Tular gelagat kucing ini fasih bercakap dengan pemiliknya. Sampai minta sesuatu ini dari pemiliknya.

Haiwan kucing Viral

Siapa yang tak suka kucing? Gelagatnya yang comel dan lincah ke sana ke mari buat kita hilang stress dan kurang tension tambah-tambah kepada mereka yang penat dibebani hal kerja. Baru-baru ni, percaya atau tidak viral sebuah video di Facebook mengenai seekor kucing yang dikatakan boleh bercakap.

Nak airrr nakk airrrrr nak airrrr kalau dia mintak McD pitam aku,” tulis caption empunya kucing tersebut di Facebook. “Nak air, nak airrrr, nak airrrrr” 

Bagaikan tak percaya, admin sampai dengar berkali-kali nak pastikan sama ada betul atau tak kucing itu hanya mengiau ataupun sebut ayat ‘Nak air’ tu dengan tuannya. Seperti memahami apa yang diperkatakan kucing tu, tuannya pun melayan cakap nanti mereka berhenti dan akan beri kucing di dalam sangkar tu air sebab terlalu dahaga agaknya. Fuh cat whisperer ke apa ni!

“Comelnya dia… panas-panas ni pandai mintak air” . Rata-rata warganet yang tengok video ni memang tangkap cintan habis dengan gelagat kucing tersebut. Semua macam tak percaya kucing ni boleh sebut sepatah-sepatah perkataan berbunyi, ‘Nak air’ pulak tu.

Alahai macam tak percaya pulak admin kucing ni boleh sebut ayat tu. Entah-entah dia nak mengiau je kot tapi terkeluar bunyi macam nak air. 

Sumber : Mstar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Kucing Ini Sesat Sampai Ke Tempat Ini. Rupanya Dah 4 Hari Di Situ Dan Ini Yang Berlaku.

Orang yang pelihara kucing je yang faham macam mana sedih dan paniknya apabila kucing kesayangan kita hilang. Berhari-hari jugak lah baru kucing ni jumpa jalan pulang. Namun, bagi kucing ini pula, ia bukan hanya tersesat di sekitar kawasan rumahnya. Ia sebenarnya dah tersasar hingga ke puncak gunung! Menurut Daily Mail UK, kucing terbabit dikatakan telah mengikut dua orang pendaki iaitu Cyril Rohrer dan Erik Rohrer ketika sedang mendaki Gunung Bristen di Switzerland.

Rupa-rupanya, kucing tu dah hilang selama 4 hari dan ini merupakan kali ketiga ia sampai ke puncak gunung sebab sepanjang beberapa hari tersebut, ia juga telah mengikuti jejak pendaki lain. Haiwan comel ini juga dipercayai telah mengikut jejak pendaki sebab tak mahu keseorangan selepas jauh tersesat dari tempat asalnya di bandar berdekatan.

Menurut Cyril, mereka terdengar bunyi kucing mengiau pada sekitar jam 4.30 ketika berada di ketinggian 1200 meter. Ketika ditemui, kucing itu nampak takut dan keliru. Namun, kami tak dapat nak tinggalkannya, jadi kami jaganya sambil mendaki,” katanya. Namun, kucing tersebut mula menggigil dan kakinya juga mula keluarkan cecair merah disebabkan salji. Kedua-dua pendaki yang baik hati ini juga menceritakan bahawa mereka akan menggendong kucing tersebut jika ia nampak penat.

Untuk korang yang pencinta haiwan, jangan risau sebab kucing ni dah selamat kembali kepada tuannya dengan bantuan sekumpulan pendaki lain yang membawanya turun ke kaki gunung. 

Sumber: Daily Mail, Metro UK

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap Orang Pasti Impikan Si Bulus Yang Sihat Dan Gemuk. Ini Cara Mudah Dengan Belanja Yang Kecil.

Ayam rebus boleh dijadikan sebagai makanan tambahan kepada si bulus anda. Ayam rebus dan kucing memang sudah sinonim bagi kebanyakan pencinta si bulus. Sesetengah orang lebih suka memberi ‘treat’ atau upah mingguan kepada haiwan kesayangan mereka itu dengan membeli pelbagai ‘jajan’ atau makanan basah yang dijual di kedai peliharaan haiwan.

Namun anda perlu mengawal jumlah makanan sampingan itu memandangkan ia boleh memberi kesan dan pelbagai risiko kesihatan kerana mungkin kandungan yang tidak seimbang dalam makanan itu seperti jumlah garam yang tinggi, bahan perasa atau sebagainya. Kepada pecinta kucing, jangan risau kerana ada menu terbaik untuk si bulus yang boleh dijadikan upah untuk mereka. Apa kata anda cuba memberi ayam rebus seminggu atau dua minggu sekali.

Ayam rebus boleh membantu kucing anda lebih sihat dan gemuk.

Khasiat ayam rebus

Ayam rebus ini bukan sahaja boleh menjadikan kucing anda gemuk, tetapi ada juga yang berpendapat ia boleh dijadikan sebagai pengubat kepada beberapa jenis masalah kesihatan. Antaranya ia boleh dijadikan sebagai ubat kepada masalah perut kucing yang mengalami cirit-birit. Malah ada juga yang menjadikan ayam rebus ini sebagai sumber tenaga bagi si bulus yang tidak sihat. Lebih menarik ayam rebus boleh membuatkan bulu kucing anda lebih sihat dan gebu.

Ayam perlu direbus terlebih dahulu sebelum diberi makan kepada si bulus.

Cara penyediaan ayam rebus

Disarankan hanya menggunakan bahagian dada kerana mempunyai isi yang penuh. Rebus tanpa menggunakan bahan tambahan (rebus sehingga 12-20 minit mengikut jumlah ayam). Selepas ayam sudah masak, anda boleh sediakannya dengan mengisar, dijadikan seperti makanan basah atau mencarik-carikkan isinya menjadi lebih kecil.

Ayam rebus boleh membuatkan bulu kucing anda lebih gebu.

Air rebusan itu juga boleh dicampurkan ketika mengisar dada ayam itu. Hidangkan seperti memberi makanan harian kepada mereka. Kenyang! 

Sumber : Mstar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tahukah Anda Pemilik Kucing Juga Harus Menjaga Telinga Kucing. Ini 3 Tips Cara Penjagaannya.

Sama seperti manusia, telinga kucing juga memerlukan penjagaan khas untuk melindungi dari jangkitan dan penyakit lain. Tidaklah sukar mana pun untuk menjaga telinga kucing anda tapi bagus untuk mengetahui beberapa kunci tip untuk menjaganya supaya sentiasa bersih dan sihat.

1. Membersih

Bersihkan telinga kucing anda untuk kekalkan kesihatan telinganya. Terdapat beberapa cara untuk membersihkan telinga kucing dan beberapa produk berbeza yang anda boleh gunakan. Apa yang terbaik untuk kucing perlulah disyorkan oleh veterinar kerana mereka lebih tahu apa yang selamat dan lebih efektif. Anda disyorkan untuk membersihkan telinga kucing anda sekali seminggu kecuali terdapat jangkitan atau penyakit lain yang memerlukan rawatan. Untuk kesihatan telinga yang maksimum pembersihan sekali seminggu sudah memadai untuk membuang segala kekotoran.

2.  Memeriksa

Pemeriksaan telinga di rumah boleh mengesan jangkitan awal sekiranya ia berlaku dan membolehkan rawatan lebih cepat dan selesakan kucing anda. Jangkitan telinga boleh jadi sangat sakit dan penting untuk anda mempercepatkan rawatan. Sebelum anda membersihkan telinga setiap minggu, anda boleh memeriksa sebanyak mana kekotoran dan serpihan hitam yang ada di dalam telinga kucing. Jika anda perasan serpihan tersebut semakin banyak ia menandakan yang telinga kucing anda dijangkiti kutu telinga.

3. Kawalan diet

Semasa membersihkan telinga anda dari kekotoran, ada juga kucing yang mempunyai alergi yang menyerang telinga. Seperti contoh, jika kucing snds alergi kepada daging lembu, jika memakan dengan terlalu banyak boleh menyebabkan jangkitan telinga yang teruk.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Pasti Ada Yang Terasa Pelik Apabila Si Bulus Anda Berubah Warna. Ini 4 Sebab Mengapa Bulu Kucing Boleh Berubah Warna.

Sebagai pemilik kamu tentu memahami adanya perubahan pada kucing walau hanya perubahan kecil. Perubahan pada haiwan peliharaan memang sebaiknya diketahui untuk segera, karena perubahan kecil boleh jadi sebuah petanda adanya masalah pada kucing peliharaan anda. Salah satu perubahan yang mungkin terjadi adalah perubahan warna bulu pada si manis. Kamu mungkin melihat kucing yang tadinya berwarna hitam menjadi cokelat kemerahan.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengapa hal ini boleh terjadi, berikut adalah beberapa faktor yang dapat memengaruhi warna kucing dan mengapa bulu kucing dapat berubah warna seiring waktu.

1. Suhu

Pada kucing Siam, Himalaya, dan kucing oriental lainnya, warna bulu kucing ditentukan oleh suhu kulitnya. Kulit lebih dingin di ekstrem tubuh yakni pada kaki, ekor, dan telinga atau wajah, itulah sebabnya kucing berwarna putih atau krim dan bagian ini menjadi lebih gelap. Tetapi suhu kulit bukanlah satu-satunya faktor penentu. Suhu lingkungan kucing dapat memiliki hasil yang serupa.

2. Sinar matahari

Percaya atau tidak, kucing berwarna gelap boleh memudar di bawah sinar matahari. Jika kucing sering berada di luar ruangan, atau jika dia menghabiskan waktunya untuk berbaring di kawasan yang cerah di dalam ruangan, bulunya boleh menjadi cerah atau memudar.

3. Nutrisi berperan dalam warna kucing

Pola makan yang kekurangan asam amino tirosin dapat menyebabkan warna rambut kucing hitam berubah dari hitam menjadi kemerahan. Tirosin diperlukan untuk membuat melanin, pigmen gelap pada bulu kucing, dan jika kucing tidak mendapatkan cukup tirosin dalam makanannya, bulu eboni-nya dapat memudar. Masalah nutrisi lain seperti kekurangan tembaga dan kelebihan dapat menyebabkan bulu hitam menjadi memudah. Pastikan untuk berkonsultasi dengan doktor haiwan sebelum memberi kucing suplemen apa pun, kerana perubahan warna bulu juga dapat mengindikasikan sakit ginjal, hati, atau tiroid.

4. Karena usia

Seiring bertambahnya usia kucing, rambut mereka mulai beruban seperti halnya manusia. Bulu anjing ras Siam dan ras Oriental berujung gelap lainnya juga menjadi gelap seiring bertambahnya usia. Anak kucing Siam lahir putih dan baru akan mulai mengembangkan titik warnanya setelah berada di luar rahim ibunya, jadi fenomena ini mungkin merupakan kelanjutan dari proses tersebut. Seperti biasa, setiap kali kamu tidak yakin tentang sesuatu yang terjadi pada kucing, ada baiknya untuk segera berkonsultasi pada doktor haiwan.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *