Pompous Albert dikenali ramai dengan satu gelaran ini. Siap boleh kumpul 20k pengikut di media sosial.

Haiwan kucing Viral

Pompous Albert dikenali sebagai kucing paling garang di dunia. Kucing daripada baka Selkirk ini dikenali sebagai mesra dan jinak, tetapi anda tidak dapat mengetahuinya dengan melihat kucing bernama Pompous Albert. Kucing jantan ini mempunyai wajah yang sentiasa berkerut membuatkan ia kelihatan seperti kucing paling garang, tidak mesra di dunia. Pompous Albert mula dikenali di laman sosial Instagram selepas pemiliknya membuka akaun untuk kucing itu sendiri, pada 2014.

Walaupun kelihatan garang, Pompous Albert mempunyai ramai pengikut di laman sosial.

Hanya selepas setahun, ia mempunyai lebih 40,000 pengikut yang sentiasa tidak pernah cukup melihat muka bengisnya. Ia kini mempunyai lebih 220,000 pengikut di laman sosial, terlibat dalam iklan komersial, malah lebih kaya dan terkenal berbanding kebanyakan manusia. Sukar untuk dipercayai Pompous Albert bermula sebagai kucing baka tulen yang disisihkan.

Selain mukanya yang garang kucing ini, keterangan gambar dan video berbentuk sindiran dibuat oleh pemiliknya juga menarik perhatian.

Pompous Albert diambil oleh Mike dan Susan Singleton, yang tinggal di pejabat mereka di Salt Lake City, Utah. Keterangan pada biodatanya menyebut: “Kucing baka tulen yang disisihkan, tetapi saya akan tunjukkan mereka”. Ternyata benar apabila orang yang meminggirkannya pasti menggosok mata untuk melihat betapa jauh ia datang. Tarikan pengikut kucing itu bukan setakat pada wajah garangnya, tetapi juga pemiliknya juga sering membuat keterangan yang berbentuk sindiran pada gambar dan video menjadikan paparan posting begitu sepadan.

Sumber: Odditycentral

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tak Sengaja Jumpa Kucing Comel Dekat Hutan. Terkejut Lepas Jumpa Doktor Haiwan Sekali Doktor Dedahkan Sesuatu Yang Istimewa Pasal Kucing Ni.

Jumpa Kucing Comel Di Hutan, Lelaki Membelanya Hingga Beranak-Pinak Sampailah Ahli Veteriner dedahkan Spesiesnya Yang Mengejutkan. Seorang lelaki terjumpa seekor kucing comel dalam hutan dan tanpa memiikirkan apa-apa, lelaki ini terus membawanya balik dan memelihara kucing tersebut di rumah. Kucing betina ini menyerupai seperti kucing biasa yang lain cuma ia mempunyai tompok-tompok yang cantik di bulunya seperti harimau bintang.

Kemudian, kucing ini telah bunting dan melahirkan dua belas ekor anak kucing yang sangat comel dan istimewa. Kucing-kucing ini kesemuanya sangat cantik, yang menyerupai ibunya. Pemilik kucing ini mula merasa sangsi dan ingin tahu akan spesiesnya yang kelihatan agak berbeza dengan kucing-kucing lain yang pernah dijumpainya.

Lalu lelaki ini telah berjumpa dengan ahli veterinar untuk rujukan serta mengetahui spesies kucing ini. Ahli veterinar ini telah berkata, “Semua kucing ini bukan spesies kucing biasa, ini adalah Kucing Bengal!”. Sehingga kini, bapa anak-anak kucing ini kekal misteri, mungkin ia dari baka Kucing Bengal juga.

Kucing Bengal adalah spesies kucing unik dan jarang didapati serta berharga mahal di pasaran. Bagi sesetengah negara, permit diperlukan jika ada pemilik ingin menjadikan kucing Bengal sebagai haiwan peliharaan. Menurut Wikipedia, kucing Bengal atau nama saintifik ‘Prionailurus bengalensis’ ialah kucing liar yang hidup di dalam habitat asalnya di Asia Selatan, Asia Tenggara dan Asia Timur.

Sejak tahun 2002, kucing Bengal telah disenaraikan dalam Spesies Kurang Terncam, Senarai Merah IUCN. Bermakna, spesies kucing Bengal membiak baka dengan banyak, akan tetapi habitatnya semakin berkurangan dan terncam akibt pembrn haram kerana harganya yang mahal di pasaran.

Di Malaysia, Kucing Batu merupakan haiwan yang berada dalam senarai yang dilindungi di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 dan Akta Perdagangan Antarabangsa mengenai Spesies Ter4ncam 2008.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber: Nangtime

Secara Tak Sengaja Dengar Kucing Bercakap. Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Luar Biasa Yang Dilaluinya

Hi pencinta kucing. Admin nak tanya sekiranya kucing anda boleh bercakap, apa yang anda ingin mereka katakan. Kebiasaannya pemilik haiwan peliharaan kan berkomunikasi dengan haiwan kesayangan mereka seperti mereka berkomunikasi dengan manusia. Perbuatan ini menandakan pembela haiwan menganggap anak kucing mereka seperti ahli keluarga mereka sendiri.

Tak dinafikan ramai juga pemilik haiwan pernah berharap kucing mereka boleh bercakap dengan mereka dalam bahasa yang mudah difahami. Namun begitu, jika benar haiwan boleh bercakap dalam bahasa manusia, mesti ramai yang lari lintang pukang. Terbaru, seorang pengguna Tiktok bertuah kerana tak sengaja rakam bunyi kedengaran seperti kucingnya sedang bercakap

Perkongsian tersebut meraih 2.6 juta tontonan di Twitter. Pengguna Tiktok atas nama Ike Tommy sedang merakam video di biliknya dan kelihatan kucingnya sedang menunggudi bilik air sambil mengiau.Tiba-tiba kedengaran suara kucing betina itu berkata “Are you coming?”, membuat lelaki itu terkejut.THIS CAT SAYING ARE U COMING IS THE CUTEST SHIT EVER FUCK IM CRYIN lia ☆ byul’s (@tanjirouo) .Malahan, dia menyuruh kucingnya itu untuk mengulang apa yang dia cakap, tetapi kucing tersebut hanya membalas dengan “meow“.

Ternyata perkongsian itu membuatkan para penonton terhiburseram dalam pada masa yang sama. Selain itu ramai juga yang percaya kucing sebenarnya boleh bercakap.Malah ada juga yang mendakwa kucing dapat meniru bahasa manusia seperti burung kakatua, tetapi anatomi dan tisu otot kucing menghalang mereka untuk menyebut perkataan dengan jelas.A lot of animals are smart enough to be able to speak human words, but like you said- their anatomy prevents them!There are still a lot of dogs, cats, etc, on youtube that learn to say “I love you” or something similar.— Zumz (@ZumzDeer)

Lain Macam Cara Ngiauan Kucing Ini. Pemilik Kucing Ini Dedah Kucing Sebut Perkataan Lain Daripada Yang Lain

Buat pencinta kucing, anda pasti sudah mengenalpasti yang kucing sememangnya mempunyai bunyi atau ngiauan yang has seperti sedang bermanja, meminta sesuatu seperti makanan, berbalah atau cuba menarik perhatian pasangan lain jantina. Namun begitu, ada seekor kucing di Jepun ini raih perhatian ramai bila keluarkan bunyi bunyian yang berbeza daripada kebanyakan.

Kebiasaannya, kucing akan mengiau tetapi kucing yang dinamakan Chobimaru ini tidak pandai mengiau. Sebaliknya, apabila ianya mendekati pemiliknya untuk menarik perhatian, Chobimaru akan mengeluarkan bunyi seakan-akan ‘loliloli’. Pemilik kucing itu, LLR (@llritotomohiro) telah berkongsi rakaman video berkenaan di laman Twitter yang kini menjadi tular.

Jelas pemilik kucing itu,”Ini bukan kali pertama Chobimaru mengeluarkan bunyi loliloli, ia seakan-akan suara manusia yang bercakap. Menakutkan!” Sementara itu, ada warganet berpendapat bunyi yang dikeluarkan Chobimaru seakan-akan seseorang lelaki mabvk yang cuba membaca jampi serapah. Di antara bunyi ‘loliloli’nya itu, Chobimaru juga mengeluarkan bunyi menghidu yang kuat menghasilkan gabungan suara yang sangat ganjil.

Perkongsian yang telah dimuat naik LLR @llritotomohiro itu kini tular dan ditonton lebih empat juta orang! 
Bagaimanapun, beberapa pemilik kucing yang berpengalaman menyatakan bunyi-bunyian itu adalah normal dan hanyalah satu tindak balas kucing untuk memberikan amaran. LLR mengucapkan terima kasih kepada warganet yang risaukan keadaan kucingnya.Khabar terkini daripada LLR mengatakan Chobimaru kini sudah boleh mengiau seperti kucing lain! 

Warna Bulu Unik Sangat Seolah Olah Macam Singa. Kucing Ini Jadi Tumpuan Pula Di Wadi Rum Jordan

Macam yang kita semua sedia tahu, kucing antara salah satu haiwan yang menjadi kesukaan ramai orang terutamanya pencinta kucing. Selain dengan telatah dia yang manja, kecomelan haiwan ini menjadi punca ramai suka dengan mereka. Selalunya korang tengom kucing warna oren kan atau nama glamornya oyen. Kali ni, admin nak kongsi tentang seekor kucing yang tular dekat Twitter gara gara warna bulu dia. Kredit kepada @nknukman di twitter

Masa tengok gamba tu, ingatkan ada orang letak rambut palsu atau kucing itu dipakaikan costume. Tapi ternyata ia memang bulu kucing tersebut. comel dan unik betul. Kalau perhati betul betul nampak macam kena spray kan. Oren dia pekat sangat. Kalau boleh admin pun nak simpan satu kalau boleh. Memang betul betul original. Memang spesis rare ni.Elok lah tu sorang ingat macam Simba, sorang ingat dia baru lepas makan keropok Super Ring. Tapi apa-apa pun memang lain macam betul kaler dia kan. Kalau korang ada terjumpa spesis macam ni roger-roger lah admin ye.

Pelik Kucing Selalu Tidur Kat Bahagian Kaki. Ternyata Ini Punca Kucing Lebih Suka Tidur Di Bahagian Kaki

Admin nak tanya kepada pencinta kucing yang tengah baca ni. Korang mesti perasan kan kucing peliharaan korang ada perangai pelik yang sebenarnya dah lama korang perhatikan.Antaranya ada yang suka bergumpal dalam pakaian tuannya, ada yang suka menunggu di hadapan pintu bilik mandi dan sebagainya.Namun, satu persamaan kucing-kucing ini adalah banyak antara mereka gemar tidur bersama tuannya di atas katil, terutamanya berhampiran kaki.

Menurut kenyataan Vets Explain Pets, kucing cenderung berada berhampiran dengan orang yang menjaganya. Sebagai contoh, ia akan suka ‘menempel’ dengan individu yang memberi makan serta memenuhi keperluan lain bagi dirinya.Pun begitu, soalnya, kenapa ia memilih untuk tidur pada bahagian kaki dan bukan lebih dekat seperti badan anda?

Hal ini kerana ia dipercayai mengelak daripada ‘terprangkap’ sama ada dari pelukan pemilik mahupun timbunan selimut atau bantal yang mungkin mengganggu pergerakannya.Tambah portal itu, tidur pada bahagian kaki memberi kucing ruang untuk bergerak bebas serta berada dalam keadaan sedia. Ia juga dipercayai bagi memudahkan kucing untuk melihat sesiapa yang keluar atau masuk ke bilik sebagai langkah melindungi pemiliknya.

Seterusnya, tidur berhampiran manusia pada waktu malam juga dapat memberi kehangatan pada kucing, membuatkan ia lebih selesa.Anda mungkin berfikir, kucing anda manja dan suka berdampingan dengan anda. Namun jangan lupa, sebagai haiwan territ0rial, mereka mungkin berfikir anda yang menumpang katilnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *