Pemuda ini diuji sebegini hanya untuk elak kucing melintas.Rupanya ada hikmah di sebalik kejadian tersebut.

Haiwan Keluarga kucing

Kehadiran kucing yang diberi nama Saga ternyata memberi tuah buat Syahmi. Benarlah kata orang dulu-dulu, setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Begitu juga dengan kisah jejaka berusia 21 tahun ini apabila rezekinya semakin melimpah selepas memelihara seekor kucing.

Pertemuan Muhammad Syahmi Sulaiman dengan haiwan comel yang diberi nama Saga itu juga berlaku dalam keadaan yang cukup luar biasa. Mesra disapa Syahmi, dia mendedahkan kereta dipandunya diisytiharkan total loss selepas dia cuba mengelak haiwan itu yang melintas secara tiba-tiba dalam satu kejadian di Balik Pulau, Pulau Pinang pada 8 Mac lalu.

“Masa tu saya baru balik pasar, dalam pukul 7 pagi. Jalan lengang tapi agak gelap. Saya perasan ada kucing bergaduh dengan anjing tepi jalan. Tiba-tiba kucing tu melintas jalan. Saya elak kucing tu hingga terkena penghadang jalan. Masa balik dari hospital, saya dan ayah pergi ke lokasi kejadian tersebut. Tengok kucing tu masih ada kat situ. Saya ambil keputusan bawa balik untuk bela.

Posting Syahmi di Twitter mengenai kejadian pada Mac lalu.

“Kucing tu kucing jantan, saya letak nama Saga sempena kereta Proton Saga milik abang yang saya pandu dalam kejadian tu,” ujar Syahmi. Biarpun dirundung nasib sebegitu, Syahmi mengaku rezekinya dalam perniagaan nasi lemak semakin bertambah selepas memelihara Saga. Jika sebelum ini pelanggannya tidak ramai, namun kini dia mengedarkan sekitar 400 ke 600 bungkus nasi lemak setiap hari ke sembilan kedai berbeza di sekitar Pulau Pinang.

Dulu mak meniaga nasi lemak. Mak minta saya teruskan, rugi kalau tak ada orang teruskan. Saya sekarang simpan modal untuk buka kedai.

“Saya baru habis diploma, sambil-sambil tunggu degree saya meniaga nasi lemak. Sebelum ni customer kurang. Sekarang Alhamdulillah makin meningkat. Setiap hari dalam 400 ke 600 bungkus saya supply ke sembilan kedai. Biasalah, Allah nak bagi rezeki ni, kita diuji dulu. Selain rezeki perniagaan makin meningkat, saya juga dalam proses untuk beli kereta baharu. Malah, saya juga dapat tawaran degree tapi saya tolak dulu sebab ada perkara tak dapat dielakkan,” kongsinya lagi.

Nasi lemak Normala kini diusahakan oleh anaknya, Syahmi.

Bercerita mengenai perniagaan itu, Syahmi berbangga memberitahu dia mula belajar memasak nasi lemak seawal usia 10 tahun. Ujarnya, ia merupakan resepi turun temurun ibunya, Normala Samsuri, 50, yang kini menjadi punca utama pendapatannya.

“Dulu mak meniaga nasi lemak. Mak minta saya teruskan, rugi kalau tak ada orang teruskan. Saya sekarang simpan modal untuk buka kedai. Keistimewaan nasi lemak kami tentunya pada sambal. Kalau orang nak tempah pun saya terima,” ujarnya yang turut membantu bapanya membuat kerja-kerja pendawaian eletrik.

Sumber : Mstar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Pemuda Sesat Atas Gunung. Tapi Bernasib Baik Gara Gara Jumpa Seekor Kucing Yang Tunjukkan Jalan Pulang. Memang Bijak Betul Kucing Ni.

Seorang lelaki berkongsi sebuah kisah bagaimana seekor kucing menjadi penyelamat kepadanya ketika sesat di sebuah gunung di Switzerland dengan menunjukkan kepadanya jalan pulang. Kisah tersebut diceritakan oleh seorang pengguna Reddit  sc4s2cg yang menyatakan bahawa dia tersesat ketika sedang mendaki sebuah gunung dan berada di sebuah pekan yang tiada orang.

“Saya memeriksa peta saya untuk melihat bagaimana saya dapat kembali ke rumah tumpangan saya, dan satu-satunya jalan yang ada adalah melalui jalan yang sudah ditutup,” katanya. Menurutnya, ketika itulah terdapat ‘penjaga gunung’ yang muncul dan menunjukkan jalan kepadanya dengan berjalan di hadapannya dan sentiasa melihat ke belakang untuk memastikan lelaki itu mengikutinya.

“Ia mula berjalan di hadapan dan sentiasa melihat ke belakang kepada saya menyuruh saya mengikutinya,” katanya. Selepas kisahnya menjadi tular, ramai orang turut berkongsi kisah mereka dan menunjukkan gambar mereka berjumpa dengan kucing tersebut ketika mendaki di gunung berkenaan. Selepas mereka berjaya menemui jalan pulang, lelaki berkenaan dan kucing tersebut berpisah membawa haluan masing-masing.

Si Bulus Ini Sering Mengiau Pukul 3 Pagi. Rupa Rupanya Ada Maksud Di Sebalik Itu Yang Dia Cuba Sampaikan.

Kucing Sofeah akan mengiau setiap kali pukul 3 pagi. Setiap hari lebih kurang pukul 3 hingga 5.30 pagi, Sofeah Razak dan suaminya akan terjaga kerana dua ekor kucing mereka akan mengiau-ngiau tak henti-henti. Menurut wanita berusia 35 tahun ini, dia dan suaminya sebelum ini menetap di Kuantan, namun terpaksa berpindah ke Selangor kerana tuntutan kerja. Jelas Sofeah, dia bertuah kerana perpindahannya berjalan lancar dan mereka menyewa rumah teres dua tingkat di Puncak Alam.

Dua minggu bertahan

Jelas wanita yang baharu mendirikan rumah tangga Disember lalu, dia dan suaminya turut membawa dua ekor kucing kesayangan ke rumah baharu itu. “Dua ekor kucing ni (Tommy dan Tuti) memang sudah lama saya bela, sebelum berkahwin lagi. Mereka berdua ni dah macam anak saya sendiri. Jadi bila nak pindah tu, kami bawa la sekali. Mana boleh tinggal di sana (Kuantan).

“Sepanjang minggu pertama kami berada di rumah baru, memang tidak ada kejadian pelik yang berlaku. Namun masuk malam kelapan saya dan suami menjadi ‘huru-hara’ sewaktu tidur. Setiap malam, lebih kurang pukul 3 hingga 5.30 pagi, kami terjaga disebabkan bunyi bising kucing mengiau-ngiau. Lebih pelik lagi si Tommy dan Tuti asyik mengadap salah satu sudut ruang tamu di rumah,” kongsinya. Jelas Sofeah, jenuh dia memanggil dua ekor kucingnya itu masuk bilik tidur, namun kedua-duanya tetap berbuat bising dengan terus mengiau seperti berada dalam kesakitan.

Lebih pelik lagi si Tommy dan Tuti asyik mengadap sudut ruang tamu di rumah.

“Keesokannya saya membawa mereka ke klinik veterinar, namun doktor memberitahu kedua-dua kucing ni sihat sahaja. Pada malam seterusnya, sebelum tidur saya membawa mereka masuk bilik tidur bersama. Peliknya pada waktu yang sama, mereka tetap mengiau-giau,” ujar Sofeah.

Panggil ayah

Susulan kejadian pelik itu berterusan Sofeah memutuskan untuk panggil ayahnya dari kampung agar datang ke rumah. “Sebaik sahaja sampai, ayah terus melakukan solat sunat di rumah. Pada malamnya kami membuat sedikit majlis doa selamat dan menjemput jiran-jiran berdekatan. Selepas sahaja majlis tamat, ada seorang pakcik ni datang berborak dengan suami dan ayah saya.

“Pakcik ni jiran selang empat rumah dari kediaman kami. Dia ada beritahu rumah yang saya tinggal itu sudah lama kosong dan tidak pernah ada yang kekal lama di sini. Katanya ada sahaja benda pelik berlaku dan pakcik tu cakap pernah dengar wanita mengilai di tengah malam. Kadang-kadang terdengar bunyi bising walaupun ketika itu tidak ada penghuni,” cerita Sofeah.

Pindah rumah

Selepas berborak panjang dengan jirannya itu, Sofeah dan keluarga mengambil keputusan untuk mencari rumah lain. “Saya tidak sanggup untuk terus berjaga malam. Kucing-kucing saya pun tidak aktif seperti dulu. Tommy dan Tuti kelihatan takut sepanjang masa. Saya memberitahu tuan rumah mengenai perancangan kami untuk tamatkan kontrak sewa lebih awal, dan dia bersetuju malah memulangkan semula wang deposit sewa rumah. Mungkin dia faham situasi yang kami hadapi ini. Peliknya dia tidak bercerita panjang,” akhiri Sofeah.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Kucing Ini Diberi Nama Sauk Untuk Mengingatkan Sesuatu Momen Ini. Tak Sangka Ini Yang Berlaku.

Bagi pencinta kucing, mereka menganggap kucing tersebut bukan hanya seekor haiwan peliharaan tetapi sebahagian daripada keluarga mereka. Tidak dinafikan, gelagat kucing yang comel dan manja sering membuatkan ramai yang jatuh cinta. Percayalah golongan ini tidak kisah berhabis wang demi kucing yang disayangi, asalkan kucing-kucing tersebut sentiasa sihat dan cukup makan.

Seperti kisah seekor kucing yang bernama Sauk ini mempunyai sejarah tersendiri. Menerusi laman Facebook Ahmad Angoh berkongsi kisah saat dia menyelamatkan haiwan ini di muara sungai ketika memancing. Kucing ini diberi nama Sauk kerana semasa menyelamatkannya, lelaki ini menggunakan penyauk. Mudah kata, letak saja nama Sauk supaya senang diingati kejadian ini.

Al kisah tersebut lah kisah Mei 2019 tengah memancing.

Jumpa si bulus yang diberi nama Sauk ini hanyut di bawa arus laju (air surut). Kalau lambat sikit atau tak nampak confirm sampai ke laut Kuantan. 

Rata-rata pengguna Facebook mendoakan kesejahteraannya dan memuji tindakan lelaki ini menyelamatkan kucing tersebut.

Sumber: Ahmad Angoh

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *