Tular pemuda ini cuba palsukan kehilangan kucing ini. Sekali pemilik sebenar tampil dedahkan perkara yang sebenar.

Haiwan Kehidupan Keluarga kucing Viral

Beberapa hari lalu, sebuah cerita tentang kucing yang dicekik  budak ketika beraya hangat tular di media sosial. Seperti yang sudah dijangka, kejadian sedih yang dikongsikan menerusi Twitter seorang lelaki itu mendapat perhatian ramai. Rata-rata warganet meluahkan marah dan sempat menitipkan rasa simpati. Tapi siapa sangka, semua kisah itu hanya rekaan semata-mata.

Berikut merupakan thread pendek lelaki berkenaan yang berjaya meraih simpati ramai. “Kucing kesayangan aku dah takde. Bukan saja marah kepada kanak-kanak tersebut, malahan warganet sempat mengkritik si ibu yang seolah-olah tidak merasa bersalah atas perbuatan anaknya. Mak budak tu gelak je tengok aku. Daripada cara penceritaan lelaki ini, semuanya kedengaran real sekaligus membuatkan ramai yang percaya dengan kisah sadis kucingnya.

Kucing aku takkan datang balik. Namun begitu, seorang gadis telah tampil membuat pengakuan bahawa dia adalah tuan sebenar kucing tersebut. Menurut gadis berkenaan, memang benar kucingnya ‘pergi’ namun bukanlah sebab ditekan pada leher kucing tersebut oleh kanak-kanak yang datang beraya. Nampak sangat terdesak nak tweet famous.

Setelah kebenaran terbongkar, akaun lelaki itu juga sudah dinyahaktifkan sekaligus menguatkan dakwaan bahawa kisahnya hanyalah rekaan saja. Oleh itu, sudah pasti ia mencetuskan amarah di kalangan warganet yang beria-ia merasa kasihan. Demi raih retweet, sanggup jadi penipu Kesian…Tak pasal-pasal ramai pula yang benci budak raya-raya pun ada drama kat Twitter

Sumber : Twitter blxcktober, Hazrey dan Luqman

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Aika Dan Miko Berjaya Harumkan Nama Malaysia. Tak Sangka Sampai Dapat Sertai Satu Kelab Ini.

Dua ekor kucing mengharumkan nama negara apabila memenangi kategori masing-masing pada pertandingan disertai pemiliknya dalam Fife World Show 2017 The Netherland yang berlangsung di Belanda pada 28 dan 29 Oktober lalu. Kedua-dua si comel masing-masing daripada baka Maine Coon dan baka bulu panjang.

Pemiliknya, Noraffidah Ramli, 40, yang memiliki kucing diberi nama Aika Akira Alvaro, berusia 3 tahun mendapat tempat kedua dalam Kategori 2 baka Maine Coon mengalahkan 12 ekor kucing dalam kategori berkenaan. Manakala seorang lagi, Rooaida Mohd Darus, 35, yang memiliki kucing bernama Miko, berusia 2 tahun menjadi juara dalam kucing bulu panjang (jantan) dan tempat kedua dalam kategori kucing rumah bulu panjang.

Kedua-dua si comel berkenaan merupakan kucing yang dipilih Kelab Kucing Malaysia (KKM) atas pencapaian diraih sebelum ini untuk bertanding mewakili negara pada pertandingan menghimpunkan 1,700 ekor kucing pelbagai baka dari 40 buah negara.

Tak sangka menang

Menceritakan kemenangan itu, Noraffidah berkata, pada awalnya dia tidak menyangka Aika akan memenangi tempat kedua dalam pertandingan di peringkat antarabangsa itu. “Memang saya dan suami (Zakibullah Nakibullah, 42) hanya datang dengan satu tujuan iaitu bagi mewakili negara tetapi tidak pula menyangka Aika dapat mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa.

“Banyak kucing lain mempunyai potensi untuk menang dalam kategori ditandingi Aika, tetapi nampak kemenangan berpihak kepada Aika,” katanya ketika ditemui di Pesta Haiwan Seremban 2017 anjuran KKM dan Majlis Perbandaran Seremban (MPS) di Dewan MPS di Seremban, Ahad. Noraffidah yang berasal dari Seri Kembangan berkata, sebelum ini Aika pernah mengungguli kategori yang ditandingi dalam beberapa pertandingan kucing, tetapi hanya dalam negara sahaja.

Noraffidah (dua, kiri) memegang Aika Akira Alvaro ketika di Belanda.

“Antaranya pertandingan kucing di Putrajaya. Ketika itu Aika berusia 8 bulan dan menang tempat pertama dalam kategori Junior separa bulu panjang, terbaik dalam kesempurnaan, separa bulu panjang terbaik, anak kucing terbaik dan terbaik dalam pameran. Dua tahun lepas di pertandingan kucing di Penang pula, Aika yang ketika itu berusia 5 bulan menang tempat kedua dalam semua kategori yang dipertandingkan,” katanya. Menurutnya, dia kini  mempunyai 40 ekor kucing dan membiak baka Maine Coon dan Ragdolls sejak 2013.  

Suami jadi pendorong

Sementara itu, Rooaida pula berkata, kucingnya dari baka bulu panjang sahaja dan dibeli daripada kedai kucing pada 2015. Menurutnya dia dan suami, Muhammad Shaharuddin Shuib, 39, amat menitikberatkan soal penjagaannya.

“Sejak bela Miko pada usia 2 bulan. Suami sayalah orang yang bertanggungjawab dalam menata rias Miko. Usaha kami tidak sia-sia kerana Miko menang dalam kategori kucing bulu panjang (jantan) dan tempat kedua dalam kategori kucing rumah bulu panjang pada Fife World Show 2017 yang lalu. Ini adalah kejayaan Miko paling besar di peringkat antarabangsa. Berdasarkan rekod, Miko merupakan kucing Malaysia yang pertama layak ke pertandingan akhir di pertandingan antarabangsa,” katanya.

Sumber: Sinar Online

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Pemuda Ini Diuji Sebegini Hanya Untuk Elak Kucing Melintas.Rupanya Ada Hikmah Di Sebalik Kejadian Tersebut.

Kehadiran kucing yang diberi nama Saga ternyata memberi tuah buat Syahmi. Benarlah kata orang dulu-dulu, setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Begitu juga dengan kisah jejaka berusia 21 tahun ini apabila rezekinya semakin melimpah selepas memelihara seekor kucing.

Pertemuan Muhammad Syahmi Sulaiman dengan haiwan comel yang diberi nama Saga itu juga berlaku dalam keadaan yang cukup luar biasa. Mesra disapa Syahmi, dia mendedahkan kereta dipandunya diisytiharkan total loss selepas dia cuba mengelak haiwan itu yang melintas secara tiba-tiba dalam satu kejadian di Balik Pulau, Pulau Pinang pada 8 Mac lalu.

“Masa tu saya baru balik pasar, dalam pukul 7 pagi. Jalan lengang tapi agak gelap. Saya perasan ada kucing bergaduh dengan anjing tepi jalan. Tiba-tiba kucing tu melintas jalan. Saya elak kucing tu hingga terkena penghadang jalan. Masa balik dari hospital, saya dan ayah pergi ke lokasi kejadian tersebut. Tengok kucing tu masih ada kat situ. Saya ambil keputusan bawa balik untuk bela.

Posting Syahmi di Twitter mengenai kejadian pada Mac lalu.

“Kucing tu kucing jantan, saya letak nama Saga sempena kereta Proton Saga milik abang yang saya pandu dalam kejadian tu,” ujar Syahmi. Biarpun dirundung nasib sebegitu, Syahmi mengaku rezekinya dalam perniagaan nasi lemak semakin bertambah selepas memelihara Saga. Jika sebelum ini pelanggannya tidak ramai, namun kini dia mengedarkan sekitar 400 ke 600 bungkus nasi lemak setiap hari ke sembilan kedai berbeza di sekitar Pulau Pinang.

Dulu mak meniaga nasi lemak. Mak minta saya teruskan, rugi kalau tak ada orang teruskan. Saya sekarang simpan modal untuk buka kedai.

“Saya baru habis diploma, sambil-sambil tunggu degree saya meniaga nasi lemak. Sebelum ni customer kurang. Sekarang Alhamdulillah makin meningkat. Setiap hari dalam 400 ke 600 bungkus saya supply ke sembilan kedai. Biasalah, Allah nak bagi rezeki ni, kita diuji dulu. Selain rezeki perniagaan makin meningkat, saya juga dalam proses untuk beli kereta baharu. Malah, saya juga dapat tawaran degree tapi saya tolak dulu sebab ada perkara tak dapat dielakkan,” kongsinya lagi.

Nasi lemak Normala kini diusahakan oleh anaknya, Syahmi.

Bercerita mengenai perniagaan itu, Syahmi berbangga memberitahu dia mula belajar memasak nasi lemak seawal usia 10 tahun. Ujarnya, ia merupakan resepi turun temurun ibunya, Normala Samsuri, 50, yang kini menjadi punca utama pendapatannya.

“Dulu mak meniaga nasi lemak. Mak minta saya teruskan, rugi kalau tak ada orang teruskan. Saya sekarang simpan modal untuk buka kedai. Keistimewaan nasi lemak kami tentunya pada sambal. Kalau orang nak tempah pun saya terima,” ujarnya yang turut membantu bapanya membuat kerja-kerja pendawaian eletrik.

Sumber : Mstar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Pemuda Sesat Atas Gunung. Tapi Bernasib Baik Gara Gara Jumpa Seekor Kucing Yang Tunjukkan Jalan Pulang. Memang Bijak Betul Kucing Ni.

Seorang lelaki berkongsi sebuah kisah bagaimana seekor kucing menjadi penyelamat kepadanya ketika sesat di sebuah gunung di Switzerland dengan menunjukkan kepadanya jalan pulang. Kisah tersebut diceritakan oleh seorang pengguna Reddit  sc4s2cg yang menyatakan bahawa dia tersesat ketika sedang mendaki sebuah gunung dan berada di sebuah pekan yang tiada orang.

“Saya memeriksa peta saya untuk melihat bagaimana saya dapat kembali ke rumah tumpangan saya, dan satu-satunya jalan yang ada adalah melalui jalan yang sudah ditutup,” katanya. Menurutnya, ketika itulah terdapat ‘penjaga gunung’ yang muncul dan menunjukkan jalan kepadanya dengan berjalan di hadapannya dan sentiasa melihat ke belakang untuk memastikan lelaki itu mengikutinya.

“Ia mula berjalan di hadapan dan sentiasa melihat ke belakang kepada saya menyuruh saya mengikutinya,” katanya. Selepas kisahnya menjadi tular, ramai orang turut berkongsi kisah mereka dan menunjukkan gambar mereka berjumpa dengan kucing tersebut ketika mendaki di gunung berkenaan. Selepas mereka berjaya menemui jalan pulang, lelaki berkenaan dan kucing tersebut berpisah membawa haluan masing-masing.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *