Ada yang akui dirinya cat lovers tapi bila nampak ini mula terasa kotor. Tak sangka ada juga yang sanggup buat begini

Haiwan kucing Viral

Perkongsian di Twitter mengenai topik itu ternyata menarik perhatian ramai warganet. Bercerita mengenai topik pilih kasih, ia biasanya berlaku dalam kalangan adik-beradik. Namun anda jangan terkejut, haiwan comel seperti kucing pun turut menjadi individu pilih kasih.

Di Twitter misalnya, satu posting mengenai topik itu ternyata menarik perhatian ramai, khususnya dalam kalangan pencinta kucing. “Sembang diri cat lovers tapi nak bela kucing bulu lebat je,” tulis satu pesanan di Twitter. Ia ditulis atas kotak sebagaimana trend popular masa kini itu turut disertakan dengan tanda pagar #kucingkampung. Menurut seorang guru tuisyen yang juga pemilik kucing, Siti Suraya Jamil, hal itu sememangnya wujud dalam dunia hari ini.

Posting yang tular di Twitter.

“Kalau kita tengok di jalanan banyaknya kucing yang kurus dan berbulu pendek. Jarang kita lihat kucing bulu lebat dan gemuk dibiarkan di pasar atau di kedai makan. Kalau ada pun, mesti orang ambik untuk bela. Walhal kucing kampung atau jalanan ni sifatnya tahan lasak dan suka bermain. Kalau boleh, kita seimbangkan mereka. Jangan memilih. Kucing kampung dan jalanan juga nak kasih sayang kita,” ujarnya.

Buruk macam mana pun, si kucing tak minta jadi macam tu. Kalau boleh bantu, bantulah bagi makan.

Menurut gadis berusia 22 tahun itu lagi, dia berbesar hati apabila topik itu menjadi perhatian ramai di Twitter. Jelasnya, ia memberi gambaran bahawa masih ramai lagi rakyat Malaysia yang peka dan mempunyai belas ihsan terhadap haiwan. Menetap di Shah Alam, dia turut memiliki 12 ekor kucing di kediamannya, merangkumi pelbagai jenis baka serta yang menjadi individu buangan orang.

Siti Suraya bersama salah seekor kucing belaannya.

“Ada yang orang buang kat rumah saya. Ada yang saya bela kucing jalanan. Saya bela dua-dua, yang bulu panjang dan kucing kampung atau jalanan. Saya harap orang ramai bawa makanan kucing spare dalam beg untuk bagi kucing jalanan makan sebab ini salah satu punca kita dimurahkan rezeki selalu. Jangan pilih kasih antara kucing berbulu lebat dan kucing yang biasa kerana masing-masing perlukan kasih sayang kita.

Antara kucing peliharaan Siti Suraya.

“Buruk macam mana pun, si kucing tak minta jadi macam tu. Kalau boleh bantu, bantulah bagi makan,” katanya lagi. Tambahnya lagi, semua kucing sama sahaja malah kehadiran si bulus itu banyak memberi kegembiraan tatkala dia di ambang kesedihan. Dalam pada itu, posting tular di Twitter @MisteriJam830 yang dikongsi semula oleh Siti Suraya sehingga menjadi tular turut menerima lebih 26,000 ulang kicau (Retweet).

Pesanan yang tular di Twitter.

Malah, ia turut dihujani dengan pelbagai komen warganet. “Ya weh aku menyampah betul acah sayang kucing tapi jumpa kucing comot bukan main jijik lepas tu jumpa kucing cantik acah-acah buat story. Kucing jalanan ni kalau kita bela dari kecik boleh je nak kasi bulu dia lebat tapi bergantung pada makanan harian juga. Mengaku cat lovers tapi tengok kucing jalanan nampak jijik, rasis sangat,” tulis beberapa pelayar Twitter.

Sumber : Mstar

Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Pandai Pula Luna Merajuk Dengan Pemiliknya. Rupanya Sebabkan Kelakuannya Ini Dia Menjadi Takut.

Kalau perasan, kucing adalah antara jenis haiwan peliharaan yang semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat kita selain ikan, anjing, atau hamster. Pada awalnya tidak dinafikan agak susah untuk melatih mereka agar selesa dengan persekitaran di tempat tinggal yang baru kerana tahap insecurity agak tinggi. Tapi bila sekali dah ‘melekat’, merekalah antara sahabat setia yang selalu bermain dan menemani tuan masing-masing.

Hangat tular di laman Twitter baru-baru ini, reaksi merajuk ‘Si Bulus’ yang bernama Luna ini telah menjadi perhatian ramai ketika mahu dibawa keluar daripada pet carrier. Video tersebut telah mendapat lebih 320 ribu tontonan dan 32 ribu retweets sejak dimuat naik oleh tuannya semalam, iaitu gadis yang dikenali sebagai Alia Natasha. Dia ni memang clingy habis.

Menurut gadis tersebut, kucingnya itu berkelakuan seperti itu kerana takut untuk dihantar ke sebuah ‘hotel kucing’ kerana keluarganya mahu melancong ke suatu tempat. Dia juga tidak menafikan bahawa Luna merupakan seekor kucing yang sangat manja dan pemalu, lebih-lebih lagi apabila bersemuka dengan orang yang tidak dikenali.

Di sebalik ketakutannya yang jelas terlihat dalam video itu, Alia memaklumkan bahawa kucing baka Mix British Short Hair tersebut kini dalam keadaan yang baik-baik sahaja. Video itu turut dibanjiri oleh komen para warganet yang terhibur dan geram melihat telatah Luna.

Sumber: IG & Twitter aliamelorr

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Pemuda Peguam Ini Bela Nasib Kucing Terbiar. Sampai Rela Rumah Jadi Pusat Transit.

Perkongsian Firdaush di Twitter yang menceritakan tindakan ‘comel’ anak-anak jirannya mengundang perhatian, sehingga ia meraih lebih 9,000 retweet di samping dihujani komen warganet. Tidak semua orang mampu menjaga dan melayan kucing terbiar seperti haiwan peliharaan sendiri.

Tambahan pula jika kucing berkenaan kotor, sakit ataupun kurang upaya, pasti hati berkira-kira samada mahu atau tidak mengambilnya untuk dijadikan binatang peliharaan kerana memikirkan kos yang akan ditanggung. Namun tidak bagi pemuda ini yang bukan saja sanggup menjadikan rumahnya sebagai pusat persinggahan kucing-kucing terbiar, malah turut menanggung kos rawatan haiwan manja itu. Pemuda yang hanya mahu dikenali sebagai Firdaush ini berkata, segalanya bermula beberapa bulan lalu ketika dia membawa pulang seekor kucing yang dilanggar ke rumahnya untuk dirawat.

“Memandangkan saya sudah mempunyai dua kucing peliharaan sendiri di dalam rumah, jadi saya tempatkan kucing yang saya jumpa itu di luar bagi mengelakkan mereka bergaduh. Ketika itulah, beberapa orang anak jiran ternampak saya merawat kucing tersebut, mereka datang menghulurkan bantuan secara sukarela. Hari-hari mereka tolong saya, sama ada memberi makan, merawat atau membersihkannya. Mereka tahu yang saya memang suka beri makan kucing terbiar di kawasan perumahan kami, sebab itu baru-baru ini mereka hantar seekor kucing terbiar di hadapan pintu rumah saya untuk dijaga, siap ada letak lukisan gambar kucing lagi,” ujarnya ketawa kecil.

Tweet yang dikongsi Firdaush mendapat perhatian warganet.

Terdahulu, perkongsian Firdaush di Twitter yang menceritakan tindakan ‘comel’ anak-anak jirannya mengundang perhatian, sehingga ia meraih lebih 9,000 perkongsian di samping dihujani komen warganet. “Budak-budak ni memang baik. Mereka sangat ringan tulang. Jadi selain menjaga dan merawat kucing terbiar, saya sebenarnya cuba menerapkan sifat cintakan binatang dalam diri mereka. Maknanya, mereka bukan saja bantu, tetapi saya mahu mereka ‘dapat’ sesuatu daripada perbuatan mereka,” katanya. Ujar pemuda yang merupakan seorang peguam ini, kebiasaannya, kucing-kucing terbiar yang ditemui dan dibawa pulang ke rumahnya itu akan dijaga sebelum dia akan menghebahkannya di Twitter untuk mencari individu yang sudi menjaga kucing berkenaan.

Kalau individu itu nak sangat pelihara, tetapi ada masalah kewangan contohnya untuk kos pemandulan atau kos makanan, saya tidak ada masalah untuk bantu. Saya tak berkira kerana Allah kurniakan rezeki lebih, jadi saya bantu mana yang termampu.

“Saya tinggal di pangsapuri, jadi ia menyukarkan saya untuk memelihara lebih banyak kucing. Disebabkan itu, saya hebahkan agar kucing-kucing ini di adopt. Saya tidak ada masalah untuk terus bantu dari segi kos untuk penjagaan kucing ini, cuma saya perlukan tempat berteduh untuk kucing-kucing ini. Kalau individu itu nak sangat pelihara, tetapi ada masalah kewangan contohnya untuk kos pemandulan atau kos makanan, saya tidak ada masalah untuk bantu. Saya tak berkira kerana Allah kurniakan rezeki lebih, jadi saya bantu mana yang termampu,” ujarnya lagi. Sungguhpun begitu, pemuda berusia 32 tahun ini berkata, dia tidak akan sewenang-wenangnya memberikan kucing terbiar yang dijaganya itu kepada orang sembarangan, sebaliknya mereka yang berminat akan melalui proses tapisan terlebih dahulu.

Perkongsian Firdaush di Twitter mengenai kucing jagaannya yang sudah mempunyai penjaga.

“Saya akan tanya di mana dia tinggal, dengan siapa, sudah bekerja atau belajar dan sebagainya sebab saya tak mahu orang itu sekadar mahu pelihara suka-suka. Bagi saya, apabila dia ambil keputusan untuk pelihara, dia kena ada komitmen ke atas kucing itu. Tak mahulah mula-mula saja suka, lama-lama dah bosan kemudian tak mahu pelihara. Sebab itu sebelum saya serahkan kucing kepada tuan yang baharu, saya beritahu awal-awal, kalau tak mahu bela, maklumkan kepada saya kerana saya tak mahu kucing itu terbuang lagi sekali,” ujar Firdaush.

Selain itu ujar pemuda ini, dia turut membantu mana-mana individu yang mahu mencari ‘keluarga angkat’ baharu untuk kucing peliharaan mereka menggunakan platform laman media sosialnya. “Biasanya apabila saya kongsi info ini di Twitter, maklum balas yang saya dapat sungguh pantas. Baru saja saya kongsi gambar dan info kucing pada waktu pagi, menjelang petang pasti dah ada yang mahu adopt,” akhirinya.   

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *