Tular si bulus ini dah bongkarkan rahsia besar suami. Tak sangka suami sorok sesuatu ini pada isteri.

Haiwan kisah rumah tangga kucing

Kata orang suami isteri tak seharusnya berahsia kan? Tapi, seorang lelaki baru-baru kantoi dengan isteri dia lepas rahsia dia selama ni terbongkar. Seorang wanita berkongsi di Facebook tentang kucing dia yang tanpa sengaja dah membongkar rahsia suami dia. Kata Bow Kanuengnuch, dia telah menemui satu kotak yang penuh dengan duit dalam rumah dia.

Kotak itu sebenarnya adalah milik suami Bow yang selama ini merahsiakan duit simpanan tu daripada dia. Ramai warganet rasa cerita yang dikongsi Bow ni kelakar dan mereka tak dapat bayangkan reaksi suami dia bila dapat tahu dah kantoi. Kucing saya lompat dekat bahagian atas kabinet dan tolak kotak yang suami saya sorokkan di situ.”

Bila kotak dah jatuh habis terbuka dan berterabur semua duit dalam tu. Masa tu, barulah Bow dapat tahu pasal rahsia suami dia. Menurutnya, sebelum ni bila dia minta dekat suami duit untuk perbelanjaan rumah, suami dia akan cakap dia tak ada cash. Lepas dia kira kesemuanya, kotak tu mengandungi duit berjumlah 2,000 Baht (RM272). Warganet rata-rata sempat melawak cakap that lepas ni dorang pun nak bela kucing dekat rumah, so mana tahu ada rahsia pasangan dorang yang akan terbongkar!

Sumber : Mstar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Ramai Yang Tidak Nampak Keistimewaan Kucing Kampung. Sekali Pemuda Ini Ambil Tindakan Ini Dan Dedahkannya.

Sejak dahulu lagi, ramai pihak beranggapan bahawa kucing jenis kampung ‘level biasa-biasa’ sahaja kerana sering kali dikaitkan dengan kucing gelandangan. Malah mereka bagaikan antara dua darjat jika dibandingkan dengan baka yang lebih komersial seperti Parsi, Bengal, British Short Hair dan bermacam-macam lagi.

Namun jika anda merupakan pencinta kucing sejati, pasti takkan sanggup untuk merendahkan martabat apa jua spesis sekalipun kerana mereka juga merupakan mahkluk ciptaan Yang Maha Esa. Seperti baru-baru ini, seorang pemuda yang dikenali sebagai Zul Azizul sanggup ‘mengupah’ seekor kucing kampung sebagai model utama bagi mengasah skil fotografinya.

Bukan sahaja gebu dan bersih, kesemua foto yang dimuat naik ke group Facebook ‘Malaysian Photographers Community‘ ini malah dirakam di pelbagai lokasi. Sama ada di kawasan kebun, memanjat pokok rambutan, catwalk di jalan tar mahupun atas bumbung, jurufoto tersebut berjaya menghasilkan gambar istimewa walaupun latar belakang suasana desa sahaja.

Menurut Zul lagi, kompilasi gambar yang seolah-olah memperlihatkan sisi ‘natural beauty‘ haiwan tersebut merupakan hasil asli tanpa sebarang suntingan mahupun sebarang aplikasi filter. Tak cukup dengan itu, dia juga sangat beruntung kerana subjek utama projek fotografi ini tidak melakukan sebarang kekecohan sepanjang di set penggambaran.

Ternyata kompilasi foto mengenai kisah hidup ‘si bulus’ berkenaan telah menjadi tumpuan hangat dan memperoleh lebih seribu perkongsian setakat ini. Selain memuji kesemua hasilnya, rata-rata warganet malah cemburu melihat keletah kucing kampung ini gara-gara sangat yakin beraksi di depan lensa kamera.

Sumber: FB Zul Azizul & Malaysian Photographer Community

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Si Bulus Yang Sarat Hamil Ni Nekad Pergi Sendiri Klinik Kesihatan Dan Bising Untuk Minta Pertolongan. Bila Doktor Periksa Rupanya Dia Ada Masalah Ni Untuk Melahirkan.

Kucing Sarat Hamil Pergi Ke Klinik Kesihatan Sendirian Dan Mengiau Minta Pertolongan. Haiwan adalah lebih bijak daripada apa yang kita sangka dan kucing ini adalah tidak terkecuali!
Seekor kucing hamil di wilayah Bitlis tenggara Turki mengiau meminta bantuan daripada doktor di hadapan pusat kesihatan keluarga tempatan kerana ia menghadapi kesukaran untuk melahirkan anaknya.

Menurut laman web berita tempatan “Bitlis 13 Haber”, kejadian yang mengharukan dan ajaib ini berlaku pada hari Rabu apabila kucing itu yang hendak bersalin mula mengiau di pintu pusat kesihatan No.2 di daerah Tatvan apabila ia menyedari bahawa ia menghadapi beberapa komplikasi untuk melahirkan anak-anaknya. Para jururawat membawa kucing itu masuk ke dalam klinik namun mereka tidak tahu apa masalah yang dihadapi oleh kucing tersebut.

Warga klinik itu kemudian menyedari bahawa kucing tersebut menghadapi kesukaran yang kritikal untuk melahirkan anaknya, tanpa melengahkan masa mereka memanggil doktor veterinar di bandar itu utuk membantu kucing ini. Selepas dibawa ke Pusat Haiwan Terbiar Bandar Tatvan, doktor veterinar itu dapat mengenalpasti bahawa kucing tersebut mengalami kesukaran untuk melahirkan anak secara normal. Jadi doktor tersebut mengambil keputusan untuk melakukan operasi terhadap kucing itu.

Operasi berjaya dan kucing tersebut melahirkan sebanyak empat ekor anak-anak yang sihat dengan selamat. Durmus berkata bahawa ibu kucing berada dalam keadaan baik selepas operasi. Kucing itu sedar dia tidak boleh melakukannya dengan sendiri, jadi mana lagi tempat yang lebih baik untuk pergi selain daripada Klinik Kesihatan? Bijak Sangat Kucing ni ?

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Si Bulus Ini Dilaporkan Hilang Lima Tahun Lepas. Kini Si Bulus Tersebut Kembali Dengan Keadaan Begini Pula.

Seekor kucing yang dipercayai setia telah bersatu kembali dengan pemiliknya setelah lima tahun menghilang. Kucing yang diberi nama Neo yang kini berusia 13 tahun dilaporkan hilang pada bulan September 2015 yang lalu dan dianggap tidak dapat pulang ke rumah akibat mengalami masalah penglihatan yang dipercayai terlibat dengan kejadian yang tak diingini dengan sebuah kenderaan, lapor Lincolnshire Live.

Pemiliknya, Becky Lea dari Lincoln mendakwa dirinya telah melakukan pencarian kucingnya itu selama beberapa bulan dan dirinya terlalu sedih kerana tidak dapat menemukannya lagi. Setelah lima tahun berlalu, Puan Lea berkata dirinya menerima panggilan yang tidak dijangka daripada Lincoln Cat Care Charity pada hari Rabu yang lalu dengan mengatakan bahawa Neo telah ditemukan di jalan St Andrews Street. “Dia adalah kucing yang setia. Dia keluar pada rumah dan tidak akan melayan seseorang walaupun ada yang memberikan makanan kegemarannya.

Menurut laporan, semasa melakukan pencarian kucing berkenaan, Puan Lea mendakwa telah menerima banyak panggilan daripada orang ramai yang mengatakan mereka menemui Neo namun sebaik sahaja dirinya pergi, kucingnya tersebut hilang semula. Bagaimanapun, Penny Craig dari Lincoln Cat Care Charity berkata: “Kemungkinan hentakan yang berlaku daripada kejadian tersebut membuatkan Neo mengalami masalah penglihatan dan juga luka pada bahagian mulut sehingga doktor haiwan berusaha merawatnya.

Sumber: Daily Star

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *