Tular si bulus yang mempunyai wajah yang seakan Panda. Sekali ada yang perasan benda lain pula pada si bulus ini.

Haiwan kucing Viral

Kucing viral dengan tanda seperti panda. Seekor kucing di China mendadak menjadi perhatian warganet, setelah rakaman viral tersebar yang memperlihatkan tanda unik di bahagian wajahnya yang mirip panda. Kucing tersebut pun memang seiras Panda kerana memiliki dua bintik hitam di atas matanya dan garis berbentuk kumis di bawah hidungnya. Kucing tersebut juga tampak cemberut dengan sepasang alis berkerut. Rakaman video yang viral itu menarik perhatian jutaan pengguna internet yang terhibur dengan “ekspresi sedih” Panda.

Video Panda viral di media sosial China ketika kucing itu terlihat sedang berehat di bawah kereta pada Juli dan pertama kali diunggah melalui TikTok China. Video tersebut diyakini dirakam oleh seorang penduduk lokal di Chengdu, kota barat daya China. Video yang dikongsikan oleh akaun Cat from the Hostel itu telah ditonton sebanyak lebih dari dua juta penayangan dan komen. Banyak pengguna media sosial juga menganggap haiwan itu kemas kerana riak wajahnya yang unik.

“Hahaha kucing ini sangat buruk dan imut di saat yang sama. Sangat lucu,” tulis seorang pengguna. “Saya suka kumis kecilnya. Mengingatkan saya pada Charlie Chaplin,” komen yang lainnya. Haiwan tersebut telah mengumpulkan hampir 70.000 pengikut di media sosial. Pada Juni, kucing dengan ekspresi sedih lainnya juga menjadi tular di media sosial China kerana memiliki tanda wajah yang unik seperti Panda. Video kucing liar itu diberikan secara online oleh seorang perempuan yang melihat haiwan itu di Shanghai.

Sumber : Suara.com

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tular Dijumpai Kucing Yang Mempunyai Sesuatu Yang Aneh Ini. Ini Rupanya Macam Mana Dia Dijumpai.

Seekor kucing berkaki lima ditemui, kes kedua seumpama ini yang pernah dilaporkan. Kaki kelima kucing itu ditemui apabila ia dibawa ke sebuah pusat perlindungan haiwan selepas kucing temp4ng itu ditemui sedang berkeliaran di sekitar jalan di Rotterdam, Belanda.

Ketika para penjaga memeriksa haiwan ini yang dinamakan Quin oleh pekerja perlindungan, mereka mendapati terdapat kaki kelima pada badannya. Ineke Jochims dari Yayasan Kucing Jalanan Rijnmond berkata: “Hanya sekali, di Amerika Syarikat, kucing yang mempunyai lima kaki dilihat sebelum ini.” Menurut Jochims kaki kelima Quin lebih kecil dan tidak mempunyai tapak kaki seperti seekor kucing normal.

Ahli biologi Kees Moeliker berkata walaupun mungkin ramai yang memanggilnya sebagai ‘kucing berkaki lima’, anggota tambahan itu berkemungkinan milik pasangan kembarnya yang tidak berkembang sepenuhnya. Moeliker berkata: “Kemungkinan besar ia adalah kembar Siam, yang mana pasangannya bersaiz sangat kecil. “Dalam dunia haiwan, ini kerap berlaku, anda dapat melihatnya pada khinzir dan lembu-lembu di India, saya pernah melihat seekor lembu dengan kaki tambahan di belakangnya.” Kucing itu dinamakan Quin mengambil awalan Latin untuk nombor lima.

Jochims menambah: “Kucing itu kelihatan sihat, tetapi berjalan tidak sempurna. “Nampak jelas Quin kesakitan. Pakar dari University of Utrecht kini akan melihat bagaimana mereka boleh membantunya. Quin hanya berusia setengah tahun, dia tidak boleh terus dibiarkan sakit sepanjang hayatnya. Kami juga tidak tahu bagaimana proses perkembangannya, kami pasti akan berusaha untuk membantunya.”

Sumber : mirrorUK

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Keluarga Ini Sahur Dengan Air Mata. Sekali Anak Dedahkan Detik Duka Lihat Kejadian Twinky Yang Dah Tiada.

Paparan skrin video mengenai kehilangan Twinky yang tular di media sosial. Air mata sahur. Itulah yang dapat digambarkan mengenai situasi dihadapi tujuh sekeluarga apabila si bulus kesayangan mereka mati Ahad lalu. Si bulus berwarna jingga yang dikenali sebagai Twinky terjatuh dari tingkat 17, kediaman keluarga tersebut yang terletak di Puchong Prima ketika mereka mahu bersahur kira-kira pukul 5 pagi.

Menurut Nik Mohamad Farhan Firdaus Nik Mohd Fauzi, semasa kejadian sliding door rumah mereka terbuka dan Twinky dipercayai tergelincir semasa bermain di balkoni rumah. Sebaik sahaja menyedari Twinky tiba-tiba hilang dari pandangan, pemuda berusia 21 tahun itu berkata suasana tenang di rumah tiba-tiba bertukar panik.

“Masa tu mak tengah isi nasi. Lepas tu kakak perasan Twinky tak ada sebab sebelum tu Twinky ada dekat balkoni, main-main dekat situ. Bila akak jenguk je kat luar balkoni tengok Twinky dah dekat bawah terlentang atas jalan tar. Kakak terus berlari masuk lif, turun bawah ambil Twinky sambil nangis-nangis bawa naik atas. Semua menangis bila tengok keadaan Twinky sudah tidak bernyawa. Kiranya hari tu kami berpuasa tanpa sahur, hanya menangis mengenangkan nasib Twinky,” katanya.

Wafey amat manja dengan Twinky.

Nik Mohamad Farhan Firdaus atau lebih mesra disapa Paan berkongsi video yang menyaksikan kakaknya, Faryna Natasha dan adiknya, Na’il Wafeq menangis teresak-esak melihat keadaan kucing mereka sudah tidak bernyawa di Twitternya.

Malam sebelum Twinky mati tu pun dia tidur dalam bilik kakak saya. Peliknya dia tidur sebelah kakak saya. Macam tahu-tahu je dia nak pergi.

Video berdurasi 30 saat itu mendapat 430,000 tontonan dan diulang kicau sebanyak 26,100 kali. Jelas Paan, Twinky yang baru berusia empat bulan pergi buat selamanya serta-merta disebabkan sakit dalaman selain patah kaki dan leher. Katanya, mereka sekeluarga terkejut dengan kejadian itu tetapi kehilangan Twinky memberi kesan mendalam kepada kakak dan adik ketiganya itu.

Twinky yang baru berusia empat bulan merupakan kucing pertama peliharaan keluarga tersebut.

“Semua sedih tapi kakak dan adik paling terkesan. Mereka berdua amat rapat dengan Twinky kerana itu haiwan pertama yang mereka bela. Twinky memang manja dengan mereka. Malam sebelum Twinky pergi tu pun dia tidur dalam bilik kakak saya. Peliknya dia tidur sebelah kakak saya. Macam tahu-tahu je dia nak pergi. Adik pula selalu kalau balik sekolah dia jumpa kucing tu dulu. Tapi esoknya bila dia balik jumpa tempat persemadian kucing saja. Itu yang dia sedih sangat tu,” katanya. Namun demi untuk menggembirakan kakak dan adiknya, ibu dan ayah mereka membeli kucing baharu sebagai pengganti Twinky.

Paparan skrin perkongsian tular itu.

“Lama jugalah mereka sedih tapi kami pujuk cakap nanti jumpa Twinky dekat syurga. Kami pun cari kucing baru dekat KL. Kucing tu lebih kurang sama macam Twinky warna jingga. Tapi kami namakan dia Coffee sebab kalau orang buat kopi dia suka datang dekat-dekat. Lepas beberapa hari, adik dan kakak dah ok sikit. Mungkin ambil sikit masa nak hilang rindu dekat Twinky tapi saya percaya mereka sudah hampir move on,” katanya.

Ditanya mengenai komen warganet yang menyalahkan mereka sekeluarga atas kejadian itu, Paan mengakui kesal kerana terlambat memasang jaring di koridor rumah. “Memang salah kami sebab lambat sikit nak pasang jaring untuk elak kucing jatuh. Sebenarnya kami baru pindah ke sini. Banyak benda nak kena settle dan masa tu tak fikir lagi pasal jaring semua tu. Memang tak expect benda ni akan berlaku. Kejadian ini amat mengejutkan kami,” katanya.

Sumber : Mstar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *