Tular mata gadis ini menyerupai mata si bulus. Sekali ada pula yang kata ini yang berlaku sampaikan matanya begitu.

Haiwan kucing Viral

Baru-baru ini telah tular beberapa keping foto seorang kanak-kanak perempuan yang mempunyai sepasang mata berwarna biru. Keunikan pelajar sekolah rendah yang comel itu telah menarik perhatian para warganet. Tidak ketinggalan, semalam tular pula gambar seorang gadis bernama Farhana Sazali yang mempunyai sepasang mata berwarna unik seakan-akan seekor kucing.

Mak dulu tenung kucing. Seorang rakan gadis ini telah berkongsi gambarnya di bawah komen sebuah bebenang di Twitter. Menurut pemilik akaun Radi Radi itu, kononnya mak kepada gadis tersebut pernah menenung mata kucing sehingga menyebabkan mata Farhana ‘terkenan’ sehingga menjadi unik seperti haiwan berkenaan.

Moyang keturunan campur. Walau bagaimanapun, dakwaan yang dibuat oleh rakannya itu dinafikan oleh gadis berumur 23 tahun berkenaan. Mengambil daripada laporan mStar Online, dia menjelaskan bahawa ibunya tidak pernah suka kepada kucing. Sebaliknya, kecantikan dan keunikan mata milik gadis ini adalah hasil daripada berketurunan campur. Dedah gadis ini lagi, ibunya mempunyai keturunan mix Chinese dan ayah kepada pelajar tersebut miliki warna mata yang cantik.

Ni bukan contact lens, ini mata betul. Pelajar institut pengajian tinggi ini juga mengimbau semula kenangannya ketika dia di Tingkatan 2. Melihat keunikan mata hazel milik gadis berkenaan, ramai rakan bertanya dan menegur selain menganggap dia memakai sepasang kanta lekap. Meskipun mata yang dimiliki kelihatan cantik, gadis itu akui bahawa pada awalnya dia malu namun akhirnya menerima keistimewaan tersebut.

Kredit Foto: IG farrana.lee
Sumber: FB mStar Online, Twitter Radi Radi

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Boleh Pula Jojo Merajuk Hanya Sebabkan Pemiliknya Lakukan Ini. Sampai Macam Ni Sekali Kelakuannya.

Video dimuat naik oleh Firdaus yang memaparkan gelagat kucingnya merajuk menjadi tular di Twitter. Kucing sememangnya merupakan haiwan yang seringkali menjadi pilihan untuk dijadikan sebagai binatang peliharaan dek kerana gelagatnya yang manja dan mencuit hati.

Pencinta kucing tidak kisah berhabis wang yang dikhususkan untuk penjagaan haiwan tersebut, malah sanggup melabur demi mendapatkan baka luar negara. Melihat wajah si bulus yang comel dan gelagatnya yang keletah, serta merta mampu menghilangkan tekanan selepas seharian penat bekerja di pejabat.

Baru-baru ini, perkongsian seorang pemuda mengenai gelagat kucingnya yang ‘merajuk’ menjadi tular di media sosial kerana mencuit hati warganet. Pemuda yang dikenali sebagai Zainal Firdaus itu memberitahu bahawa kejadian tersebut berlaku ketika dia sedang memandikan kucingnya yang bernama Jojo baru-baru ini.

Perkongsian Firdaus mengenai gelagat kucingnya menjadi tular di Twitter. 

“Sebenarnya, saya baru pulang ke Malaysia tiga minggu lalu selepas sekian lama di Jepun dan ia merupakan kali pertama saya mandikan Jojo. Ketika di Jepun, saya ada memelihara seekor kucing betina. Disebabkan terbiasa memandikan kucing betina, jadi ketika mandikan Jojo saya terlupa pula ia kucing jantan. Bulu Jojo pula lebat dan panjang, jadi apabila terkena air, bulunya seakan-akan bergumpal. Jadi saya mahu leraikan gumpalan tersebut tanpa menyedari ia adalah ‘berlian’ Jojo dan tanpa sengaja saya terpicit dan ia meraung. Nasib baik ia tak mencakar kerana Jojo bukan spesies yang kasar. Selepas meraung, terus dia berlari ke bucu bilik air dan termenung menghadap dinding. Saya panggil dan pujuk dia, tapi tak jalan. Ia keraskan badan dan termenung saja di situ. Lama juga kira-kira 10 ke 15 minit, sampaikan saya sempat merakam video. Bila buka pintu bilik air, selalunya ia akan keluar sendiri selepas mandi, tapi Jojo tetap kaku di situ,” kata pemuda tersebut bercerita mengenai kucingnya yang merupakan baka High Nose Persian.

Kucing Firdaus yang diberi nama Jojo kembali manja selepas dibelai. 

Menurut Firdaus yang menetap selama lapan tahun setengah di negara Matahari Terbit itu, selepas mengeringkan badan Jojo, dia terpaksa memasukkannya ke dalam sangkar kerana ia tidak mahu bergerak keluar dari bilik air. “Masa dah masuk dalam sangkar, Jojo tetap berkelakuan dingin. Kucing betina kami yang lagi seekor, Mia datang dekat di dalam sangkar pun dia tak layan. Merajuk sungguh, kawan datang pun tak layan,” cerita graduan jurusan Kejuruteraan Mekanikal dari sebuah universiti di Jepun itu. Cerita pemuda berusia 28 tahun ini lagi, hanya setelah beberapa ketika, Jojo akhirnya kembali manja selepas dipujuk dan dibelai.

Saya panggil dan pujuk dia, tapi tak jalan. Ia keraskan badan dan termenung saja di situ. Lama juga kira-kira 10 ke 15 minit, hingga saya sempat merakam video. Bila buka pintu bilik air, selalunya ia akan keluar sendiri selepas mandi, tapi ia tetap kaku di situ

“Kelakar pun ada bila tengok perangai kucing merajuk. Saya sekadar kongsi videonya untuk suka-suka sahaja. Tak sangka ia pula ramai yang suka dan retweet. Ramai pula yang beri komen lucu dan meluahkan rasa kesian kepada Jojo. Bila ramai yang komen sebegitu, timbul pula rasa bersalah, tapi sejujurnya memang tak sengaja. Jadi selepas ini, saya perlu berhati-hati dan beringat terutama ketika memandikan Jojo,” ujarnya ketawa kecil. Sehingga kini perkongsian Firdaus meraih ulang kicau melebihi 42,000 kali, selain mencatat tontonan sehingga melebihi 579,000 kali, dan dibanjiri dengan ratusan komen warganet.  

Sumber : Mstar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Pensyarah Siap Mohon Maaf Atas Sebab Ini. Rupanya Ini Yang Berlaku Pada Baby Sampai Terpaksa Lakukan Macam Ni.

Keletah Madam Rohaiza bersama kucingnya menarik perhatian warganet. Keletah seorang pensyarah wanita mengajar sambil mendukung seekor kucing berjaya mencuit hati warganet. Rata-rata kagum dengan kasih sayang yang ditunjukkan pensyarah tersebut bersama kucing kesayangannya yang dikenali sebagai ‘Baby’.

Video pensyarah tersebut mengajar di dalam kelas ditemani ‘Baby’ tular di Twitter selepas momen itu dikongsi salah seorang pelajarnya, Ku Ummi Syakirah. Sejak dimuatnaik pada petang Khamis, posting tersebut diulang kicau lebih 23,000 kali dan mendapat 19,314 tanda suka. Ku Ummi  berkata, dia dan rakan sekelasnya terkejut dengan kehadiran ‘Baby’ ke kelas bersama pensyarah mereka yang dikenali sebagai Madam Rohaiza.

Kucing tersebut berkelakuan baik sepanjang tuannya mengajar.

“Kami semua terkejut. Dia masuk kelas kendong kucing itu macam bawa budak. Dia juga layan kucing tu macam anak sendiri. Ini memang rare sebab kami tak pernah lalui pengalaman sebegini. Ini kali pertama pensyarah mengajar kami dengan ditemani kucing,” katanya.

Menurut penuntut Ijazah Sarjana Muda Perakaunan Sistem Maklumat di sebuah universiti awam di utara tanah air itu, pensyarah tersebut meminta maaf kepada pelajarnya kerana terpaksa mengajar sambil ditemani kucing peliharaannya itu. “Sebaik sahaja sampai di kelas, Madam banyak kali minta maaf. Dia beritahu terpaksa bawa sekali ‘Baby’ sebab mereka baru sahaja pulang dari klinik veterinar. Dia beritahu kucingnya itu baharu sahaja dibius kerana jangkitan ulser. Kami dapat lihat kucing tu macam tengah mamai ketika diletakkan di atas meja,” katanya. Ku Ummi berkata sepanjang kelas tersebut kucing berkenaan berkelakuan baik seolah-olah tahu tuannya sedang mengajar.

‘Baby’ dalam keadaan mamai kerana baharu sahaja dibius kerana jangkitan ulser.

“Sepanjang masa kucing tu duduk atas bahu Madam. Sebaik sahaja diletak di atas meja, kucing tu tak banyak ragam… behave je. Kami semua kagum sebenarnya kerana Madam boleh handle dua perkara dalam satu masa. Dia boleh mengajar dan beri tumpuan kepada kucingnya,” kata gadis berusia 20 tahun itu. Bagaimanapun sepanjang kelas subjek Statistik itu, Ku Ummi mengakui dia dan rakannya tidak dapat memberi tumpuan sepenuhnya di dalam kelas. Kucing tu comel sangat. Mata kami pun lali tengok. Boleh kata semua hilang fokus sebab lebih tertarik dengan kucing gebu tersebut,” katanya.

Gadis berasal dari Kedah itu memberitahu dia tidak menduga video yang dimuatnaiknya itu akan mendapat perhatian warganet. “Saya muat naik sekadar untuk suka-suka. Tak sangka langsung tweet tu akan blow up. Rasanya ramai yang retweet tu peminat kucing ditambah pula dengan keadaan kucing itu yang comel dan besar,” katanya. Guys tengoklah lecturer statistics aku nii ????? cute ja wehhhh she bring her cat to the class ? dia cakap dia terpaksa bawak sbb kucing dia bru lepas pergi vet and still pening2 lalat.

Sumber : Mstar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *