Tular pemuda ini cuba buka sesuatu ini untuk si bulusnya. Sekali rupanya ini yang si bulusnya lakukan.

Haiwan kucing Viral

Kalau bercakap pasal haiwan peliharaan, pasti ramai yang memilih kucing kerana sifatnya yang manja dan comel. Keletah mereka pula kadangkala boleh mencuit hati para penjaganya. Nabi sendiri pun sayangkan kucing. Binatang ini juga sering dikaitkan dengan naluri keibuan serta rasa sayang yang tinggi seperti yang dikongsi oleh seorang pemuda di laman Twitter mengenai kucing peliharaannya.

Tengok kucing aku buat apa dekat phone tu

Dalam posting yang dikongsi Rezza, dia telah menayangkan satu video anak kucing sedang mengiau kepada haiwan peliharaannya. Kucing miliknya dilihat menghampiri telefon bimbit tersebut lalu terus menggigit dan membawanya lari dari situ. Pemuda tersebut yang terkejut dengan kejadian itu terus kelam kabut mengejar kucingnya untuk mendapatkan kembali handphone.

Kesian kucing tu kena troll

Kucing tersebut dipercayai bertindak sedemikian kerana merasakan anak kucing yang ditunjuk dalam handphone tersebut adalah miliknya. Naluri keibuan yang ada pula terus mendorongnya untuk menyelamatkan ‘anak kucing’ itu dan membawanya ke tempat yang lebih selamat.

Anggap itu anak kucing jadi dia nak protect

Video tersebut telah mendapat tontonan lebih 58,000 serta 7,400 retweet. Tindakan spontan tersebut nyata mengundang hilai tawa netizen. Ramai juga menganggap kucing itu penuh dengan sifat keibuan apabila cepat bertindak selepas mendengar suara tersebut. 

Sumber: Twitter Rezza

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Ada Pula Kedai Online Yang Tampil Dengan Idea Khas Ini Untuk Si Bulus. Siap Sediakan Gaya Ini Mengikut Jantina.

Sedar tak sedar dah hampir dua minggu kita berpuasa. Walaupun tahun ni kita tak dapat beraya di kampung halaman, kita masih boleh beraya, kan? Kalau pergi ke kedai-kedai atau mall, ada yang dah mula jual barang raya macam pelita, kuih raya dan baju raya. Banyak kedai-kedai online juga dah mula buat jualan hari raya.

Korang dah mula ke buat persedian raya? Dah ada idea nak pakai sedondon satu keluarga warna apa tahun ni? Kuih raya pulak korang buat sendiri atau beli je? Bercakap mengenai persiapan Aidilfitri, hari ni ada benda yang ingin dikongsikan tentang satu kedai di Instagram (IG) yang menjual baju raya. Tapi, korang tahu tak, selain manusia, kucing pun ada baju raya tau! Macam-macam fesyen ada. Siap ada songkok lagi.

Nak tahu macam mana rupa dia? Haa… korang kenalah baca sampai habis! Menurut laman sosial Instagram Meowkushop, korang boleh dapatkan baju raya custom made untuk anak-anak bulus korang. Selain custom made, korang juga boleh belek-belek tengok senarai baju ready stock diorang. Memang comel!

Ada dua jenis fesyen baju Melayu untuk kucing jantan

Songkok pun hado!

Selain itu, online shop ini juga menjual songkok untuk si bulus. Ada songkok daripada material baldu dan ada juga yang daripada material cotton.

Baju untuk kucing betina pun ada

Untuk paw parents yang memiliki kucing gegirl, jangan risau sebab kucing korang juga tidak ketinggalan. Bagi kucing betina, meowkushop ada menawarkan beberapa fesyen menarik seperti Peplum, Kurung biasa, Kurung Kedah dan Kebaya Batik. Bagi paw parents yang berminat, tunggu apa lagi? Mesti gempak gambar raya korang kalau si bulus pun sama-sama melaram macam tuannya.

Sumber: meowkushop

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Hampir Seramai Ini Yang Bela Kucing Sebagai Kesayangannya. Tapi 40 Peratus Pemilik Tak Pernah Bawanya Ke Sini.

Kajian menunjukkan 40 peratus pemilik kucing di negara ini tidak pernah membawa haiwan peliharaan mereka berjumpa doktor haiwan. Ramai yang suka memelihara kucing, akan tetapi kajian yang dilakukan menunjukkan angka mengejutkan berhubung penjagaan si bulus dan ini menimbulkan persoalan, adakah kebajikan haiwan di Malaysia terjaga?

Kajian itu menunjukkan 40 peratus pemilik kucing di negara ini tidak pernah membawa haiwan peliharaan mereka berjumpa doktor haiwan bagi melakukan pemeriksaan kesihatan. Jurang itu cukup ketara apabila hanya 10 peratus pemilik kucing membawa haiwan kesayangan mereka ke klinik haiwan ketika ia masih kecil.

Harus difahami bahawa membawa anak kucing ke klinik haiwan adalah sangat penting dalam memastikan ia berada dalam keadaan sihat dan dapat menjalani kehidupan sempurna. Membiasakan diri melakukan kunjungan itu sebenarnya dapat memberikan pengalaman lebih menyenangkan bukan sahaja kepada kucing peliharaan, juga pemilik pada lawatan susulan seterusnya.

Ketua Pemasaran Royal Canin Malaysia, Dmitriy Sokolov.

Kepentingan bawa kucing ke klinik haiwan, cegah sakit sebelum terlambat

Pepatah ada menyebut, mencegah itu lebih baik daripada mengubati. Ini termasuklah pengesanan awal serta mengurangkan risiko sekiranya kucing kesayangan anda sakit. Ia sangat penting kerana bukan mudah sebenarnya mengesan tanda-tanda sekiranya kucing peliharaan sedang sakit atau mengalami masalah kesihatan meskipun anda sudah berpengalaman memelihara haiwan comel itu.

Ketua Pemasaran Royal Canin Malaysia, Dmitriy Sokolov menjelaskan kunjungan secara berkala ke klinik veterinar bukan sahaja dapat membuka ruang komunikasi tetapi membolehkan doktor berkongsi informasi tentang penjagaan haiwan serta memupuk rasa tanggungjawab dalam diri pemilik. Sehubungan itu, Sokolov melaporkan bahawa kes penyakit berkaitan kucing kini semakin meningkat, apa yang lebih menyedihkan adalah sebahagian besar daripada penyakit yang dilaporkan boleh dicegah atau dikawal menerusi pemeriksaan veterinar berkala. “Atas sebab itu penting membawa kucing berjumpa doktor haiwan bagi menangani masalah selain memberi fokus kepada pencegahan terutamanya anak kucing,” katanya.

Kucing memang comel tetapi kebajikan kesihatannya juga perlu dijaga.

Royal Canin tampil kempen ‘Take Your Cat to the Vet’

Atas dasar itu juga kata Sokolov, Royal Canin mahu pemilik kucing membawa haiwan kesayangan mereka itu berjumpa doktor veterinar menerusi kempen ‘Take Your Cat to the Vet’ yang bermatlamat mengukuhkan keperluan semua kucing mendapatkan rawatan perubatan veterinar sebagai kebajikan penting kepada semua pihak terlibat.

“Tahun ini, kami bertuah kerana Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) di samping rakan global, International Society of Feline Medicine (ISFM) iaitu bahagian di bawah International Cat Care (ICatCare) untuk menjayakan kempen ini. Walaupun terdapat jurang dalam penjagaan pencegahan veterinar antara anjing dan kucing, namun berita baiknya adalah, ia dapat dikurangkan, ” katanya.

Kempen ‘Take Your Cat to the Vet’ diharap dapat memberi kesedaran kepada pemilik kucing tentang kepentingan menjaga kesihatan si bulus menerusi kunjungan ke klinik veterinar berdaftar sekurang-kurangnya dua kali setahun.

Dalam usaha meningkatkan kesedaran untuk kempen ini, Royal Canin Malaysia sebagai salah sebuah syarikat pemakanan kesihatan haiwan peliharaan terkemuka mengadakan siri aktiviti untuk pencinta kucing dari kanak-kanak hinggalah warga emas. Antaranya pertandingan TYCTTV: Pertandingan Puisi dan Bercerita yang terbuka kepada kanak-kanak berusia antara empat hingga 12 tahun, permainan web pendidikan interaktif Play & Win dan Cat2Vet Digital Live.

Acara itu dijangka berlangsung pada 5 Disember 2020. Untuk maklumat lanjut mengenai tip lawatan doktor haiwan tanpa tekanan bagi pemilik dan kucing peliharaan atau menyertai aktiviti kempen ‘Take Your Cat to the Vet’, layari laman web Royal Canin. Anda juga boleh menyertai perbualan dan pelbagai usaha kami di media sosial dengan menggunakan hashtag #TakeYourCatToTheVet, #Cat2Vet, dan #RoyalCaninMalaysia.

Sumber : Mstar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Ramai Yang Tidak Nampak Keistimewaan Kucing Kampung. Sekali Pemuda Ini Ambil Tindakan Ini Dan Dedahkannya.

Sejak dahulu lagi, ramai pihak beranggapan bahawa kucing jenis kampung ‘level biasa-biasa’ sahaja kerana sering kali dikaitkan dengan kucing gelandangan. Malah mereka bagaikan antara dua darjat jika dibandingkan dengan baka yang lebih komersial seperti Parsi, Bengal, British Short Hair dan bermacam-macam lagi.

Namun jika anda merupakan pencinta kucing sejati, pasti takkan sanggup untuk merendahkan martabat apa jua spesis sekalipun kerana mereka juga merupakan mahkluk ciptaan Yang Maha Esa. Seperti baru-baru ini, seorang pemuda yang dikenali sebagai Zul Azizul sanggup ‘mengupah’ seekor kucing kampung sebagai model utama bagi mengasah skil fotografinya.

Bukan sahaja gebu dan bersih, kesemua foto yang dimuat naik ke group Facebook ‘Malaysian Photographers Community‘ ini malah dirakam di pelbagai lokasi. Sama ada di kawasan kebun, memanjat pokok rambutan, catwalk di jalan tar mahupun atas bumbung, jurufoto tersebut berjaya menghasilkan gambar istimewa walaupun latar belakang suasana desa sahaja.

Menurut Zul lagi, kompilasi gambar yang seolah-olah memperlihatkan sisi ‘natural beauty‘ haiwan tersebut merupakan hasil asli tanpa sebarang suntingan mahupun sebarang aplikasi filter. Tak cukup dengan itu, dia juga sangat beruntung kerana subjek utama projek fotografi ini tidak melakukan sebarang kekecohan sepanjang di set penggambaran.

Ternyata kompilasi foto mengenai kisah hidup ‘si bulus’ berkenaan telah menjadi tumpuan hangat dan memperoleh lebih seribu perkongsian setakat ini. Selain memuji kesemua hasilnya, rata-rata warganet malah cemburu melihat keletah kucing kampung ini gara-gara sangat yakin beraksi di depan lensa kamera.

Sumber: FB Zul Azizul & Malaysian Photographer Community

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *