Pensyarah siap mohon maaf atas sebab ini. Rupanya ini yang berlaku pada Baby sampai terpaksa lakukan macam ni.

Haiwan Kehidupan kucing Viral

Keletah Madam Rohaiza bersama kucingnya menarik perhatian warganet. Keletah seorang pensyarah wanita mengajar sambil mendukung seekor kucing berjaya mencuit hati warganet. Rata-rata kagum dengan kasih sayang yang ditunjukkan pensyarah tersebut bersama kucing kesayangannya yang dikenali sebagai ‘Baby’.

Video pensyarah tersebut mengajar di dalam kelas ditemani ‘Baby’ tular di Twitter selepas momen itu dikongsi salah seorang pelajarnya, Ku Ummi Syakirah. Sejak dimuatnaik pada petang Khamis, posting tersebut diulang kicau lebih 23,000 kali dan mendapat 19,314 tanda suka. Ku Ummi  berkata, dia dan rakan sekelasnya terkejut dengan kehadiran ‘Baby’ ke kelas bersama pensyarah mereka yang dikenali sebagai Madam Rohaiza.

Kucing tersebut berkelakuan baik sepanjang tuannya mengajar.

“Kami semua terkejut. Dia masuk kelas kendong kucing itu macam bawa budak. Dia juga layan kucing tu macam anak sendiri. Ini memang rare sebab kami tak pernah lalui pengalaman sebegini. Ini kali pertama pensyarah mengajar kami dengan ditemani kucing,” katanya.

Menurut penuntut Ijazah Sarjana Muda Perakaunan Sistem Maklumat di sebuah universiti awam di utara tanah air itu, pensyarah tersebut meminta maaf kepada pelajarnya kerana terpaksa mengajar sambil ditemani kucing peliharaannya itu. “Sebaik sahaja sampai di kelas, Madam banyak kali minta maaf. Dia beritahu terpaksa bawa sekali ‘Baby’ sebab mereka baru sahaja pulang dari klinik veterinar. Dia beritahu kucingnya itu baharu sahaja dibius kerana jangkitan ulser. Kami dapat lihat kucing tu macam tengah mamai ketika diletakkan di atas meja,” katanya. Ku Ummi berkata sepanjang kelas tersebut kucing berkenaan berkelakuan baik seolah-olah tahu tuannya sedang mengajar.

‘Baby’ dalam keadaan mamai kerana baharu sahaja dibius kerana jangkitan ulser.

“Sepanjang masa kucing tu duduk atas bahu Madam. Sebaik sahaja diletak di atas meja, kucing tu tak banyak ragam… behave je. Kami semua kagum sebenarnya kerana Madam boleh handle dua perkara dalam satu masa. Dia boleh mengajar dan beri tumpuan kepada kucingnya,” kata gadis berusia 20 tahun itu. Bagaimanapun sepanjang kelas subjek Statistik itu, Ku Ummi mengakui dia dan rakannya tidak dapat memberi tumpuan sepenuhnya di dalam kelas. Kucing tu comel sangat. Mata kami pun lali tengok. Boleh kata semua hilang fokus sebab lebih tertarik dengan kucing gebu tersebut,” katanya.

Gadis berasal dari Kedah itu memberitahu dia tidak menduga video yang dimuatnaiknya itu akan mendapat perhatian warganet. “Saya muat naik sekadar untuk suka-suka. Tak sangka langsung tweet tu akan blow up. Rasanya ramai yang retweet tu peminat kucing ditambah pula dengan keadaan kucing itu yang comel dan besar,” katanya. Guys tengoklah lecturer statistics aku nii ????? cute ja wehhhh she bring her cat to the class ? dia cakap dia terpaksa bawak sbb kucing dia bru lepas pergi vet and still pening2 lalat.

Sumber : Mstar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Pasangan Ini Berani Pelihara Si Bulus Semasa Anak Masih Kecil. Rupanya Ini Yang Dia Cuba Ingin Terapkan Pada Anaknya.

Keakraban bayi perempuan bernama Daneen Farheen bersama kucing peliharaannya menjadi tular selepas gambar ‘comel’ gelagat mereka dimuat naik di Twitter. Mungkin ada yang berpandangan memelihara kucing sewaktu usia anak-anak masih kecil sangat tidak digalakkan kerana faktor kesihatan dan keselamatan.

Atas kebimbangan ini, ada segelintir individu yang bertindak memberikan kucing mereka untuk dijaga oleh orang lain, ataupun lebih teruk, membuang haiwan berkenaan tanpa rasa bersalah. Namun tidak bagi pasangan suami isteri ini yang mengambil keputusan untuk memelihara seekor kucing sebagai ahli keluarga baharu, sekali gus menjadi peneman kepada bayi perempuan mereka yang menjangkau usia lima bulan.

Perkongsian seorang pelayar Twitter bernama Fatimah Ali yang memuat naik gambar anak perempuannya bersama seekor kucing mengundang perhatian warganet. Menerusi perkongsian tersebut, jelas kelihatan hubungan akrab di antara anak perempuannya dengan si bulus itu umpama adik beradik. Fatimah mendedahkan dia bersama suami baru sahaja sebulan memelihara kucing yang dipanggil ‘Kakak’ itu.

Perkongsian seorang ibu muda mengenai gelagat bayi perempuannya bersama seekor kucing menjadi tular di Twitter.

“Kucing itu kami jumpa di tempat letak kereta di bawah apartment sahaja. Selalu nampak dia, jadi timbul perasaan kasihan. Jadi kami ambil bawa ke rumah. Selepas itu kami hantar buat suntikan vaksinasi dan grooming terlebih dahulu. Pada mulanya, Kakak macam janggal, tengok anak kami pun macam pelik. Tapi dalam tempoh singkat selama sebulan tu, kedua-duanya semakin akrab,” ujar ibu muda berusia 26 tahun ini. Dedah wanita ini lagi, anak perempuannya yang bernama Daneen Farheen gemar bermain bersama Kakak berbanding permainan yang lain.

Masa mula-mula bela, ibu saya bising juga sebab takut Kakak cakar Daneen. Tapi kami sebagai ibu bapa memang tak lepas macam tu saja, memang akan pantau.

“Celik sahaja mata, kalau dia nampak Kakak, mulalah biji matanya besar. Yang si Kakak pula, kalau nampak Daneen sedang main mainan lain, dia sengaja duduk dekat tepi untuk tarik perhatian. Walaupun diperlakukan macam-macam oleh Daneen, kena tarik sampai tercabut bulu pun, Kakak tak marah malah dia macam reda. Itu yang buat saya kagum lihat hubungan mereka. Setakat ini memang Kakak tak pernah cakar atau bertindak melukakan,” ujar Fatimah sambil menambah, dia dan suami sentiasa memantau haiwan berkenaan sekiranya dilepaskan bermain bersama anak kecil mereka.

Menurut Fatimah, Daneen lebih tertarik untuk bermain bersama Kakak berbanding permainan yang lain.

Bercerita lebih lanjut, Fatimah berkata keluarganya terutama ibu pernah menyuarakan rasa bimbang kerana khuatir haiwan berkenaan mampu membahayakan keselamatan dan kesihatan bayinya. “Masa mula-mula bela, ibu bising juga sebab takut Kakak cakar Daneen. Tapi kami sebagai ibu bapa memang tak lepas macam tu saja, memang akan pantau.

“Kalau bab kesihatan pula, Alhamdulillah setakat ni tiada masalah. Sebenarnya bagi saya, tiada masalah nak pelihara kucing walaupun ada anak kecil, asalkan bersih dan ‘serasi’. Dalam pada itu, kita boleh cuba pupuk sifat cintakan haiwan dalam diri anak sejak mereka kecil lagi,” ujarnya mengakhiri bicara.

Sumber : Mstar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Isterinya Diganggu Oleh Kucing Hutan Di Kawasan Kediaman Mereka. Sekali Ramai Warganet Perasan Satu Perbuatan Suaminya Ini.

Siapa pernah kena ganggu dengan anjing atau apa-apa haiwan liar dekat luar rumah korang? Kalau pernah tu mesti teringat sampai sekarang kan? Macam kisah yang berlaku di Amerika Syarikat ini, apabila seorang wanita diganggu oleh seekor kucing hutan di luar rumahnya. “Ini kucing hutan!”

Siapa sangka hari yang indah dan damai boleh bertukar tragedi dalam sekelip mata. Pengalaman ngeri dilalui oleh seorang wanita ini di luar rumahnya sendiri, apabila dia diganggu oleh seekor kucing hutan. Perkara ini bermula apabila dilihat suaminya menegur orang yang sedang lalu di depan rumahnya, dan hendak memasuki ke keretanya.

Namun dalam sekelip mata, dapat dilihat yang isterinya telah diganggu oleh seekor haiwan. Panik dengan situasi tersebut, suaminya terus bergegas menarik kucing tersebut. Kemudian, dilihat suaminya mencampak binatang tersebut ke tanah. Walau bagaimanapun, kucing itu terus bangun dan berlari ke arah kereta tersebut semula.

Perkara ini telah viral di media sosial dan telah dimuat naik video CCTV berdurasi 46 saat tentang kejadian itu di akaun Twitter @Sada. Posting tersebut telah dimuat naik pada 16 April yang lalu dan sehingga kini ia telah memperoleh lebih dari 12 juta tontonan. Kalau nak tengok video, boleh tekan di sini.

“Tak selesa dengan cara dia buat dekat binatang tu”

Walau bagaimanapun, tindakan lelaki tersebut menangani kejadian itu kerana dianggap sebagai kelakuan yang biadap terhadap binatang.

Apa-apa pun kita jangan kecam, mungkin sebab dia cemas tu pasal dia bertindak sampai macamtu.

Sumber : Twitter 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *