Tular Oyen kekal tenang duduk di atas ini walaupun tak dipegang oleh sesiapa. Siap pakai macam ni lagi.

Haiwan kucing Viral

Kebanyakan orang pasti mengetahui Oyen mempunyai ragam yang tersendiri. Haiwan ini juga sentiasa membuatkan orang ramai gelak hingga tidak ‘kering gusi’ terhadap perangainya yang melucukan. Pun begitu, kadangkala tuan kepada haiwan comel ini juga sering mendapat perhatian apabila memberikan cara layanan yang ‘luar biasa’ terhadap peliharaan kesayangan mereka.

Tuan bawa haiwan peliharaan naik motor bawa pergi bersiar-siar

Menerusi satu perkongsian video di TikTok, Amalina Kassim ternampak seorang lelaki membonceng kucingnya di atas motor dari dalam keretanya. Yang menariknya, kucing itu dilihat steady dan tidak bergerak dari seat belakang walaupun motor bergerak laju di atas jalan raya.

Oyen comel pakai cermin mata hitam dengan baju cantik. Elok pula bertenggek senyap atas motor
Video rakaman tersebut memperlihatkan kucing itu telah dihias cantik oleh tuannya seperti hendak pergi bersiar-siar. Bukan itu sahaja, ia juga tampak comel menggayakan baju berona biru, berkaca mata hitam dengan memakai scarf di kepala.

Takde awek nak bonceng kucing pun jadi la. Sekali tuan dia tekan brek mahu melayang Si Oyen tu.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur melihat aksi Oyen dan tuannya yang dikatakan seperti hendak membawa girlfriend pergi bersiar-siar bersama. Mereka malah bergurau bahawa kucing itu akan melayang sekiranya rider motor itu menekan brek secara tiba-tiba.

Sumber: TikTok amalina.kassim

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Pemuda Ini Kongsi Gelagat Pelik Bob. Sampai Diajar Untuk Buat Aksi Ini.

Kucing bernama Bob peliharaan keluarga Arash Muaz sangat aktif malah diajar untuk membuat aksi ‘high-five’. “Selain kucing, sangat-sangat seronok tengok keluarga ni, sama-sama beribadah berjemaah.” Demikian antara komen yang dilontarkan warganet terhadap perkongsian seorang remaja yang memuatnaik video gelagat kucingnya yang aktif.

Posting tersebut yang pada asalnya dibuat sekadar suka-suka untuk berkongsi gelagat kucing peliharaan yang dianggap luar biasa, tanpa disangka mengundang komen warganet yang tertarik melihat aktiviti solat berjemaah keluarga berkenaan. Menurut remaja yang memuatnaik video tersebut di Twitter, Arash Muaz, dia berkongsi video gelagat kucing peliharaan yang berkelakuan seperti seekor anjing kerana merasakan ia sesuatu yang pelik dan lucu.

“Ketika itu kami sekeluarga baru selesai solat Maghrib berjemaah. Sambil-sambil tengah berehat, saja baling permainan untuk ajak kucing kami yang bernama Bob ni main. Tak sangka Bob pergi kutip dan bawa semula permainannya kepada saya, seperti kita biasa lihat anjing buat.

Posting yang dimuatnaik oleh Arash Muaz mengenai gelagat pelik kucingnya.

“Kami pelik sebab tak pernah latih pun permainan seperti itu. Malah Bob sendiri tak pernah berkelakuan seperti itu. Itu yang kakak saya rakam. Tapi tak sangka pula ada perkara lain yang warganet perhati. Memang menjadi rutin kami sekeluarga solat Maghrib berjemaah. Langsung tiada niat lain, tapi mungkin warganet perasan sebab kain sejadah masih terbentang ketika itu,” ujarnya. Video berdurasi 25 saat yang dimuatnaik di Twitter itu sehingga kini meraih 45,000 retweet dan mendapat 65,500 like.

Antara komen warganet yang bukan sahaja tertarik dengan gelagat kucing bernama Bob, tetapi turut tertarik dengan aktiviti solat berjemaah keluarga ini.

Ia turut dibanjiri dengan komen warganet yang terhibur dengan gelagat kucing peliharaan keluarga remaja tersebut. “Tapi memang tak sangka langsung boleh viral, sebab ada juga yang cakap, kucing mereka pun mempunyai gelagat yang sama. Cuma kami pelik sebab Bob tak pernah macam itu sebelum ini. Mungkin juga sebab ada suara ibu dalam video itu. Ibu memang macam tu, dia sangat sayang kucing-kucingnya macam anak sendiri. Selalu ingatkan kami adik beradik supaya jangan lupa beri kucing-kucing makan,” ujar remaja yang berasal dari Cheras, Selangor ini.

Ada banyak juga yang tanya bagaimana kami latih kucing. Sejujurnya, kami langsung tidak pernah melatih Bob buat macam itu. Tapi Bob sangat aktif dan paling manja berbanding tiga kucing lain di rumah ini.

Bercerita lebih lanjut, Arash mendedahkan sejak video tersebut tular, dia menerima banyak mesej menerusi Direct Message (DM) dan komen bertanyakan bagaimana dia dan keluarganya melatih kucing peliharaan mereka. “Ada banyak juga yang tanya bagaimana kami latih kucing. Sejujurnya, kami langsung tidak pernah melatih Bob buat macam itu. Tapi Bob sangat aktif dan paling manja berbanding tiga kucing lain di rumah ini.

Tiga daripada empat kucing peliharaan keluarga Arash Muaz iaitu Bob (kiri), Peppa dan Coco.

“Cuma ibu saya pernah melatih kucing-kucingnya buat ‘hand-shake’ dan juga ‘high five’. Masa mula-mula tu, saya jawab juga komen dan mesej mereka. Tapi bila makin ramai yang bertanya, ada yang tak sempat dijawab,” katanya sambil menambah, Bob adalah baka campuran antara kucing biasa dengan Bengal. Katanya lagi, keluarganya memang gemar memelihara kucing untuk dijadikan penghibur di rumah. “Setakat ini ada empat ekor sahaja termasuk Bob. Memang keluarga suka pelihara kucing… kalau mereka tak ada memang bosan. Dengan gelagat comel, manja dan aktif mereka, memang terhibur dan hilang rasa bosan,” ujarnya mengakhiri bicara. 

Sumber : Mstar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Kekurangan Si Bulus Ini Tidaklah Menghalang Untuk Lakukan Ini. Aksi Manjanya Dapat Raih Perhatian Ramai.

Kazou kehilangan matanya ketika masih kecil akibat selsema. Kazou ditemui ketika masih kecil dan matanya sudah rosak teruk akibat mengalami selsema kucing. Mal4ngnya, mata Kazou tidak dapat diselamatkan dan terpaksa dibuang melalui satu operasi. Tetapi itu tidak menghalang Kazou untuk menikmati hidupnya!

Kazou adalah seekor kucing yang memiliki rasa ingin tahu yang tinggi, bersemangat dan tidak mudah rasa takut. Setiap orang yang bertemu dengan Kazou teruja dengan kelakuannya. Walaupun dia tidak mempunyai mata, mungkin dia dapat melihat dengan mata hatinya.

Gambar-gambarnya mudah menambat hati peminat kucing yang terhibur dengan aksinya yang bersahaja. Perkembangan Kazou boleh diikuti menerusi laman Facebook Kazou – das Blindkatzi.

Sumber : Bored Panda

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Disebabkan Terlalu Gelojoh Bila Dapat Makanan. Oyen Terpaksa Jalani Perkara Ini Pula.

Oyen terpaksa menjalani operasi bagi membuang gumpalan makanan di dalam perutnya. Sebut sahaja Oyen, sudah pasti terlintas di minda masing-masing mengenai gelagat si bulus berwarna oren yang nakal. Ibarat seperti ‘tidak sah’ jika si bulus Oyen tidak memeningkan kepala pemiliknya, sebagaimana perkongsian wanita ini mengenai haiwan peliharaannya.

Menerusi satu thread di Twitter, wanita berkenaan berkongsi kejadian yang menimpa si bulus kesayangannya sehingga terpaksa mendapatkan rawatan di klinik, baru-baru ini. Menurut Maliah Md Noor, kucing peliharaannya yang diberi nama Muhammad Oyen Danial Adam Mukris yang turut dijaga bersama teman serumah pada mulanya muntah secara tiba-tiba, namun mereka menganggap ia adalah muntah biasa.

“Tapi pada satu malam tu, nampak Oyen macam lain… dia kejung saja. Ajak main atau makan semua tak mahu. Saya dan housemate, Jaja, ambil keputusan untuk bawa Oyen pergi klinik keesokannya. Bila dah dibawa ke klinik, doktor buat x-ray dan nampak ada seperti benda keras dalam perutnya. Doktor veterinar beritahu kemungkinan Oyen tertelan mainan.

Oyen sudah selamat jalani operasi dan dibenarkan keluar dari klinik selepas dua hari dirawat.

“Rupa-rupanya bukan mainan, tapi makanan sendiri. Gelojoh benar agaknya si Oyen. Doktor pun jelaskan prosedur dan sebagainya dan keseluruhan kos rawatan dianggarkan dalam RM700 macam tu,” kata wanita berusia 28 tahun yang senang disapa sebagai Maya ini. Bukan satu jumlah yang kecil ditambah pula ia memerlukan kos untuk rawatan selepas operasi, Maya dan rakannya bersetuju membuat hebahan di media sosial bagi mengumpul dana untuk rawatan Oyen. Alhamdulillah dalam masa kurang daripada lima jam, jumlah dana terkumpul kira-kira RM1,000. Betapa pemurahnya warga Twitter. Sebenarnya kalau buat crowdfunding untuk benda baik, insyaAllah ramai yang tolong. Jangan buat yang bukan-bukan saja.

Oyen dipelihara oleh Maya dan rakannya sejak November tahun lalu.

“Alhamdulillah memang rezeki Oyen. Saya dah pun memadam nombor akaun dan akan kemas kini jumlah bil rawatan Oyen selepas dia dibenarkan pulang. Buat masa ini doktor masih pantau dulu keadaannya sebab baru lepas jalani operasi,” katanya yang merupakan ejen jualan kereta. Menurut Maya lagi, sepanjang dua hari ketiadaan Oyen kerana dirawat, suasana rumah mereka sunyi dengan gelagat nakal si bulus itu.

Pernah je dia buat aksi jenguk kepala dekat balkoni ala-ala nak bunuh diri. Dahlah rumah tingkat 12.

“Sunyi pulak bila dua hari dia tak ada. Selalu kalau balik kerja je jerit nama Oyen. Rindu gelagat-gelagat dia… ada je nak buat kita pening kepala. Oyen ni kami adopt sejak November tahun lepas. Dia satu-satunya penghibur dan dimanjakan kami berdua. Tapi memang cukup buat orang pening kepala. Pernah je dia buat aksi jenguk kepala dekat balkoni ala-ala nak terjun. Dahlah rumah tingkat 12.

Gelagat nakal Oyen yang sering membuatkan Maya geli hati.

“Selain tu dia suka sepahkan meja, suka masuk dalam beg tangan saya… dia fikir dia masih kecil agaknya. Kalau orang buka pintu bilik, dialah serbu dulu dan berdesup lompat atas katil,” katanya bercerita mengenai satu-satunya haiwan peliharaannya itu. Tambah Maya lagi, bagi mengelakkan insiden yang sama berulang, mereka dinasihatkan oleh doktor veterinar untuk menukar makanan Oyen. Lepas ni kena beri wetfood dulu dalam beberapa bulan… kemudian baru boleh beri dia makan kibble. Saya tak sangka tweet jadi viral dan mengundang perhatian ramai. Di kesempatan ini, saya nak ucapkan terima kasih kepada semua yang retweet dan yang bermurah hati sumbang dana untuk Oyen,” katanya lagi.

Sumber : Mstar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *