Rupanya Jelly juga boleh bantu untuk lebat dan cantikkan bulu si bulus. Ini dia bahan yang mudah untuk anda sediakan.

Haiwan kucing tips

Kucing merupakan haiwan peliharaan ramai kerana mempunyai daya tarikan yang tersendiri dan mudah untuk dijaga. Rata-rata pemilik kucing suka akan kucing yang berisi dan berbulu lebat. Rahsia untuk memiliki kucing yang berisi dan berbulu lebat adalah terletak pada jenis makanan yang diberikan. Menerusi Facebook Emmaruddin berkongsi resepi untuk menghasilkan makanan kucing yang sihat. Dia telah mengamalkan resepi ini sudah sekian lama. Hasilnya, kucing peliharaan miliknya menjadi sangat gebu dan sihat.

2 atau 3 kali sebulan bagi makanan basah

Menurutnya, dia sering memberi makanan jenis basah dan kering kepada kucing peliharaannya. Namun kini, makanan jenis basah yang dihasilkan sendiri hanya diberikan 2 atau 3 kali sahaja dalam masa sebulan. Pada masa yang sama, dia turut memberi pelbagai jenis makanan kering kepada kucingnya kerana dia gemar untuk mencuba perisa-perisa yang lain di pasaran.

Bahan dan cara lakukannya

Bahan-bahan yang diperlukan untuk menghasilkan makanan basah untuk kucing ialah 1 kilogram ikan kembung/mabong, 2 ikat bayam, 2 batang lobak merah dan 2 paket serbuk jelly. Langkah yang pertama ialah dengan merebus segala bahan-bahan tersebut. Pastikan rebus secara asing dan sayur serta ikan telah dicuci sehingga besih. Ikan haruslah dibuang tulangnya terlebih dahulu dan air rebusan ikan jangan dibuang terus.

Makanan berasaskan jelly

Seterusnya, kisar semua bahan yang telah direbus tadi menggunakan air rebusan ikan sebelum ini. kisar sehingga semua bahan tersebut telah sebati. Selepas mengisar, bahan tersebut perlu di masak sehingga mendidih sebelum memasukkan 2 paket serbuk jelly. Tambahkan air secukupnya. Tidak perlu untuk menambah gula mahupun garam. Setelah selesai, masukkan ke dalam bekas dan biarkan ianya sejuk pada suhu bilik buat seketika. Selepas itu, masukkan ke dalam peti sejuk supaya ianya bertukar menjadi jelly dan siap untuk dihidangkan kepada kucing.

Sumber: Emmaruddin

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Pemuda Ini Dedahkan Gelagat Pelik Bob Apabila Di Rumah. Sekali Lain Pula Yang Tarik Perhatian Warganet.

Kucing bernama Bob peliharaan keluarga Arash Muaz sangat aktif malah diajar untuk membuat aksi ‘high-five’. Foto: Arash Muaz “Selain kucing, sangat-sangat seronok tengok keluarga ni, sama-sama beribadah berjemaah.” Demikian antara komen yang dilontarkan warganet terhadap perkongsian seorang remaja yang memuatnaik video gelagat kucingnya yang aktif. Posting tersebut yang pada asalnya dibuat sekadar suka-suka untuk berkongsi gelagat kucing peliharaan yang dianggap luar biasa, tanpa disangka mengundang komen warganet yang tertarik melihat aktiviti solat berjemaah keluarga berkenaan.

Menurut remaja yang memuatnaik video tersebut di Twitter, Arash Muaz, dia berkongsi video gelagat kucing peliharaan yang berkelakuan seperti seekor anjing kerana merasakan ia sesuatu yang pelik dan lucu. “Ketika itu kami sekeluarga baru selesai solat Maghrib berjemaah. Sambil-sambil tengah berehat, saja baling permainan untuk ajak kucing kami yang bernama Bob ni main. Tak sangka Bob pergi kutip dan bawa semula permainannya kepada saya, seperti kita biasa lihat anjing buat.

Posting yang dimuatnaik oleh Arash Muaz mengenai gelagat pelik kucingnya.

“Kami pelik sebab tak pernah latih pun permainan seperti itu. Malah Bob sendiri tak pernah berkelakuan seperti itu. Itu yang kakak saya rakam. Tapi tak sangka pula ada perkara lain yang warganet perhati. Memang menjadi rutin kami sekeluarga solat Maghrib berjemaah. Langsung tiada niat lain, tapi mungkin warganet perasan sebab kain sejadah masih terbentang ketika itu,” ujarnya. Video berdurasi 25 saat yang dimuatnaik di Twitter itu sehingga kini meraih 45,000 retweet dan mendapat 65,500 like.

Antara komen warganet yang bukan sahaja tertarik dengan gelagat kucing bernama Bob, tetapi turut tertarik dengan aktiviti solat berjemaah keluarga ini.

Ia turut dibanjiri dengan komen warganet yang terhibur dengan gelagat kucing peliharaan keluarga remaja tersebut. “Tapi memang tak sangka langsung boleh viral, sebab ada juga yang cakap, kucing mereka pun mempunyai gelagat yang sama. Cuma kami pelik sebab Bob tak pernah macam itu sebelum ini. Mungkin juga sebab ada suara ibu dalam video itu. Ibu memang macam tu, dia sangat sayang kucing-kucingnya macam anak sendiri. Selalu ingatkan kami adik beradik supaya jangan lupa beri kucing-kucing makan,” ujar remaja yang berasal dari Cheras, Selangor ini.

Ada banyak juga yang tanya bagaimana kami latih kucing. Sejujurnya, kami langsung tidak pernah melatih Bob buat macam itu. Tapi Bob sangat aktif dan paling manja berbanding tiga kucing lain di rumah ini.

Bercerita lebih lanjut, Arash mendedahkan sejak video tersebut tular, dia menerima banyak mesej menerusi Direct Message (DM) dan komen bertanyakan bagaimana dia dan keluarganya melatih kucing peliharaan mereka. “Ada banyak juga yang tanya bagaimana kami latih kucing. Sejujurnya, kami langsung tidak pernah melatih Bob buat macam itu. Tapi Bob sangat aktif dan paling manja berbanding tiga kucing lain di rumah ini.

Tiga daripada empat kucing peliharaan keluarga Arash Muaz iaitu Bob (kiri), Peppa dan Coco.

“Cuma ibu saya pernah melatih kucing-kucingnya buat ‘hand-shake’ dan juga ‘high five’. Masa mula-mula tu, saya jawab juga komen dan mesej mereka. Tapi bila makin ramai yang bertanya, ada yang tak sempat dijawab,” katanya sambal menambah, Bob adalah baka campuran antara kucing biasa dengan Bengal. Katanya lagi, keluarganya memang gemar memelihara kucing untuk dijadikan penghibur di rumah. “Setakat ini ada empat ekor sahaja termasuk Bob. Memang keluarga suka pelihara kucing… kalau mereka tak ada memang bosan. Dengan gelagat comel, manja dan aktif mereka, memang terhibur dan hilang rasa bosan,” ujarnya mengakhiri bicara. 

Sumber : Mstar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Macam Macam Fingky Tunjukkan Pelbagai Aksi Nakalnya. Rupanya Sampai Pernah Beri Hadiah Atas Katil Abang.

Akram mula membela Fingky sejak awal tahun ini selepas seekor lagi kucing miliknya telah tiada sejak pada tahun lepas. Kehadiran haiwan peliharaan boleh dianggap sebagai penghibur dalam keluarga, namun ragam mereka kadang-kala membuatkan pemilik pening kepala. Begitulah kisahnya melibatkan Amirul Akram Noor Hisham, apabila aksi-aksi nakal kucingnya yang dikongsi di Twitter menjadi tular dan mendapat perhatian ramai. Mesra disapa Akram, dia mengakui baru sahaja membela kucing yang diberi nama Fingky sejak awal tahun ini.

“Fingky sebenarnya kucing jalanan, ayah yang bawa balik. Jumpa dekat kawasan rumah masa awal tahun ni. Ia kucing yang baik dan nakal, tapi kami tak anggap ia sesuatu yang teruk pun. Yang saya kongsi di Twitter tu kebanyakannya apa yang Fingky buat sepanjang bulan Ramadan. Siap berak atas katil abang, tapi tu kali kedua sebenarnya. Masa hari pertama dibawa balik dulu, Fingky pernah berak atas katil mak ayah saya,” ujar jejaka berusia 23 tahun itu.

Akram mula membela Fingky pada awal tahun ini.

Dalam perkongsian di Twitter, beberapa siri foto memaparkan aksi nakal haiwan itu yang merosakkan fon telinga, memecahkan pasu bunga, merosakkan bungkusan roti dan macam-macam lagi. Dedah Akram, paling nakal tentunya sewaktu haiwan itu melompat dan berpaut di langsir sehingga ia terbuka dari cangkuknya. Fingky juga pernah beberapa kali terperangkap atas bumbung rumah jiran, terperangkap dalam stor. Sampaikan kadang-kadang kami risau dan sedih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *