Disebabkan terlalu gelojoh bila dapat makanan. Oyen terpaksa jalani perkara ini pula.

Haiwan kucing Viral

Oyen terpaksa menjalani operasi bagi membuang gumpalan makanan di dalam perutnya. Sebut sahaja Oyen, sudah pasti terlintas di minda masing-masing mengenai gelagat si bulus berwarna oren yang nakal. Ibarat seperti ‘tidak sah’ jika si bulus Oyen tidak memeningkan kepala pemiliknya, sebagaimana perkongsian wanita ini mengenai haiwan peliharaannya.

Menerusi satu thread di Twitter, wanita berkenaan berkongsi kejadian yang menimpa si bulus kesayangannya sehingga terpaksa mendapatkan rawatan di klinik, baru-baru ini. Menurut Maliah Md Noor, kucing peliharaannya yang diberi nama Muhammad Oyen Danial Adam Mukris yang turut dijaga bersama teman serumah pada mulanya muntah secara tiba-tiba, namun mereka menganggap ia adalah muntah biasa.

“Tapi pada satu malam tu, nampak Oyen macam lain… dia kejung saja. Ajak main atau makan semua tak mahu. Saya dan housemate, Jaja, ambil keputusan untuk bawa Oyen pergi klinik keesokannya. Bila dah dibawa ke klinik, doktor buat x-ray dan nampak ada seperti benda keras dalam perutnya. Doktor veterinar beritahu kemungkinan Oyen tertelan mainan.

Oyen sudah selamat jalani operasi dan dibenarkan keluar dari klinik selepas dua hari dirawat.

“Rupa-rupanya bukan mainan, tapi makanan sendiri. Gelojoh benar agaknya si Oyen. Doktor pun jelaskan prosedur dan sebagainya dan keseluruhan kos rawatan dianggarkan dalam RM700 macam tu,” kata wanita berusia 28 tahun yang senang disapa sebagai Maya ini. Bukan satu jumlah yang kecil ditambah pula ia memerlukan kos untuk rawatan selepas operasi, Maya dan rakannya bersetuju membuat hebahan di media sosial bagi mengumpul dana untuk rawatan Oyen. Alhamdulillah dalam masa kurang daripada lima jam, jumlah dana terkumpul kira-kira RM1,000. Betapa pemurahnya warga Twitter. Sebenarnya kalau buat crowdfunding untuk benda baik, insyaAllah ramai yang tolong. Jangan buat yang bukan-bukan saja.

Oyen dipelihara oleh Maya dan rakannya sejak November tahun lalu.

“Alhamdulillah memang rezeki Oyen. Saya dah pun memadam nombor akaun dan akan kemas kini jumlah bil rawatan Oyen selepas dia dibenarkan pulang. Buat masa ini doktor masih pantau dulu keadaannya sebab baru lepas jalani operasi,” katanya yang merupakan ejen jualan kereta. Menurut Maya lagi, sepanjang dua hari ketiadaan Oyen kerana dirawat, suasana rumah mereka sunyi dengan gelagat nakal si bulus itu.

Pernah je dia buat aksi jenguk kepala dekat balkoni ala-ala nak bunuh diri. Dahlah rumah tingkat 12.

“Sunyi pulak bila dua hari dia tak ada. Selalu kalau balik kerja je jerit nama Oyen. Rindu gelagat-gelagat dia… ada je nak buat kita pening kepala. Oyen ni kami adopt sejak November tahun lepas. Dia satu-satunya penghibur dan dimanjakan kami berdua. Tapi memang cukup buat orang pening kepala. Pernah je dia buat aksi jenguk kepala dekat balkoni ala-ala nak terjun. Dahlah rumah tingkat 12.

Gelagat nakal Oyen yang sering membuatkan Maya geli hati.

“Selain tu dia suka sepahkan meja, suka masuk dalam beg tangan saya… dia fikir dia masih kecil agaknya. Kalau orang buka pintu bilik, dialah serbu dulu dan berdesup lompat atas katil,” katanya bercerita mengenai satu-satunya haiwan peliharaannya itu. Tambah Maya lagi, bagi mengelakkan insiden yang sama berulang, mereka dinasihatkan oleh doktor veterinar untuk menukar makanan Oyen. Lepas ni kena beri wetfood dulu dalam beberapa bulan… kemudian baru boleh beri dia makan kibble. Saya tak sangka tweet jadi viral dan mengundang perhatian ramai. Di kesempatan ini, saya nak ucapkan terima kasih kepada semua yang retweet dan yang bermurah hati sumbang dana untuk Oyen,” katanya lagi.

Sumber : Mstar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Anak Cemburu Bila Mak Ayah Lebihkan Anyau. Siap Boleh Bantu Ayah Pasangkan Langsir.

Aksi Anyau ketika membantu bapa Ahmad Firdhaus Amin memasang langsir. Aksi kucing ada kalanya sukar dijangka dan kini tular di Twitter apabila haiwan comel berbulu kelabu belang itu dirakam membantu tuannya memasang langsir. Lagak si manja itu, persis pembantu berdedikasi mencuit hati warganet selepas gambarnya memanjat tingkap dan melihat dengan tekun langsir dipasang berjaya dirakam.

Pada posting tersebut, Ahmad Firdhaus Amin Ramlan, 26, memuat naik dua keping gambar kucing kesayangan keluarganya berserta kapsyen: “Bapak aku tengah pasang langsir dengan assistant (pembantu) dia.” Sehingga kini, posting tersebut sudah menerima lebih 17,300 ulang kicau dan 11,300 tanda suka sejak ia dimuat naik di Twitter pada Rabu.

Aksi Anyau yang dirakam selepas selesai langsir dipasang.

Kata pereka grafik yang bekerja di Kuala Lumpur itu, gambar tersebut dirakam secara spontan oleh ibunya selepas menunaikan solat Subuh pada Rabu ketika bapanya ingin menukar langsir baharu. “Sebenarnya keluarga kami ni suka tukar langsir, dalam setahun tu adalah dua ke tiga kali ganti langsir sebab mak saya tukang jahit. Anyau (kucing) ni pula memang suka menyibuk kalau orang buat kerja. Orang pasang langsir, dia pun nak pasang langsir,” katanya. Tambah pemuda yang berasal dari Sungai Besar, Selangor itu, hubungan antara ibu bapanya dengan Anyau sangat rapat dan sehingga kadang-kadang membuatkan mereka adik-beradik berasa cemburu.

Anyaulah yang jadi peneman orang tua saya. Tapi, lepas setahun mak dan babah jaga Anyau, mereka macam lebihkan Anyau dalam segala perkara.

Kata graduan diploma seni grafik dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Lendu, itu walaupun gambar tersebut mencuit hati, namun jauh di sudut hatinya dia berasa sayu kerana hanya tinggal Anyau sebagai peneman orang tuanya. “Dulu rumah kami riuh sebab ada adik-beradik lain. Tapi sejak saya berpindah ke Kuala Lumpur, adik lelaki kedua pula bekerja di Sepang dan adik perempuan bongsu melanjutkan pelajaran di UiTM Jasin, rumah jadi sunyi.

“Anyaulah yang jadi peneman orang tua saya. Tapi, lepas setahun mak dan babah jaga Anyau, mereka macam lebihkan Anyau dalam segala perkara. Kalau Anyau cakar sofa, kami tidak boleh marah-marah, nanti babah marah kami balik,” katanya sambil berseloroh.

Bukan hanya pasang langsir, Anyau juga rajin ‘menjahit’.

Menurut anak sulung daripada tiga beradik itu, gara-gara kucing tersebut terlalu dimanjakan oleh ibu bapanya, berat badannya naik kerana Anyau hanya mahu makan ayam rebus. Menariknya, ibu bapa pemuda ini tidak pernah suka untuk membela kucing sebelum ini, biarpun dipujuk oleh mereka adik-beradik ketika masih kecil.

Bagaimanapun, orang tuanya mengubah fikiran apabila anak-anak sudah dewasa dan berasa sunyi kerana hanya tinggal berdua di rumah mereka yang terletak di Seremban, Negeri Sembilan. Selain aksi memasang langsir, Anyau juga rajin ‘membantu’ ketika ibu Ahmad Firdhaus Amin sibuk menjahit.

Gambar keluarga dan Anyau ketika sambutan Aidilfitri tahun lalu.

Sumber : Mstar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *