Pelajar ini sebak keadaan bilik macam ni selepas ditinggalkan sepanjang PKP. Tak sangka sampai ini yang jadi pada kucing.

Haiwan kucing Viral

Sejak Mac yang lalu, rakyat di negara kita telah menjalani Perintah Kawalan Pergerakan yang ketat di mana selama hampir tiga bulan, rakyat tidak dibenarkan merentas negeri. Ketika itu terdapat para pelajar yang mengambil keputusan untuk pulang dan berada bersama keluarga sepanjang PKP.

Apabila kerajaan memberi kebenaran untuk merentas negeri semula, ade segelintir pelajar yang sudah mula pulang semula ke kediaman kolej. Namun apa yang mengejvtkan apabila ada yang berkongsi keadaan bilik yang berselerak kerana dimasuki monyet dan paling menyedihkan.

Ini apabila salah seorang pengguna di Twitter berkongsi foto seekor kucing yang telah tiada dipercayai akibat kelaparan. Menurut pelajar terbabit dia tidak pasti bagaimana kucing tersebut boleh masuk kerana dia bukanlah orang yang terakhir meninggaIkan bilik berkenaan. Pelajar tersebut turut merasa sedih apabila berlaku kejadian seperti itu. Korang tengoklah sendiri apa jadi kat bilik kolej aku lepas tinggal berbulan bulan pkp.

“Aku speechless and alami tekanan yang teruk. Jangan nak kata aku tak kesian kucing tu. aku pun tak nak benda ni jadi pun hm. Pasal roti tu pulak aku tak expect pun time aku keluar tu terus cuti so.Masa tinggal kan bilik ni clean. bersepah maybe kucing tu meng4muk kelaparan. Saya tidak tahu siapa punca kucing tu terper4ngkap could be my last roomate yang keluar ataupun warden bukak pintu masa pkp.

Selain terkejvt melihat keadaan tempat berkenaan, warganet juga meluahkan rasa simpati terhadap kehilangan kucing berwarna oren itu. Ada juga warganet menyarankan para pelajar yang dibenarkan untuk pulang semula ke kampus agar lebih berwaspada apabila memasuki kamar masing-masing.

Kena Punggah Dengan Monyet

Samaaa! Ni kena punggah dengan monyet. Perkongsian berkenaan mendapat lebih 8 ribu retweets setakat ini. Bilik atau tingkap tak berkunci ke ye, ke diorg pandai menyelinap masuk. Curious pula nak tahu macam mana hostel tempat org lain. Ya Allah macam mana la kucing tu derit4 waktu nak keluar.

Bro lepas nih tinggal bilik settle semua kemas bersih2 n letak ayat2 Al-Quran dlm bilik setip penjuru.terutama kalau tinggal lama2 lagii. Macam mana lah orang yang dapat kebenaran ambik barang 30 minit je, tak sempat nak kemas apa gamaknya.

Ada yang Gelakkan kucing Mati

“Kitaorg gelak pon bukan sbb happy tgk kucing telah tiada. Maaflah aku bukan cat lover macam korang sampai nak kena menangis tgk kucing tuh pergi macam tu sahaja. Sama. Tuan rumah sibuk suruh bayar and siap nak suruh awalkan lagi date bayar. At the same time, anak beranak dia duk keluar masuk rumah kitaorg sewa tu.”

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jelas Terlihat Gatubela Tampil Untuk Selamatkan Bayi Dari Kejadian Ini Berlaku. Aksi Berani Gatubela Raih Perhatian Ramai.

Seperti diketahui umum, kucing adalah antara jenis haiwan peliharaan yang cukup popular di serata dunia. Walaupun terdiri daripada ratusan jenis baka serta spesis, namun antara faktor istimewa dimiliki oleh haiwan comel ini adalah telatah mereka yang sangat manja dan mencuit hati. Mungkin ada yang tidak tahu bahawa kucing sebenarnya berkebolehan untuk melindungi pemiliknya sama seperti anjing.

Baru-baru ini, seekor kucing yang diberi nama Gatubela telah dijulang sebagai hero apabila menyelamatkan seorang kanak-kanak lelaki daripada terjatuh di kawasan tangga yang agak curam. Menerusi klip rakaman CCTV yang berdurasi kira-kira 45 saat itu, ia dilihat sempat mengalih perhatian bayi tersebut tatkala merangkak ke arah pintu bilik.

Dalam paparan awal video tersebut, kanak-kanak yang dikenali sebagai Samuel ini dilihat sedang merangkak atas lantai sementara Gatubela pula berada di atas sofa. Apabila bayi berusia 1 tahun itu semakin mendekati tangga gelap itu, kucing tersebut segera meluru ke arahnya dan seakan-akan menarik baju sekali.

Meskipun tidak diketahui sama ada kucing Siam itu mahu bermain dengannya atau menyedari risiko yang bakal terjadi, tetapi mujurlah kanak-kanak itu telah berpusing dan masuk ke arah ruang itu semula. Haiwan itu dilihat turut melompat ke atas badan Samuel selepas keadaan itu reda.

Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata warganet memuji keberanian dan tindakan pantas yang dilakukan oleh kucing bermata biru tersebut. Tidak ketinggalan, sesetengah pihak mula mempersoalkan sikap ibu bapa atau penjaga yang tidak menutup pintu bilik berkenaan sehingga mengundang risiko terhadap si kecil.

Sumber: New York Post & Twitter TypicalMsian

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan Pelik Kalau Kucing Selalu Sangat Menggesel Kepala Dibadan Anda. Ramail Lagi Yang Tak Tahu Rupanya Ini Sebab Kucing Suka Buat Macam Tu.

KUCING antara haiwan peliharaan yang menjadi pilihan ramai dalam kalangan kita sebagai peneman terutamanya yang masih solo. Tapi sebenarnya masih ramai yang tidak tahu tentang tingkah laku kucing kesayangan dan ‘bahasa’ yang digunakan untuk menzahirkan sesuatu maksud kepada kita. Apa kata kita semak antara gelagat si bulus ketika bersama tak kira waktu dan tempat.

1. Pandangan kucing. Pernah kucing anda menatap wajah anda dengan pandangan penuh makna? Atau si bulus tiba-tiba mengedipkan matanya kepada anda? Sebenarnya ia bukan mengemis makanan atau demam sebaliknya pandangan mata diberikan kerana ia cuba berkomunikasi dengan anda. Ia seperti sebuah ciuman dan menandakan si bulus percaya kepada anda sebagai pemiliknya.

2. Kucing kencing di tempat tertentu. Jangan cepat marah jika kucing anda tiba-tiba kencing di tempat yang bukan kebiasaannya. Ini kerana ia sedang menanda ‘kawasan’ bagi memberitahu kucing lain itu adalah tempat jajahannya. Kucing lain yang mencium bau kencing tersebut tidak akan berani mendekati kawasan itu atau akan berlaku prbal-han. Selalunya ia dilakukan oleh kucing jantan.

3. Kucing berdengkur. Jangan takut apabila si bulus berdengkur kuat ketika tidur. Ia menandakan bahawa si kucing berasa tenang dan nyaman berada di sisi kita.

4. Menggerak-gerakkan ekornya. Jika kucing menggerak-gerakkan ekornya ia menggambarkan apa yang sedang dirasainya.  Jika ekornya menegak dan sedikit melengkung itu bererti kucing anda bahagia berada di sisi anda atau dia ingin bermain. Namun boleh jadi juga ia berasa terancam dengan keadaan sekelilingnya.

5. Kucing mencakar dinding dan sofa. Sikap kucing yang suka mencakar dinding dan sofa bukannya suka-suka sebaliknya si bulus sedang menajamkan kukunya.

6. Si bulus meow kepada andaApabila kucing mula mengeluarkan suara meow kepada anda ia bukan sahaja petanda si bulus lapar tetapi juga mahukan perhatian anda. Sebaik-baiknya belailah ia dan berinya makan.

7. Kucing mengusap kepalanya ke badan kita. Ini pasti perkara biasa apabila kucing mengusap mukannya ke badan kita. Ia membawa maksud si bulus mencintai anda. Ia juga bererti kucing anda belum makan dan anda tidak beri perhatian kepadanya.

8. Ikut ke mana sahaja anda pergi. Kadang-kadang sampai pergi bilik air pun kucing anda ikut! Itu tanda dia benar-benar menyayangi anda dan suka berada di dekat dengan anda.

Ada Sebab Mengapa Si Bulus Sering Berasa Lapar Dan Tidak Puas Dengan Makanan Yang Diberi. Ini 5 Penyebabnya.

Adakah kucing anda sering berasa lapar walaupun anda telah memberi mereka makan. Bahkan setiap kali diberi makan, pasti mereka masih berselera. Hal ini terjadi bukan tanpa alasan. Kucing yang selalu merasa lapar boleh saja menjadi pertanda adanya gangguan kesihatan. Berikut beberapa alasan mengapa kucing selalu merasa lapar.

1. Cacingan

Cacing gelang boleh membuat kucing yang selalu lapar, kerana cacing mengambil semua nutrisi dari makanannya sebelum ia boleh mendapatkannya. Ironisnya, kucing yang terserang cacing gelang mungkin terlihat gemuk, kerana parasit menyebabkan tubuhnya membengkak. Cacing gelang boleh menular ke manusia, jadi jika kamu mencurigai kucing mengidapnya, bawalah sampel tinja kucing ke doktor haiwan untuk diuji.

2. Kucing menderita hipertiroidisme atau diabetes

Kedua penyakit ini menyebabkan peningkatan nafsu makan yang besar. Hipertiroidisme terjadi kerana metabolisme kucing membakar terlalu banyak kalori. Adapun penyebab diabetes karena tubuh kucing tidak dapat mengubah gula menjadi energi, dan nutrisi bahkan tidak masuk ke dalam tubuhnya.  Jika kucing selalu lapar, makan terus-menerus dan berat badannya masih terus menurun, ditambah lagi ia meminum banyak air, bawa dia ke doktor haiwan secepat mungkin.

3. Kucing bosan atau kesepian

Sama seperti manusia, beberapa kucing akan makan kerana bosan. Penyelesaian untuk masalah ini adalah memberi kucing lebih banyak rangsangan dan berhenti tinggalkan mainan kunyah atau mengajaknya bermain. Kamu juga boleh membelikan kucing tempat makan puzzle, yang akan membuat kucing harus bekerja untuk makanannya. Ini akan membantunya membakar kalori dan menjaga pikirannya tetap aktif. Pastikan untuk menyediakan mainan lain yang merangsang intelektual (atau mungkin bahkan teman kucing) untuk mengalihkan pikirannya dari piringnya.

4. Kucing sedang depresi

Seperti pada manusia, makan berlebihan bisa menjadi perilaku menenangkan diri bagi kucing yang sedang depresi atau berduka. Jika kucing sedang depresi, cobalah mengajaknya bermain permainan interaktif yang lembut.

5. Makanan kucingmu tidak memenuhi kebutuhan nutrisinya

Saat kamu makan makanan cepat saji, kamu akan merasa lapar satu jam kemudian tidak peduli berapa banyak yang sudah kamu makan. Ini juga boleh terjadi pada kucing. Kucing yang selalu lapar boleh saja kerana makanan kucingmu tidak berkualiti. Kucing anda akan makan dan makan kerana dia tidak dapat memuaskan rasa lapar akan nutrisi yang menjadi akar dari keinginannya untuk makan.

Hal lain yang perlu diingat saat bertanya-tanya, “Mengapa kucing saya selalu lapar?” Perut kucing sangat kecil: beberapa senduk makan makanan mentah adalah semua yang diperlukan kucing untuk tetap sihat. Tentu saja, jika kucing adalah Maine Coon, dia akan memerlukan lebih banyak makanan daripada seekor kucing kecil Singapura, jadi pastikan untuk berkonsultasi dengan doktor haiwan untuk mengetahui jumlah makanan yang paling tepat untuk sahabat berbulumu.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *