Pasangan ini berani pelihara si bulus semasa anak masih kecil. Rupanya ini yang dia cuba ingin terapkan pada anaknya.

Haiwan Keluarga kucing Viral

Keakraban bayi perempuan bernama Daneen Farheen bersama kucing peliharaannya menjadi tular selepas gambar ‘comel’ gelagat mereka dimuat naik di Twitter. Mungkin ada yang berpandangan memelihara kucing sewaktu usia anak-anak masih kecil sangat tidak digalakkan kerana faktor kesihatan dan keselamatan.

Atas kebimbangan ini, ada segelintir individu yang bertindak memberikan kucing mereka untuk dijaga oleh orang lain, ataupun lebih teruk, membuang haiwan berkenaan tanpa rasa bersalah. Namun tidak bagi pasangan suami isteri ini yang mengambil keputusan untuk memelihara seekor kucing sebagai ahli keluarga baharu, sekali gus menjadi peneman kepada bayi perempuan mereka yang menjangkau usia lima bulan.

Perkongsian seorang pelayar Twitter bernama Fatimah Ali yang memuat naik gambar anak perempuannya bersama seekor kucing mengundang perhatian warganet. Menerusi perkongsian tersebut, jelas kelihatan hubungan akrab di antara anak perempuannya dengan si bulus itu umpama adik beradik. Fatimah mendedahkan dia bersama suami baru sahaja sebulan memelihara kucing yang dipanggil ‘Kakak’ itu.

Perkongsian seorang ibu muda mengenai gelagat bayi perempuannya bersama seekor kucing menjadi tular di Twitter.

“Kucing itu kami jumpa di tempat letak kereta di bawah apartment sahaja. Selalu nampak dia, jadi timbul perasaan kasihan. Jadi kami ambil bawa ke rumah. Selepas itu kami hantar buat suntikan vaksinasi dan grooming terlebih dahulu. Pada mulanya, Kakak macam janggal, tengok anak kami pun macam pelik. Tapi dalam tempoh singkat selama sebulan tu, kedua-duanya semakin akrab,” ujar ibu muda berusia 26 tahun ini. Dedah wanita ini lagi, anak perempuannya yang bernama Daneen Farheen gemar bermain bersama Kakak berbanding permainan yang lain.

Masa mula-mula bela, ibu saya bising juga sebab takut Kakak cakar Daneen. Tapi kami sebagai ibu bapa memang tak lepas macam tu saja, memang akan pantau.

“Celik sahaja mata, kalau dia nampak Kakak, mulalah biji matanya besar. Yang si Kakak pula, kalau nampak Daneen sedang main mainan lain, dia sengaja duduk dekat tepi untuk tarik perhatian. Walaupun diperlakukan macam-macam oleh Daneen, kena tarik sampai tercabut bulu pun, Kakak tak marah malah dia macam reda. Itu yang buat saya kagum lihat hubungan mereka. Setakat ini memang Kakak tak pernah cakar atau bertindak melukakan,” ujar Fatimah sambil menambah, dia dan suami sentiasa memantau haiwan berkenaan sekiranya dilepaskan bermain bersama anak kecil mereka.

Menurut Fatimah, Daneen lebih tertarik untuk bermain bersama Kakak berbanding permainan yang lain.

Bercerita lebih lanjut, Fatimah berkata keluarganya terutama ibu pernah menyuarakan rasa bimbang kerana khuatir haiwan berkenaan mampu membahayakan keselamatan dan kesihatan bayinya. “Masa mula-mula bela, ibu bising juga sebab takut Kakak cakar Daneen. Tapi kami sebagai ibu bapa memang tak lepas macam tu saja, memang akan pantau.

“Kalau bab kesihatan pula, Alhamdulillah setakat ni tiada masalah. Sebenarnya bagi saya, tiada masalah nak pelihara kucing walaupun ada anak kecil, asalkan bersih dan ‘serasi’. Dalam pada itu, kita boleh cuba pupuk sifat cintakan haiwan dalam diri anak sejak mereka kecil lagi,” ujarnya mengakhiri bicara.

Sumber : Mstar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Isterinya Diganggu Oleh Kucing Hutan Di Kawasan Kediaman Mereka. Sekali Ramai Warganet Perasan Satu Perbuatan Suaminya Ini.

Siapa pernah kena ganggu dengan anjing atau apa-apa haiwan liar dekat luar rumah korang? Kalau pernah tu mesti teringat sampai sekarang kan? Macam kisah yang berlaku di Amerika Syarikat ini, apabila seorang wanita diganggu oleh seekor kucing hutan di luar rumahnya. “Ini kucing hutan!”

Siapa sangka hari yang indah dan damai boleh bertukar tragedi dalam sekelip mata. Pengalaman ngeri dilalui oleh seorang wanita ini di luar rumahnya sendiri, apabila dia diganggu oleh seekor kucing hutan. Perkara ini bermula apabila dilihat suaminya menegur orang yang sedang lalu di depan rumahnya, dan hendak memasuki ke keretanya.

Namun dalam sekelip mata, dapat dilihat yang isterinya telah diganggu oleh seekor haiwan. Panik dengan situasi tersebut, suaminya terus bergegas menarik kucing tersebut. Kemudian, dilihat suaminya mencampak binatang tersebut ke tanah. Walau bagaimanapun, kucing itu terus bangun dan berlari ke arah kereta tersebut semula.

Perkara ini telah viral di media sosial dan telah dimuat naik video CCTV berdurasi 46 saat tentang kejadian itu di akaun Twitter @Sada. Posting tersebut telah dimuat naik pada 16 April yang lalu dan sehingga kini ia telah memperoleh lebih dari 12 juta tontonan. Kalau nak tengok video, boleh tekan di sini.

“Tak selesa dengan cara dia buat dekat binatang tu”

Walau bagaimanapun, tindakan lelaki tersebut menangani kejadian itu kerana dianggap sebagai kelakuan yang biadap terhadap binatang.

Apa-apa pun kita jangan kecam, mungkin sebab dia cemas tu pasal dia bertindak sampai macamtu.

Sumber : Twitter 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Siapa Sangka Kucing Juga Mempunyai Personaliti Yang Berbeza. Ini Boleh Bantu Anda Memilih Kucing Yang Sesuai Dengan Anda.

Personaliti kucing yang aneh dan mencuit hati mendapat banyak perhatian akhir-akhir ini kerana aksi-aksi mereka yang tersebar di Internet, terutamanya di YouTube. Video-video itu menjadi tular kerana kita tertarik akan gelagat kucing seperti pengsan akibat bau durian, kucing melindungi kanak-kanak daripada serangan anjing, atau aksi kucing mengoyakkan tisu tandas.

Kucing (atau kucing-kucing) yang sesuai untuk anda akan membawa keceriaan, kemesraan dan tenaga positif pada seisi rumah anda. Jika anda merancang untuk membela kucing tetapi tidak tahu bagaimana cara memilih kucing yang sesuai, di sini terdapat beberapa personaliti kucing yang mungkin berpadanan dengan apa yang anda inginkan.

Sebelum kita teruskan, anda harus ingat bahawa personaliti kucing tidak hanya bergantung pada jenis baka. Seperti juga manusia, faktor-faktor lain seperti genetik, latar belakang peribadi, tahap keyakinan dan kepandaian akan mempengaruhi kelakuan seseekor kucing di rumah anda.

Terdapat banyak kucing liar dan tidak bertuan yang menjadi manja serta suka bermain sebaik sahaja dibiasakan berinteraksi dengan manusia, dan sebaik sahaja dimandulkan. Kita disarankan membela kucing yang berada di pusat perlindungan haiwan dan bukan membelanjakan wang untuk membelinya.

Personaliti: Peramah

Cadangan baka: Maine Coon, American Shorthair, Burma, Bombay

Banyak kucing yang memiliki sifat ramah dan setia mereka boleh bergaul dengan sesiapa sahaja; muda atau tua, dan bertoleransi dengan haiwan peliharaan lain samada anjing, ikan emas mahupun kucing lain. Kucing dengan personaliti ramah biasanya berperwatakan lembut dan sesuai untuk semua jenis rumah. Namun jika anda berkongsi tinggal di rumah sewa , mungkin akan ada rungutan-rungutan dari rakan serumah. Maka lebih eloklah jika anda tinggal di pangsapuri studio jika ingin memelihara kucing.

Personaliti: Lincah

Cadangan baka: Abyssinian, Bengal, Egyptian Mau, Siam

Jika anda memilih baka kucing yang lincah, ini bermakna anda bersedia untuk menjaga seekor kucing yang berkelakuan seperti anjing. Kucing yang lincah sukakan rangsangan mereka berlari, memanjat, melompat, berjalan-jalan dengan tali cawak dan belajar membuat aksi apabila disuruh. Kanak-kanak dan orang dewasa menggemari kucing yang seperti ini kerana boleh diajak bermain dan sama-sama mempelajari aksi baru. Sesetengah baka seperti Bengal lebih sesuai menjadi haiwan peliharaan tunggal. Cuma ingat, fikir betul-betul sebelum mengambil kucing yang aktif seperti ini.

Personaliti: Lembut

Cadangan baka: Parsi, Birman, Chartreux, Manx

Walaupun kucing yang sudah biasa dengan manusia menjadi ramah atau aktif, ada juga yang masih berperwatakan lembut. Kucing begini akan melarikan diri apabila suasana menjadi bising. Mereka tidak sesuai untuk isi rumah yang bingit dengan teriakan kanak-kanak dan jeritan orang dewasa. Kucing bersifat lembut akan rapat dengan manusia yang menjaga mereka dengan hormat dan cermat, membalas budi dengan menyelit dan berkepit dengan anda di atas sofa untuk tidur.

Personaliti: Tenang

Cadangan baka: Russian Blue, British Shorthair, Selkirk Rex, Li Hua

Jika kucing berperwatakan lembut mudah terganggu dengan kekecohan, kucing yang tenang pula akan melihat kekecohan itu dari jauh. Kali pertama anda membawa pulang kucing jenis ini ke rumah, usah harapkan apa-apa selain renungan kosong yang bermaksud “Hei, saya belum kenal kamu, relakslah dulu okey?”. Setelah ia biasa dengan rumah anda, ia akan menjadi manja dan lembut. Jika anda berparti dengan rakan-rakan di rumah, ia mungkin mahu sertai anda. Jangan terkejut jika anda rasa sentiasa diekori, kerana ada seekor kucing yang ingin tahu setiap perkara yang anda lakukan di rumah.

Personaliti: Pemalu

Cadangan baka: Exotic Shorthair, Himalaya, Parsi, Korat

Kucing yang pemalu sesuai untuk rumah tanpa kanak-kanak atau bunyi bising. Pasangan warga emas, penghuni tunggal dan pasangan yang tidak bercadang untuk memiliki anak amat sesuai untuk kucing jenis ini. Sebaik sahaja kucing pemalu menyedari yang ia dijaga rapi secara eksklusif, ia akan menjadi mesra dan bermanja dengan anda, tidur di atas riba atau mahu didakap. Baka kucing seperti kucing Korat pula akan ‘menyuarakan’ pujian buat anda apabila berpuas hati.

Personaliti: Nakal

Cadangan baka: Singapura, Bali, Scottish Fold, Cornish Rex

Video-video kucing lucu yang tular di internet? Kebanyakannya melibatkan kucing yang nakal. Kucing nakal bersifat ingin tahu dan peramah. Mereka juga bersifat penyayang dan mudah mesra dengan tuan mereka. Mereka mahukan perhatian apabila anda tidak mengendahkan mereka; melompat ke riba anda ketika anda sedang bekerja, menonton TV atau tidur. Apabila anda membersihkan kotak pasir atau mengelap lantai, mereka sentiasa mahu membantu (baca: menyibuk). Jika anda tidak mahu kerap menukar tisu tandas dan kusyen sofa, pastikan mereka tak dapat bermain dengan barang-barang tersebut atau latih kucing anda untuk tidak menyentuhnya tetapi ini memerlukan kesabaran dan kepintaran.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *