Oyen setia tunggu nenek selesai jahitkan mainan untuknya. Rupanya ini yang berlaku sampai nenek terpaksa lakukan ini.

Haiwan Kehidupan Keluarga kucing Viral

Ramai orang kini dilihat memiliki haiwan peliharaan seperti kucing dan anjing. Bukan setakat itu, haiwan-haiwan ini disayangi dan dijaga seperti ahli keluarga mereka sendiri. Malah, ada yang menubuhkan akaun media sosial peribadi untuk haiwan peliharaan ini demi mendedikasikan gambar-gambar serta video aksi comel buat tatapan ramai. Di Twitter, perkongsian gambar seekor kucing oyen telah menarik perhatian ramai sekaligus membuatkan ramai orang berasa geram dengan perlakuan yang ditonjolkan oleh kucing berwarna oren berkenaan.

Dalam kepingan foto yang dimuat naik melalui laman Twitter tersebut memaparkan gelagat kucing oyen duduk dan dilihat sangat sabar menunggu di atas kerusi. Rupa-rupanya, kucing oren berkenaan telah mengoyakkan mainan kegemarannya sendiri. Mainan kesayangan kucing berkenaan kemudiannya diambil oleh nenek tuannya dan menjahitkan bahagian yang telah terkoyak. Ramai sangat terhibur dengan oyen ini kerana dia dilihat begitu tenang dan sabar menunggu mainan kesayangannya diperbaiki.

Ramai kelihatan jatuh hati dengan kecomelan oyen ini sehinggakan foto berkenaan meraih hampir 13,200 tanda suka dalam kalangan pengguna Twitter.

Sumber: Twitter

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Adik Buat Luahan Di Laman Twitter Yang Sanggup Buang Keluarga Demi 13 Ekor Kucingnya. Rupanya Kantoi Dah Block Kakak.

Serba-salah jadinya apabila perlu memilih antara kakak kandung ataupun kucing peliharaan. Begitulah yang cuba disampaikan gadis ini secara berjenaka di laman Twitter sehingga kisahnya menjadi tular. “So kakak aku found out dia allergic dengan bulu kucing and we have 13 cats at this moment. Haih, terpaksalah buang kakak aku,” tulis Nurhani Sulha Shahrolazman.

Hani (kanan) bersama kakaknya, Aini Lateefa (kiri).

Sehingga kini, tweet yang dikongsi pelajar berusia 19 tahun itu menerima lebih 53,000 ulang kicau (Retweet) di Twitter. Mesra disapa Hani, dia sempat bercerita lanjut mengenai kucing peliharaan keluarganya di Slim River, Perak. “Ada dalam 13 ekor, tapi tak semua duduk dalam rumah. Tujuh ke lapan ekor tinggal dengan kami, selebihnya kucing lain yang selalu datang makan di rumah. Biasalah, kucing kampung kami bagi makan ikan goreng, kadang-kadang bulu tanggal, lekat dekat perabot. Lepas tu dalam rumah, kakak seorang je yang selalu bersin. Lama-lama baru tahu dia alergi, tak boleh kena bulu kucing. Tapi dia sekadar bersin, tak ada kesan-kesan sampingan lain,” ujarnya. Disebabkan kisah itu, Hani secara suka-suka menulis tweet kononnya mahu ‘membuang’ kakaknya, Aini Lateefa, 24, dan sama sekali tidak menyangka akan menerima reaksi luar biasa di laman sosial itu.

Dah jadi lumrah, ada yang berak dalam rumah. Macam satu tempat tu, kita dah cuci pun mereka akan berak di situ juga.

Malah katanya, dia turut hairan bagaimana kakaknya boleh mengalami alergi bulu kucing sedangkan dia sendiri yang mula membawa pulang kucing ke rumah suatu ketika dahulu. “Kakak yang minat kucing, dia yang bawa balik, last-last dia yang alergi. Tapi tak adalah sampai dia masuk hospital pun. Selain itu, kami sekeluarga memang minat kucing. Ayah sangat suka kucing. Suka timang-timang. Bila dah viral, saya cerita pada kakak pasal tweet tu. Kantoi pula saya block dia di Twitter. Bagi saya Twitter tu privasi.

Hani tidak menyangka tweet mengenai kucing miliknya akan tular.

“Saya tak jangka orang ambil serius sampai blow up,” ujarnya. Bercerita mengenai kucing peliharaannya, Hani mengakui pelbagai ragam perlu dihadapi dengan sabar. Namun katanya, dia tidak kisah dan menganggap mereka sebagai pelengkap dalam keluarga. “Dah jadi lumrah, ada yang berak dalam rumah. Macam satu tempat tu, kita dah cuci pun mereka akan berak di situ juga,” ujarnya lagi.

Tweet yang dikongsi Hani menerima reaksi luar biasa di Twitter.

Dalam pada itu, ramai warganet turut tinggalkan komen berhubung posting tular itu. Malah, ada yang turut berkongsi kisah hampir sama sebagaimana dilalui Hani dan kakaknya. “Aku ada resdung, memang alah bulu habuk apa semua. Tapi aku yang pergi kutip kucing dekat pasar. Sekarang beranak pinak dari generasi ke generasi dah.

Hani sekeluarga yang menetap di Slim River memelihara 13 ekor kucing setakat ini.

“Saya alergi bulu kucing juga. Jika kena muka, siaplah selsema, bersin, gatal mata muka badan. Tapi saya suka haiwan. Alergi bulu kucing juga tapi suka kucing selalu peluk cium and macam biasa lepas tu kena makan ubat. Tak baik buang kakak. Buatlah sangkar untuk kakak kat luar rumah tu,” tulis seorang lagi warganet secara berseloroh.

Sumber : Mstar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Secara Tak Sengaja Dengar Kucing Bercakap. Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Luar Biasa Yang Dilaluinya

Hi pencinta kucing. Admin nak tanya sekiranya kucing anda boleh bercakap, apa yang anda ingin mereka katakan. Kebiasaannya pemilik haiwan peliharaan kan berkomunikasi dengan haiwan kesayangan mereka seperti mereka berkomunikasi dengan manusia. Perbuatan ini menandakan pembela haiwan menganggap anak kucing mereka seperti ahli keluarga mereka sendiri.

Tak dinafikan ramai juga pemilik haiwan pernah berharap kucing mereka boleh bercakap dengan mereka dalam bahasa yang mudah difahami. Namun begitu, jika benar haiwan boleh bercakap dalam bahasa manusia, mesti ramai yang lari lintang pukang. Terbaru, seorang pengguna Tiktok bertuah kerana tak sengaja rakam bunyi kedengaran seperti kucingnya sedang bercakap

Perkongsian tersebut meraih 2.6 juta tontonan di Twitter. Pengguna Tiktok atas nama Ike Tommy sedang merakam video di biliknya dan kelihatan kucingnya sedang menunggudi bilik air sambil mengiau.Tiba-tiba kedengaran suara kucing betina itu berkata “Are you coming?”, membuat lelaki itu terkejut.THIS CAT SAYING ARE U COMING IS THE CUTEST SHIT EVER FUCK IM CRYIN lia ☆ byul’s (@tanjirouo) .Malahan, dia menyuruh kucingnya itu untuk mengulang apa yang dia cakap, tetapi kucing tersebut hanya membalas dengan “meow“.

Ternyata perkongsian itu membuatkan para penonton terhiburseram dalam pada masa yang sama. Selain itu ramai juga yang percaya kucing sebenarnya boleh bercakap.Malah ada juga yang mendakwa kucing dapat meniru bahasa manusia seperti burung kakatua, tetapi anatomi dan tisu otot kucing menghalang mereka untuk menyebut perkataan dengan jelas.A lot of animals are smart enough to be able to speak human words, but like you said- their anatomy prevents them!There are still a lot of dogs, cats, etc, on youtube that learn to say “I love you” or something similar.— Zumz (@ZumzDeer)

Lain Macam Cara Ngiauan Kucing Ini. Pemilik Kucing Ini Dedah Kucing Sebut Perkataan Lain Daripada Yang Lain

Buat pencinta kucing, anda pasti sudah mengenalpasti yang kucing sememangnya mempunyai bunyi atau ngiauan yang has seperti sedang bermanja, meminta sesuatu seperti makanan, berbalah atau cuba menarik perhatian pasangan lain jantina. Namun begitu, ada seekor kucing di Jepun ini raih perhatian ramai bila keluarkan bunyi bunyian yang berbeza daripada kebanyakan.

Kebiasaannya, kucing akan mengiau tetapi kucing yang dinamakan Chobimaru ini tidak pandai mengiau. Sebaliknya, apabila ianya mendekati pemiliknya untuk menarik perhatian, Chobimaru akan mengeluarkan bunyi seakan-akan ‘loliloli’. Pemilik kucing itu, LLR (@llritotomohiro) telah berkongsi rakaman video berkenaan di laman Twitter yang kini menjadi tular.

Jelas pemilik kucing itu,”Ini bukan kali pertama Chobimaru mengeluarkan bunyi loliloli, ia seakan-akan suara manusia yang bercakap. Menakutkan!” Sementara itu, ada warganet berpendapat bunyi yang dikeluarkan Chobimaru seakan-akan seseorang lelaki mabvk yang cuba membaca jampi serapah. Di antara bunyi ‘loliloli’nya itu, Chobimaru juga mengeluarkan bunyi menghidu yang kuat menghasilkan gabungan suara yang sangat ganjil.

Perkongsian yang telah dimuat naik LLR @llritotomohiro itu kini tular dan ditonton lebih empat juta orang! 
Bagaimanapun, beberapa pemilik kucing yang berpengalaman menyatakan bunyi-bunyian itu adalah normal dan hanyalah satu tindak balas kucing untuk memberikan amaran. LLR mengucapkan terima kasih kepada warganet yang risaukan keadaan kucingnya.Khabar terkini daripada LLR mengatakan Chobimaru kini sudah boleh mengiau seperti kucing lain! 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *