Baru je berhajat nak pakaikan songkok pada Oyen. Sekali ayah hantar mesej begini.

Haiwan Keluarga kucing

Kucing merupakan haiwan yang menjadi kesayangan ramai gara-gara sifatnya yang comel dan manja. Lebih-lebih lagi kepada mereka yang sudah lama membela atau mempunyai banyak kucing di kediaman masing-masing, para pencinta kucing ini sanggup melakukan apa sahaja demi haiwan peliharaan tersebut. Namun perkara yang paling menyakitkan juga akhirnya terpaksa ditanggung oleh mereka apabila ajaInya sudah tiba di saat yang kita sendiri tak dapat nak tentukan, seperti yang berlaku pada seorang gadis baru-baru ini.

Menerusi kisah yang dicoret di laman Twitter, pada awalnya Emy berhajat untuk melihat kucingnya yang diberi nama Oren memakai songkok khas di hari lebaran kelak. Tapi nampaknya impiannya itu seperti tidak dapat dilaksanakan. Nampak songkok Meow…terus beli sebab excited untuk Oren.

“Balik rumah Oren takde. dia muntah2 & keluar rumah. Beli air kelapa. Takut dia terminum r4cun. Dalam group family ayah update je pasal Oren. Dengan pantas balik rumah. Tiba2 ayah update lagi dan cakap….

Berita dukacita itu ternyata sangat meruntunkan jiwanya kerana itulah kali pertama dia melihat Oren selepas bapanya telah pun menanam kucing tersebut sejurus dia menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Tak sempat bagi minum air kelapa. Tak sempat nak pakai songkok di pagi raya. Dulu pernah buat dia jadi gegirl…gurau je, sorry Oren. Dah besar ni nampak la macam hero gadis tapi macam terlambat je belikan. Kini keluarganya cuma tinggal seekor sahaja kucing peliharaan di rumah yang diberi nama Putih rentetan kehilangan kucing jantan itu.

Oren tahu tak…adik awak ni nangis

Sumber: Twitter emyliaysf

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tak Sengaja Jumpa Kucing Comel Dekat Hutan. Terkejut Lepas Jumpa Doktor Haiwan Sekali Doktor Dedahkan Sesuatu Yang Istimewa Pasal Kucing Ni.

Jumpa Kucing Comel Di Hutan, Lelaki Membelanya Hingga Beranak-Pinak Sampailah Ahli Veteriner dedahkan Spesiesnya Yang Mengejutkan. Seorang lelaki terjumpa seekor kucing comel dalam hutan dan tanpa memiikirkan apa-apa, lelaki ini terus membawanya balik dan memelihara kucing tersebut di rumah. Kucing betina ini menyerupai seperti kucing biasa yang lain cuma ia mempunyai tompok-tompok yang cantik di bulunya seperti harimau bintang.

Kemudian, kucing ini telah bunting dan melahirkan dua belas ekor anak kucing yang sangat comel dan istimewa. Kucing-kucing ini kesemuanya sangat cantik, yang menyerupai ibunya. Pemilik kucing ini mula merasa sangsi dan ingin tahu akan spesiesnya yang kelihatan agak berbeza dengan kucing-kucing lain yang pernah dijumpainya.

Lalu lelaki ini telah berjumpa dengan ahli veterinar untuk rujukan serta mengetahui spesies kucing ini. Ahli veterinar ini telah berkata, “Semua kucing ini bukan spesies kucing biasa, ini adalah Kucing Bengal!”. Sehingga kini, bapa anak-anak kucing ini kekal misteri, mungkin ia dari baka Kucing Bengal juga.

Kucing Bengal adalah spesies kucing unik dan jarang didapati serta berharga mahal di pasaran. Bagi sesetengah negara, permit diperlukan jika ada pemilik ingin menjadikan kucing Bengal sebagai haiwan peliharaan. Menurut Wikipedia, kucing Bengal atau nama saintifik ‘Prionailurus bengalensis’ ialah kucing liar yang hidup di dalam habitat asalnya di Asia Selatan, Asia Tenggara dan Asia Timur.

Sejak tahun 2002, kucing Bengal telah disenaraikan dalam Spesies Kurang Terncam, Senarai Merah IUCN. Bermakna, spesies kucing Bengal membiak baka dengan banyak, akan tetapi habitatnya semakin berkurangan dan terncam akibt pembrn haram kerana harganya yang mahal di pasaran.

Di Malaysia, Kucing Batu merupakan haiwan yang berada dalam senarai yang dilindungi di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 dan Akta Perdagangan Antarabangsa mengenai Spesies Ter4ncam 2008.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber: Nangtime

Secara Tak Sengaja Dengar Kucing Bercakap. Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Luar Biasa Yang Dilaluinya

Hi pencinta kucing. Admin nak tanya sekiranya kucing anda boleh bercakap, apa yang anda ingin mereka katakan. Kebiasaannya pemilik haiwan peliharaan kan berkomunikasi dengan haiwan kesayangan mereka seperti mereka berkomunikasi dengan manusia. Perbuatan ini menandakan pembela haiwan menganggap anak kucing mereka seperti ahli keluarga mereka sendiri.

Tak dinafikan ramai juga pemilik haiwan pernah berharap kucing mereka boleh bercakap dengan mereka dalam bahasa yang mudah difahami. Namun begitu, jika benar haiwan boleh bercakap dalam bahasa manusia, mesti ramai yang lari lintang pukang. Terbaru, seorang pengguna Tiktok bertuah kerana tak sengaja rakam bunyi kedengaran seperti kucingnya sedang bercakap

Perkongsian tersebut meraih 2.6 juta tontonan di Twitter. Pengguna Tiktok atas nama Ike Tommy sedang merakam video di biliknya dan kelihatan kucingnya sedang menunggudi bilik air sambil mengiau.Tiba-tiba kedengaran suara kucing betina itu berkata “Are you coming?”, membuat lelaki itu terkejut.THIS CAT SAYING ARE U COMING IS THE CUTEST SHIT EVER FUCK IM CRYIN lia ☆ byul’s (@tanjirouo) .Malahan, dia menyuruh kucingnya itu untuk mengulang apa yang dia cakap, tetapi kucing tersebut hanya membalas dengan “meow“.

Ternyata perkongsian itu membuatkan para penonton terhiburseram dalam pada masa yang sama. Selain itu ramai juga yang percaya kucing sebenarnya boleh bercakap.Malah ada juga yang mendakwa kucing dapat meniru bahasa manusia seperti burung kakatua, tetapi anatomi dan tisu otot kucing menghalang mereka untuk menyebut perkataan dengan jelas.A lot of animals are smart enough to be able to speak human words, but like you said- their anatomy prevents them!There are still a lot of dogs, cats, etc, on youtube that learn to say “I love you” or something similar.— Zumz (@ZumzDeer)

Lain Macam Cara Ngiauan Kucing Ini. Pemilik Kucing Ini Dedah Kucing Sebut Perkataan Lain Daripada Yang Lain

Buat pencinta kucing, anda pasti sudah mengenalpasti yang kucing sememangnya mempunyai bunyi atau ngiauan yang has seperti sedang bermanja, meminta sesuatu seperti makanan, berbalah atau cuba menarik perhatian pasangan lain jantina. Namun begitu, ada seekor kucing di Jepun ini raih perhatian ramai bila keluarkan bunyi bunyian yang berbeza daripada kebanyakan.

Kebiasaannya, kucing akan mengiau tetapi kucing yang dinamakan Chobimaru ini tidak pandai mengiau. Sebaliknya, apabila ianya mendekati pemiliknya untuk menarik perhatian, Chobimaru akan mengeluarkan bunyi seakan-akan ‘loliloli’. Pemilik kucing itu, LLR (@llritotomohiro) telah berkongsi rakaman video berkenaan di laman Twitter yang kini menjadi tular.

Jelas pemilik kucing itu,”Ini bukan kali pertama Chobimaru mengeluarkan bunyi loliloli, ia seakan-akan suara manusia yang bercakap. Menakutkan!” Sementara itu, ada warganet berpendapat bunyi yang dikeluarkan Chobimaru seakan-akan seseorang lelaki mabvk yang cuba membaca jampi serapah. Di antara bunyi ‘loliloli’nya itu, Chobimaru juga mengeluarkan bunyi menghidu yang kuat menghasilkan gabungan suara yang sangat ganjil.

Perkongsian yang telah dimuat naik LLR @llritotomohiro itu kini tular dan ditonton lebih empat juta orang! 
Bagaimanapun, beberapa pemilik kucing yang berpengalaman menyatakan bunyi-bunyian itu adalah normal dan hanyalah satu tindak balas kucing untuk memberikan amaran. LLR mengucapkan terima kasih kepada warganet yang risaukan keadaan kucingnya.Khabar terkini daripada LLR mengatakan Chobimaru kini sudah boleh mengiau seperti kucing lain! 

Warna Bulu Unik Sangat Seolah Olah Macam Singa. Kucing Ini Jadi Tumpuan Pula Di Wadi Rum Jordan

Macam yang kita semua sedia tahu, kucing antara salah satu haiwan yang menjadi kesukaan ramai orang terutamanya pencinta kucing. Selain dengan telatah dia yang manja, kecomelan haiwan ini menjadi punca ramai suka dengan mereka. Selalunya korang tengom kucing warna oren kan atau nama glamornya oyen. Kali ni, admin nak kongsi tentang seekor kucing yang tular dekat Twitter gara gara warna bulu dia. Kredit kepada @nknukman di twitter

Masa tengok gamba tu, ingatkan ada orang letak rambut palsu atau kucing itu dipakaikan costume. Tapi ternyata ia memang bulu kucing tersebut. comel dan unik betul. Kalau perhati betul betul nampak macam kena spray kan. Oren dia pekat sangat. Kalau boleh admin pun nak simpan satu kalau boleh. Memang betul betul original. Memang spesis rare ni.Elok lah tu sorang ingat macam Simba, sorang ingat dia baru lepas makan keropok Super Ring. Tapi apa-apa pun memang lain macam betul kaler dia kan. Kalau korang ada terjumpa spesis macam ni roger-roger lah admin ye.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *