @kucingduta wkwkwk follow ya!

Sumber : Twitter Endah

Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Adik Buat Luahan Di Laman Twitter Yang Sanggup Buang Keluarga Demi 13 Ekor Kucingnya. Rupanya Kantoi Dah Block Kakak.

Serba-salah jadinya apabila perlu memilih antara kakak kandung ataupun kucing peliharaan. Begitulah yang cuba disampaikan gadis ini secara berjenaka di laman Twitter sehingga kisahnya menjadi tular. “So kakak aku found out dia allergic dengan bulu kucing and we have 13 cats at this moment. Haih, terpaksalah buang kakak aku,” tulis Nurhani Sulha Shahrolazman.

Hani (kanan) bersama kakaknya, Aini Lateefa (kiri).

Sehingga kini, tweet yang dikongsi pelajar berusia 19 tahun itu menerima lebih 53,000 ulang kicau (Retweet) di Twitter. Mesra disapa Hani, dia sempat bercerita lanjut mengenai kucing peliharaan keluarganya di Slim River, Perak. “Ada dalam 13 ekor, tapi tak semua duduk dalam rumah. Tujuh ke lapan ekor tinggal dengan kami, selebihnya kucing lain yang selalu datang makan di rumah. Biasalah, kucing kampung kami bagi makan ikan goreng, kadang-kadang bulu tanggal, lekat dekat perabot. Lepas tu dalam rumah, kakak seorang je yang selalu bersin. Lama-lama baru tahu dia alergi, tak boleh kena bulu kucing. Tapi dia sekadar bersin, tak ada kesan-kesan sampingan lain,” ujarnya. Disebabkan kisah itu, Hani secara suka-suka menulis tweet kononnya mahu ‘membuang’ kakaknya, Aini Lateefa, 24, dan sama sekali tidak menyangka akan menerima reaksi luar biasa di laman sosial itu.

Dah jadi lumrah, ada yang berak dalam rumah. Macam satu tempat tu, kita dah cuci pun mereka akan berak di situ juga.

Malah katanya, dia turut hairan bagaimana kakaknya boleh mengalami alergi bulu kucing sedangkan dia sendiri yang mula membawa pulang kucing ke rumah suatu ketika dahulu. “Kakak yang minat kucing, dia yang bawa balik, last-last dia yang alergi. Tapi tak adalah sampai dia masuk hospital pun. Selain itu, kami sekeluarga memang minat kucing. Ayah sangat suka kucing. Suka timang-timang. Bila dah viral, saya cerita pada kakak pasal tweet tu. Kantoi pula saya block dia di Twitter. Bagi saya Twitter tu privasi.

Hani tidak menyangka tweet mengenai kucing miliknya akan tular.

“Saya tak jangka orang ambil serius sampai blow up,” ujarnya. Bercerita mengenai kucing peliharaannya, Hani mengakui pelbagai ragam perlu dihadapi dengan sabar. Namun katanya, dia tidak kisah dan menganggap mereka sebagai pelengkap dalam keluarga. “Dah jadi lumrah, ada yang berak dalam rumah. Macam satu tempat tu, kita dah cuci pun mereka akan berak di situ juga,” ujarnya lagi.

Tweet yang dikongsi Hani menerima reaksi luar biasa di Twitter.

Dalam pada itu, ramai warganet turut tinggalkan komen berhubung posting tular itu. Malah, ada yang turut berkongsi kisah hampir sama sebagaimana dilalui Hani dan kakaknya. “Aku ada resdung, memang alah bulu habuk apa semua. Tapi aku yang pergi kutip kucing dekat pasar. Sekarang beranak pinak dari generasi ke generasi dah.

Hani sekeluarga yang menetap di Slim River memelihara 13 ekor kucing setakat ini.

“Saya alergi bulu kucing juga. Jika kena muka, siaplah selsema, bersin, gatal mata muka badan. Tapi saya suka haiwan. Alergi bulu kucing juga tapi suka kucing selalu peluk cium and macam biasa lepas tu kena makan ubat. Tak baik buang kakak. Buatlah sangkar untuk kakak kat luar rumah tu,” tulis seorang lagi warganet secara berseloroh.

Sumber : Mstar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *