Remaja ini terkejut setelah kucing yang 5 tahun hilang kini kembali. Tapi ini pula keputusan yang dibuat.

Haiwan kucing Viral

Pernahkah anda terfikir kucing yang hilang selama lima tahun akan kembali semula ke pangkuan pemiliknya. Kedengaran mustahil namun itulah yang berlaku ke atas seorang wanita, Nguhi Muturi yang akhirnya kembali bersatu dengan kucingnya, Panther.

“Saya memeliharanya ketika masih kecil. Semasa saya tinggal di asrama kolej, dia juga pergi dan tidak pernah kembali lagi selepas itu,” ujar Nguhi kepada Press Assosiation. Kehilangan itu pastinya sangat memberi kesan kepada Nguhi. Namun, dia memilih untuk menerima hakikat kehilangan itu sehingga  mendapat kejutan baru-baru ini. Menerusi perkongsiannya yang diulang kicau (retweet) sehingga lebih 200,000 pengguna Twitter, Nguhi menceritakan mengenai kepulangan Panther yang hilang selama lima tahun.

“Tiba-tiba ada seekor kucing menyerupai Panther datang ke rumah di Dallas, Texas dan menghampiri ayah saya. Apabila ayah bawa masuk ke dalam, kucing itu terus ke tempat kegemaran Panther. Selepas diperiksa, kami dapati kucing itu tiada kuku di bahagian depan. Dari situ kami tahu ia adalah Panther,” kata Nguhi.

Setelah diselidik, rupa-rupanya Panther dipelihara pusat perlindungan yang terletak 24 kilometer dari kediamannya. Di sana, dia dijaga seorang wanita yang kemudiannya menyerahkan Panther kepada ibubapanya. Apa yang mengejutkan, ibubapa wanita itu rupa-rupanya adalah jiran kepada Nguhi.

“Saya tak percaya dan sungguh terkejut dengan keajaiban ini,” tulis Nguhi di Twitter. Walaupun jirannya menyerahkan kembali Panther, Nguhi yang kini mempunyai seekor anjing telah membuat keputusan untuk menyerahkan semula kucing itu kepada jirannya kerana ia sudah selesa tinggal bersama mereka. “Sudah tentu ia menyedihkan tapi saya tak kisah. Dia sudah selesa dengan mereka. Jiran saya juga memberi kebenaran untuk saya melawat Panther pada bila-bila masa,” ujarnya.

Sumber : Mstar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Seekor Kucing Ini Dilaporkan Hilang. Dan Menarik Sekali Ini Yang Berlaku

Bagi pencinta kucing, anda pasti sudah tahu kucing merupakan haiwan peliharaan yang terlalu banyak karenah dan telatah sehinggakan mampu membuat anda tersenyum dan terkadang boleh membuatkan kita naik angin. Sebeleum ini tular satu gambar yang menunjukkan poster kehilangan seekor kucing yang berwarna hitam dan tompok putih.Menarik sekali bila terdapat seekor kucing yang kelihatan sama seperti dalam poster.

Ramai mempercayai bahawa kucing tersebut sama persis seperti kucing yang hilang di dalam poster. Jika dilihat, berdasarkan gambar tersebut, kucing tersebut dilihat menerusi sebalik kaca yang dilekatkan poster bergambar seekor kucing dengan nota “Missing’. Menerusi laporan Fascinatingthings, kucing tersebut merupakan kucing yang diiklan hilang menerusi poster.Perkara ini telah menjadi perhatian dalam kalangan warganet yang terhibur melihat foto berkenaan.

Kucing Kesayangan Hilang Kat Hotel Kucing. Boleh Pula Nak Ganti Baru Dan Ini Reaksi Lelaki Itu

Difahamkan seorang pengguna Twitter luah rasa sedih apabila kucing peliharaannya hilang semasa di bawah jagaan sebuah hotel kucing. Lelaki ini berkongsikan satu kicauan tentang kehilangan kucing yang dijaganya sejak enam tahun yang lalu.

Terangnya,Bayangkan hantar kucing kesayangan ke cat boarding/hotel sebab nak balik kampung. Lepas tu bila nak pick up, kedai tu cakap “sorry kucing hilang”KUCING HILANG DARI KEDAI TAMAN KUCING SETIA ALAMNama: JustinTarikh hilang: 26/7/2020Area: Setia AlamTolong DM jika terjumpa pic.twitter.com/cphYgqWCRu— Shearer Alan (@shearer_alan_}

Berdasarkan perkongsian yang dibuat, kucing yang diberi nama Justin itu telah hilang selama seminggu namun tidak dimaklumkan langsung kepada tuannya.Malah, hotel haiwan itu telah memberikan seekor kucing baru sebagai ganti.“Mereka beri kucing baru sebagai ganti. Nak diikutkan hati, memang tak nak kucing lain, nak Justin jugak. Dia ingat haiwan tu barang ke boleh diganti semula?

No Tiada pampasan boleh menggantikan seekor kucing yang sudah dianggap sebagai keluarga,” tulisnya lagi.Meninjau ke ruangan komen, rata-rata wargamaya bersedih dan marah dengan nasib yang menimpa pengguna tersebut.Ramai yang menyarankan agar pengguna tersebut membuat laporan polis dan mengambil tindakan undang-undang terhadap hotel kucing tersebut agar mereka ambil pengajaran dan tidak melakukan kesilapan yang sama.

“Bayangkan hantar anak pergi taska lepas tu mereka kata anak hilang dan mahu gantikan dengan anak baru,” komen seorang wargamaya.“Buat report polis. Ini adalah kesalahan perniagaan dan pengabaian. Kucing itu adalah harta kita. Keluarga kita. Jangan ingat diorang senang-senang nak lepas tanggung jawab,” tulis seorang wargamaya.“Memang mereka tak bertanggung jawab. Nak bisnes tapi tak serius. Jauhilah daripada menghantar kucing ke kedai itu.

Biar dia belajar macam mana nak bisnes,” seru seorang wargamaya.“Cuba cakap dengan kucing jalanan suruh diorang carikan kucing you. I pernah nampak tweet seseorang. Kucing dia balik rumah lepas tu,” cadang seorang wargamaya.“Inilah mimpi terburuk saya. Dulu hantar juga kucing saya kat kedai haiwan gini. Tapi tak sedap hati sebab bila waktu main, dia lepas je kucing kat dalam. Sekali tu saya siap tolong kejar lagi satu anak kucing yang serbu keluar masa ada pelanggan buka pintu.Takziah, bro. Semoga jumpa balik,” kata seorang wargamaya lagi.Sehingga kini, kicauan tersebut telah menerima hampir 5,000 ulang kicau daripada warga Twitter.Pihak Gempak mendoakan agar Justin segara pulang ke pangkuan tuannya yang disayangi.

Kira Kira RM7000 Buat Banglo Khas Untuk Kucing Kesayangan. Wanita Ini Dedah Punca Dia Bina Tempat Khas Itu

Setelah sekian lama mempunyai impian Deena untuk tempatkan kesemua kucing di sebuah banglo akhirnya sudah tercapai. Lazimlah kucing menjadi haiwan pilihan untuk dijaga kerana telatah dan kecomelannya. Selalunya pemilik haiwan akan jaga kucing di dalam rmag atau ditempatkan di tempat khas

Jelas Deena, dia telah memilih untuk tempatkan anak anak kucingnya di dalam sebuah banglo khas demi keselesaan haiwan berkenaan. Sebelum ini, perkongsiannya di FB tentang banglo khas buat anak anaknya mnejadi perhatian warganet

Ujarnya,”Alhamdulillah, rezeki dari Allah… akhirnya anak-anak bulus dapat duduk dalam ‘banglo’. Sponsored by my mother and monitored by my dad. Tolong doakan ibu ayah murah rezeki dan sihat selalu,” demikian tulisnya pada perkongsian tersebut.

Kata Deena , idea asal untuk bina rumah khas untuk kucing peliharaannya dicetskan oleh dirinya sendiri. Kalau nak tahu, Deena memiliki sebanyak 16 ekor kucing yang sebelum ini dutempatkan di ruamh kedua orang tuanya.”Haiwan ini merupakan ‘anak-anak’ saya… memandangkan ada ruang di dalam kawasan rumah, saya minta izin daripada suami terlebih dahulu.

Tambah Deena lagi”Saya mahu haiwan-haiwan ini selesa dan berada dalam keadaan yang bersih. Sebelum ini mereka ditempatkan di dalam sangkar tapi agak sempit, susah pula nak bersihkan. Bila ada tempat yang luas sikit, senang kerja nak bersihkan.”Kebersihan tu perkara penting… kena pastikan supaya bersih dan tidak mengganggu jiran-jiran sekeliling,”

Deena yang memiliki sebuah syarikat berkaitan pembinaan dan juga ejen pelancongan berkata, ‘banglo’ itu mengambil masa selama dua bulan untuk disiapkan.”Saya yang bertanggungjawab membuat lakaran (design). ‘Banglo’ ini ada dua partition (ruang) berasingan, siap dengan tempat bersantai dan juga dipasang jubin.

“Untuk siapkannya, ia menelan kos kira-kira RM7,000. Alhamdulillah, rezeki haiwan-haiwan ini apabila ibu saya yang mahu sponsor kosnya.”Saya rasa terharu sangat sebab Sebelum ini ibu bukanlah seorang pencinta kucing. Ingat lagi dulu masa saya kecil, langsung tak benarkan saya bela.

“Tapi selepas saya mula memelihara dua ekor kucing tiga tahun lalu, ibu bertukar menjadi penyayang kepada haiwan-haiwan ini. Sehinggalah kucing-kucing kami pernah mencecah 30 ekor. Namun kini hanya tinggal 16 saja selepas yang lain sudah tiada akibat sakit,” cerita anak jati Sungai Petani, Kedah ini.

“Alhamdulillah, ada yang terinspirasi selepas saya kongsikan di Facebook. Ada yang tagged pasangan masing-masing. Bagi saya, jika pelihara haiwan, tiada salahnya untuk melabur sedikit untuk mereka.”Kucing bukan saja haiwan peliharaan tetapi dah macam ahli keluarga juga. Kalau ada rezeki lebih, mungkin boleh buat tempat khas untuk kucing mengikut bajet dan kemampuan masing-masing,” sebelum mengakhiri perbualan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *