Anak cemburu bila mak ayah lebihkan Anyau. Siap boleh bantu ayah pasangkan langsir.

Haiwan Kehidupan Keluarga kucing

Aksi Anyau ketika membantu bapa Ahmad Firdhaus Amin memasang langsir. Aksi kucing ada kalanya sukar dijangka dan kini tular di Twitter apabila haiwan comel berbulu kelabu belang itu dirakam membantu tuannya memasang langsir. Lagak si manja itu, persis pembantu berdedikasi mencuit hati warganet selepas gambarnya memanjat tingkap dan melihat dengan tekun langsir dipasang berjaya dirakam.

Pada posting tersebut, Ahmad Firdhaus Amin Ramlan, 26, memuat naik dua keping gambar kucing kesayangan keluarganya berserta kapsyen: “Bapak aku tengah pasang langsir dengan assistant (pembantu) dia.” Sehingga kini, posting tersebut sudah menerima lebih 17,300 ulang kicau dan 11,300 tanda suka sejak ia dimuat naik di Twitter pada Rabu.

Aksi Anyau yang dirakam selepas selesai langsir dipasang.

Kata pereka grafik yang bekerja di Kuala Lumpur itu, gambar tersebut dirakam secara spontan oleh ibunya selepas menunaikan solat Subuh pada Rabu ketika bapanya ingin menukar langsir baharu. “Sebenarnya keluarga kami ni suka tukar langsir, dalam setahun tu adalah dua ke tiga kali ganti langsir sebab mak saya tukang jahit. Anyau (kucing) ni pula memang suka menyibuk kalau orang buat kerja. Orang pasang langsir, dia pun nak pasang langsir,” katanya. Tambah pemuda yang berasal dari Sungai Besar, Selangor itu, hubungan antara ibu bapanya dengan Anyau sangat rapat dan sehingga kadang-kadang membuatkan mereka adik-beradik berasa cemburu.

Anyaulah yang jadi peneman orang tua saya. Tapi, lepas setahun mak dan babah jaga Anyau, mereka macam lebihkan Anyau dalam segala perkara.

Kata graduan diploma seni grafik dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Lendu, itu walaupun gambar tersebut mencuit hati, namun jauh di sudut hatinya dia berasa sayu kerana hanya tinggal Anyau sebagai peneman orang tuanya. “Dulu rumah kami riuh sebab ada adik-beradik lain. Tapi sejak saya berpindah ke Kuala Lumpur, adik lelaki kedua pula bekerja di Sepang dan adik perempuan bongsu melanjutkan pelajaran di UiTM Jasin, rumah jadi sunyi.

“Anyaulah yang jadi peneman orang tua saya. Tapi, lepas setahun mak dan babah jaga Anyau, mereka macam lebihkan Anyau dalam segala perkara. Kalau Anyau cakar sofa, kami tidak boleh marah-marah, nanti babah marah kami balik,” katanya sambil berseloroh.

Bukan hanya pasang langsir, Anyau juga rajin ‘menjahit’.

Menurut anak sulung daripada tiga beradik itu, gara-gara kucing tersebut terlalu dimanjakan oleh ibu bapanya, berat badannya naik kerana Anyau hanya mahu makan ayam rebus. Menariknya, ibu bapa pemuda ini tidak pernah suka untuk membela kucing sebelum ini, biarpun dipujuk oleh mereka adik-beradik ketika masih kecil.

Bagaimanapun, orang tuanya mengubah fikiran apabila anak-anak sudah dewasa dan berasa sunyi kerana hanya tinggal berdua di rumah mereka yang terletak di Seremban, Negeri Sembilan. Selain aksi memasang langsir, Anyau juga rajin ‘membantu’ ketika ibu Ahmad Firdhaus Amin sibuk menjahit.

Gambar keluarga dan Anyau ketika sambutan Aidilfitri tahun lalu.

Sumber : Mstar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Gadis Kanada Ini Ambil Keputusan Tidak Akan Keluar Dari Negara Ini Hanya Sebab Kucing. Ini Sebenarnya Yang Terjadi.

Shramko bersama kucingnya, Kitya. Wanita ini sudah seminggu tidak keluar rumah. Kali terakhir Kristina Shramko tinggalkan kediamannya di Wuhan, China, beberapa pegawai di pasar raya memeriksa suhu badannya sebelum dia masuk ke kedai untuk membeli barangan runcit. Dia memakai topeng, arahan yang perlu dipatuhi di Wuhan sejak akhir Januari, malah pegawai-pegawai membuat rondaan sekitar kedai untuk memastikan pelanggan mematuhinya, kata Shramko.

Wuhan telah ‘dikunci’ sejak 23 Januari lalu kerana di bandar yang mempunyai 11 juta penduduk itulah bermulanya wabak Covid-19. Covid-19 sehingga kini telah menjangkiti sekurang-kurangnya 67,000 orang dan menyebabkan lebih daripada 1,500 orang telah kehilangan nyawa. Majoriti kes berlaku di wilayah Hubei dan China telah mengurung lebih daripada 50 juta penduduk di seluruh wilayah itu dan semua pengangkutan masuk dan keluar dari Wuhan telah dihentikan.

Keadaan jalan raya di Wuhan pada 3 Februari lalu.

Shramko adalah warga Kanada, dibesarkan di Vancouver dan belajar pemasaran fesyen. Dia bertemu dengan teman lelakinya yang tinggal di Wuhan, ketika berkunjung ke sana selama sebulan. Dia kemudian berpindah ke Wuhan untuk bersama teman lelakinya kira-kira lapan bulan sebelum wabak bermula.

Apabila bandar itu ditutup, teman lelaki Shramko sedang berada di luar kawasan atas urusan kerja, menyebabkan dia tidak boleh kembali. Dia terpaksa tinggal bersama keluarga di wilayah yang berbeza. Situasi ini telah menyebabkan Shramko tinggal keseorangan, hanya ditemani kucingnya, Kitya.

Apabila pihak berkuasa Kanada menyewa penerbangan khas untuk membawa pulang rakyatnya, Shramko pun membuat pendaftaran. Tetapi apabila mendapat tahu terdapat dasar ketat yang melarang haiwan peliharaan dalam penerbangan, dia nekad tidak akan tinggalkan Kitya.

“Saya tak tahu bila wabak itu akan berakhir, jadi saya rasa seperti mengabaikannya walaupun saya memberikannya kepada kawan,” Shramko memberitahu Business Insider. Tetapi kehidupan dikuarantin tidak mudah. Selepas sebulan hanya bersendirian dan tidak banyak berinteraksi dengan manusia, ia benar-benar mencabar mental,” kata Shramko.

Kedai runcit di seberang jalan dari pangsapuri tempat dia menginap kosong, katanya. Hanya ada beberapa bungkus mi di rak, tetapi sebahagian besar rak sudah tiada barang. “Di luar keadaannya macam bandar hantu. Saya tinggal di seberang pusat beli-belah dan ia sentiasa penuh dengan manusia, malah jalan masuk ke tempat letak kereta mall sentiasa sibuk, kini tiada kereta dan tiada siapa di luar,” katanya.

Pasar raya berhampiran rumah Shramko.

Shramko yang berusia 21 tahun, tinggal di daerah Hanyang di Wuhan. Dia menghabiskan masa sepanjang tempoh kuarantin dengan menghasilkan kandungan YouTube. Pada siang hari, dia merakam dan menyunting video atau menonton video pengguna lain.

“Jika saya tak buat video, saya akan menonton filem. China ada saluran hampir sama dengan Netflix jadi saya dapat menonton filem Amerika di sini.” Dia juga membaca buku dan bermain dengan Kitya. Orang yang sering berbual dengannya adalah teman lelakinya, selain rakan-rakan yang memeriksa keadaan dirinya dari semasa ke semasa. Shramko juga bercakap kepada keluarganya hampir setiap hari.

“Mereka beritahu saya apa yang mereka dengar mengenai koronavirus di Kanada dan saya beritahu mereka apa yang berlaku di China,” katanya. Buat masa ini, kerajaan China telah menawarkan untuk melanjutkan visa rakyat asing bagi mereka yang dikuarantin. Tetapi wang semakin berkurangan, katanya. “Tiada siapa yang bekerja sekarang jadi tiada pendapatan. Saya cuba berjimat kerana kita tak tahu bila semua ini akan berakhir,” katanya.

Sepanjang tempoh kuarantin, Shramko banyak bermain dengan kucing, membaca dan menghasilkan kandungan Youtube.

Dia mendengar khabar angin bahawa tempoh kuarantin itu boleh berlanjutan sehingga April atau Mei. Shramko mengakui dia tidak terlalu bimbang dengan Covid-19 pada permulaan arahan berkurung. “Masa tu saya fikir ia tidaklah berbahaya kerana masih belum nampak gambaran jelas, seolah-olah sesuatu yang anda lihat dalam filem. Selepas beberapa minggu, barulah saya sedar ia adalah perkara serius,” katanya.

Tetapi dia mengakui sesetengah orang begitu dramatis kerana terlalu takut dengan wabak itu. “Banyak kali orang mesej saya di Twitter atau Instagram dengan panik, minta saya tinggalkan China sekarang, seolah-olah jika saya tak keluar, saya akan pergi buat selamanya. Jika anda berhati-hati dan ambil langkah berjaga-jaga yang perlu, anda akan baik-baik saja,” katanya.

Tetapi itu tidak bermakna dia mahu terus tinggal di Wuhan. Shramko berkata dia hanya akan gelisah jika kembali ke Kanada dan berharap kerajaan akan membenarkan dia keluar bersama Kitya. “Dia sentiasa berada dengan saya sepanjang tempoh kuarantin ini. Saya patut sentiasa berada di sisinya juga,” katanya.

Sumber : Mstar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Bilik Guru Bertukar Kecoh Bila Murid Bawa Kucing Dari Rumah. Rupanya Ini Yang Berlaku.

Bagi guru sekolah rendah, pasti ada sahaja pelbagai ragam dan keletah anak murid yang perlu dihadapi dengan tenang sepanjang menjayakan sesi pembelajaran. Kadang kala, golongan cilik itu bertindak di luar jangkaan orang dewasa apabila menerima arahan daripada para pendidik bagi menyiapkan kerja sekolah mereka. Baru-baru ini, bilik guru di sebuah sekolah bertukar kecoh seketika apabila seorang cikgu berjaya ‘menyelamatkan’ seekor kucing yang dibawa oleh muridnya dari rumah.

Pening cikgu! Murid bawa kucing ke sekolah

Menerusi sebuah perkongsian video @isfiefaraulah di platform TikTok, dapat dilihat guru berkenaan Siti Saharah mengeluarkan kucing tersebut dari beg berwarna merah jambu milik muridnya sebelum didatangi guru-guru lain. Difahamkan, murid tersebut membawa si comel itu ke sekolah bagi mengikuti mata pelajaran yang berkaitan dengan jenis binatang dan haiwan. “Tak, hari ni belajar berkaitan haiwan,” kata cikgu Siti selepas ditanya seorang guru sekiranya murid tersebut memberikan kucing itu kepada dirinya. Tidak lama kemudian, cikgu Siti meletakkan kucing berkenaan di dalam sebuah bekas dan memberikan makanan selepas si comel itu kelihatan agak lemah.

Rakaman video berdurasi 30 saat itu menerima pelbagai reaksi warganet dimana rata-rata terhibur dengan tindakan ‘tidak bersalah’ kanak-kanak tersebut selain berkongsi pengalaman masing-masing.

Dulu aku pun macam tu!

Angan2 aku masa sekolah dulu

Betul2 ikut arahan cikgu ni…

Tak pasal2 cikgu kena jaga!

Nasib baik takde apa-apa yang berlaku! Untuk penjaga murid, boleh sentiasa ‘alert’ apa yang dibawa oleh kanak-kanak. Maklum la, kadang-kadang mereka ni terlebih kreatif.

Sumber: TikTok @isfiefaraulah

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *