Kucing juga perlukan ini. Pemilik kucing perlu ambil tahu perkara penting ini.

Haiwan kucing tips

Jangan pelihara kucing semata-mata kerana mahu ikut trend. Kucing sememangnya haiwan comel dan manja menyebabkan peminat haiwan mahu menjadikannya sebagai peneman di rumah. Namun tidak semua orang tahu bagaimana cara yang betul untuk menjaga haiwan kesayangan ini?

Lebih teruk lagi, ada juga sesetengah orang yang membela kucing bukan kerana minat tetapi hanya kerana mahu ikut trend. Orang lain bela kucing, dia pun ikut sama nak bela. Presiden Kelab Kucing Malaysia, Khalid Rashid atau lebih mesra dipanggil Pak Khalid memberitahu, mereka yang membela kucing perlu mengetahui beberapa perkara penting bagi memastikan kucing itu sentiasa gembira dan tidak terbiar.

Banyak perkara yang perlu diketahui sebelum anda mula memelihara kucing.

“Paling penting jika hendak membela kucing, seseorang itu perlulah tahu kemampuan diri sendiri bukan sekadar minat, kerana kucing ini seekor haiwan yang manja dan perlukan perhatian. Sebab itu kalau hendak bela kucing kita kena tahu jenis atau baka apa yang nak dibela seperti bulu panjang atau pendek. Selepas itu sebelum dibawa balik ke rumah, kucing perlu divaksin terlebih dahulu. Vaksin sebanyak dua kali dalam tempoh dua bulan, dan tahun seterusnya hanya sekali. Ia untuk mencegah daripada sebarang penyakit,” ujarnya. Katanya, selain perlu divaksin, kucing juga perlu diberi ubat cacing dalam tempoh tiga bulan sekali.

“Selain dua perkara penting itu (vaksin dan ubat cacing) kucing juga perlu diberi suplemen untuk kesihatan kucing itu sendiri. Selepas itu, makanan perlu diberi yang bersesuaian sama ada masak sendiri (ikan rebus) atau pun beli sahaja yang sudah dibungkus di kedai-kedai haiwan. Harus diingatkan, elakkan memberi makanan bergoreng kerana ia boleh menyebabkan bulunya gugur. Dan elakkan juga selalu memberi makanan basah kerana ia menyebabkan cacing serta gigi rosak. Makanan jenis biskut paling sesuai kerana ia juga mampu membersihkan gigi kucing itu sendiri,” ujarnya.

Kucing yang dipelihara perlu sentiasa gembira dan mendapat perhatian daripada tuannya.

Selain itu, pembela kucing perlu menyediakan ‘tandas’ khas untuk kucing-kucing yang dibela. “Bagi kucing rumah ia lebih mudah dijaga kerana kurang kotoran dan hanya perlu dimandikan sekurang-kurangnya sebulan sekali. Perlu diingatkan, hanya gunakan sabun atau syampu untuk kucing sahaja. Dan jangan lupa juga untuk letak ubat kutu, cuci telinga dan memotong kuku kucing itu,” tambahnya.

Dalam masa sama, Pak Khalid menasihatkan pemilik haiwan supaya menggembirakan kucing-kucing mereka sekiranya tidak mampu lagi menampung penjagaan haiwan itu. “Sekiranya tidak mampu kerana kucing asyik beranak, saya nasihatkan pergilah ke klinik veterinar, kembirikan kucing-kucing itu. Jika tidak berbuat demikian, maka lebih banyak kucing jalanan akan lahir disebabkan kes buang kucing ini. Sebenarnya kucing jalanan yang ada sekarang ini berpunca daripada pemilik kucing itu sendiri. Tak mampu nak jaga, terus buang atau lepaskan di tempat-tempat awam,” katanya.

Tip penting permulaan penjagaan kucing:

1. Pastikan setiap kucing yang dibawa balik mendapat suntikan vaksin dan beri ubat cacing 2. Makanan kering/basah (mengikut kesesuaian) 3. Tandas untuk kucing berak/kencing – Sentiasa bersihkan tempat ini seperti tukar pasir sekurang-kurang dua kali sehari (mengikut jumlah kucing yang dibela) 4. Perlu dimandikan sekurang-kurangnya sebulan sekali untuk kucing rumah (indoor) atau dua minggu sekali kucing di luar rumah. Guna bahan mandian khas untuk kucing sahaja. 5. Ubat kutu, potong kuku dan korek telinga. 6. Memberi perhatian agar kucing itu tidak stres.

Sumber : Mstar

Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Syarikat Ini Percaya Bela Kucing Dapat Hilangkan Tekanan Pekerja. Tapi Ada Juga Masalah Ini Yang Timbul.

Syarikat Ferray percaya kucing mampu menghilangkan tekanan pekerja. Pelbagai cara telah dipraktikan oleh majikan yang prihatin terhadap tekanan kerja yang dihadapi oleh staf termasuk menaikkan gaji, memberi bonus atau pakej percutian demi menjaga kebajikan pekerja.

Berbeza dengan sebuah syarikat di Jepun, kucing dijadikan sebagai satu elemen untuk menghilangkan pekerja ini. Syarikat teknologi maklumat Ferray di ibu negara Jepun, menggunakan cara unik itu dengan membela beberapa ekor kucing di pejabat bagi memastikan tahap keceriaan pekerjanya tidak terjejas.

Sebanyak sembilan ekor kucing dibela di syarikat teknologi maklumat Ferray di Tokyo di mana haiwan itu dibenarkan makan, tidur malah dibiarkan berkeliaran di dalam pejabat berkenaan. Hidenobu Fukuda yang mengetuai syarikat itu memperkenalkan polisi “pejabat kucing” pada tahun 2000 selepas mendapat permintaan pekerjanya bagi membenarkannya kucing peliharaanya dibawa ke tempat kerja.

“Saya juga memberikan 5,000 yen (RM193) kepada pekerjanya yang menyelamatkan kucing,” katanya menurut laporan AFP. Pekerja syarikat Ferray, Eri Ito berkata, kehadiran kucing menghilangkan tekanan kepadanya. Ketika melihat kucing tidur bersebelahan, ia menghilangkan tekanan,” kata Ito.

Dalam pada itu, Fukuda mengakui, kehadiran haiwan itu juga turut mendatangkan masalah. “Kadang-kadang kucing akan berjalan pada telefon dan memutuskan talian atau mereka turut menutup komputer ketika berjalan-jalan di suis,” katanya

Beberapa syarikat lain di Jepun turut membenarkan haiwan dibawa ke pejabat untuk membantu mengurangkan tekanan dan kepenatan. Pesona Group turut “mengupah” dua ekor kambing pada tahun 2011 dan dua biri-biri pada tahun 2013 sebagai ‘pekerja’ sepenuh masa bagi mengurangkan tekanan pekerja. Tokyo menyaksikan kira-kira 60 kafe kucing berdaftar di bandar itu.

Sumber : Mstar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Kucing Dari Jepun Ini Tular Setelah Bakat Tariannya Tular. Tak Sangka Ianya Dapat Tarik Perhatian Seramai Ini.

Aksi Chaco yang menarik perhatian ramai. Buka sahaja laman Instagram, Facebook mahupun Twitter, pasti banyak akaun yang didedikasikan khas untuk kucing. Di Jepun pula, seekor kucing berusia tiga tahun menjadi tular kerana kehebatan aksinya menari.

Digelar Chaco, aksi kucing itu yang seolah-olah terbang persis penari balet cukup mencuri tumpuan. Sehingga kini, Instagram kucing itu memiliki 23 ribu pengikut.

Antara foto di Instagram kucing itu.

Layari sahaja akaun berkenaan, anda bakal disajikan lebih 1,300 paparan video serta foto melibatkan kucing itu. Selain Chaco, Instagram @wakaponsan itu turut mempamerkan seekor lagi kucing dikenali sebagai Suzuka. Chaco merupakan kucing yang diambil daripada pusat penyelamat haiwan di bandar Ageo. Ujar pemiliknya, dia melihat Chaco sewaktu membuat sumbangan makanan di sebuah kafe suatu ketika dahulu.

Sumber: Bored Panda

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *