Jangan halau sekiranya kucing datang rumah.Ketahui sebabnya kenapa kucing datang.

Haiwan kucing tips

Kalau kucing datang rumah kita, jangan sesekali h4lau kucing itu, mereka datang ada sebab. Assalamualaikum smua.. Kadang2 bila kucing liar datang rumah kita rasa macam menyemak je kan? Lagi2 bila time kita nak makan, lagi meny4mpah, yang tak tahan siap bunyi2 nak mintak makanan kat kita, rimas je rasanya kan??

Tapi korang kena tahu, lain pula pada yang mencintai kucing, mereka tak akan h4lau dan mereka tak sampai hati kalau kucing liar datang rumah mereka, tak banyak sikit, mereka mesti bagi sedikit makanan tetapi lain pulak bagi orang yg tak senang dengan kedatangan kucing liar ni, silap2 kena penyapu atau sep4k bin4t4ng tu, tak pun kene baling dengan sesuatu. Korang semua kena tahu, sebenarnya kucing liar yang datang pada kita ada sebab, tak kira datang rumah atau masa kita makan kat kedai, bukan saja2 mereka datang.

Ini Sebab-sebab kenapa kucing datang kepada kita dan korang kene tahu, kalau kita abaikan kucing yang datang meminta makanan itu ia amatlah rugi sangat2 bagi kita sebab yang pertama : Allah nak beritahu makanan kita yang kita makan tu sebenarnya bukanlah hak kita dan makanan tu bukan semuanya rezeki kita. Percayalah, Sebahagian dari makanan tu adalah rezeki kucing yang datang tu. sebab itu dia datang pada kita. Sebab yang kedua : Allah nak bagitahu kalau kita bagi makanan pada kucing yang datang tu, rezeki lain Allah akan ubah pada yang lebih baik. sebab satu   kebaikan tu Allah balas 10 kebaikan dan Allah boleh bagi lebih dari itu. Sebab yang ketiga : Allah nak bagi tahu bila kita mana kita tak bagi makanan pada kucing yang datang tu, sebenarnya kita sedang tolak rezeki baru yg Allah memberi pada kita. Korang kena tahu.. Rezeki tu sebenarnya luas, bukan duit je..

Pesan saya, Iklaslah bila bagi makanan pada mereka(kucing) yang datang.. haiwan tidak pandai mengucapkan terima kasih pada kita. Tapi setiap apa yang kita bagi, dia akan mendoakan kita.. Sekian dari pencinta kucing. Share untuk semua untuk memberi kesedaran pada hamba Allah yang tak suka kucing tu..

Sumber : Nasihatustazz

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tular Dijumpai Kucing Yang Mempunyai Sesuatu Yang Aneh Ini. Ini Rupanya Macam Mana Dia Dijumpai.

Seekor kucing berkaki lima ditemui, kes kedua seumpama ini yang pernah dilaporkan. Kaki kelima kucing itu ditemui apabila ia dibawa ke sebuah pusat perlindungan haiwan selepas kucing temp4ng itu ditemui sedang berkeliaran di sekitar jalan di Rotterdam, Belanda.

Ketika para penjaga memeriksa haiwan ini yang dinamakan Quin oleh pekerja perlindungan, mereka mendapati terdapat kaki kelima pada badannya. Ineke Jochims dari Yayasan Kucing Jalanan Rijnmond berkata: “Hanya sekali, di Amerika Syarikat, kucing yang mempunyai lima kaki dilihat sebelum ini.” Menurut Jochims kaki kelima Quin lebih kecil dan tidak mempunyai tapak kaki seperti seekor kucing normal.

Ahli biologi Kees Moeliker berkata walaupun mungkin ramai yang memanggilnya sebagai ‘kucing berkaki lima’, anggota tambahan itu berkemungkinan milik pasangan kembarnya yang tidak berkembang sepenuhnya. Moeliker berkata: “Kemungkinan besar ia adalah kembar Siam, yang mana pasangannya bersaiz sangat kecil. “Dalam dunia haiwan, ini kerap berlaku, anda dapat melihatnya pada khinzir dan lembu-lembu di India, saya pernah melihat seekor lembu dengan kaki tambahan di belakangnya.” Kucing itu dinamakan Quin mengambil awalan Latin untuk nombor lima.

Jochims menambah: “Kucing itu kelihatan sihat, tetapi berjalan tidak sempurna. “Nampak jelas Quin kesakitan. Pakar dari University of Utrecht kini akan melihat bagaimana mereka boleh membantunya. Quin hanya berusia setengah tahun, dia tidak boleh terus dibiarkan sakit sepanjang hayatnya. Kami juga tidak tahu bagaimana proses perkembangannya, kami pasti akan berusaha untuk membantunya.”

Sumber : mirrorUK

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Keluarga Ini Sahur Dengan Air Mata. Sekali Anak Dedahkan Detik Duka Lihat Kejadian Twinky Yang Dah Tiada.

Paparan skrin video mengenai kehilangan Twinky yang tular di media sosial. Air mata sahur. Itulah yang dapat digambarkan mengenai situasi dihadapi tujuh sekeluarga apabila si bulus kesayangan mereka mati Ahad lalu. Si bulus berwarna jingga yang dikenali sebagai Twinky terjatuh dari tingkat 17, kediaman keluarga tersebut yang terletak di Puchong Prima ketika mereka mahu bersahur kira-kira pukul 5 pagi.

Menurut Nik Mohamad Farhan Firdaus Nik Mohd Fauzi, semasa kejadian sliding door rumah mereka terbuka dan Twinky dipercayai tergelincir semasa bermain di balkoni rumah. Sebaik sahaja menyedari Twinky tiba-tiba hilang dari pandangan, pemuda berusia 21 tahun itu berkata suasana tenang di rumah tiba-tiba bertukar panik.

“Masa tu mak tengah isi nasi. Lepas tu kakak perasan Twinky tak ada sebab sebelum tu Twinky ada dekat balkoni, main-main dekat situ. Bila akak jenguk je kat luar balkoni tengok Twinky dah dekat bawah terlentang atas jalan tar. Kakak terus berlari masuk lif, turun bawah ambil Twinky sambil nangis-nangis bawa naik atas. Semua menangis bila tengok keadaan Twinky sudah tidak bernyawa. Kiranya hari tu kami berpuasa tanpa sahur, hanya menangis mengenangkan nasib Twinky,” katanya.

Wafey amat manja dengan Twinky.

Nik Mohamad Farhan Firdaus atau lebih mesra disapa Paan berkongsi video yang menyaksikan kakaknya, Faryna Natasha dan adiknya, Na’il Wafeq menangis teresak-esak melihat keadaan kucing mereka sudah tidak bernyawa di Twitternya.

Malam sebelum Twinky mati tu pun dia tidur dalam bilik kakak saya. Peliknya dia tidur sebelah kakak saya. Macam tahu-tahu je dia nak pergi.

Video berdurasi 30 saat itu mendapat 430,000 tontonan dan diulang kicau sebanyak 26,100 kali. Jelas Paan, Twinky yang baru berusia empat bulan pergi buat selamanya serta-merta disebabkan sakit dalaman selain patah kaki dan leher. Katanya, mereka sekeluarga terkejut dengan kejadian itu tetapi kehilangan Twinky memberi kesan mendalam kepada kakak dan adik ketiganya itu.

Twinky yang baru berusia empat bulan merupakan kucing pertama peliharaan keluarga tersebut.

“Semua sedih tapi kakak dan adik paling terkesan. Mereka berdua amat rapat dengan Twinky kerana itu haiwan pertama yang mereka bela. Twinky memang manja dengan mereka. Malam sebelum Twinky pergi tu pun dia tidur dalam bilik kakak saya. Peliknya dia tidur sebelah kakak saya. Macam tahu-tahu je dia nak pergi. Adik pula selalu kalau balik sekolah dia jumpa kucing tu dulu. Tapi esoknya bila dia balik jumpa tempat persemadian kucing saja. Itu yang dia sedih sangat tu,” katanya. Namun demi untuk menggembirakan kakak dan adiknya, ibu dan ayah mereka membeli kucing baharu sebagai pengganti Twinky.

Paparan skrin perkongsian tular itu.

“Lama jugalah mereka sedih tapi kami pujuk cakap nanti jumpa Twinky dekat syurga. Kami pun cari kucing baru dekat KL. Kucing tu lebih kurang sama macam Twinky warna jingga. Tapi kami namakan dia Coffee sebab kalau orang buat kopi dia suka datang dekat-dekat. Lepas beberapa hari, adik dan kakak dah ok sikit. Mungkin ambil sikit masa nak hilang rindu dekat Twinky tapi saya percaya mereka sudah hampir move on,” katanya.

Ditanya mengenai komen warganet yang menyalahkan mereka sekeluarga atas kejadian itu, Paan mengakui kesal kerana terlambat memasang jaring di koridor rumah. “Memang salah kami sebab lambat sikit nak pasang jaring untuk elak kucing jatuh. Sebenarnya kami baru pindah ke sini. Banyak benda nak kena settle dan masa tu tak fikir lagi pasal jaring semua tu. Memang tak expect benda ni akan berlaku. Kejadian ini amat mengejutkan kami,” katanya.

Sumber : Mstar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *