Pasti ada yang tertanya soal petua botol air sirap yang boleh takutkan kucing. Jadi ini jawapannya.

Haiwan kucing Petua

Kucing dikatakan takut dengan botol yang diisi air putih atau air sirap. Pencinta kucing pastinya tahu pelbagai petua mengenai haiwan kesayangannya itu. Namun, bagi yang tidak gemarkan haiwan ini, pelbagai petua dibuat untuk memastikan si kucing tidak menjengah atau lepak di kawasan kediaman mereka. Lebih geram lagi, jika kedatangan kucing-kucing luar ini memberi pengalaman kurang baik kepada mereka apabila si bulus-bulus ini tinggalkan ‘hadiah’ yang kurang menyenangkan.

Ironinya, semakin dihalau semakin kerap pula si kucing ini datang melepak. Dan dari situ timbullah idea untuk menakutkan kucing-kucing ini dengan meletakkan botol air di sekitar halaman rumah. Tujuannya adalah untuk mengelakkan kucing ini menjengah ke tempat menjadi kegemarannya.

Botol air sirap

Lain orang, lain petuanya. Malah pelbagai cara untuk menakutkan haiwan comel ini yang antara yang sering menjadi pilihan adalah mengisi air sirap ke dalam botol dan susun di kawasan pilihan.

Ada juga juga yang mengisi air putih ke dalam botol dan meletakkan di kawasan tertentu bagi menakutkan kucing.

Namun persoalannya adakah idea ini benar-benar menjadi? Atau adakah geng si bulus ini tidak lagi ke tempat larangan itu? Berkongsi pengalaman ini, salah seorang pencinta kucing, Ayu Sofea Shaari memberitahu, dia ada mendengar mengenai petua botol air sirap ini dan telah cuba mempraktiknya di rumah.

“Saya ada tiga ekor kucing yang memang tinggal dalam rumah sahaja dan tak pernah keluar rumah. Salah seekornya memang suka buat perangai kencing di depan pintu bilik saya. Setiap kali saya tak ada di rumah, memang port dia kat situ. Jadi apabila dengar pasal petua botol sirap ni, saya pun cubalah. Mal4ngnya ia tidak menjadi, sebaliknya ketiga-tiga ekor kucing itu jadikan botol sirap sebagai barang mainan. Langsung tidak takut,” jelasnya ringkas.

Pengalaman tersebut membuktikan setiap petua yang dicadangkan tidak semua menjadi. Jadi apa pula pandangan anda? Benarkah kucing takut dengan botol air sirap… atau mungkin ada petua yang lebih sesuai bagi menakutkan si bulus ini.

Sumber : Mstar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Ulama Arab Saudi Tidak Memberi Ambil Gambar Bersama Kucing. Ini Alasannya.

Seorang ulama warga Arab Saudi melarang mengambil gambar bersama kucing, dengan mendakwa “amalan itu terlalu kebaratan”. Portal Mirror melaporkan Sheikh Saleh Bin Fawzan Al-Fazwan membuat kenyataan itu semasa bersiaran di stesen TV.

Dia mendakwa bergambar dengan kucing, anjing atau haiwan lain tidak dibenarkan kerana bertentangan dengan negara Islam itu yang terlalu konservatif. Menurut Sheikh, larangan itu dibuat bagi menghentikan lebih ramai menjadi sebahagian dalam “trend yang lebih kebaratan”.

Memetik laporan Newsweek, Sheikh memberitahu stesen TV itu bahawa dia dimaklumkan mengenai “satu trend baharu mengenai mengambil gambar bersama kucing telah mula mempengaruhi mereka yang menjadi lebih kebaratan”.  

Sumber: Mirror

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Isterinya Diganggu Oleh Kucing Hutan Di Kawasan Kediaman Mereka. Sekali Ramai Warganet Perasan Satu Perbuatan Suaminya Ini.

Siapa pernah kena ganggu dengan anjing atau apa-apa haiwan liar dekat luar rumah korang? Kalau pernah tu mesti teringat sampai sekarang kan? Macam kisah yang berlaku di Amerika Syarikat ini, apabila seorang wanita diganggu oleh seekor kucing hutan di luar rumahnya. “Ini kucing hutan!”

Siapa sangka hari yang indah dan damai boleh bertukar tragedi dalam sekelip mata. Pengalaman ngeri dilalui oleh seorang wanita ini di luar rumahnya sendiri, apabila dia diganggu oleh seekor kucing hutan. Perkara ini bermula apabila dilihat suaminya menegur orang yang sedang lalu di depan rumahnya, dan hendak memasuki ke keretanya.

Namun dalam sekelip mata, dapat dilihat yang isterinya telah diganggu oleh seekor haiwan. Panik dengan situasi tersebut, suaminya terus bergegas menarik kucing tersebut. Kemudian, dilihat suaminya mencampak binatang tersebut ke tanah. Walau bagaimanapun, kucing itu terus bangun dan berlari ke arah kereta tersebut semula.

Perkara ini telah viral di media sosial dan telah dimuat naik video CCTV berdurasi 46 saat tentang kejadian itu di akaun Twitter @Sada. Posting tersebut telah dimuat naik pada 16 April yang lalu dan sehingga kini ia telah memperoleh lebih dari 12 juta tontonan. Kalau nak tengok video, boleh tekan di sini.

“Tak selesa dengan cara dia buat dekat binatang tu”

Walau bagaimanapun, tindakan lelaki tersebut menangani kejadian itu kerana dianggap sebagai kelakuan yang biadap terhadap binatang.

Apa-apa pun kita jangan kecam, mungkin sebab dia cemas tu pasal dia bertindak sampai macamtu.

Sumber : Twitter 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Gadis Kanada Ini Ambil Keputusan Tidak Akan Keluar Dari Negara Ini Hanya Sebab Kucing. Ini Sebenarnya Yang Terjadi.

Shramko bersama kucingnya, Kitya. Wanita ini sudah seminggu tidak keluar rumah. Kali terakhir Kristina Shramko tinggalkan kediamannya di Wuhan, China, beberapa pegawai di pasar raya memeriksa suhu badannya sebelum dia masuk ke kedai untuk membeli barangan runcit. Dia memakai topeng, arahan yang perlu dipatuhi di Wuhan sejak akhir Januari, malah pegawai-pegawai membuat rondaan sekitar kedai untuk memastikan pelanggan mematuhinya, kata Shramko.

Wuhan telah ‘dikunci’ sejak 23 Januari lalu kerana di bandar yang mempunyai 11 juta penduduk itulah bermulanya wabak Covid-19. Covid-19 sehingga kini telah menjangkiti sekurang-kurangnya 67,000 orang dan menyebabkan lebih daripada 1,500 orang telah kehilangan nyawa. Majoriti kes berlaku di wilayah Hubei dan China telah mengurung lebih daripada 50 juta penduduk di seluruh wilayah itu dan semua pengangkutan masuk dan keluar dari Wuhan telah dihentikan.

Keadaan jalan raya di Wuhan pada 3 Februari lalu.

Shramko adalah warga Kanada, dibesarkan di Vancouver dan belajar pemasaran fesyen. Dia bertemu dengan teman lelakinya yang tinggal di Wuhan, ketika berkunjung ke sana selama sebulan. Dia kemudian berpindah ke Wuhan untuk bersama teman lelakinya kira-kira lapan bulan sebelum wabak bermula.

Apabila bandar itu ditutup, teman lelaki Shramko sedang berada di luar kawasan atas urusan kerja, menyebabkan dia tidak boleh kembali. Dia terpaksa tinggal bersama keluarga di wilayah yang berbeza. Situasi ini telah menyebabkan Shramko tinggal keseorangan, hanya ditemani kucingnya, Kitya.

Apabila pihak berkuasa Kanada menyewa penerbangan khas untuk membawa pulang rakyatnya, Shramko pun membuat pendaftaran. Tetapi apabila mendapat tahu terdapat dasar ketat yang melarang haiwan peliharaan dalam penerbangan, dia nekad tidak akan tinggalkan Kitya.

“Saya tak tahu bila wabak itu akan berakhir, jadi saya rasa seperti mengabaikannya walaupun saya memberikannya kepada kawan,” Shramko memberitahu Business Insider. Tetapi kehidupan dikuarantin tidak mudah. Selepas sebulan hanya bersendirian dan tidak banyak berinteraksi dengan manusia, ia benar-benar mencabar mental,” kata Shramko.

Kedai runcit di seberang jalan dari pangsapuri tempat dia menginap kosong, katanya. Hanya ada beberapa bungkus mi di rak, tetapi sebahagian besar rak sudah tiada barang. “Di luar keadaannya macam bandar hantu. Saya tinggal di seberang pusat beli-belah dan ia sentiasa penuh dengan manusia, malah jalan masuk ke tempat letak kereta mall sentiasa sibuk, kini tiada kereta dan tiada siapa di luar,” katanya.

Pasar raya berhampiran rumah Shramko.

Shramko yang berusia 21 tahun, tinggal di daerah Hanyang di Wuhan. Dia menghabiskan masa sepanjang tempoh kuarantin dengan menghasilkan kandungan YouTube. Pada siang hari, dia merakam dan menyunting video atau menonton video pengguna lain.

“Jika saya tak buat video, saya akan menonton filem. China ada saluran hampir sama dengan Netflix jadi saya dapat menonton filem Amerika di sini.” Dia juga membaca buku dan bermain dengan Kitya. Orang yang sering berbual dengannya adalah teman lelakinya, selain rakan-rakan yang memeriksa keadaan dirinya dari semasa ke semasa. Shramko juga bercakap kepada keluarganya hampir setiap hari.

“Mereka beritahu saya apa yang mereka dengar mengenai koronavirus di Kanada dan saya beritahu mereka apa yang berlaku di China,” katanya. Buat masa ini, kerajaan China telah menawarkan untuk melanjutkan visa rakyat asing bagi mereka yang dikuarantin. Tetapi wang semakin berkurangan, katanya. “Tiada siapa yang bekerja sekarang jadi tiada pendapatan. Saya cuba berjimat kerana kita tak tahu bila semua ini akan berakhir,” katanya.

Sepanjang tempoh kuarantin, Shramko banyak bermain dengan kucing, membaca dan menghasilkan kandungan Youtube.

Dia mendengar khabar angin bahawa tempoh kuarantin itu boleh berlanjutan sehingga April atau Mei. Shramko mengakui dia tidak terlalu bimbang dengan Covid-19 pada permulaan arahan berkurung. “Masa tu saya fikir ia tidaklah berbahaya kerana masih belum nampak gambaran jelas, seolah-olah sesuatu yang anda lihat dalam filem. Selepas beberapa minggu, barulah saya sedar ia adalah perkara serius,” katanya.

Tetapi dia mengakui sesetengah orang begitu dramatis kerana terlalu takut dengan wabak itu. “Banyak kali orang mesej saya di Twitter atau Instagram dengan panik, minta saya tinggalkan China sekarang, seolah-olah jika saya tak keluar, saya akan pergi buat selamanya. Jika anda berhati-hati dan ambil langkah berjaga-jaga yang perlu, anda akan baik-baik saja,” katanya.

Tetapi itu tidak bermakna dia mahu terus tinggal di Wuhan. Shramko berkata dia hanya akan gelisah jika kembali ke Kanada dan berharap kerajaan akan membenarkan dia keluar bersama Kitya. “Dia sentiasa berada dengan saya sepanjang tempoh kuarantin ini. Saya patut sentiasa berada di sisinya juga,” katanya.

Sumber : Mstar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *