Disebabkan kalut siapkan tugasan. Sekali gadis ini tidak sengaja dedahkan aib ini pula.

Haiwan kucing Viral

Bila berbicara sahaja tentang zaman belajar, setiap antara kita pasti pernah melalui pelbagai kenangan pahit dan manis, kan? Bukan sahaja dapat berkenalan dengan kawan-kawan baru dari banyak negeri, malah kenangan tatkala berhempas-pulas menyiapkan assignment juga mesti tidak dapat dilupakan. Namun dalam kesibukan bergelar mahasiswa, ada kalanya anda tidak boleh lari daripada melakukan kesilapan.

Salah hantar assignment, berdekah member nampak gambar kucing …lecturer menyempat ambil gambar

Menerusi video di TikTok, gadis yang mesra digelar Maya menyatakan telah tersalah hantar assignment gara-gara ingin keluar cepat. Lucunya, hasil tugasan yang mempunyai gambar kucing tersebut turut dipaparkan di layar putih. Bukan sahaja menjadi perhatian rakan sekelas, malah pensyarahnya turut mengambil gambar malah tidak dapat menahan tawa. Sementara itu, gadis berkenaan yang juga malu hanya mampu menutup muka sahaja dan berharap agar orang lain tidak mengalami kejadian sama sepertinya.

Apa agaknya difikir masa hantar assignment…zaman belajar yang paling tak boleh lupa

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur dengan reaksi rakan-rakan serta pensyarah terutamanya selepas melihat gambar kucing yang terpapar di skrin. Selain itu, mereka juga mengakui rindu akan zaman belajar yang ada kalanya dipenuhi pelbagai perkara ‘gila-gila’. Secara keseluruhan, video tersebut telah meraih hampir 50 ribu jumlah tontonan setakat ini.

Sumber: TikTok miyaa05_

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tular Telatah Truffle Yang Tak Banyak Kerenah Apabila Bawa Ke Sini. Sampai Ada Yang Tanya Begini.

Boleh dikatakan kucing merupakan haiwan peliharaan pilihan ramai. Malah keletah comelnya yang sentiasa mencuit hati boleh membuatkan penat lelah kita hilang begitu sahaja. Selain itu, si bulus ini juga merupakan haiwan yang paling setia sehinggakan pemiliknya merasa selesa untuk berkongsi aktiviti harian bersama-sama.

Sudahlah comel, tak banyak ragam patutlah tuan bawa travel. Baru-baru ini, seekor kucing yang diberi nama Truffle telah mencuri perhatian ramai kerana kecomelan serta perilakunya yang sangat baik dan tidak banyak ragam ketika dibawa melancong ke luar negara. Malah gelagatnya sepanjang percutian itu turut dirakam dan dikongsikan di akaun TikTok @jeqaf.

Siap pakai baju tebal lagi takut sejuk. Menerusi klip video berdurasi kurang daripada seminit itu, si bulus berkenaan dilihat begitu tenang di samping tuannya di dalam pesawat tersebut. Bukan sahaja mendengar kata, malah gelagat comel yang ditonjolkan oleh Truffle ketika berada dalam pesawat untuk berlepas ke San Fransicco membuatkan warganet naik ‘geram’ dengannya. Bertambah comel apabila dia juga dibawa bebas berjalan-jalan sambil memakai baju tebal sesuai dengan cuaca di negara tersebut.

Tiba-tiba rasa cemburu dengan kucing tu, boleh naik flight. Siapa sangka, keletah comel kucing ini turut menjadi tular di Twitter dan mendapat pelbagai reaksi daripada warganet. Rata-rata mereka mengakui terhibur dengan gelagat Truffle yang begitu santai menikmati percutian tersebut tanpa mengganggu ketenteraman penumpang lain.

Sumber : TikTok jeqaf, Twitter iassssssssss

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Cikgu Nak Pencen Impi Untuk Buka Taman Kucing. Siap Jadikan Sesuatu Ini Sebagai Bisnes Sambil Sedekah.

Cikgu Nor sudah mula bercucuk tanam sejak tahun 90-an lagi dan turut memiliki 20 ekor kucing di rumahnya. Tatkala meniti hari-hari terakhir bergelar pendidik, banyak rancangan yang sudah dirangka wanita ini untuk mengisi masa lapangnya kelak.

Menurut Nor Salzafani Mohmed Kisasi, 57, dia memilih untuk mengkomersialkan kebun bunga di halaman rumahnya sekaligus menjadi kerjaya baharu setelah bersara sebagai guru tidak lama lagi. Dia yang mesra disapa Cikgu Nor mengakui sudah mula bercucuk tanam sejak tahun 90-an lagi. Namun, segalanya berubah apabila dia acap kali menerima pertanyaan ramai sehingga mengambil keputusan untuk mula melakukan perniagaan ‘Keboon Rumah’ selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Cikgu Nor dijangka bersara pada September 2021.

“InsyaAllah saya akan bersara pada September tahun depan. Minat menanam dah lama sebenarnya. Tapi lama kelamaan, ramai yang lalu dan bertanya. Jadi kita ambil keputusan untuk jual. Sebab saya pun fikir, nanti adalah aktiviti selepas pencen untuk isi masa lapang,” ujarnya. Menurut ibu kepada empat cahaya mata itu, dia gembira apabila kebun yang diusahakannya mula mendapat perhatian ramai. Ia gara-gara usaha anaknya melakukan promosi secara dalam talian menerusi Instagram dan juga TikTok.

Saya memang minat kucing, ada 20 ekor di rumah. Jumpa kucing cacat di sekolah pun saya ambil bawa pulang.

“Tak sangka. Alhamdulillah. Mungkin ini salah satu rezeki nak pencen. Niat pun nak jual murah-murah sambil sedekah. Saya kesian tengok orang yang nak beli pokok tapi harganya agak tinggi. Saya ni dah ada benih pokok, saya biak dan jual je lah pada harga murah. Alhamdulillah permintaan hari-hari ada. Anak saya yang rajin promosi. Sekarang kami buat penghantaran atau pelanggan boleh walk in. Tapi selepas anak promosi online, kami dapat pelanggan dari Johor dan Sarawak. Jadi kami kena fikir bagaimana untuk hantar kepada mereka,” ujarnya yang menetap di Puchong, Selangor.

Suasana di sekitar halaman rumahnya.

Menurut Cikgu Nor, dia juga memendam satu lagi hasrat yang mana ia merupakan minat yang sudah bercambah sejak zaman kanak-kanak lagi.

Antara tanaman yang dijual.

“Sebenarnya niat di hati ada dua. Satu nak buka kebun dan ia sudahpun tercapai. Yang kedua, saya nak buat taman kucing dalam kebun tu. Saya memang minat kucing, ada 20 ekor di rumah. Jumpa kucing kurang upaya di sekolah pun saya ambil bawa pulang. InsyaAllah kalau jadi nyata, pelanggan yang datang, sambil-sambil beli pokok, boleh juga tengok kucing,” ujarnya yang berkhidmat di sebuah sekolah rendah di Petaling Jaya. Antara yang ditanam di kebun milik guru itu termasuklah pokok kegemaran ramai iaitu money plant, lidah jin, pandan, kunyit. dan banyak lagi.

Sumber : Mstar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Pemuda Ini Dedahkan Gelagat Pelik Bob Apabila Di Rumah. Sekali Lain Pula Yang Tarik Perhatian Warganet.

Kucing bernama Bob peliharaan keluarga Arash Muaz sangat aktif malah diajar untuk membuat aksi ‘high-five’. Foto: Arash Muaz “Selain kucing, sangat-sangat seronok tengok keluarga ni, sama-sama beribadah berjemaah.” Demikian antara komen yang dilontarkan warganet terhadap perkongsian seorang remaja yang memuatnaik video gelagat kucingnya yang aktif. Posting tersebut yang pada asalnya dibuat sekadar suka-suka untuk berkongsi gelagat kucing peliharaan yang dianggap luar biasa, tanpa disangka mengundang komen warganet yang tertarik melihat aktiviti solat berjemaah keluarga berkenaan.

Menurut remaja yang memuatnaik video tersebut di Twitter, Arash Muaz, dia berkongsi video gelagat kucing peliharaan yang berkelakuan seperti seekor anjing kerana merasakan ia sesuatu yang pelik dan lucu. “Ketika itu kami sekeluarga baru selesai solat Maghrib berjemaah. Sambil-sambil tengah berehat, saja baling permainan untuk ajak kucing kami yang bernama Bob ni main. Tak sangka Bob pergi kutip dan bawa semula permainannya kepada saya, seperti kita biasa lihat anjing buat.

Posting yang dimuatnaik oleh Arash Muaz mengenai gelagat pelik kucingnya.

“Kami pelik sebab tak pernah latih pun permainan seperti itu. Malah Bob sendiri tak pernah berkelakuan seperti itu. Itu yang kakak saya rakam. Tapi tak sangka pula ada perkara lain yang warganet perhati. Memang menjadi rutin kami sekeluarga solat Maghrib berjemaah. Langsung tiada niat lain, tapi mungkin warganet perasan sebab kain sejadah masih terbentang ketika itu,” ujarnya. Video berdurasi 25 saat yang dimuatnaik di Twitter itu sehingga kini meraih 45,000 retweet dan mendapat 65,500 like.

Antara komen warganet yang bukan sahaja tertarik dengan gelagat kucing bernama Bob, tetapi turut tertarik dengan aktiviti solat berjemaah keluarga ini.

Ia turut dibanjiri dengan komen warganet yang terhibur dengan gelagat kucing peliharaan keluarga remaja tersebut. “Tapi memang tak sangka langsung boleh viral, sebab ada juga yang cakap, kucing mereka pun mempunyai gelagat yang sama. Cuma kami pelik sebab Bob tak pernah macam itu sebelum ini. Mungkin juga sebab ada suara ibu dalam video itu. Ibu memang macam tu, dia sangat sayang kucing-kucingnya macam anak sendiri. Selalu ingatkan kami adik beradik supaya jangan lupa beri kucing-kucing makan,” ujar remaja yang berasal dari Cheras, Selangor ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *