Pemuda ini bengang apabila jumpa keluarga kucing dalam keadaan ini. Siap letak di tempat macam ni.

Haiwan kucing Viral

Beberapa ekor kucing yang ditemui dalam guni. Dalam bulan Ramadan yang mulia ini, masih ada yang bersikap kejam dan sanggup menganiayai haiwan. Menerusi perkongsian oleh Mohd Yani di Facebook, dia ternyata berang apabila menemui beberapa ekor anak kucing yang diikat dalam guni sebelum dibuang ke dalam sebuah tong sampah besar.

“Minta perhatian sikit ya. Kalau ya pun nak buang kucing, agak-agaklah. Tak suka kucing, janganlah buang dalam tong sampah. Dah la buang dalam tong sampah, ikat ketat pula (guni). Kesian kucing buat macam tu. Ada otak jangan letak di lutut. Guna otak sikit kalau nak buang pun,” ujarnya.

Menurut Mohd Yani, dia tidak tahu berapa lama haiwan berkenaan sudah dicampakkan dalam tong sampah. Namun katanya, kucing-kucing itu kelihatan lemas dan tidak bermaya selepas diselamatkannya. Menurut Mohd Yani, kucing-kucing itu diikat dalam guni sebelum dibuang dalam sebuah tong sampah besar.

“Tak tahu dah berapa lama dia buang sampai basah habis anak kucing bersama dengan ibu kucing. Bawa balik rumah, anak kucing dah tak bermaya. Kucing baru beranak. Jangan buang dalam tong sampah, buang kat tempat lain tak apa. Ni nampak sangat tak nak bagi orang tahu dia buang kucing. Kucing pun makhluk tuhan juga. Mereka pun nak hidup. Mujur saya pergi buang sampah tadi. Kalau tak mampus habis kucing tu. Tuhan beri akal, gunalah. Ni langsung tak ada hati perut,” luahnya lagi.

Kata Mohd Yani lagi, pelaku harus beringat bahawa setiap perbuatan itu ada balasannya. “Kepada tukang buang kucing tu, ingat baik-baik nanti ada balasan untuk kamu. Kucing pun makhluk tuhan juga. Mereka pun nak hidup. Hari ni buang kucing, esok anak kamu pula buang kamu,” ujarnya lagi.

Kucing-kucing itu berjaya diselamatkan, namun berada dalam keadaan lemas dan tidak bermaya. Dedah Mohd Yani, kejadian itu berlaku di Kampung Tengah, Kijal, Terengganu. Perkongsiannya di Facebook Kijal Sejahtera itu turut meraih perhatian ramai.

Rata-rata pelayar Facebook meluahkan rasa marah atas tindakan pelaku yang disifatkan kejam dan tidak bertanggungjawab. Dalam posting sama, Mohd Yani turut berkongsi beberapa foto anak kucing itu sehingga ia mengundang sebak warganet.

Sumber : Mstar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Ada Sahaja Perkara Ingin Dilakukan Ke Atas Kucing. Sekali Ada Pula Yang Campurkan Ini Di Dalam Makanan Kucing.

Rasanya isu melibatkan si meow ni tak pernah kering, ada sahaja perkara yang tak berperikemanusiaan yang dilakukan ke atas kucing. Sebelum ni tular pasal kucing dimasukkan dalam mesin basuh sehingga pelaku akhirnya berjaya ditangkap, namun kisah yang terbaru ini lebih teruk lagi. Mengikut posting yang dikongsikan AF Fiahmn di facebook, dia berkata ada individu tak bertanggungjawab yang memasukkan pil (ubat) dalam makanan kucing terbiar di kawasan perumahannya.

“Sebelom ni makanan disepak masuk dalam longkang… kalini dia jumpa dia ni pulak…kejamnya lahai…”

Bagaimanapun tak diketahui sebab pelaku melakukan perkara sebegini. Rata-rata warganet mengkritik tindakan yang dilakukan individu tak bertanggungjawab tersebut dan disifatkan sebagai melampau dan tak berperikemanusiaan.

Ada warganet yang bertanya kenapa tidak melaporkan kejadian untuk kepada pihak berkuasa, tapi ini jawapan AF Fiahmn.

Sumber : Mstar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Baru Je Berhajat Nak Pakaikan Songkok Pada Oyen. Sekali Ayah Hantar Mesej Begini.

Kucing merupakan haiwan yang menjadi kesayangan ramai gara-gara sifatnya yang comel dan manja. Lebih-lebih lagi kepada mereka yang sudah lama membela atau mempunyai banyak kucing di kediaman masing-masing, para pencinta kucing ini sanggup melakukan apa sahaja demi haiwan peliharaan tersebut. Namun perkara yang paling menyakitkan juga akhirnya terpaksa ditanggung oleh mereka apabila ajaInya sudah tiba di saat yang kita sendiri tak dapat nak tentukan, seperti yang berlaku pada seorang gadis baru-baru ini.

Menerusi kisah yang dicoret di laman Twitter, pada awalnya Emy berhajat untuk melihat kucingnya yang diberi nama Oren memakai songkok khas di hari lebaran kelak. Tapi nampaknya impiannya itu seperti tidak dapat dilaksanakan. Nampak songkok Meow…terus beli sebab excited untuk Oren.

“Balik rumah Oren takde. dia muntah2 & keluar rumah. Beli air kelapa. Takut dia terminum r4cun. Dalam group family ayah update je pasal Oren. Dengan pantas balik rumah. Tiba2 ayah update lagi dan cakap….

Berita dukacita itu ternyata sangat meruntunkan jiwanya kerana itulah kali pertama dia melihat Oren selepas bapanya telah pun menanam kucing tersebut sejurus dia menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Tak sempat bagi minum air kelapa. Tak sempat nak pakai songkok di pagi raya. Dulu pernah buat dia jadi gegirl…gurau je, sorry Oren. Dah besar ni nampak la macam hero gadis tapi macam terlambat je belikan. Kini keluarganya cuma tinggal seekor sahaja kucing peliharaan di rumah yang diberi nama Putih rentetan kehilangan kucing jantan itu.

Oren tahu tak…adik awak ni nangis

Sumber: Twitter emyliaysf

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tak Sengaja Jumpa Kucing Comel Dekat Hutan. Terkejut Lepas Jumpa Doktor Haiwan Sekali Doktor Dedahkan Sesuatu Yang Istimewa Pasal Kucing Ni.

Jumpa Kucing Comel Di Hutan, Lelaki Membelanya Hingga Beranak-Pinak Sampailah Ahli Veteriner dedahkan Spesiesnya Yang Mengejutkan. Seorang lelaki terjumpa seekor kucing comel dalam hutan dan tanpa memiikirkan apa-apa, lelaki ini terus membawanya balik dan memelihara kucing tersebut di rumah. Kucing betina ini menyerupai seperti kucing biasa yang lain cuma ia mempunyai tompok-tompok yang cantik di bulunya seperti harimau bintang.

Kemudian, kucing ini telah bunting dan melahirkan dua belas ekor anak kucing yang sangat comel dan istimewa. Kucing-kucing ini kesemuanya sangat cantik, yang menyerupai ibunya. Pemilik kucing ini mula merasa sangsi dan ingin tahu akan spesiesnya yang kelihatan agak berbeza dengan kucing-kucing lain yang pernah dijumpainya.

Lalu lelaki ini telah berjumpa dengan ahli veterinar untuk rujukan serta mengetahui spesies kucing ini. Ahli veterinar ini telah berkata, “Semua kucing ini bukan spesies kucing biasa, ini adalah Kucing Bengal!”. Sehingga kini, bapa anak-anak kucing ini kekal misteri, mungkin ia dari baka Kucing Bengal juga.

Kucing Bengal adalah spesies kucing unik dan jarang didapati serta berharga mahal di pasaran. Bagi sesetengah negara, permit diperlukan jika ada pemilik ingin menjadikan kucing Bengal sebagai haiwan peliharaan. Menurut Wikipedia, kucing Bengal atau nama saintifik ‘Prionailurus bengalensis’ ialah kucing liar yang hidup di dalam habitat asalnya di Asia Selatan, Asia Tenggara dan Asia Timur.

Sejak tahun 2002, kucing Bengal telah disenaraikan dalam Spesies Kurang Terncam, Senarai Merah IUCN. Bermakna, spesies kucing Bengal membiak baka dengan banyak, akan tetapi habitatnya semakin berkurangan dan terncam akibt pembrn haram kerana harganya yang mahal di pasaran.

Di Malaysia, Kucing Batu merupakan haiwan yang berada dalam senarai yang dilindungi di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 dan Akta Perdagangan Antarabangsa mengenai Spesies Ter4ncam 2008.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber: Nangtime

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *