Macam macam Fingky tunjukkan pelbagai aksi nakalnya. Rupanya sampai pernah beri hadiah atas katil abang.

Haiwan Kehidupan Keluarga kucing

Akram mula membela Fingky sejak awal tahun ini selepas seekor lagi kucing miliknya telah tiada sejak pada tahun lepas. Kehadiran haiwan peliharaan boleh dianggap sebagai penghibur dalam keluarga, namun ragam mereka kadang-kala membuatkan pemilik pening kepala. Begitulah kisahnya melibatkan Amirul Akram Noor Hisham, apabila aksi-aksi nakal kucingnya yang dikongsi di Twitter menjadi tular dan mendapat perhatian ramai. Mesra disapa Akram, dia mengakui baru sahaja membela kucing yang diberi nama Fingky sejak awal tahun ini.

“Fingky sebenarnya kucing jalanan, ayah yang bawa balik. Jumpa dekat kawasan rumah masa awal tahun ni. Ia kucing yang baik dan nakal, tapi kami tak anggap ia sesuatu yang teruk pun. Yang saya kongsi di Twitter tu kebanyakannya apa yang Fingky buat sepanjang bulan Ramadan. Siap berak atas katil abang, tapi tu kali kedua sebenarnya. Masa hari pertama dibawa balik dulu, Fingky pernah berak atas katil mak ayah saya,” ujar jejaka berusia 23 tahun itu.

Akram mula membela Fingky pada awal tahun ini.

Dalam perkongsian di Twitter, beberapa siri foto memaparkan aksi nakal haiwan itu yang merosakkan fon telinga, memecahkan pasu bunga, merosakkan bungkusan roti dan macam-macam lagi. Dedah Akram, paling nakal tentunya sewaktu haiwan itu melompat dan berpaut di langsir sehingga ia terbuka dari cangkuknya. Fingky juga pernah beberapa kali terperangkap atas bumbung rumah jiran, terperangkap dalam stor. Sampaikan kadang-kadang kami risau dan sedih.

Memang rapat dengan Fingky sebab saya yang cuci tempat dia berak, bagi makan. Siap cabut isi ikan untuk ia makan

Antara aksi nakal Fingky.

“Tapi paling nakal masa ia melompat pada langsir sehingga ia terbuka. Bila saya kongsi di Twitter, ada yang cakap ia kucing dari neraka,” ujarnya berseloroh. Namun kata Akram, dia tidak pernah ambil hati atas aksi-aksi nakal kucingnya malah menganggap ia satu hiburan sahaja. Ujarnya lagi, dia cukup rapat dengan haiwan itu khususnya selepas kehilangan seekor lagi kucingnya yang diberi nama Oyen pada tahun lalu. Saya tak rasa Fingky ni teruk sangat, kucing yang sebelum ni lagi nakal. Tapi Oyen dan tiada, dah pergi sejak tahun lepas. Memang rapat dengan Fingky sebab saya yang cuci tempat dia berak, bagi makan. Siap cabut isi ikan untuk ia makan,” ujar penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor itu.

Kehadiran Fingky dianggap sebagai penghibur keluarga.

Dalam pada itu, posting Akram mengenai ‘buku catatan amal kucing aku’ di Twitter menerima hampir 17,000 ulang kicau (Retweet). Malah, ia turut dihujani pelbagai komen warganet yang mengakui terhibur melihat aksinya dan turut berkongsi kisah kucing masing-masing.

“Kucing aku macam-macam dah buat, phone tiga, empat biji dah kena kencing, televisyen dua biji rosak, vacuum satu rosak, tilam kena kencing muntah berak semua. My kucing also suka koyakkan roti Gardenia. Tak tahu lah kenapa jealous sangat nak pula yang baru beli. My cats selalu kacau masa solat, masuk dalam kain telekung, nak sujud dia ada kat depan, nak rukuk dia pergi tarik-tarik telekung. Ya Allah habis solat aku cubit-cubit dia,” tulis beberapa warganet.

Sumber : Mstar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Gadis Ini Dedah Peristiwa Sebenar Yang Terjadi Bersama Si Bulusnya. Sampai Adik Sanggup Patah Balik Sebabkan Hijab Terbuka.

Shafiqah mendedahkan kucingnya berada di dalam bilik yang gelap, bersebelahan dengan dapur semasa rakaman video dibuat. Kesibukan membuat persiapan sempena majlis yang dirancang bertukar ‘seram sejuk’ apabila kelibat misteri kelihatan di tingkap dapur sebuah rumah.

Semuanya gara-gara penampakan ‘lembaga’ dengan mata bercahaya di sebalik tingkap dapur, seperti merenung tajam kepada mereka yang sibuk menyiapkan juadah. “Penampakan makhluk halus. Yang lemah semangat jangan tengok,” menurut perkongsian di laman sosial Twitter yang diulang kicau lebih 25,000 kali.  Kedengaran seram, apatah lagi komen warganet menyangka ia kelibat pocong, tetapi kemudian menjadi lucu apabila ‘makhluk halus’ itu rupa-rupanya adalah si bulus.

Siti Nur Manja atau Manja merupakan kucing baka Parsi.

Pemilik kucing tersebut, Shafiqah Adnin Zaidon berkata, klip video yang baru dimuat naik pada Selasa sebenarnya dirakamkan Mac lalu, semasa membuat persiapan juadah sempena majlis perkahwinan abangnya. Gadis berusia 24 tahun itu mendedahkan, kucing baka Parsi itu sebenarnya berada di tepi tingkap bilik belajarnya, yang terletak bersebelahan dengan dapur.

“Itu bukan makhluk halus, tapi kucing saya. Namanya Siti Nur Manja atau Manja yang saya bela sejak ia masih kecil lebih setahun yang lalu. Biasanya kami biarkan Manja berkeliaran dalam rumah, tapi sebab malam  tu kami sekeluarga sibuk nak siapkan laksa di dapur, jadi kami letakkan Manja di bilik tu,” katanya.

Shafiqah menyifatkan Manja seekor kucing yang jinak dan manja.

Shafiqah berkata, keadaan mata kucingnya bercahaya mungkin berpunca daripada refleksi cahaya kerana berada di dalam bilik gelap sewaktu rakaman dibuat. Walaupun klip video tersebut sedikit-sebanyak menimbulkan tanda tanya dalam kalangan warganet, dia yang menetap di Cheras pernah merasai pengalaman yang meremangkan bulu roma sewaktu bersama kucing itu.

“Kucing saya kalau dalam bilik gelap, bila saya buka lampu nanti dia tak pandang saya. Sebaliknya, dia akan pandang lama kat satu sudut bilik. Kalau saya nak pegang dia masa tu, dia akan bagi reaksi yang tak selesa macam nak cakar pun ada walaupun sebenarnya dia jenis yang jinak dan manja,” katanya.

Gambaran adik terlihat atau terdengar ‘sesuatu’ dari bilik belajar tu memang buat saya meremang, sedangkan Manja pandang lama kat satu sudut bilik pun boleh meremang apatah lagi adik yang hijabnya terbuka ketika itu

Menurut Shafiqah, bilik belajarnya itu merupakan satu-satunya bilik daripada lima bilik yang terletak di aras bawah di kediaman dua tingkat keluarganya. Anak ketiga daripada empat beradik itu mendedahkan, adik lelakinya pernah merasai pengalaman melihat makhlus halus atau ‘hijab terbuka’ sejak kecil, dan terpaksa ditutup dengan bantuan pengamal perubatan sebanyak dua kali.

Manja di bilik belajar di aras bawah kediaman dua tingkat.

Shafiqa berkata, sebelum adiknya itu ditutup ‘hijab’ buat kali kedua akhir tahun lalu, dia ada meminta bantuan adiknya untuk mengambil kucing belaan itu dari dalam bilik belajar untuk dibawa ke bilik tidur di tingkat atas kerana sudah lewat malam. “Tapi adik saya kemudian masuk ke bilik saya dan beritahu tak jadi ambil Manja. Dia kata kalau beritahu pun nanti saya tak akan percaya. Gambaran adik terlihat atau terdengar ‘sesuatu’ dari bilik belajar tu memang buat saya meremang, sedangkan Manja pandang lama kat satu sudut bilik pun boleh meremang apatah lagi adik yang hijabnya terbuka ketika itu,” katanya.

(kiri) Manja bersantai di sebelah tingkap bersebelahan dengan dapur. (kanan) Aksi comel Manja menjadi tumpuan.

Shafiqah yang menyambung pengajian Sarjana Sains Pentadbiran di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Shah Alam, Selangor berkata, dia tidak akan belajar di bilik tersebut sehinga lewat malam. “Sampai sekarang pun, saya tak akan belajar sampai lewat malam di bilik tu. Cuma pernah saya terpaksa buat tugasan yang urgent sampai pukul 1 pagi, tapi berteman. Sebenarnya bilik tu OK je, cuma saya ni penakut orangnya. Tambahan pula masa adik saya beritahu boleh nampak dan dengar itu ini, memang rasa meremang je lah,” katanya.

Sumber : Mstar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *