Tular sekeluarga ini pelik bila melihat muka anak kucing miliknya. Rupanya bila diteliti ada sesuatu yang aneh.

Haiwan kucing Viral

Seorang peniaga pisang goreng di Taman Cahaya (PKNK), di sini terkejut apabila mendapati kucing peliharaannya melahirkan anak yang bermuka dua. Zakirah Yaacob, 55, berkata dia mula sedar seekor daripada tiga anak yang dilahirkan kucing peliharaannya dikenali Comel itu, ada dua muka pada Khamis lalu.

Sebelum itu, ketika ingin keluar ke pasar, Zakirah melihat Comel sedang dalam kesakitan untuk melahirkan anak. Dia cuba membantu tetapi tidak berjaya. “Selepas pulang dari pasar, saya lihat Comel sudah melahirkan tiga ekor anak. Bagaimanapun satu daripadanya kelihatan tidak bermaya membuatkan saya cuba mengalihkan anak kucing itu daripada ibunya. Ketika itulah saya perasan anak kucing itu ada dua muka,” katanya yang kemudian memberitahu ahli keluarga lain yang turut terkejut tetapi teruja dengan berita itu.

Menurut Zakirah, sebelum memberitahu keluarganya, dia membuat pemeriksaan teliti kerana tanda kemerahan di pipi kanan anak kucing itu mungkin luka.

“Bagaimanapun, selepas diamati ia adalah satu lagi muka lengkap dengan hidung dan satu mata,” katanya. Biarpun terkejut dengan kejadian itu, dia sekeluarga sangat berharap supaya anak kucing itu dapat hidup dan membesar. “Kami sekeluarga sangat berharap anak kucing ini dapat terus hidup dan kami akan menjaganya sebaik mungkin,” katanya.

Sumber : Berita Harian

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Satu Kajian Menyatakan Kucing Bantu Lindungi Bayi Dari Satu Sakit. Ternyata Ini Hasil Kajian Tersebut

Acap kali kita dengar orang beri nasihat agar jauhkan anak daripada kucing kerana dikhuatiri mudah menyebabkanjngkitan kuman. Terbaru, sebuah kajian terbaru mengatakan kehadiran kucing di dalam rumah boleh melindungi bayi daripada sakit terutamanya membabitkan pernafasan iaitu asma. KEdengaran agak menarik tapi macam tak logik kan.

Menurut professor paedatrik Hans Bisgaard, ada 1 gen dalam tubuh manusia bila diaktifkan akan undang risiko sakit asma. Namun begitu, ternyata dengan adanya kucing boleh menjadi asbab gen itu terus dinyahaktif bagi melindungi sistem imun bayi baru lahir. Anda semua pasti ingin mengetahui sejauh mana kebenarannya. Ternyata sebuah kajian menggunkan 377 gen bayi baru lahir termasuk mengambil faktor persekitaran seperti kewujudan haiwan peliharaan seperti kucing di rumah

Lebih mengejutkan sekali hasil kajian itu mendapati kehadiran kucing bukan sahaja melindungi bayi daripada asma, bahkan sakit yang popular di kalangan bayi baru lahir juga iaitu pneumonia dan bronchitis. Tetapi kajian ini terlaluawal untuk dibuktikan.. Mungkin juga kehadiran bakteria bawaan daripada kucing antara punca sakit asma berkurang. Namun begitu, Bisgaard masih percaya kehadiran kucing juga merupakan salah satu faktor kepada penyakit ekzema terhadap bayi. 

Tak Ramai Tahu Kucing Boleh Alami Hamil Palsu. Ini Antara Tanda Pemilk Kucing Perlu Tahu

Bagi sesetengah pemilik kucing,bila kucing peliharaan mereka hamil iamerupakan berita yang menggembirakan sebab akan hadirnya anak anak kucing yang comel serta menambahkan keceriaan di dalam rumah. Tetapi sebagai pemilik kucing, anda perlu perhatikan betul betul tada kehamilan pada kucing. Tanpa korang sedar, kucing anda akan alami hamil palsu atau dipanggil pseudopregnancy yang merupakan keadaan seperti kucing itu hamil tetapi sebenarnya tidak.

Berdasarkan kenyataan dari Pet MD, ketidakseimbangan hormon dianggao memainkan peranan yang agak penting dalam keadaan kehamilan palsu. Kebiasaannya, kucing betina yang mengalami hamil palsu menunjukkan gejala ini sekitar satu atau dua bulan setelah estrus atau tempoh berahi tamat. Bergantung pada tingkat keparahan masalahnya, gejala kucing hamil palsu boleh terjadi lebih dari sebulan.

Berikut merupakan tanda tanda kucing hamil palsu. Antaranya ialah, perubahan tingkah laku. Kucing betina yang tidak bunting dapat menunjukkan gejala aktiviti penjagaan, bersarang dan merawat diri,Kegelisahan,Ketegangan perut,Pembesaran kelenjar susu,Muntah,Tekanan,Kehilangan nafsu makan,Keputihan berair atau rembesan air dari kelenjar susu

Difahamkan ini penyebab kucing hamil palsu.Penyebab yang kukuh dari keadaan hamil palsu ini tidak diketahui. Namun demikian, ketidakseimbangan hormon, terutama progesteron dan prolaktin dianggap mempunyai peranan penting dalam perkembangannya.

Penanganan .Jika gejala tidak berlaku dalam tempoh yang lama, perawatan biasanya tidak diperlukan. Jika gejala terus berlaku, doktor haiwan mungkin menyarankan suplement hormon, ovariohisterektomi atau pengangkatan ovarium dan rahim. Ini dilakukan untuk mencegah kucing kembali mengalami hamil palsu. Untuk mengurangkan perairan kelenjar susu, doktor haiwan akan menyarankan anda untuk menggunakan tungku sejuk atau panas untuk meminimumkan rangsangan yang

Untuk pengetahuan, kon leher juga dapat membantu mencegah tingkah laku kucing  dari menjilat dari rangsangan susu. Untuk beberapa keadaan, mengurangkan pengambilan makanan harian dapat membantu mengurangkan pengeluaran susu. Bagi pemilik yang tidak merancang untuk membiakkan kucingnya dan tidak ingin kucing betina melahirkan di masa mendatang, ovariohisterektomi adalah jalan penyelesaian yang baik untuk mencegah hamil palsu di masa mendatang.

Wanita Hamil Tidak Galakkan Membela Kucing Kerana Boleh Sampai Tahap Kehilangan Anak Dalam Kandungan. Sekali Doktor Ini Tampil Jelaskan.

Pasti anda pernah mendengar petua-petua orang tua yang perempuan mengandung tidak digalakkan untuk menjaga seekor kucing. Tapi tidak semuanya yang mudah percaya petua tersebut. Ada yang menafikan perkara tersebut. Sekali Dr Imelda tampil dan jelaskan isu pantang larang yang mengaitkan wanita hamil dan kucing. Setiap perempuan mengandung pasti mengharapkan dan ingin lakukan yang terbaik buat anaknya yang bakal lahir tersebut. Malah, bukan ibu mengandung sahaja, kadang-kadang orang sekeliling kita turut lebih prihatin dalam menjaga wanita yang hamil.

Justeru, banyak juga lah ptng larang dan petua yang diaplikasikan dalam rutin harian wanita hamil. Percaya atau tidak, salah satu pntng larang yang popular adalah ibu hamil tak digalakkan untuk pelihara kucing di rumah mereka kerana ia dikatakan membahayakan bakal ibu serta kandungannya.

Oleh hal demikian, ini kebenaran pntang larng dari sudut klinikal dan perubatan. Bagi memberi keterangan lanjut, doktor sakit puan dan doktor perbidanan iaitu Dr Imelda Balchin membuat perkongsian berkaitan

Terpanggil untuk memberikan ulasan, doktor perbidanan dan pakar sakit puan, Dr Imelda Balchin turut membuat perkongsian mengenai perkara tersebut menerusi Facebook.Menurut Dr Imelda, tiada masalah untuk para ibu hamil untuk memelihara kucing selagi mana mereka tiada alahan kepada haiwan tersebut.

Namun tegas doktor ini, wanita hamil dinasihatkan untuk tidak melakukan kerja membuang najis-najis haiwan berkenaan.”Minta orang lain tolong buang najis kucing, supaya ibu yang hamil boleh mengelakkan kemungkinan mendapat jangkitan toxoplasmosis dari najis kucing,” tulisnya pada perkongsian tersebut.

Menerangkan lebih lanjut, Dr Imelda berkata kucing hanya boleh mendapat toxoplasmosis sekiranya diberi makan daging mentah, memakan tikus atau binatang liar kecil.”Jika kucing dapat toxoplasmosis, parasit ini akan berada di dalam usus kucing dan keluar dengan najis kucing selama lebih kurang dua minggu. Kita tak boleh dapat toxoplasmosis jika kita pegang kucing. Tetapi kita boleh dapat toxoplasmosis jika kita buang najis kucing dan tersentuh najis yang ada parasit toxoplasma kemudian kita tak basuh tangan betul-betul sebelum makan. Jadi kebersihan tangan itu penting untuk semua ibu hamil, semoga tidak dapat ker4cun4n makanan dari toxoplasma yang boleh menyebabkan kegvgvran atau memudaratkan kesihatan janin di dalam kandungan,” ulasnya panjang lebar,

Bagaimanapun ujar Dr Imelda, sekiranya kucing peliharaan agak cerewet dalam bab makanan, kebarangkalian untuk haiwan itu mendapat toxoplasma adalah sangat rendah.”Jika kucing kesayangan anda memang pun hanya duduk di dalam rumah, tidak keluar rumah, sangat cerewet hanya nak makan biskut kucing, canned food, makanan yang anda masakkan betul-betul, dan kucing anda membuang najis dalam cat liter tray yang anda sediakan, maka InsyaAllah kucing yang cerewet itu tiada jangkitan parasit toxoplasma dan kita tak perlu bimbang.

“Tak payah laaa buang kucing kesayangan anda bila hamil, selagi anda menjaga kebersihan tangan sebelum makan dan elakkan najis kucing.”Kalau kena buang najis kucing sendiri, mohon anda pakai sarung tangan dan kemudian cuci tangan anda betul-betul.Ada hikmahnya juga jika kucing anda cerewet nak makan makanan yang best best saja,” tulisnya.Sehingga kini posting tersebut meraih 788 shares di Facebook.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Rupanya Tak Semua Benda Yang Kucing Dan Anjing Boleh Makan. Ini Yang Berlaku Setelah Ada Yang Beri Coklat Kepada Haiwan Tersebut.

Mesti ada antara kita yang teruja sekiranya haiwan peliharaan anda sedang asyik makan makanan yang selain daripada makanannya. Setiap orang pasti akan terfikir bahawa anjing dan kucing boleh sahaja makan semua yang dia mahukan. Tapi rupa-rupanya perkara itu salah sama sekali.

Menurut perkongsian @The_UglyOrgan di Twitter, ada seekor anjing ni dah muntah-muntah lepas termakan biskut coklat yang diberikan oleh sekumpulan kanak-kanak. Budak-budak tu tak salah pun, cuma kita kena awasi dorang supaya benda yang sama takkan berlaku. 

Difahamkan, perkara tersebut telah dikongsikan di Facebook Malaysia Independent Animal Rescue. Menurut doktor haiwan yang merawat anjing terbabit, bahan dalam coklat mengandungi kafein di mana bahan tersebut tak sesuai dengan sistem pencernaan haiwan.

Kalau terambil dalam kuantiti yang berlebihan, haiwan boleh kena sawan! Kesian haiwan tu, ia tak tahu apa-apa.  Selain itu, lelaki yang dikenali sebagai @AtukNature di Twitter juga menasihati orang ramai yang memelihara kucing atau anjing untuk elakkan bagi makanan yang berasaskan coklat.

Doktor Helmi juga ada kongsikan 20 jenis makanan yang bahaya untuk haiwan peliharaan kita menerusi Twitter.So, lepas ni kena lebih berhati-hati lah supaya kesihatan haiwan kesayangan kita pun terjaga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *