Gadis ini dedahkan pengalamannya apabila si bulus lakukan sesuatu ini. Tak sangka sampai terpaksa jalani operasi.

Haiwan kucing Viral

Kejadian digigit haiwan peliharaan bukanlah sesuatu perkara yang boleh dibuat main kerana terdapat risiko besar yang mungkin berlaku kepada individu terbabit di mana mereka berkemungkinan dijangkiti v1rus. Turut mengalami kejadian yang sama seorang gadis bernama Nurul Fakhira telah berkongsi pengalaman digigit kucing peliharaannya menerusi sebuah posting di laman Twitternya.

Menurut Fakhira, kejadian ngeri itu berlaku sewaktu usianya 15 tahun ketika dia mahu mendukung kucing kesayangannya yang diberi nama ‘Keding’ untuk diberi makan. Namun tindakan agresif kucingnya menyebabkan dia terkena cakaran dan gigitan dari kucing tersebut. Perkara tersebut menyebabkan dia dijangkiti teruk sehingga terpaksa menjalani operasi sebanyak dua kali.

Masa kejadian saya ada panggil ‘Keding’ sebab nak bagi makan tapi dia langsung tak bagi respons membuatkan saya pergi ambil dan dukungnya. Terkejut dengan tindakan saya, Keding terus melopat dan menggigit jari saya. Jari & tangan semakin membengka besar. Bimbang sesuatu berlaku, ibu bapanya kemudian membawanya ke klinik bagi mendapatkan suntikan. Mal4ngnya keadaan jari telunjuk serta tangannya mulai membengkak sebelum ibunya memutuskan untuk pergi semula ke fasiliti berkenaan.

Tangan saya makin hari semakin membengkak besar. Ibu dah mula risau dan bawa saya pergi semula ke klinik tu tapi doktor sarankan saya supaya dihantar terus ke pusat perubatan berdekatan kerana bimbang berlaku infeksi dan bern4nah. Terpaksa celebrate birthday walau dalam pemantauan doktor. Kongsinya lagi, operation ke atas jari telunjuknya dilakukan bagi mengeluarkan nan4h agar tisu tangannya tidak terus dijangkiti kum4n. Akui gadis berusia 19 tahun ini, kucing kesayangannya itu agak agresif.

 Lepas dirujuk, doktor memaklumkan esoknya iaitu 5 ogos saya perlu menjalani 2 operasi supaya kum4n tak merebak. Kebetulan hari itu juga birthday saya. Jadi saya terpaksa celebrate birthday walaupun masih dalam pemantauan doktor selepas operation.

Sumber : nurul_fakhira

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Pemuda Sesat Atas Gunung. Tapi Bernasib Baik Gara Gara Jumpa Seekor Kucing Yang Tunjukkan Jalan Pulang. Memang Bijak Betul Kucing Ni.

Seorang lelaki berkongsi sebuah kisah bagaimana seekor kucing menjadi penyelamat kepadanya ketika sesat di sebuah gunung di Switzerland dengan menunjukkan kepadanya jalan pulang. Kisah tersebut diceritakan oleh seorang pengguna Reddit  sc4s2cg yang menyatakan bahawa dia tersesat ketika sedang mendaki sebuah gunung dan berada di sebuah pekan yang tiada orang.

“Saya memeriksa peta saya untuk melihat bagaimana saya dapat kembali ke rumah tumpangan saya, dan satu-satunya jalan yang ada adalah melalui jalan yang sudah ditutup,” katanya. Menurutnya, ketika itulah terdapat ‘penjaga gunung’ yang muncul dan menunjukkan jalan kepadanya dengan berjalan di hadapannya dan sentiasa melihat ke belakang untuk memastikan lelaki itu mengikutinya.

“Ia mula berjalan di hadapan dan sentiasa melihat ke belakang kepada saya menyuruh saya mengikutinya,” katanya. Selepas kisahnya menjadi tular, ramai orang turut berkongsi kisah mereka dan menunjukkan gambar mereka berjumpa dengan kucing tersebut ketika mendaki di gunung berkenaan. Selepas mereka berjaya menemui jalan pulang, lelaki berkenaan dan kucing tersebut berpisah membawa haluan masing-masing.

Si Bulus Ini Sering Mengiau Pukul 3 Pagi. Rupa Rupanya Ada Maksud Di Sebalik Itu Yang Dia Cuba Sampaikan.

Kucing Sofeah akan mengiau setiap kali pukul 3 pagi. Setiap hari lebih kurang pukul 3 hingga 5.30 pagi, Sofeah Razak dan suaminya akan terjaga kerana dua ekor kucing mereka akan mengiau-ngiau tak henti-henti. Menurut wanita berusia 35 tahun ini, dia dan suaminya sebelum ini menetap di Kuantan, namun terpaksa berpindah ke Selangor kerana tuntutan kerja. Jelas Sofeah, dia bertuah kerana perpindahannya berjalan lancar dan mereka menyewa rumah teres dua tingkat di Puncak Alam.

Dua minggu bertahan

Jelas wanita yang baharu mendirikan rumah tangga Disember lalu, dia dan suaminya turut membawa dua ekor kucing kesayangan ke rumah baharu itu. “Dua ekor kucing ni (Tommy dan Tuti) memang sudah lama saya bela, sebelum berkahwin lagi. Mereka berdua ni dah macam anak saya sendiri. Jadi bila nak pindah tu, kami bawa la sekali. Mana boleh tinggal di sana (Kuantan).

“Sepanjang minggu pertama kami berada di rumah baru, memang tidak ada kejadian pelik yang berlaku. Namun masuk malam kelapan saya dan suami menjadi ‘huru-hara’ sewaktu tidur. Setiap malam, lebih kurang pukul 3 hingga 5.30 pagi, kami terjaga disebabkan bunyi bising kucing mengiau-ngiau. Lebih pelik lagi si Tommy dan Tuti asyik mengadap salah satu sudut ruang tamu di rumah,” kongsinya. Jelas Sofeah, jenuh dia memanggil dua ekor kucingnya itu masuk bilik tidur, namun kedua-duanya tetap berbuat bising dengan terus mengiau seperti berada dalam kesakitan.

Lebih pelik lagi si Tommy dan Tuti asyik mengadap sudut ruang tamu di rumah.

“Keesokannya saya membawa mereka ke klinik veterinar, namun doktor memberitahu kedua-dua kucing ni sihat sahaja. Pada malam seterusnya, sebelum tidur saya membawa mereka masuk bilik tidur bersama. Peliknya pada waktu yang sama, mereka tetap mengiau-giau,” ujar Sofeah.

Panggil ayah

Susulan kejadian pelik itu berterusan Sofeah memutuskan untuk panggil ayahnya dari kampung agar datang ke rumah. “Sebaik sahaja sampai, ayah terus melakukan solat sunat di rumah. Pada malamnya kami membuat sedikit majlis doa selamat dan menjemput jiran-jiran berdekatan. Selepas sahaja majlis tamat, ada seorang pakcik ni datang berborak dengan suami dan ayah saya.

“Pakcik ni jiran selang empat rumah dari kediaman kami. Dia ada beritahu rumah yang saya tinggal itu sudah lama kosong dan tidak pernah ada yang kekal lama di sini. Katanya ada sahaja benda pelik berlaku dan pakcik tu cakap pernah dengar wanita mengilai di tengah malam. Kadang-kadang terdengar bunyi bising walaupun ketika itu tidak ada penghuni,” cerita Sofeah.

Pindah rumah

Selepas berborak panjang dengan jirannya itu, Sofeah dan keluarga mengambil keputusan untuk mencari rumah lain. “Saya tidak sanggup untuk terus berjaga malam. Kucing-kucing saya pun tidak aktif seperti dulu. Tommy dan Tuti kelihatan takut sepanjang masa. Saya memberitahu tuan rumah mengenai perancangan kami untuk tamatkan kontrak sewa lebih awal, dan dia bersetuju malah memulangkan semula wang deposit sewa rumah. Mungkin dia faham situasi yang kami hadapi ini. Peliknya dia tidak bercerita panjang,” akhiri Sofeah.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Kucing Ini Diberi Nama Sauk Untuk Mengingatkan Sesuatu Momen Ini. Tak Sangka Ini Yang Berlaku.

Bagi pencinta kucing, mereka menganggap kucing tersebut bukan hanya seekor haiwan peliharaan tetapi sebahagian daripada keluarga mereka. Tidak dinafikan, gelagat kucing yang comel dan manja sering membuatkan ramai yang jatuh cinta. Percayalah golongan ini tidak kisah berhabis wang demi kucing yang disayangi, asalkan kucing-kucing tersebut sentiasa sihat dan cukup makan.

Seperti kisah seekor kucing yang bernama Sauk ini mempunyai sejarah tersendiri. Menerusi laman Facebook Ahmad Angoh berkongsi kisah saat dia menyelamatkan haiwan ini di muara sungai ketika memancing. Kucing ini diberi nama Sauk kerana semasa menyelamatkannya, lelaki ini menggunakan penyauk. Mudah kata, letak saja nama Sauk supaya senang diingati kejadian ini.

Al kisah tersebut lah kisah Mei 2019 tengah memancing.

Jumpa si bulus yang diberi nama Sauk ini hanyut di bawa arus laju (air surut). Kalau lambat sikit atau tak nampak confirm sampai ke laut Kuantan. 

Rata-rata pengguna Facebook mendoakan kesejahteraannya dan memuji tindakan lelaki ini menyelamatkan kucing tersebut.

Sumber: Ahmad Angoh

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Gadis Ini Tampil Untuk Cari Kucingnya Yang Hilang. Sekali Tak Sangka Ada Pula Yang Teman Kucingnya Bermain.

Meremang. Itu yang dapat dikatakan mengenai sebuah video tular di mana memaparkan kelibat mahkluk berambut panjang yang sedang duduk di tepi jalan dalam keadaan menyeramkan. Menerusi video yang dimuatnaik oleh akaun Tiktok Diana, dia berada di luar rumah pada jam 1 pagi untuk mencari dua ekor kucing miliknya yang tidak pulang.

Ketika meninjau di sekeliling kawasan rumah, dia menemui salah seekor kucingnya sedang berjalan berhampiran manakala seekor lagi berada di luar pagar rumah tetapi sedang ditemani oleh ‘seseorang’. Dia yang tidak sengaja merakam aksi tersebut melihat makhluk aneh berpakaian serba putih dan berambut panjang sedang duduk bermain dengan kucingnya di tepi jalan dalam keadaan hujan renyai. Tergamam melihat kemunculan makhluk berkenaan, dia bertindak melarikan diri ke dalam rumah sambil memanggil ahli keluarganya untuk membuka pintu dan lampu. Memang seram!

Allahuakbar, Astaghfirullahalazim!

Warganet yang membanjiri ruangan komen turut mengakui video berkenaan menyeramkan di mana rata-ratanya mendakwa memang terdapat kehadiran makhluk ghaib yang dirakam oleh gadis berkenaan. Malah, ada yang juga yang mendakwa makhluk berkenaan sebenarnya telah memberi petanda awal kehadirannya menerusi kamera video yang kabur selain terdengar bunyi seakan suara sedang menangis.

Tunjuk kat ustaz, memang ustaz cakap ‘benda’ tu betul

Video hantu paling ‘real’

Sumber: TikTok Diana

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *