Niat untuk bela kucing terbatal apabila terjadi seperti ini. Sampaikan sejumlah ini dah dikeluarkan untuk kucing parsi tersebut.

Haiwan kucing Viral

Gara-gara berkenan dengan seekor anak kucing cantik dan gebu, sepasang suami isteri terpaksa menanggung kerugian RM3,200 selepas mendakwa ditipu ‘hidup-hidup’ oleh penjual haiwan peliharaan itu di laman sosial. Menurut wanita berusia 34 tahun dari Johor yang mahu dikenali Intan, dia dan suami berminat untuk memelihara seekor lagi anak kucing di rumah mereka.

“Kami sudah ada seekor kucing dan rancangnya nak cari lagi untuk dijadikan teman yang ada di rumah tu. Tanpa diduga kami terlihat satu iklan di Facebook daripada penjual kucing. Laman itu hanya minta saya tinggalkan nombor telefon untuk dihubungi,” jelasnya.

Perbualan di WhatsApp bersama penjual kucing

Menurut Intan, selepas itu dia dihubungi oleh seorang lelaki menerusi aplikasi WhatsApp. “Tengok pada nombor, bukan dari Malaysia. Tetapi kami tidak berapa mengambil ‘port’ memandangkan tawaran harga seekor anak kucing Parsi sangat murah. Bermula dengan harga RM800, akhirnya kami dapat dengan hanya RM200. Pemilik yang menjual kucing itu bernama ‘Bayuandikasitinjak’ telah menghubungi kami dan memberitahu ‘update’ proses menghantar anak kucing itu ke alamat yang diberikan.

“Suatu hari seseorang menghubungi dari ‘Badan Kerantina Pertanian’, Batam mengatakan saya perlu membayar cukai untuk penghantaran ke Lapangan Terbang Senai menerusi penerbangan AirAsia. Katanya kalau tidak membuat pembayaran deposit sebanyak RM1,500, kucing itu akan ditahan. Katanya lagi, pihaknya hanya mengambil bayaran sebanyak RM50 daripada jumlah itu dan akan dikembalikan bakinya. Jadi kami tanpa berfikir, suami terus membuat transaksi pembayaran ke sebuah bank Indonesia.

“Selepas itu kami sekali lagi menerima panggilan telefon mengatakan dari Jabatan Perhilitan Kuala Lumpur memberitahu saya perlu membayar deposit perlindungan sekali lagi sebanyak RM1,500 untuk jenis kucing itu dan akan mendapat balik RM1,450 seperti bayaran di Batam. Saya terus menelefon perhilitan dan mendapat tahu apa yang diperkatakan itu adalah tidak benar. Apabila diberitahu kepada pemanggil itu, dia cuma cakap saya tidak akan terima kucing itu jika tidak membuat bayaran. Malah saya juga dipaksa untuk datang ke Kuala Lumpur mengambil kucing.

“Kami bertegas tidak mahu ke KL kerana sibuk dengan kerja masing-masing dan dia berjanji akan hantar ke rumah. Dan wang deposit sebanyak RM3,000 akan dikembalikan pada hari berikutnya. Namun selepas beberapa hari menunggu, kami sedar sudah ditipu. Saya cuba menghubungi penjual kucing itu, dan dia seperti berlakon terkejut apabila mengetahui kucing belum sampai. Saya yakin dia dan pemanggil dari Batam dan Perhilitan itu adalah ‘geng’ mereka,” ceritanya.

Selepas kejadian itu, dia dan suaminya telah membuat laporan polis untuk kes penipuan ini. “Terlalu mudah percaya dengan tawaran murah, kami ditipu. Walhal suami saya seorang yang berhati-hati dalam bab ini. Saya berharap pengguna Facebook tidak mudah percaya dengan apa sahaja yang dijual dari luar negara. Lebih baik berurusan dengan penjual-penjual tempatan kerana kalau apa-apa berlaku kita boleh kesan mereka dengan lebih mudah. Serik. Lepas ini saya mahu cari kucing yang di jual dalam negara sahaja,” jelasnya.

Sumber : Mstar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Si Bulus Ini Sanggup Setia Tunggu Pemiliknya Pulang. Tapi Rupanya Tuannya Dah Pun Sebulan Pindah.

Kalau boleh, kucing mesti nak berkepit 24 jam dengan tuannya. Tidak boleh berenggang walaupun sekejap. Macam tuannya itu ibarat ibu kandungnya sendiri. Namun, jika si tuan sudah tinggalkannya, kucing itu tetap akan setia mencari dan menunggu kelibat tuannya. Kes ini selalu terjadi apabila tuan kucing pergi buat selamanya, haiwan comel itu masih menunggunya di rumah ataupun ‘meratap’ di pusara sehingga berhari-hari lamanya.

Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok Hazrinyenn memuat naik satu video yang pasti meruntuh hati kita semua. Ianya tentang seekor kucing didakwa milik jiran yang sudah lama menunggu kepulangan tuannya. Difahamkan, tuan kucing ini didakwa sudah berpindah ke rumah lain. Namun ianya, kucingnya dipercayai tidak dibawa sekali.

Terserlah melalui air mukanya, kucing ini masih mengharap tuannya pulang dengan penuh sabar. Entah bilanya lagi dia dapat berjumpa tuannya semula. Sedih dengan nasib yang menimpa, ramai warganet lain turut berharap agar kucing ini ‘tabah’ menghadapi kesunyian selepas ini.

Malah tidak kurang juga, ramai yang berharap agar pemilik video ini mengambil alih tanggungjawab untuk membela semula si bulus ini di bawah jagannya.

Semoga si kucing ini akan mendapat tuan baharu nanti. Jangan sedih-sedih ye cik meow. Ramai sayangkan awak.

Sumber: TikTok Hazrinyenn

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Kucing Ini Terlalu Rajin Pergi Kuliah. Kucing Ini Secara Tak Langsung Popular Di Kalangan Penuntut Dan Warganet

Selalunya mesti ada pelajar yang malas mengikuti kuliah, tetapi percaya atau tidak ,ada seekor kucing popular dengan nama Labun rahin betul ke kelas. Gara gara kerajianan,aksi dan telatahnya di kelas dalam sekelip mata sahaja Labun popular dan tular beberapa tahun lalu (2016). Ternyata ramai yang terhibur sehinggakan Labun kini sudah memiliki kad matriknya sendiri.

Difahamkan ia diberikan oleh pihak kampus Universiti Islam Antarabangsa , Gombak sebagai tanda pengenalan haiwan peliharaan di situ. Jelas Astro Awani, Labun asalnya seekor haiwan jalanan, tetapi ia kini dijaga rapu oleh ibu ibu angkatnya. Malahan pelajar dan pensyarah di situ tak lokek memberikan makanan dan bermain dengan Labun. Kalau cuti semester berlangsung, maka pekerja pembersihan la yang akan membantu tengok tengokkannya.

Jelas seorang pensyaraha yang dikenali sebagai Prof Norsaremah menjelaskan, kehadiran Labun bukan sahaja hiburan tetapi ia juga merupakan cara untuk pupuk rasa sayang dan simpati terhadap haiwan. Untuk pengetahuan, bangunan Kuliyyah of ICT di universiti itu sudah lama menjadi kediaman Labun jadi tak hairanlah kalau ramai sayang akan Labun. Senang cerita, Labun ni memiliki kehidupan yang sempurna dengan rumah yang besar dan keluarga yang baik menjaganya serta ang palin penting ada kad matrik sendiri.

Warna Bulu Unik Sangat Seolah Olah Macam Singa. Kucing Ini Jadi Tumpuan Pula Di Wadi Rum Jordan

Macam yang kita semua sedia tahu, kucing antara salah satu haiwan yang menjadi kesukaan ramai orang terutamanya pencinta kucing. Selain dengan telatah dia yang manja, kecomelan haiwan ini menjadi punca ramai suka dengan mereka. Selalunya korang tengom kucing warna oren kan atau nama glamornya oyen. Kali ni, admin nak kongsi tentang seekor kucing yang tular dekat Twitter gara gara warna bulu dia. Kredit kepada @nknukman di twitter

Masa tengok gamba tu, ingatkan ada orang letak rambut palsu atau kucing itu dipakaikan costume. Tapi ternyata ia memang bulu kucing tersebut. comel dan unik betul. Kalau perhati betul betul nampak macam kena spray kan. Oren dia pekat sangat. Kalau boleh admin pun nak simpan satu kalau boleh. Memang betul betul original. Memang spesis rare ni.Elok lah tu sorang ingat macam Simba, sorang ingat dia baru lepas makan keropok Super Ring. Tapi apa-apa pun memang lain macam betul kaler dia kan. Kalau korang ada terjumpa spesis macam ni roger-roger lah admin ye.

Pelik Kucing Selalu Tidur Kat Bahagian Kaki. Ternyata Ini Punca Kucing Lebih Suka Tidur Di Bahagian Kaki

Admin nak tanya kepada pencinta kucing yang tengah baca ni. Korang mesti perasan kan kucing peliharaan korang ada perangai pelik yang sebenarnya dah lama korang perhatikan.Antaranya ada yang suka bergumpal dalam pakaian tuannya, ada yang suka menunggu di hadapan pintu bilik mandi dan sebagainya.Namun, satu persamaan kucing-kucing ini adalah banyak antara mereka gemar tidur bersama tuannya di atas katil, terutamanya berhampiran kaki.

Menurut kenyataan Vets Explain Pets, kucing cenderung berada berhampiran dengan orang yang menjaganya. Sebagai contoh, ia akan suka ‘menempel’ dengan individu yang memberi makan serta memenuhi keperluan lain bagi dirinya.Pun begitu, soalnya, kenapa ia memilih untuk tidur pada bahagian kaki dan bukan lebih dekat seperti badan anda?

Hal ini kerana ia dipercayai mengelak daripada ‘terprangkap’ sama ada dari pelukan pemilik mahupun timbunan selimut atau bantal yang mungkin mengganggu pergerakannya.Tambah portal itu, tidur pada bahagian kaki memberi kucing ruang untuk bergerak bebas serta berada dalam keadaan sedia. Ia juga dipercayai bagi memudahkan kucing untuk melihat sesiapa yang keluar atau masuk ke bilik sebagai langkah melindungi pemiliknya.

Seterusnya, tidur berhampiran manusia pada waktu malam juga dapat memberi kehangatan pada kucing, membuatkan ia lebih selesa.Anda mungkin berfikir, kucing anda manja dan suka berdampingan dengan anda. Namun jangan lupa, sebagai haiwan territ0rial, mereka mungkin berfikir anda yang menumpang katilnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *