Tular pemuda ini menangis apabila nak lakukan sesuatu ini pada Mourie. Sekali ketakutannya selama ini jadi kenyataan.

Haiwan kucing Viral

Kadangkala nakal dan manja, namun sudah pastinya memiliki wajah yang sungguh comel. Demikianlah 3 keistimewaan yang membuatkan kucing sering kali menjadi pilihan ramai untuk dijadikan haiwan peliharaan. Si bulus ini juga membuatkan tekanan harian kita berkurangan dek kerana keletahnya yang cukup menghiburkan. Maka tidak hairanlah sekiranya wujud perasaan sayang yang mendalam terhadap binatang comel ini.

Aku takut bila kucing aku dah takde nanti

Bagi orang yang sudah biasa membela kucing, detik paling menyedihkan adalah apabila haiwan kesayangan mereka itu pergi buat selama-lamanya. Tidak kira apa jua sebabnya, detik itu boleh dikatakan pahit diterima seperti pengalaman yang dihadapi seorang individu bernama Syahiran.

Yang pernah rasa je faham

Jelas pemuda ini menerusi laman Twitter, kehilangan kucing kesayangannya yang sudah dibela sejak bertahun-tahun itu benar-benar merobek jiwa. Bagi sesiapa yang pernah berhadapan situasi sama pastinya sangat mengerti perasaan pemuda ini.

Terkilan tak sempat bawa ke klinik

Beberapa hari sebelum kucingnya bernama Mourie itu ‘pergi’, ia seakan-akan menunjukkan tanda seperti kelihatan lemah dan sering tidur di kawasan luar rumah. Tambahnya lagi, hakikat bahawa dia tidak sempat membawa Mourie ke klinik terus membuatkan pemuda ini terkilan dan sukar menerima hakikat.

Laman rumah takkan nampak kau lagi

Namun di sebalik semua yang terjadi, Syahiran masih bersyukur dan berterima kasih kerana kucing tersebut pernah hadir sebagai penyeri dalam keluarganya. Selain luahan bertulis itu, sebuah rakaman saat dia hendak menanam Mourie juga sangat meruntun jiwa. Dapat didengari pemuda tersebut gagal menahan tangisan saat melepaskan kucingnya pergi buat selamanya.

Sumber : Twitter syerannn

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tular Oyen Ini Kerap Pilih Benda Lain Selain Yang Disediakan Oleh Pemiliknya. Ingatkan Air Sahaja Rupanya Ada Lagi Benda Lain.

Ramai daripada kita suka menjadikan kucing sebagai haiwan peliharaan kan? Sifat semulajadi si bulus yang berbulu dan comel itu membuatkan orang ramai berasa ingin membelai mereka. Dalam pada itu, gelagat haiwan ini juga sukar untuk diramal hingga membuatkan orang berasa geram terhadapnya.

Dah sediakan bekas air untuk minum tapi pilih lopak air. Seronok minum bersama kawan-kawan. Menerusi Twitter, pemuda bernama Fairuz ini telah menyediakan sebekas air untuk diminum oleh kucing oren peliharaannya. Namun apa yang mengecewakan hatinya adalah ia lebih sanggup menikmati lopak air bersama ‘kawan-kawannya’ yang lain.

Dah sedia pasir untuk buang air…kucing pergi masuk kawasan landscape tumbuhan. Tak cukup dengan itu, perkara sama turut berlaku ketika ia mahu melepaskan hajat. Walaupun telah disediakan satu bekas pasir, namun kucing tersebut tetap melakukannya di sebalik kawasan tumbuh-tumbuhan. Gara-gara itu, Fairuz terpaksa membuat halangan supaya kucing itu tidak masuk kawasan tersebut.

Kucing sebenarnya lebih tertarik pada air yang mengalir. Jarang la diorang nak minum yang kita bagi. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut berkongsi pengalaman yang sama dimana kucing mereka juga sentiasa bertindak diluar jangkaan. Mereka juga beranggapan kucing lebih senang tertarik pada air yang mengalir. Secara keseluruhan, tweet ini telah mendapat lebih 5 ribu retweets.

Sumber: Twitter callmefye

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Pemuda Ini Kongsi Gelagat Pelik Bob. Sampai Diajar Untuk Buat Aksi Ini.

Kucing bernama Bob peliharaan keluarga Arash Muaz sangat aktif malah diajar untuk membuat aksi ‘high-five’. “Selain kucing, sangat-sangat seronok tengok keluarga ni, sama-sama beribadah berjemaah.” Demikian antara komen yang dilontarkan warganet terhadap perkongsian seorang remaja yang memuatnaik video gelagat kucingnya yang aktif.

Posting tersebut yang pada asalnya dibuat sekadar suka-suka untuk berkongsi gelagat kucing peliharaan yang dianggap luar biasa, tanpa disangka mengundang komen warganet yang tertarik melihat aktiviti solat berjemaah keluarga berkenaan. Menurut remaja yang memuatnaik video tersebut di Twitter, Arash Muaz, dia berkongsi video gelagat kucing peliharaan yang berkelakuan seperti seekor anjing kerana merasakan ia sesuatu yang pelik dan lucu.

“Ketika itu kami sekeluarga baru selesai solat Maghrib berjemaah. Sambil-sambil tengah berehat, saja baling permainan untuk ajak kucing kami yang bernama Bob ni main. Tak sangka Bob pergi kutip dan bawa semula permainannya kepada saya, seperti kita biasa lihat anjing buat.

Posting yang dimuatnaik oleh Arash Muaz mengenai gelagat pelik kucingnya.

“Kami pelik sebab tak pernah latih pun permainan seperti itu. Malah Bob sendiri tak pernah berkelakuan seperti itu. Itu yang kakak saya rakam. Tapi tak sangka pula ada perkara lain yang warganet perhati. Memang menjadi rutin kami sekeluarga solat Maghrib berjemaah. Langsung tiada niat lain, tapi mungkin warganet perasan sebab kain sejadah masih terbentang ketika itu,” ujarnya. Video berdurasi 25 saat yang dimuatnaik di Twitter itu sehingga kini meraih 45,000 retweet dan mendapat 65,500 like.

Antara komen warganet yang bukan sahaja tertarik dengan gelagat kucing bernama Bob, tetapi turut tertarik dengan aktiviti solat berjemaah keluarga ini.

Ia turut dibanjiri dengan komen warganet yang terhibur dengan gelagat kucing peliharaan keluarga remaja tersebut. “Tapi memang tak sangka langsung boleh viral, sebab ada juga yang cakap, kucing mereka pun mempunyai gelagat yang sama. Cuma kami pelik sebab Bob tak pernah macam itu sebelum ini. Mungkin juga sebab ada suara ibu dalam video itu. Ibu memang macam tu, dia sangat sayang kucing-kucingnya macam anak sendiri. Selalu ingatkan kami adik beradik supaya jangan lupa beri kucing-kucing makan,” ujar remaja yang berasal dari Cheras, Selangor ini.

Ada banyak juga yang tanya bagaimana kami latih kucing. Sejujurnya, kami langsung tidak pernah melatih Bob buat macam itu. Tapi Bob sangat aktif dan paling manja berbanding tiga kucing lain di rumah ini.

Bercerita lebih lanjut, Arash mendedahkan sejak video tersebut tular, dia menerima banyak mesej menerusi Direct Message (DM) dan komen bertanyakan bagaimana dia dan keluarganya melatih kucing peliharaan mereka. “Ada banyak juga yang tanya bagaimana kami latih kucing. Sejujurnya, kami langsung tidak pernah melatih Bob buat macam itu. Tapi Bob sangat aktif dan paling manja berbanding tiga kucing lain di rumah ini.

Tiga daripada empat kucing peliharaan keluarga Arash Muaz iaitu Bob (kiri), Peppa dan Coco.

“Cuma ibu saya pernah melatih kucing-kucingnya buat ‘hand-shake’ dan juga ‘high five’. Masa mula-mula tu, saya jawab juga komen dan mesej mereka. Tapi bila makin ramai yang bertanya, ada yang tak sempat dijawab,” katanya sambil menambah, Bob adalah baka campuran antara kucing biasa dengan Bengal. Katanya lagi, keluarganya memang gemar memelihara kucing untuk dijadikan penghibur di rumah. “Setakat ini ada empat ekor sahaja termasuk Bob. Memang keluarga suka pelihara kucing… kalau mereka tak ada memang bosan. Dengan gelagat comel, manja dan aktif mereka, memang terhibur dan hilang rasa bosan,” ujarnya mengakhiri bicara. 

Sumber : Mstar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Kekurangan Si Bulus Ini Tidaklah Menghalang Untuk Lakukan Ini. Aksi Manjanya Dapat Raih Perhatian Ramai.

Kazou kehilangan matanya ketika masih kecil akibat selsema. Kazou ditemui ketika masih kecil dan matanya sudah rosak teruk akibat mengalami selsema kucing. Mal4ngnya, mata Kazou tidak dapat diselamatkan dan terpaksa dibuang melalui satu operasi. Tetapi itu tidak menghalang Kazou untuk menikmati hidupnya!

Kazou adalah seekor kucing yang memiliki rasa ingin tahu yang tinggi, bersemangat dan tidak mudah rasa takut. Setiap orang yang bertemu dengan Kazou teruja dengan kelakuannya. Walaupun dia tidak mempunyai mata, mungkin dia dapat melihat dengan mata hatinya.

Gambar-gambarnya mudah menambat hati peminat kucing yang terhibur dengan aksinya yang bersahaja. Perkembangan Kazou boleh diikuti menerusi laman Facebook Kazou – das Blindkatzi.

Sumber : Bored Panda

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *