Pelanggan boleh pula batal tempahan. Sekali rider ini terdetik bagi pada kucing dan orang yang lebih memerlukan.

Haiwan kucing Viral

Tidak perlu menjadi kaya untuk bersedekah, cukuplah hanya sekadar memberi apa yang ada mengikut kemampuan. Tindakan spontan dua rider Foodpanda pada Ahad lalu mendapat pujian ramai selepas pelanggan bertindak membatalkan pesanan lalu mereka memberikan makanan tersebut kepada gelandangan.

Syarazid Zulkifli, 23, memberitahu pada waktu itu dia telah membeli makanan di sebuah restoran makanan segera namun disebabkan jalan ditutup, pesanan itu terpaksa dibatalkan.

“Banyak juga makanan tu, nilai kesemuanya dalam RM80. Ada dalam lima ketul ayam goreng dan burger. Kebetulan pula waktu tu saya dah habis syif, jadi saya dan rakan saya, Amir, pada mulanya nak beri kepada kucing jalanan, kalau nak bawa balik semua pun banyak. Tapi sayang pula sebab makanan elok lagi. Jadi kami pun cari gelandangan yang ada di sekitar Muar, Johor,” ujar pemuda yang lebih mesra disapa sebagai Syah itu.

Syah memberitahu semasa tempoh PKP, pelanggannya meningkat sebanyak dua kali ganda.

Tambah Syah lagi, makanan yang disedekahkan tidaklah banyak, namun memadai untuk diberikan kepada tiga orang gelandangan. “Kami beri kepada gelandangan yang tunggu di depan bank. Selalunya mereka makan menggunakan duit sedekah daripada pelanggan yang keluar masuk, dah PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) ni orang pergi bank pun tak ramai. “Sewaktu saya beri makanan, saya boleh nampak muka mereka sangat lapar sambil tak berhenti cakap terima kasih kepada saya.

Saya tengok mereka pun dah sebak, tak dapat bayangkan kalau ahli keluarga kita sendiri jadi macam tu.

“Saya tengok mereka pun dah sebak, tak dapat bayangkan kalau ahli keluarga kita sendiri jadi macam tu. Ramai orang cakap kerja macam saya ni susah, tetapi saya tidak berpendapat seperti itu kerana saya lihat ada yang lebih susah,” kata Syah yang menjadikan kerja penghantar makanan sebagai pekerjaan tetapnya.

Perkongsian Syah di laman Twitter mendapat perhatian warganet.

Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikeluarkan oleh kerajaan, Syah memberitahu perkhidmatannya mendapat permintaan yang tinggi. “Alhamdulillah, disebabkan ramai orang tak nak keluar rumah, ramai yang gunakan servis penghantar untuk hantar makanan ke kediaman mereka. Jumlah pelanggan pada tempoh ini meningkat dua kali ganda berbanding waktu biasa walaupun hampir separuh restoran dan gerai tidak dibuka,” ujar Syah yang merupakan rider Foodpanda pertama di daerah Muar.

Perkongsian yang dimuatnaik sendiri oleh Syah di laman Twitter sehingga kini telah mendapat sebanyak 27,900 tontonan dan 2,239 retweet (ulang kicau). Rata-rata warganet memuji tindakan Syah dan Amir yang prihatin terhadap nasib gelandangan. Semoga murah rezeki… tak semua orang mampu buat macam kau,” tulis seorang pengguna Twitter. They are on another level of hungry. Nampak orang hulur makanan je terus sambut macam budak kecil,” tambah pengguna lain. Golongan B40 ini juga yang banyak membantu orang lain yang dalam kesusahan,” ujar seorang warganet.

Sumber:MSTAR

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Pelanggan Terkejut Bila Nampak Rider Bawa Lulu Dan Lili Pergi Kerja. Rupanya Ini Sebabnya Dia Bawa.

Seorang penghantar makanan menjadi perhatian kerana membawa sangkar kucing semasa bertugas. Keinginan seorang wanita untuk menikmati pisang goreng cheese selepas makan malam membawa kepada satu kejutan menerusi khidmat penghantaran pesanan.

“Tanya abang Grab ni tadi kenapa bawa kucing, dia jawab saja bawa jalan-jalan,” tulis pengguna Twitter @nadiaafauzii sehingga diulang kicau lebih 20,000 kali. Pengguna Twitter berkenaan, Nadia Fauzi berkata, pada mulanya dia berasa hairan melihat tempat menyimpan barang penghantar makanan tersebut kelihatan ‘lebih besar’ apabila dilihat dari jauh. Wanita berusia 26 tahun itu memberitahu rupa-rupanya terdapat sebuah sangkar kucing yang diletakkan secara berasingan bersebelahan dengan tempat menyimpan barang.

Dua ekor kucing yang diletakkan di dalam sangkar di atas tempat duduk motosikal.

“Ada sangkar kucing atas tempat duduk motosikal rider tu. Ada dua ekor kucing dalam sangkar, comel sangat. Kebetulan, saya pun suka dan bela kucing. Tapi memang tak sangka sebab kalau nak digambarkan rupa dia macam ‘gangster yang sayang sangat dekat mak dia’ sebab muka dia ganas, tapi seorang yang penyayang,” katanyasambil memberitahu dia ada membela tiga ekor kucing di rumah.

Nadia turut menyukai dan membela kucing.

Sementara itu, penghantar makanan yang menjadi perhatian kerana membawa sangkar kucing itu mengakui berwajah ganas tetapi dirinya merupakan pencinta kucing. Hanya mahu dikenali sebagai Botak GrabFood, pemuda berusia 23 tahun itu memberitahu dia baru membela dua kucing betina yang dipanggil Lulu dan Lili sejak April lalu.

“Sebenarnya sejak sekolah menengah lagi saya berminat nak bela kucing, tapi keluarga tak izinkan mungkin sebab penjagaan dan bau. Akhirnya dapat juga saya bela kucing di rumah. Tapi sangkar kucing tu saya letak dalam bilik tidur saya. Makan minum semua saya yang jaga,” ujarnya yang menetap di Gombak, Selangor.

Kucing betina bernama Lulu dan Lili peliharaan Botak Grabfood.

Menurut Botak Grabfood, dia mula membawa kucing-kucingnya bersama ketika bertugas di sekitar Kuala Lumpur, sejak dua minggu lalu. Anak sulung daripada dua beradik itu bagaimanapun menjelaskan tidak timbul isu kebersihan kerana kedua-dua bekas makanan dan sangkar kucing diletakkan pada motosikalnya dalam keadaan bertutup secara berasingan.

Pasal kucing-kucing ni memang saya jaga elok-elok. Kawan-kawan kata muka saya ni nampak ganas lebih-lebih lagi kepala botak dan ada misai, tapi tak ada masalah pun kalau muka ganas nak sayang kucing kan.

“Saya juga bawa paip getah untuk singgah di mana-mana stesen minyak untuk bersihkan sangkar dan kalau ada kucing-kucing saya buang air. Sebelum saya ambil makanan dan hantar pesanan kepada pelanggan, saya akan pastikan segala-galanya bersih dan tiada bau najis. Tambahan pula makanan dihantar sudah siap dibungkus,” katanya yang turut membawa makanan dan bekas air untuk kucing-kucingnya.

Lulu dan Lili kini menjadi peneman setia.

Mengakui masih bujang, Botak GrabFood yang berkhidmat sebagai penghantar makanan sejak akhir tahun lalu berkata, kucing-kucingnya menjadi peneman sepanjang dia bertugas menghantar makanan seawal pukul 9 pagi setiap hari. “Bila dah lonely (bersendirian), kenalah cari peneman dan Lulu dan Lili peneman saya buat masa ini. Belum lagi nak cari girlfriend sebab nak fokus pada kerja dahulu,” tambahnya. Mengenai tuala mandi Liverpool yang digunakan untuk menutup sangkar kucingnya turut menjadi pehatian di media sosial, pemuda tersebut suka bermain bola sepak dan meminati pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.

“Tuala mandi tersebut digunakan untuk melindungi kucing-kucing saya daripada hujan dan panas. Di bawah tuala ada plastik, jadi kucing-kucing saya tak akan kena air hujan. Pasal kucing-kucing ni memang saya jaga elok-elok. Kawan-kawan kata muka saya ni nampak ganas lebih-lebih lagi kepala botak dan ada misai, tapi tak ada masalah pun kalau muka ganas nak sayang kucing kan,” katanya.

Sumber : Mstar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Abang Rider Ini Sanggup Turun Hanya Untuk Selamatkan Si Bulus Ini. Rupanya Ini Yang Si Bulus Ingin Lakukan.

Jika anda sedang memandu kenderaan, tiba-tiba anda ternampak seekor haiwan yang melintas di jalan raya, apa yang anda akan lakukan? Biasanya jika kita sempat, pasti kita akan berhenti di tepi jalan dahulu untuk membantu haiwan tersebut melintas agar tidak dilanggar oleh kenderaan lain. Seorang pengguna Twitter, Teme Fara memuat naik satu video daripada aplikasi Tiktok yang memaparkan seorang penunggang motosikal bertindak ‘hero’ menyelamatkan seekor haiwan yang sedang melintas jalan. Tindakan pantasnya itu turut dibantu oleh seorang lagi pengguna jalan raya (pemandu kereta).

Ternyata nyawa Si Comel itu selamat dan Alhamdulillah, ia tidak apa-apa. Semoga kita pun dapat ‘beraksi’ macam abang rider ini juga satu masa nanti. Terima kasih penyelamat kucing!

Sumber: Twitter

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Terus Terbongkar Suami Ada Simpan Duit Senyap Senyap. Siapa Sangka Kucing Dedahkan Rahsia Tuannya

Adat dalam rumahtangga, suami isteri tak seharusnya berahsia, bukan? Tetapi seorang lekaki ini terkantoi dengan isteri lepas rahsia yang dah lama dia simpan terbongkar. Berdasarkan cerita dari World of Buzz, seorang wanita berkongsi di FB tentang kucingnya tanpa sengaja dedah rahsia suaminya. Jelas Bow Kanuengnuch, dia menjumpai kotak yang penuh dengan duit dalam ruamhnya.

Tambahnya lagi, kotak itu sebenarnya adalah milik suami kepada Bow yang selama ini meraksiakan duit simpanan tu daripada dia. Ramai juga warganet rasa cerita yang dikongsi oleh Bow ini agak kelakar dan tak dapat bayangkan reaksi suami dia macam mana nanti. Al kisahnya kucingnya lompat dekat bahagian atas kabinet dan tolak kotak yang suami dia sorokkan di situ.

Dan sementelah kotak dah jatuh, habis terbuka dan berterabur duit dalam tu. Di saat itu, Bow baru dapat tahu pasal rahsia suami dia.Jelasnya, sebelum ni bila dia minta dekat suami duit untuk perbelanjaan rumah, suami dia akan cakap dia tak ada cash.Lepas dia kira kesemuanya, kotak tu mengandungi duit berjumlah 2,000 Baht (RM272). Warganet pula rata-rata sempat melawak cakap that lepas ni dorang pun nak bela kucing dekat rumah, so mana tahu ada rahsia pasangan dorang yang akan terbongkar!

Gara Gara Ini Seekor Kucing Menangis. Pemilik Kucing Ini Tampil Kongsi Telatah Kucing Ini

Tak dinafikan, kucing merupakan antara satu haiwan peliharaan yang seringkali menjadi pilihan rakyat Malaysia. Sifatnya manja dan telatahnya serta merta menghiburkan hati bagi pencinta kucing. Ini kerana, perkongsian yang dibuat oleh @ qbalharun tentang kucingnya. Ia nya bukan cerita cliche fasal kucing tapi perkongsian tentang kucingnya menangis.

Agak kelakar dan rupa rupanya kucing tu menangis sebab tuan dia kupas bawang. Haa kan sibuk lagi nak membawang kat situ, pedih mata sampai berair mata kucing tu. kucing tu nampak redha menangis supaya tuan dia tak kesunyian. Setia betul kucing ni dengan tuan dia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *