Si bulus ini sampai mengalirkan air mata hanya sebabkan ini. Sanggup teman tuannya di dapur sampai teremosi pula.

Haiwan kucing Viral

Kucing antara haiwan yang sering menjadi pilihan rakyat Malaysia untuk dijadikan haiwan peliharaannya. Setiap perwatakan daripada si bulus ini pasti akan menarik hati pecinta kucing. Kali ni admin nak share satu video oleh @qbalharun pasal kucingnya. Bukan benda-benda cliche pasal kucing, tapi video pasal kucingnya menangis. Perkara ini jadi lebih tular sebab tak sangka si bulus juga boleh sampai menangis hanya kerana bawang.

Nak membawang lah tu

“Kesian kucing tu pedih mata sebab tuan dia kupas bawang. Itulah sibuk lagi nak membawang kat situ, kan dah pedih mata sampai berair”. “Betul, redha je menangis janji tuan dia tak kesepian. Memang setia betul dengan tuan dia. Menangis pun comel lagi”. “Beriya betul menangis sebab kena marah. Kucing ni drama je lebih. Takde nak menangis je. Sampai ada yang akui tidak pernah lagi nampak atau dengar mana-mana si bulus yang menangis hanya sebabkan kena marah. Ramai warganet yang luahkan rasa geram terhadap kucing tersebut dan ada juga yang memuji kesetiaannya.

Sumber : Twitter

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Siapa Sangka Tindakan Kucingnya Ini Selamatkan Rumahnya Daripada Kejadian Ini. Gadis Ini Dedahkan Cerita Sebenar.

Seorang pengunjung Muhamad Hafizi Yahaya, 29 membawa anaknya Muhammad Aqil Qaizer, 1, melihat pelbagai spesis kucing pada Pameran Kucing Antarabangsa di Kompleks Kraf. Sayang Azizah Ibrahim terhadap kucing jalanan tiada batasnya.

Sehingga ini terdapat 60 ekor kucing dalam peliharaan – dua ekor daripadanya kurang upaya. Seekor diberi nama ‘Sam’ masalah penglihatan; seekor lagi mengalami masalah saraf selepas tidak sedarkan diri selama dua minggu akibat kepalanya dipukul oleh seseorang tiga bulan lalu. Menurut Azizah, 40, Sam diperolehi menerusi laman sosial facebook apabila seorang pelajar memuatnaik gambarnya yang cedera dan tidak mampu menampung kos rawatan kucing berkenaan.

“Selepas diberi rawatan, doktor tidak dapat menyelamatkan kedua-dua mata Sam. Sehingga kini masih dalam rawatan,” katanya ketika ditemui pada program ‘Craft Pets Day’ sempena Hari Kraf Kebangsaan (HKK) di Laman Wau Kompleks Kraf. Katanya, meskipun kucing itu mengalami masalah penglihatan tetapi ia seekor kucing yang cerdik namun sifatnya yang kasar menyebabkan ia kurang digemari oleh kucing-kucingnya yang lain.

Azizah berkata minatnya memelihara kucing bermula sejak 2012 apabila tindakan seekor kucing peliharaannya menyebabkan rumahnya terselamat daripada terbakar. “Kucing saya pada waktu itu cuba untuk memberitahu dengan menarik kain saya bahawa kuali di dapur sudah hangus terbakar. “Nasib baik saya cepat sedar dan berjaya memadamkan api itu,” katanya.

Azizah berkata penyertaannya dalam pameran dan pertandingan kucing itu adalah untuk menggalakkan orang ramai supaya lebih mendekati dan menyayangi haiwan itu di samping dapat menjual barangan keperluan serta makanan haiwan berkenaan. Mereka yang berminat dengan kucing-kucingnya itu boleh mengambilnya tanpa bayaran tetapi amat dialu-alukan sekiranya mereka ingin memberi sumbangan.

Ini untuk keperluan kucing yang dipeliharanya bagi meringankan kos perbelanjaan sebanyak kira-kira RM2,000 sebulan. Pertandingan itu merupakan antara acara sempena sambutan HKK kali ke-14 yang bermula pada 24 Feb lalu hingga 6 Mac dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Pertandingan itu turut disertai beberapa kucing import mengikut kategori masing-masing seperti kucing jenis Maine Coon, Parsi dan Siam.

Sementara itu, Presiden Kelab Kucing Malaysia (KKM) Khalid Rashid berkata kira-kira 100 ekor kucing jalanan yang telah diselamatkan, dijaga dan divaksin menyertai pertandingan itu yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini. Beliau berkata kucing yang berjaya dalam pertandingan itu akan menerima beberapa hadiah termasuk hadiah yang ditempah khas dari luar negeri, piala, dan makanan khas untuk kucing. “Walaupun pemilik kucing yang menjaga dan memelihara kucing jalanan itu tidak diberikan insentif tetapi mereka boleh menyertai setiap pertandingan dalam usaha menarik orang ramai supaya menyayangi kucing jalanan,” katanya.

Sumber : Mstar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Kucing Ini Terpaksa Untuk Teruskan Hidupnya Dengan Gunakan Kaki Bionik. Rupanya Ini Yang Menimpa Dirinya.

Vito menjadi kucing popular selepas terlibat dalam satu kejadian yang tak diingini. Segala yang berlaku pasti ada hikmahnya. Begitu juga dengan apa yang berlaku ke atas kucing berusia enam tahun ini.

Digelar Vito, ia hampir kehilangan nyawa selepas dilanggar kereta sewaktu pemiliknya sedang berbulan madu, suatu ketika dahulu. Akibat kejadian itu, ia kehilangan kedua-dua kaki belakangnya. Meneruskan hidup dengan kaki bionik, Vito mencipta populariti apabila kisahnya menjadi tular.

Menetap di Milan, semua kisah tular Vito disertakan dengan tanda pagar #vituzzosuperstar. Malah, dia turut popular di laman Instagram. Setahun selepas kejadian tak diingini tersebut, Vito kini bebas berjalan di kawasan kejiranannya dengan bantuan kaki bionik tersebut.

Pemilik Vito, Silvia Gottardi merupakan bekas pemain bola keranjang dan membela kucing itu bersama isterinya, Linda Ronzoni. “Kami berada jauh sewaktu kejadian itu berlaku. Ia sangat teruk. Kami bertuah ada orang yang sudi jaga ia pada waktu itu,” ujar pasangan berkenaan.

Sumber: Daily Star.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Ada Sebab Mengapa Si Bulus Sering Berasa Lapar Dan Tidak Puas Dengan Makanan Yang Diberi. Ini 5 Penyebabnya.

Adakah kucing anda sering berasa lapar walaupun anda telah memberi mereka makan. Bahkan setiap kali diberi makan, pasti mereka masih berselera. Hal ini terjadi bukan tanpa alasan. Kucing yang selalu merasa lapar boleh saja menjadi pertanda adanya gangguan kesihatan. Berikut beberapa alasan mengapa kucing selalu merasa lapar.

1. Cacingan

Cacing gelang boleh membuat kucing yang selalu lapar, kerana cacing mengambil semua nutrisi dari makanannya sebelum ia boleh mendapatkannya. Ironisnya, kucing yang terserang cacing gelang mungkin terlihat gemuk, kerana parasit menyebabkan tubuhnya membengkak. Cacing gelang boleh menular ke manusia, jadi jika kamu mencurigai kucing mengidapnya, bawalah sampel tinja kucing ke doktor haiwan untuk diuji.

2. Kucing menderita hipertiroidisme atau diabetes

Kedua penyakit ini menyebabkan peningkatan nafsu makan yang besar. Hipertiroidisme terjadi kerana metabolisme kucing membakar terlalu banyak kalori. Adapun penyebab diabetes karena tubuh kucing tidak dapat mengubah gula menjadi energi, dan nutrisi bahkan tidak masuk ke dalam tubuhnya.  Jika kucing selalu lapar, makan terus-menerus dan berat badannya masih terus menurun, ditambah lagi ia meminum banyak air, bawa dia ke doktor haiwan secepat mungkin.

3. Kucing bosan atau kesepian

Sama seperti manusia, beberapa kucing akan makan kerana bosan. Penyelesaian untuk masalah ini adalah memberi kucing lebih banyak rangsangan dan berhenti tinggalkan mainan kunyah atau mengajaknya bermain. Kamu juga boleh membelikan kucing tempat makan puzzle, yang akan membuat kucing harus bekerja untuk makanannya. Ini akan membantunya membakar kalori dan menjaga pikirannya tetap aktif. Pastikan untuk menyediakan mainan lain yang merangsang intelektual (atau mungkin bahkan teman kucing) untuk mengalihkan pikirannya dari piringnya.

4. Kucing sedang depresi

Seperti pada manusia, makan berlebihan bisa menjadi perilaku menenangkan diri bagi kucing yang sedang depresi atau berduka. Jika kucing sedang depresi, cobalah mengajaknya bermain permainan interaktif yang lembut.

5. Makanan kucingmu tidak memenuhi kebutuhan nutrisinya

Saat kamu makan makanan cepat saji, kamu akan merasa lapar satu jam kemudian tidak peduli berapa banyak yang sudah kamu makan. Ini juga boleh terjadi pada kucing. Kucing yang selalu lapar boleh saja kerana makanan kucingmu tidak berkualiti. Kucing anda akan makan dan makan kerana dia tidak dapat memuaskan rasa lapar akan nutrisi yang menjadi akar dari keinginannya untuk makan.

Hal lain yang perlu diingat saat bertanya-tanya, “Mengapa kucing saya selalu lapar?” Perut kucing sangat kecil: beberapa senduk makan makanan mentah adalah semua yang diperlukan kucing untuk tetap sihat. Tentu saja, jika kucing adalah Maine Coon, dia akan memerlukan lebih banyak makanan daripada seekor kucing kecil Singapura, jadi pastikan untuk berkonsultasi dengan doktor haiwan untuk mengetahui jumlah makanan yang paling tepat untuk sahabat berbulumu.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *