Nana Mahazan akui sedih apabila diberi ujian begini pada si bulusnya. Siap beri pesanan ini lagi.

Haiwan kucing selebriti

Nana bimbang keadaan kucingnya yang disahkan penyakit FIP. Pengacara Nana Mahazan berkongsi berita sedih mengenai salah seekor kucing perliharaannya disahkan penyakit FIP (Feline Infectious Peritonitis) dry form yang disamakan seperti wabak Covid-19. Nana, 37, mendedahkan perkara itu di ruang komen video terbaharu pelakon Nad Zainal yang meminta pendapat samaada dia perlu atau tidak menghadiahkan seekor kucing kepada anaknya. Pemilik nama Nurul Hana Che Mahazan ini berkata Nad perlu membuat persediaan dalam menjaga kucing terutama dari segi mental sekiranya dia ingin memerlihara haiwan tersebut.

Nana komen di video Nad zainal.

“Hari ini saya dapat berita sedih, salah seekor kucing saya kena FIP. Koronavirus untuk kucing. Aku sedih… Harap dia baik cepat, itulah ada kucing pun nanti akan cepat emosi juga. Bila raya atau bercuti nak kena hantar boarding, semua itu kena bersedia la. Ada ke vet terdekat… macam itu. Ini bukan nak takutkan ke apa tau, sekurang-kurangnya awak bersedia dari segi mental,” katanya.

FIP merupakan mutasi virus di dalam tubuh badan yang bergabung dengan respon sistem imunisasi kucing dan ia tidak berjangkit. Dalam pada itu, Nana turut memberitahu penjagaan kucing sama seperti menjaga seorang kanak-kanak yang perlu mengambil suntikan vaksin dan sentiasa kena menjaga pemakanan serta kebersihan.

Masa anak kucing memang aktif, selepas itu dah besar kerja mereka tidur saja nanti.

Bagaimanapun, Nana berkata, terdapat kelebihan menjaga kucing iaitu mengajar anak-anak mengenai tanggungjawab dalam menjaga haiwan perliharaan. “Nak bela kucing kena commit. Macam jaga budak juga. Ada masa kena bawa vaksin, makan kena jaga, berak, kebersihan, kasih sayang, grooming… haaa, kena bersedia juga semua itu. Habis dicakar sofa nanti itu semua kena bersedia. Air purifier kalau tak nak rumah berbau nanti tapi seronok la budak-budak kalau ade kucing. Bagus untuk ajar mereka mengenai tanggungjawab kan? Masa anak kucing memang aktif, selepas itu dah besar kerja mereka tidur saja nanti. Apa-apa pun, semoga berjaya!” ujarnya.

Sumber : Mstar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Cakra Khan Akui Sanggup Habiskan Duit Sebanyak Ini Untuk Haiwan Kesayangannya. Siap Bina Ini Untuk Keselesaan Mereka.

Cakra mempunyai dua haiwan perliharan iaitu kucing dan anjing. Penyanyi Cakra Khan memberitahu dia sanggup berhabis duit demi menjaga dua haiwan perliharaannya iaitu kucing dan anjing. Cakra sentiasa memberikan yang terbaik terutama dari segi pemilihan makanan kerana tidak mahu haiwan kesayangannya jatuh sakit.

“Makanan kucing dan anjing saya lagi mahal daripada makanan saya sendiri. Dalam seminggu, saya beli makanan mereka hampir 2 hingga 3 juta rupiah. Sebab bagi saya, makanan mereka kena cari yang betul-betul sesuai dan berkhasiat kerana takut tersalah beri, jatuh sakit pula,” katanya. Cakra juga ada membina sebuah rumah kecil di kawasan kediamannya untuk kucing dan anjingnya.

Sumber : Mstar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Bela Kucing Hampir 10 Ekor. Terkejut Bila Zara Zya Dedahkan Sanggup Belanja Hampir 3 Ribu Sebulan Hanya Untuk Kucing Yang Dia Jaga.

Alahai comelnya kucing kesayangan Zara Zya ni! Beberapa hari yang lalu Zara ada memuat naik sebuah video pendek ragam kucingnya. Tidak dinafikan kucing tersebut kelihatan sangat sihat, besar dan bersih hingga menyebabkan ramai yang tertarik untuk menonton video tersebut.

Kucing berbulu lebat ini kelihatan sangat tenang sambil diperhatikan dan disisir rapi oleh pelakon Love You Mr. Arrogant itu. Zara juga sempat berjenaka diruangan kapsyen instagramnya dengan mengatakan kini kerjanya hanya perlu mengasuh Beshetik (nama kucing tersebut).

Melihat saiznya yang agak besar, ramai warganet menyoalkan apakah rutin makanan kucingnya sehingga kelihatan gebu sekali. “YA BESHETIK NI MEMANG BESAR, TETAPI DIALAH PALING SENANG UNTUK DIJAGA. DIA MANJA DAN MESRA DENGAN SESIAPA SAHAJA.

JIKA MANUSIA DIA BOLEH DIKATAKAN MANUSIA BERBADAN BESAR,” KATANYA PADA MH ONLINE SAMBIL TERGELAK BESAR. KATANYA LAGI DALAM SEBULAN DIA AKAN BERHABIS DUIT HAMPIR RM3,000 UNTUK MEMASTIKAN KEBAJIKAN KUCINGNYA TERJAGA.

“SAYA AKUI MENJAGA KUCING MEMANG AGAK MAHAL. BUAT MASA SEKARANG SAYA ADA 10 EKOR KUCING DAN KESEMUANNYA MENELAN KOS HAMPIR RM3000 SEBULAN UNTUK MEMASTIKAN PASIR DAN MAKANAN MEREKA CUKUP.

“KUCING SAYA PULA AGAK MEMILIH MAKANAN, MEREKA LEBIH SUKA MAKAN ROYAL CANINE BERBANDING MAKANAN JENAMA LAIN. TETAPI ADAKALANYA SAYA AKAN CAMPURKANNYA JUGA. MUNGKIN SEBAB ITULAH DIA JADI BESAR,” JELASNYA LAGI.

Menyoal tentang akaun instagram Beshetik, Zara memberitahu sering menerima mesej daripada peminat yang ingin berjumpa dengan haiwan peliharaannya itu malah ada yang mencuit hati apabila meninggalkan kata-kata seperti sedang berkomunikasi dengan kucingnya.

“YA, MEMANG RAMAI YANG HANTAR MESEJ INGIN BERJUMPA DENGAN BESHETIK, TETAPI APA YANG LEBIH MELUCUKAN APABILA ADA JUGA PEMINAT YANG HANTAR SEPERTI SEDANG BERKOMUNIKASI DENGAN KUCING SAYA YANG SEBENARNYA LANGSUNG TIDAK TAHU APA-APA,” UJARNYA.

Sungguhpun ada beberapa produksi yang ingin ‘meminjam’ kucing-kucingnya, namun Zara berkata dia hanya akan benarkan sekiranya penggambaran itu melibatkan dirinya juga kerana bimbang faktor keselamatan dan kebersihan kucingnya.

Si Bulus Ini Sanggup Setia Tunggu Pemiliknya Pulang. Tapi Rupanya Tuannya Dah Pun Sebulan Pindah.

Kalau boleh, kucing mesti nak berkepit 24 jam dengan tuannya. Tidak boleh berenggang walaupun sekejap. Macam tuannya itu ibarat ibu kandungnya sendiri. Namun, jika si tuan sudah tinggalkannya, kucing itu tetap akan setia mencari dan menunggu kelibat tuannya. Kes ini selalu terjadi apabila tuan kucing pergi buat selamanya, haiwan comel itu masih menunggunya di rumah ataupun ‘meratap’ di pusara sehingga berhari-hari lamanya.

Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok Hazrinyenn memuat naik satu video yang pasti meruntuh hati kita semua. Ianya tentang seekor kucing didakwa milik jiran yang sudah lama menunggu kepulangan tuannya. Difahamkan, tuan kucing ini didakwa sudah berpindah ke rumah lain. Namun ianya, kucingnya dipercayai tidak dibawa sekali.

Terserlah melalui air mukanya, kucing ini masih mengharap tuannya pulang dengan penuh sabar. Entah bilanya lagi dia dapat berjumpa tuannya semula. Sedih dengan nasib yang menimpa, ramai warganet lain turut berharap agar kucing ini ‘tabah’ menghadapi kesunyian selepas ini.

Malah tidak kurang juga, ramai yang berharap agar pemilik video ini mengambil alih tanggungjawab untuk membela semula si bulus ini di bawah jagannya.

Semoga si kucing ini akan mendapat tuan baharu nanti. Jangan sedih-sedih ye cik meow. Ramai sayangkan awak.

Sumber: TikTok Hazrinyenn

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *