Pandai pula Luna merajuk dengan pemiliknya. Rupanya sebabkan kelakuannya ini dia menjadi takut.

Haiwan kucing Viral

Kalau perasan, kucing adalah antara jenis haiwan peliharaan yang semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat kita selain ikan, anjing, atau hamster. Pada awalnya tidak dinafikan agak susah untuk melatih mereka agar selesa dengan persekitaran di tempat tinggal yang baru kerana tahap insecurity agak tinggi. Tapi bila sekali dah ‘melekat’, merekalah antara sahabat setia yang selalu bermain dan menemani tuan masing-masing.

Hangat tular di laman Twitter baru-baru ini, reaksi merajuk ‘Si Bulus’ yang bernama Luna ini telah menjadi perhatian ramai ketika mahu dibawa keluar daripada pet carrier. Video tersebut telah mendapat lebih 320 ribu tontonan dan 32 ribu retweets sejak dimuat naik oleh tuannya semalam, iaitu gadis yang dikenali sebagai Alia Natasha. Dia ni memang clingy habis.

Menurut gadis tersebut, kucingnya itu berkelakuan seperti itu kerana takut untuk dihantar ke sebuah ‘hotel kucing’ kerana keluarganya mahu melancong ke suatu tempat. Dia juga tidak menafikan bahawa Luna merupakan seekor kucing yang sangat manja dan pemalu, lebih-lebih lagi apabila bersemuka dengan orang yang tidak dikenali.

Di sebalik ketakutannya yang jelas terlihat dalam video itu, Alia memaklumkan bahawa kucing baka Mix British Short Hair tersebut kini dalam keadaan yang baik-baik sahaja. Video itu turut dibanjiri oleh komen para warganet yang terhibur dan geram melihat telatah Luna.

Sumber: IG & Twitter aliamelorr

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Pemuda Peguam Ini Bela Nasib Kucing Terbiar. Sampai Rela Rumah Jadi Pusat Transit.

Perkongsian Firdaush di Twitter yang menceritakan tindakan ‘comel’ anak-anak jirannya mengundang perhatian, sehingga ia meraih lebih 9,000 retweet di samping dihujani komen warganet. Tidak semua orang mampu menjaga dan melayan kucing terbiar seperti haiwan peliharaan sendiri.

Tambahan pula jika kucing berkenaan kotor, sakit ataupun kurang upaya, pasti hati berkira-kira samada mahu atau tidak mengambilnya untuk dijadikan binatang peliharaan kerana memikirkan kos yang akan ditanggung. Namun tidak bagi pemuda ini yang bukan saja sanggup menjadikan rumahnya sebagai pusat persinggahan kucing-kucing terbiar, malah turut menanggung kos rawatan haiwan manja itu. Pemuda yang hanya mahu dikenali sebagai Firdaush ini berkata, segalanya bermula beberapa bulan lalu ketika dia membawa pulang seekor kucing yang dilanggar ke rumahnya untuk dirawat.

“Memandangkan saya sudah mempunyai dua kucing peliharaan sendiri di dalam rumah, jadi saya tempatkan kucing yang saya jumpa itu di luar bagi mengelakkan mereka bergaduh. Ketika itulah, beberapa orang anak jiran ternampak saya merawat kucing tersebut, mereka datang menghulurkan bantuan secara sukarela. Hari-hari mereka tolong saya, sama ada memberi makan, merawat atau membersihkannya. Mereka tahu yang saya memang suka beri makan kucing terbiar di kawasan perumahan kami, sebab itu baru-baru ini mereka hantar seekor kucing terbiar di hadapan pintu rumah saya untuk dijaga, siap ada letak lukisan gambar kucing lagi,” ujarnya ketawa kecil.

Tweet yang dikongsi Firdaush mendapat perhatian warganet.

Terdahulu, perkongsian Firdaush di Twitter yang menceritakan tindakan ‘comel’ anak-anak jirannya mengundang perhatian, sehingga ia meraih lebih 9,000 perkongsian di samping dihujani komen warganet. “Budak-budak ni memang baik. Mereka sangat ringan tulang. Jadi selain menjaga dan merawat kucing terbiar, saya sebenarnya cuba menerapkan sifat cintakan binatang dalam diri mereka. Maknanya, mereka bukan saja bantu, tetapi saya mahu mereka ‘dapat’ sesuatu daripada perbuatan mereka,” katanya. Ujar pemuda yang merupakan seorang peguam ini, kebiasaannya, kucing-kucing terbiar yang ditemui dan dibawa pulang ke rumahnya itu akan dijaga sebelum dia akan menghebahkannya di Twitter untuk mencari individu yang sudi menjaga kucing berkenaan.

Kalau individu itu nak sangat pelihara, tetapi ada masalah kewangan contohnya untuk kos pemandulan atau kos makanan, saya tidak ada masalah untuk bantu. Saya tak berkira kerana Allah kurniakan rezeki lebih, jadi saya bantu mana yang termampu.

“Saya tinggal di pangsapuri, jadi ia menyukarkan saya untuk memelihara lebih banyak kucing. Disebabkan itu, saya hebahkan agar kucing-kucing ini di adopt. Saya tidak ada masalah untuk terus bantu dari segi kos untuk penjagaan kucing ini, cuma saya perlukan tempat berteduh untuk kucing-kucing ini. Kalau individu itu nak sangat pelihara, tetapi ada masalah kewangan contohnya untuk kos pemandulan atau kos makanan, saya tidak ada masalah untuk bantu. Saya tak berkira kerana Allah kurniakan rezeki lebih, jadi saya bantu mana yang termampu,” ujarnya lagi. Sungguhpun begitu, pemuda berusia 32 tahun ini berkata, dia tidak akan sewenang-wenangnya memberikan kucing terbiar yang dijaganya itu kepada orang sembarangan, sebaliknya mereka yang berminat akan melalui proses tapisan terlebih dahulu.

Perkongsian Firdaush di Twitter mengenai kucing jagaannya yang sudah mempunyai penjaga.

“Saya akan tanya di mana dia tinggal, dengan siapa, sudah bekerja atau belajar dan sebagainya sebab saya tak mahu orang itu sekadar mahu pelihara suka-suka. Bagi saya, apabila dia ambil keputusan untuk pelihara, dia kena ada komitmen ke atas kucing itu. Tak mahulah mula-mula saja suka, lama-lama dah bosan kemudian tak mahu pelihara. Sebab itu sebelum saya serahkan kucing kepada tuan yang baharu, saya beritahu awal-awal, kalau tak mahu bela, maklumkan kepada saya kerana saya tak mahu kucing itu terbuang lagi sekali,” ujar Firdaush.

Selain itu ujar pemuda ini, dia turut membantu mana-mana individu yang mahu mencari ‘keluarga angkat’ baharu untuk kucing peliharaan mereka menggunakan platform laman media sosialnya. “Biasanya apabila saya kongsi info ini di Twitter, maklum balas yang saya dapat sungguh pantas. Baru saja saya kongsi gambar dan info kucing pada waktu pagi, menjelang petang pasti dah ada yang mahu adopt,” akhirinya.   

Pemuda Sesat Atas Gunung. Tapi Bernasib Baik Gara Gara Jumpa Seekor Kucing Yang Tunjukkan Jalan Pulang. Memang Bijak Betul Kucing Ni.

Seorang lelaki berkongsi sebuah kisah bagaimana seekor kucing menjadi penyelamat kepadanya ketika sesat di sebuah gunung di Switzerland dengan menunjukkan kepadanya jalan pulang. Kisah tersebut diceritakan oleh seorang pengguna Reddit  sc4s2cg yang menyatakan bahawa dia tersesat ketika sedang mendaki sebuah gunung dan berada di sebuah pekan yang tiada orang.

“Saya memeriksa peta saya untuk melihat bagaimana saya dapat kembali ke rumah tumpangan saya, dan satu-satunya jalan yang ada adalah melalui jalan yang sudah ditutup,” katanya. Menurutnya, ketika itulah terdapat ‘penjaga gunung’ yang muncul dan menunjukkan jalan kepadanya dengan berjalan di hadapannya dan sentiasa melihat ke belakang untuk memastikan lelaki itu mengikutinya.

“Ia mula berjalan di hadapan dan sentiasa melihat ke belakang kepada saya menyuruh saya mengikutinya,” katanya. Selepas kisahnya menjadi tular, ramai orang turut berkongsi kisah mereka dan menunjukkan gambar mereka berjumpa dengan kucing tersebut ketika mendaki di gunung berkenaan. Selepas mereka berjaya menemui jalan pulang, lelaki berkenaan dan kucing tersebut berpisah membawa haluan masing-masing.

Si Bulus Ini Sering Mengiau Pukul 3 Pagi. Rupa Rupanya Ada Maksud Di Sebalik Itu Yang Dia Cuba Sampaikan.

Kucing Sofeah akan mengiau setiap kali pukul 3 pagi. Setiap hari lebih kurang pukul 3 hingga 5.30 pagi, Sofeah Razak dan suaminya akan terjaga kerana dua ekor kucing mereka akan mengiau-ngiau tak henti-henti. Menurut wanita berusia 35 tahun ini, dia dan suaminya sebelum ini menetap di Kuantan, namun terpaksa berpindah ke Selangor kerana tuntutan kerja. Jelas Sofeah, dia bertuah kerana perpindahannya berjalan lancar dan mereka menyewa rumah teres dua tingkat di Puncak Alam.

Dua minggu bertahan

Jelas wanita yang baharu mendirikan rumah tangga Disember lalu, dia dan suaminya turut membawa dua ekor kucing kesayangan ke rumah baharu itu. “Dua ekor kucing ni (Tommy dan Tuti) memang sudah lama saya bela, sebelum berkahwin lagi. Mereka berdua ni dah macam anak saya sendiri. Jadi bila nak pindah tu, kami bawa la sekali. Mana boleh tinggal di sana (Kuantan).

“Sepanjang minggu pertama kami berada di rumah baru, memang tidak ada kejadian pelik yang berlaku. Namun masuk malam kelapan saya dan suami menjadi ‘huru-hara’ sewaktu tidur. Setiap malam, lebih kurang pukul 3 hingga 5.30 pagi, kami terjaga disebabkan bunyi bising kucing mengiau-ngiau. Lebih pelik lagi si Tommy dan Tuti asyik mengadap salah satu sudut ruang tamu di rumah,” kongsinya. Jelas Sofeah, jenuh dia memanggil dua ekor kucingnya itu masuk bilik tidur, namun kedua-duanya tetap berbuat bising dengan terus mengiau seperti berada dalam kesakitan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *