Hampir seramai ini yang bela kucing sebagai kesayangannya. Tapi 40 peratus pemilik tak pernah bawanya ke sini.

Haiwan kucing Viral

Kajian menunjukkan 40 peratus pemilik kucing di negara ini tidak pernah membawa haiwan peliharaan mereka berjumpa doktor haiwan. Ramai yang suka memelihara kucing, akan tetapi kajian yang dilakukan menunjukkan angka mengejutkan berhubung penjagaan si bulus dan ini menimbulkan persoalan, adakah kebajikan haiwan di Malaysia terjaga?

Kajian itu menunjukkan 40 peratus pemilik kucing di negara ini tidak pernah membawa haiwan peliharaan mereka berjumpa doktor haiwan bagi melakukan pemeriksaan kesihatan. Jurang itu cukup ketara apabila hanya 10 peratus pemilik kucing membawa haiwan kesayangan mereka ke klinik haiwan ketika ia masih kecil.

Harus difahami bahawa membawa anak kucing ke klinik haiwan adalah sangat penting dalam memastikan ia berada dalam keadaan sihat dan dapat menjalani kehidupan sempurna. Membiasakan diri melakukan kunjungan itu sebenarnya dapat memberikan pengalaman lebih menyenangkan bukan sahaja kepada kucing peliharaan, juga pemilik pada lawatan susulan seterusnya.

Ketua Pemasaran Royal Canin Malaysia, Dmitriy Sokolov.

Kepentingan bawa kucing ke klinik haiwan, cegah sakit sebelum terlambat

Pepatah ada menyebut, mencegah itu lebih baik daripada mengubati. Ini termasuklah pengesanan awal serta mengurangkan risiko sekiranya kucing kesayangan anda sakit. Ia sangat penting kerana bukan mudah sebenarnya mengesan tanda-tanda sekiranya kucing peliharaan sedang sakit atau mengalami masalah kesihatan meskipun anda sudah berpengalaman memelihara haiwan comel itu.

Ketua Pemasaran Royal Canin Malaysia, Dmitriy Sokolov menjelaskan kunjungan secara berkala ke klinik veterinar bukan sahaja dapat membuka ruang komunikasi tetapi membolehkan doktor berkongsi informasi tentang penjagaan haiwan serta memupuk rasa tanggungjawab dalam diri pemilik. Sehubungan itu, Sokolov melaporkan bahawa kes penyakit berkaitan kucing kini semakin meningkat, apa yang lebih menyedihkan adalah sebahagian besar daripada penyakit yang dilaporkan boleh dicegah atau dikawal menerusi pemeriksaan veterinar berkala. “Atas sebab itu penting membawa kucing berjumpa doktor haiwan bagi menangani masalah selain memberi fokus kepada pencegahan terutamanya anak kucing,” katanya.

Kucing memang comel tetapi kebajikan kesihatannya juga perlu dijaga.

Royal Canin tampil kempen ‘Take Your Cat to the Vet’

Atas dasar itu juga kata Sokolov, Royal Canin mahu pemilik kucing membawa haiwan kesayangan mereka itu berjumpa doktor veterinar menerusi kempen ‘Take Your Cat to the Vet’ yang bermatlamat mengukuhkan keperluan semua kucing mendapatkan rawatan perubatan veterinar sebagai kebajikan penting kepada semua pihak terlibat.

“Tahun ini, kami bertuah kerana Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) di samping rakan global, International Society of Feline Medicine (ISFM) iaitu bahagian di bawah International Cat Care (ICatCare) untuk menjayakan kempen ini. Walaupun terdapat jurang dalam penjagaan pencegahan veterinar antara anjing dan kucing, namun berita baiknya adalah, ia dapat dikurangkan, ” katanya.

Kempen ‘Take Your Cat to the Vet’ diharap dapat memberi kesedaran kepada pemilik kucing tentang kepentingan menjaga kesihatan si bulus menerusi kunjungan ke klinik veterinar berdaftar sekurang-kurangnya dua kali setahun.

Dalam usaha meningkatkan kesedaran untuk kempen ini, Royal Canin Malaysia sebagai salah sebuah syarikat pemakanan kesihatan haiwan peliharaan terkemuka mengadakan siri aktiviti untuk pencinta kucing dari kanak-kanak hinggalah warga emas. Antaranya pertandingan TYCTTV: Pertandingan Puisi dan Bercerita yang terbuka kepada kanak-kanak berusia antara empat hingga 12 tahun, permainan web pendidikan interaktif Play & Win dan Cat2Vet Digital Live.

Acara itu dijangka berlangsung pada 5 Disember 2020. Untuk maklumat lanjut mengenai tip lawatan doktor haiwan tanpa tekanan bagi pemilik dan kucing peliharaan atau menyertai aktiviti kempen ‘Take Your Cat to the Vet’, layari laman web Royal Canin. Anda juga boleh menyertai perbualan dan pelbagai usaha kami di media sosial dengan menggunakan hashtag #TakeYourCatToTheVet, #Cat2Vet, dan #RoyalCaninMalaysia.

Sumber : Mstar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Ramai Yang Tidak Nampak Keistimewaan Kucing Kampung. Sekali Pemuda Ini Ambil Tindakan Ini Dan Dedahkannya.

Sejak dahulu lagi, ramai pihak beranggapan bahawa kucing jenis kampung ‘level biasa-biasa’ sahaja kerana sering kali dikaitkan dengan kucing gelandangan. Malah mereka bagaikan antara dua darjat jika dibandingkan dengan baka yang lebih komersial seperti Parsi, Bengal, British Short Hair dan bermacam-macam lagi.

Namun jika anda merupakan pencinta kucing sejati, pasti takkan sanggup untuk merendahkan martabat apa jua spesis sekalipun kerana mereka juga merupakan mahkluk ciptaan Yang Maha Esa. Seperti baru-baru ini, seorang pemuda yang dikenali sebagai Zul Azizul sanggup ‘mengupah’ seekor kucing kampung sebagai model utama bagi mengasah skil fotografinya.

Bukan sahaja gebu dan bersih, kesemua foto yang dimuat naik ke group Facebook ‘Malaysian Photographers Community‘ ini malah dirakam di pelbagai lokasi. Sama ada di kawasan kebun, memanjat pokok rambutan, catwalk di jalan tar mahupun atas bumbung, jurufoto tersebut berjaya menghasilkan gambar istimewa walaupun latar belakang suasana desa sahaja.

Menurut Zul lagi, kompilasi gambar yang seolah-olah memperlihatkan sisi ‘natural beauty‘ haiwan tersebut merupakan hasil asli tanpa sebarang suntingan mahupun sebarang aplikasi filter. Tak cukup dengan itu, dia juga sangat beruntung kerana subjek utama projek fotografi ini tidak melakukan sebarang kekecohan sepanjang di set penggambaran.

Ternyata kompilasi foto mengenai kisah hidup ‘si bulus’ berkenaan telah menjadi tumpuan hangat dan memperoleh lebih seribu perkongsian setakat ini. Selain memuji kesemua hasilnya, rata-rata warganet malah cemburu melihat keletah kucing kampung ini gara-gara sangat yakin beraksi di depan lensa kamera.

Sumber: FB Zul Azizul & Malaysian Photographer Community

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Si Bulus Yang Sarat Hamil Ni Nekad Pergi Sendiri Klinik Kesihatan Dan Bising Untuk Minta Pertolongan. Bila Doktor Periksa Rupanya Dia Ada Masalah Ni Untuk Melahirkan.

Kucing Sarat Hamil Pergi Ke Klinik Kesihatan Sendirian Dan Mengiau Minta Pertolongan. Haiwan adalah lebih bijak daripada apa yang kita sangka dan kucing ini adalah tidak terkecuali!
Seekor kucing hamil di wilayah Bitlis tenggara Turki mengiau meminta bantuan daripada doktor di hadapan pusat kesihatan keluarga tempatan kerana ia menghadapi kesukaran untuk melahirkan anaknya.

Menurut laman web berita tempatan “Bitlis 13 Haber”, kejadian yang mengharukan dan ajaib ini berlaku pada hari Rabu apabila kucing itu yang hendak bersalin mula mengiau di pintu pusat kesihatan No.2 di daerah Tatvan apabila ia menyedari bahawa ia menghadapi beberapa komplikasi untuk melahirkan anak-anaknya. Para jururawat membawa kucing itu masuk ke dalam klinik namun mereka tidak tahu apa masalah yang dihadapi oleh kucing tersebut.

Warga klinik itu kemudian menyedari bahawa kucing tersebut menghadapi kesukaran yang kritikal untuk melahirkan anaknya, tanpa melengahkan masa mereka memanggil doktor veterinar di bandar itu utuk membantu kucing ini. Selepas dibawa ke Pusat Haiwan Terbiar Bandar Tatvan, doktor veterinar itu dapat mengenalpasti bahawa kucing tersebut mengalami kesukaran untuk melahirkan anak secara normal. Jadi doktor tersebut mengambil keputusan untuk melakukan operasi terhadap kucing itu.

Operasi berjaya dan kucing tersebut melahirkan sebanyak empat ekor anak-anak yang sihat dengan selamat. Durmus berkata bahawa ibu kucing berada dalam keadaan baik selepas operasi. Kucing itu sedar dia tidak boleh melakukannya dengan sendiri, jadi mana lagi tempat yang lebih baik untuk pergi selain daripada Klinik Kesihatan? Bijak Sangat Kucing ni ?

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Si Bulus Ini Dilaporkan Hilang Lima Tahun Lepas. Kini Si Bulus Tersebut Kembali Dengan Keadaan Begini Pula.

Seekor kucing yang dipercayai setia telah bersatu kembali dengan pemiliknya setelah lima tahun menghilang. Kucing yang diberi nama Neo yang kini berusia 13 tahun dilaporkan hilang pada bulan September 2015 yang lalu dan dianggap tidak dapat pulang ke rumah akibat mengalami masalah penglihatan yang dipercayai terlibat dengan kejadian yang tak diingini dengan sebuah kenderaan, lapor Lincolnshire Live.

Pemiliknya, Becky Lea dari Lincoln mendakwa dirinya telah melakukan pencarian kucingnya itu selama beberapa bulan dan dirinya terlalu sedih kerana tidak dapat menemukannya lagi. Setelah lima tahun berlalu, Puan Lea berkata dirinya menerima panggilan yang tidak dijangka daripada Lincoln Cat Care Charity pada hari Rabu yang lalu dengan mengatakan bahawa Neo telah ditemukan di jalan St Andrews Street. “Dia adalah kucing yang setia. Dia keluar pada rumah dan tidak akan melayan seseorang walaupun ada yang memberikan makanan kegemarannya.

Menurut laporan, semasa melakukan pencarian kucing berkenaan, Puan Lea mendakwa telah menerima banyak panggilan daripada orang ramai yang mengatakan mereka menemui Neo namun sebaik sahaja dirinya pergi, kucingnya tersebut hilang semula. Bagaimanapun, Penny Craig dari Lincoln Cat Care Charity berkata: “Kemungkinan hentakan yang berlaku daripada kejadian tersebut membuatkan Neo mengalami masalah penglihatan dan juga luka pada bahagian mulut sehingga doktor haiwan berusaha merawatnya.

Sumber: Daily Star

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *