Banyak perkara akan berlaku tanpa kita sedar sekiranya anda masih tidur bersama kucing. Ini antaranya.

Haiwan kucing tips

Kalau orang dah minat dengan kucing, hampir semua benda nak dikaitkan dengan si comel itu. Betul tak? Begitu juga dengan penulis yang amat menyukai dan menyayangi kucing. Mereka ni dah lah comel, keletah mereka juga sangat melucukan dan kadangkala buat kita jadi obses dengan kecantikan warna bulu, mata dan semualah!

Mesti ada antara anda sekalian yang sangat obses dengan kucing sampai dibuat tidur, gantikan mereka dengan bantal busuk atau anak patung. Memang seronok dapat tidur dengan haiwan kesayangan namun harus berwaspada dengan ancaman kesihatan. Kucing antara haiwan yang dikira sebagai pembersih tapi apa pun diingatkan berjaga jaga. Walau apa pun mari kita lihat 3 sebab kenapa manusia tak boleh tidur dengan haiwan

Waktu tidur tak sama

Kucing memang kuat tidur! Mereka mampu tidur selama 15 jam tapi waktu tidur kucing tidur tidak sama dengan manusia. Bayangkan anda tidur satu bilik bersama kucing dan kemudian ia akan bangun sekitar 2 atau 3 pagi, sudah pasti mereka akan mencakar atau menjilat muka anda. Ini memang boleh terjaga dibuatnya. Kucing sangat aktif sekitar masa itu dan ia masih menjadi tanda tanya pakar.

Jangkitan bakteria

Bulu kucing memang menawan sangat dah lah lebat, kembang, lembut dan berkilat. Si penjaga harus berjaga-jaga kerana bulu kucing boleh menjadi pembawa kuman dan bakteria. Kotoran dari kotak najis boleh melekat pada bulu dan ditinggalkan pada kawasan katil anda.

Kucing boleh ‘mengamuk’

Kucing ada sikap memberontak bila ia terasa haknya disentuh oleh orang lain, jangan main-main ya! Jika anda terasa sudah tidak mahu tidur bersama atau mengalihkan ia ke tempat baru. Kucing akan beri reaksi negatif seperti mencakar dan merosakkan perabot, kencing merata dan banyak lagi. Bagi tindakan ‘memujuk’, beri ia permainan baru untuk ia melepaskan rasa ‘marah’.

Sumber : Kartel Dakwah

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Pemilik Ini Kecewa Dengan Sikap Hotel Yang Cuai. Tak Sangka Walaupun Ini Berlaku Tak Beritahu Pemilik Segera.

Bagi individu yang membela kucing, pastinya kesedihan bakal menyelubungi diri apabila haiwan peliharaan mereka hilang. Meskipun banyak lagi kucing yang boleh dibela sebagai pengganti, peliharaan baru itu tidak akan sama dengan sebelum ini. Nyatanya, jalinan hubungan manusia dan binatang yang sudah lama dibela memang sukar dicari ganti. Mungkin, demikianlah dilema yang dihadapi oleh seorang pengguna Twitter ini.

“Sorry kucing hilang”…Bengang bila pihak kedai nak bagi offer lain sebagai ganti rugi. Menurut @Shearer Alan, dia menghantar haiwan peliharaannya ke sebuah hotel kucing kerana ingin pulang ke kampung. Walau bagaimanapun, lelaki ini berasa terkilan setelah pekerja kedai tersebut mengatakan bahawa kucingnya hilang. Malah, dia tidak menerima sebarang makluman tentang perkara berkenaan meskipun haiwan yang diberi nama Justin dikatakan menghilang selama seminggu. Walaupun pihak pengurusan ‘hotel’ itu memberikan kucing baru sebagai ganti, dia masih sukar menerima kerana Justin sudah dianggap sebahagian daripada keluarganya.

Tak berniat nak menjatuhkan business. Tapi lebih kepada peringatan untuk pihak berkenaan
Selain itu, lelaki itu turut berusaha meminta bantuan tentang kehilangan kucingnya menerusi laman Twitter. Dalam pada itu, jejaka ini mengatakan bahawa dia tidak berniat untuk menjatuhkan reputasi perniagaan kedai tersebut tetapi lebih kepada mengingatkan agar lebih berhati-hati dan memperbaiki pengurusan mereka.

Rasa happy selepas kucing ditemui…Dijaga sementara oleh seorang wanita. Walau bagaimanapun, lelaki ini berasa gembira selepas kucing kesayangannya itu dijumpai oleh seorang wanita dan makluman tersebut diterima menerusi kiriman foto. Meskipun haiwan tersebut sudah ditemui, tetapi jejaka berkenaan akan tetap mengambil tindakan ke atas kedai itu.

Sumber: Twitter Shearer Alan

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Gadis Ini Kongsikan Detik Cemas Selamatkan Mumu Yang Alami Masalah Ini. Tak Sangka 1 Kelas Gigih Cuba Bantu.

Tidak kira di kawasan pejabat, kedai makan mahupun sekolah, kelibat haiwan comel bernama kucing pastinya mudah dilihat. Khususnya buat kucing yang sering berlegar-legar di kawasan sekolah, kadangkala lokasi tersebut menjadi tempat tinggalnya memandangkan ada pihak bermurah hati memberikan makan setiap hari. Bila ada masa, si bulus ini akan round satu sekolah melintasi ruangan kelas mengalahkan pengetua. Mungkin sekolah anda pun ada kucing yang sebegini rupa kan?

Selain itu, baru-baru ini telah tular sekumpulan pelajar sekolah di Indonesia yang mendedahkan satu kisah lucu mengenai kucing bernama Muzdalifah. Meskipun tidak membela haiwan berkenaan, ternyata mereka seolah-olah membuktikan rasa sayang selepas menyelamatkannya daripada tersangkut di dalam lubang alat muzik cajon. Difahamkan, Muzdalifah yang juga terkenal dengan panggilan Mumu adalah seekor kucing betina yang agak garang.

Tidak pasti bagaimana Mumu boleh terperangkap dalam alat muzik berkenaan, namun mereka semua kecoh memikirkan cara untuk menyelamatkannya. Keadaan perutnya yang besar gara-gara bunting memang menyukarkan keadaan. Tambahan pula, semua pelajar itu seakan panik kerana Mumu terus mengiau kuat. Namun akhirnya misi menyelamat berjaya dan ternyata video menarik itu berjaya meraih jutaan tontonan. “Ngakak banget dong kucing sekola gua nyangkut di cajon.”

Baru je beranak dah nak kena ”sondol’ lagi
Bukan itu sahaja, mereka sempat berkongsikan juga keadaan Mumu yang sudah selamat melahirkan 6 ekor anak kucing. Tidak ketinggalan, thread berkenaan semakin lucu kerana mereka memuat naik video saat menyelamatkan Mumu daripada dinodai kucing jantan lain. Gais ayo boleh mampir di ig kucing sekolah aku @kucingduta wkwkwk follow ya!

Sumber : Twitter Endah

Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Adik Buat Luahan Di Laman Twitter Yang Sanggup Buang Keluarga Demi 13 Ekor Kucingnya. Rupanya Kantoi Dah Block Kakak.

Serba-salah jadinya apabila perlu memilih antara kakak kandung ataupun kucing peliharaan. Begitulah yang cuba disampaikan gadis ini secara berjenaka di laman Twitter sehingga kisahnya menjadi tular. “So kakak aku found out dia allergic dengan bulu kucing and we have 13 cats at this moment. Haih, terpaksalah buang kakak aku,” tulis Nurhani Sulha Shahrolazman.

Hani (kanan) bersama kakaknya, Aini Lateefa (kiri).

Sehingga kini, tweet yang dikongsi pelajar berusia 19 tahun itu menerima lebih 53,000 ulang kicau (Retweet) di Twitter. Mesra disapa Hani, dia sempat bercerita lanjut mengenai kucing peliharaan keluarganya di Slim River, Perak. “Ada dalam 13 ekor, tapi tak semua duduk dalam rumah. Tujuh ke lapan ekor tinggal dengan kami, selebihnya kucing lain yang selalu datang makan di rumah. Biasalah, kucing kampung kami bagi makan ikan goreng, kadang-kadang bulu tanggal, lekat dekat perabot. Lepas tu dalam rumah, kakak seorang je yang selalu bersin. Lama-lama baru tahu dia alergi, tak boleh kena bulu kucing. Tapi dia sekadar bersin, tak ada kesan-kesan sampingan lain,” ujarnya. Disebabkan kisah itu, Hani secara suka-suka menulis tweet kononnya mahu ‘membuang’ kakaknya, Aini Lateefa, 24, dan sama sekali tidak menyangka akan menerima reaksi luar biasa di laman sosial itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *