Juruterbang ini terkejut apabila isterinya beri kejutan begini. Sekali boleh pula niat nak kumpul sampai 15.

Haiwan Kehidupan Keluarga kucing

Seorang juruterbang, Mohamad Fildza Yaacob terkejut apabila mendapat tahu isterinya membawa pulang dua ekor anak kucing. “Siapa ni? Ya Allah…” Itulah ungkapan spontan seorang juruterbang apabila isterinya meletakkan anak kucing pada tubuhnya ketika sedang asyik menonton televisyen di rumah mereka.

Menerusi sebuah video berdurasi satu minit 14 saat itu, ketua keluarga itu, Mohamad Fildza Yaacob mulanya kelihatan keliru ketika menerima kehadiran dua ‘ahli keluarga’ terbaharu itu. Namun, tidak sampai seminit reaksinya berubah dan begitu mesra bersama si bulus apabila terus memanggilnya ‘sayang’.

Kejadian itu berlaku gara-gara isterinya, Fauziah Mohd Bahari, 51, membawa pulang dua anak kucing yang diambil dari rumah rakannya, sekali gus menjadikan jumlah kucing peliharaan mereka sebanyak 13. “Ni bangsa (baka) apa ni sayang? Macam familiar la,” tanya Mohamad Fildza sambil menggaru kepalanya.

Gelagat lelaki berusia 49 tahun itu ternyata membuatkan si isteri ketawa dan terus mengatakan hasratnya mahu menambah sehingga 15 ekor kucing kerana sememangnya tahu suaminya seorang pencinta haiwan itu. Video yang dimuat naik oleh anaknya, Fatini Batrisyia Mohamad Fildza, mendapat lebih 344,000 tontonan, 15,400 ulang kicau (retweet) dan 21,000 tanda suka.

Sebahagian kucing milik keluarga Fatini.

Gadis yang berusia 19 tahun itu memberitahu ibunya membawa balik dua anak kucing dari rumah kawannya yang mempunyai banyak anak kucing yang baru dilahirkan. Pada mulanya, kehadiran dua anak kucing yang diberi nama Gabby dan Gizmo itu tidak disedari bapanya kerana ia diletakkan di luar rumah. “Kami ada anak kucing lain di rumah tetapi tidak sebising dua ekor ini,” ujar Fatini lagi.

Troy (kiri) merupakan kucing kesayangan ayahnya manakala Tenzin merupakan kucing kegemaran Fatini.

Menceritakan lebih lanjut, katanya, ayah ada kucing kesayangannya yang diberi nama Troy dan istimewanya ia sering menyambut kepulangan juruterbang itu ketika pulang kerja.

“Ayah memang suka kucing, dia selalu bagi makan dan buang berak kucing, dia juga stand by makanan kalau nampak kucing terbiar kelaparan. Memang kami simpan di dalam kereta makanan basah untuk anak kucing dan makanan kering untuk kucing dewasa, siap dengan pinggan kertas untuk mengelakkan mereka makan di jalan. Di pondok pengawal taman kami juga ada dua kucing terbiar, ayah sering beri makan kepada kucing-kucing tu kerana jarak pondok tersebut dengan rumah kami tidak begitu jauh,” ceritanya mengenai kecintaan mereka sekeluarga kepada kucing.

Anak kucing ni lebih aktif berbanding kucing yang dah berusia, jadi, lebih senang saya nak peluk dan main dengan mereka

Pada Januari lalu, Fatini sendiri ada membawa pulang dua anak kucing sebagai tambahan kepada si bulus yang ada di kediaman mereka. “Jarang kami tambah kucing empat ekor sekaligus dalam masa singkat, selalunya jarang-jarang dan tak dirancang pun,” kata gadis tersebut.

Tambah anak bongsu daripada tiga beradik itu lagi, rumahnya kini menjadi semakin meriah dengan kehadiran anak-anak kucing terbaharu itu. “Anak kucing ni lebih aktif berbanding kucing yang dah berusia, jadi lebih senang saya nak peluk dan main,” katanya.

Rumah kucing ini menempatkan kesemua 13 ekor kucing milik keluarganya.

Fatini turut memberitahu, keluarganya menyediakan ruang khas yang dilengkapkan dengan pelbagai barang keperluan kucing di dalam kawasan kediaman mereka yang terletak di Alam Damai, Cheras.  Namun remaja yang bakal menyambung pelajarannya di Layang Layang Flying Academy di Ipoh, Perak untuk mengikut jejak ayahnya menjadi juruterbang ini enggan mendedahkan kos yang dilaburkan untuk membina rumah kucing tersebut. Apabila ditanya mengenai tweetnya yang menjadi viral itu, Fatini mengakui ia sesuatu yang tidak dijangka dan terkejut apabila mendapat ramai pengikut baharu di laman media sosial itu.

Sumber : Mstar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Si Bulus Ini Sanggup Setia Tunggu Pemiliknya Pulang. Tapi Rupanya Tuannya Dah Pun Sebulan Pindah.

Kalau boleh, kucing mesti nak berkepit 24 jam dengan tuannya. Tidak boleh berenggang walaupun sekejap. Macam tuannya itu ibarat ibu kandungnya sendiri. Namun, jika si tuan sudah tinggalkannya, kucing itu tetap akan setia mencari dan menunggu kelibat tuannya. Kes ini selalu terjadi apabila tuan kucing pergi buat selamanya, haiwan comel itu masih menunggunya di rumah ataupun ‘meratap’ di pusara sehingga berhari-hari lamanya.

Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok Hazrinyenn memuat naik satu video yang pasti meruntuh hati kita semua. Ianya tentang seekor kucing didakwa milik jiran yang sudah lama menunggu kepulangan tuannya. Difahamkan, tuan kucing ini didakwa sudah berpindah ke rumah lain. Namun ianya, kucingnya dipercayai tidak dibawa sekali.

Terserlah melalui air mukanya, kucing ini masih mengharap tuannya pulang dengan penuh sabar. Entah bilanya lagi dia dapat berjumpa tuannya semula. Sedih dengan nasib yang menimpa, ramai warganet lain turut berharap agar kucing ini ‘tabah’ menghadapi kesunyian selepas ini.

Malah tidak kurang juga, ramai yang berharap agar pemilik video ini mengambil alih tanggungjawab untuk membela semula si bulus ini di bawah jagannya.

Semoga si kucing ini akan mendapat tuan baharu nanti. Jangan sedih-sedih ye cik meow. Ramai sayangkan awak.

Sumber: TikTok Hazrinyenn

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Kucing Ini Terlalu Rajin Pergi Kuliah. Kucing Ini Secara Tak Langsung Popular Di Kalangan Penuntut Dan Warganet

Selalunya mesti ada pelajar yang malas mengikuti kuliah, tetapi percaya atau tidak ,ada seekor kucing popular dengan nama Labun rahin betul ke kelas. Gara gara kerajianan,aksi dan telatahnya di kelas dalam sekelip mata sahaja Labun popular dan tular beberapa tahun lalu (2016). Ternyata ramai yang terhibur sehinggakan Labun kini sudah memiliki kad matriknya sendiri.

Difahamkan ia diberikan oleh pihak kampus Universiti Islam Antarabangsa , Gombak sebagai tanda pengenalan haiwan peliharaan di situ. Jelas Astro Awani, Labun asalnya seekor haiwan jalanan, tetapi ia kini dijaga rapu oleh ibu ibu angkatnya. Malahan pelajar dan pensyarah di situ tak lokek memberikan makanan dan bermain dengan Labun. Kalau cuti semester berlangsung, maka pekerja pembersihan la yang akan membantu tengok tengokkannya.

Jelas seorang pensyaraha yang dikenali sebagai Prof Norsaremah menjelaskan, kehadiran Labun bukan sahaja hiburan tetapi ia juga merupakan cara untuk pupuk rasa sayang dan simpati terhadap haiwan. Untuk pengetahuan, bangunan Kuliyyah of ICT di universiti itu sudah lama menjadi kediaman Labun jadi tak hairanlah kalau ramai sayang akan Labun. Senang cerita, Labun ni memiliki kehidupan yang sempurna dengan rumah yang besar dan keluarga yang baik menjaganya serta ang palin penting ada kad matrik sendiri.

Warna Bulu Unik Sangat Seolah Olah Macam Singa. Kucing Ini Jadi Tumpuan Pula Di Wadi Rum Jordan

Macam yang kita semua sedia tahu, kucing antara salah satu haiwan yang menjadi kesukaan ramai orang terutamanya pencinta kucing. Selain dengan telatah dia yang manja, kecomelan haiwan ini menjadi punca ramai suka dengan mereka. Selalunya korang tengom kucing warna oren kan atau nama glamornya oyen. Kali ni, admin nak kongsi tentang seekor kucing yang tular dekat Twitter gara gara warna bulu dia. Kredit kepada @nknukman di twitter

Masa tengok gamba tu, ingatkan ada orang letak rambut palsu atau kucing itu dipakaikan costume. Tapi ternyata ia memang bulu kucing tersebut. comel dan unik betul. Kalau perhati betul betul nampak macam kena spray kan. Oren dia pekat sangat. Kalau boleh admin pun nak simpan satu kalau boleh. Memang betul betul original. Memang spesis rare ni.Elok lah tu sorang ingat macam Simba, sorang ingat dia baru lepas makan keropok Super Ring. Tapi apa-apa pun memang lain macam betul kaler dia kan. Kalau korang ada terjumpa spesis macam ni roger-roger lah admin ye.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *