Gadis Kanada ini ambil keputusan tidak akan keluar dari negara ini hanya sebab kucing. Ini sebenarnya yang terjadi.

Haiwan Kehidupan kucing

Shramko bersama kucingnya, Kitya. Wanita ini sudah seminggu tidak keluar rumah. Kali terakhir Kristina Shramko tinggalkan kediamannya di Wuhan, China, beberapa pegawai di pasar raya memeriksa suhu badannya sebelum dia masuk ke kedai untuk membeli barangan runcit. Dia memakai topeng, arahan yang perlu dipatuhi di Wuhan sejak akhir Januari, malah pegawai-pegawai membuat rondaan sekitar kedai untuk memastikan pelanggan mematuhinya, kata Shramko.

Wuhan telah ‘dikunci’ sejak 23 Januari lalu kerana di bandar yang mempunyai 11 juta penduduk itulah bermulanya wabak Covid-19. Covid-19 sehingga kini telah menjangkiti sekurang-kurangnya 67,000 orang dan menyebabkan lebih daripada 1,500 orang telah kehilangan nyawa. Majoriti kes berlaku di wilayah Hubei dan China telah mengurung lebih daripada 50 juta penduduk di seluruh wilayah itu dan semua pengangkutan masuk dan keluar dari Wuhan telah dihentikan.

Keadaan jalan raya di Wuhan pada 3 Februari lalu.

Shramko adalah warga Kanada, dibesarkan di Vancouver dan belajar pemasaran fesyen. Dia bertemu dengan teman lelakinya yang tinggal di Wuhan, ketika berkunjung ke sana selama sebulan. Dia kemudian berpindah ke Wuhan untuk bersama teman lelakinya kira-kira lapan bulan sebelum wabak bermula.

Apabila bandar itu ditutup, teman lelaki Shramko sedang berada di luar kawasan atas urusan kerja, menyebabkan dia tidak boleh kembali. Dia terpaksa tinggal bersama keluarga di wilayah yang berbeza. Situasi ini telah menyebabkan Shramko tinggal keseorangan, hanya ditemani kucingnya, Kitya.

Apabila pihak berkuasa Kanada menyewa penerbangan khas untuk membawa pulang rakyatnya, Shramko pun membuat pendaftaran. Tetapi apabila mendapat tahu terdapat dasar ketat yang melarang haiwan peliharaan dalam penerbangan, dia nekad tidak akan tinggalkan Kitya.

“Saya tak tahu bila wabak itu akan berakhir, jadi saya rasa seperti mengabaikannya walaupun saya memberikannya kepada kawan,” Shramko memberitahu Business Insider. Tetapi kehidupan dikuarantin tidak mudah. Selepas sebulan hanya bersendirian dan tidak banyak berinteraksi dengan manusia, ia benar-benar mencabar mental,” kata Shramko.

Kedai runcit di seberang jalan dari pangsapuri tempat dia menginap kosong, katanya. Hanya ada beberapa bungkus mi di rak, tetapi sebahagian besar rak sudah tiada barang. “Di luar keadaannya macam bandar hantu. Saya tinggal di seberang pusat beli-belah dan ia sentiasa penuh dengan manusia, malah jalan masuk ke tempat letak kereta mall sentiasa sibuk, kini tiada kereta dan tiada siapa di luar,” katanya.

Pasar raya berhampiran rumah Shramko.

Shramko yang berusia 21 tahun, tinggal di daerah Hanyang di Wuhan. Dia menghabiskan masa sepanjang tempoh kuarantin dengan menghasilkan kandungan YouTube. Pada siang hari, dia merakam dan menyunting video atau menonton video pengguna lain.

“Jika saya tak buat video, saya akan menonton filem. China ada saluran hampir sama dengan Netflix jadi saya dapat menonton filem Amerika di sini.” Dia juga membaca buku dan bermain dengan Kitya. Orang yang sering berbual dengannya adalah teman lelakinya, selain rakan-rakan yang memeriksa keadaan dirinya dari semasa ke semasa. Shramko juga bercakap kepada keluarganya hampir setiap hari.

“Mereka beritahu saya apa yang mereka dengar mengenai koronavirus di Kanada dan saya beritahu mereka apa yang berlaku di China,” katanya. Buat masa ini, kerajaan China telah menawarkan untuk melanjutkan visa rakyat asing bagi mereka yang dikuarantin. Tetapi wang semakin berkurangan, katanya. “Tiada siapa yang bekerja sekarang jadi tiada pendapatan. Saya cuba berjimat kerana kita tak tahu bila semua ini akan berakhir,” katanya.

Sepanjang tempoh kuarantin, Shramko banyak bermain dengan kucing, membaca dan menghasilkan kandungan Youtube.

Dia mendengar khabar angin bahawa tempoh kuarantin itu boleh berlanjutan sehingga April atau Mei. Shramko mengakui dia tidak terlalu bimbang dengan Covid-19 pada permulaan arahan berkurung. “Masa tu saya fikir ia tidaklah berbahaya kerana masih belum nampak gambaran jelas, seolah-olah sesuatu yang anda lihat dalam filem. Selepas beberapa minggu, barulah saya sedar ia adalah perkara serius,” katanya.

Tetapi dia mengakui sesetengah orang begitu dramatis kerana terlalu takut dengan wabak itu. “Banyak kali orang mesej saya di Twitter atau Instagram dengan panik, minta saya tinggalkan China sekarang, seolah-olah jika saya tak keluar, saya akan pergi buat selamanya. Jika anda berhati-hati dan ambil langkah berjaga-jaga yang perlu, anda akan baik-baik saja,” katanya.

Tetapi itu tidak bermakna dia mahu terus tinggal di Wuhan. Shramko berkata dia hanya akan gelisah jika kembali ke Kanada dan berharap kerajaan akan membenarkan dia keluar bersama Kitya. “Dia sentiasa berada dengan saya sepanjang tempoh kuarantin ini. Saya patut sentiasa berada di sisinya juga,” katanya.

Sumber : Mstar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Bilik Guru Bertukar Kecoh Bila Murid Bawa Kucing Dari Rumah. Rupanya Ini Yang Berlaku.

Bagi guru sekolah rendah, pasti ada sahaja pelbagai ragam dan keletah anak murid yang perlu dihadapi dengan tenang sepanjang menjayakan sesi pembelajaran. Kadang kala, golongan cilik itu bertindak di luar jangkaan orang dewasa apabila menerima arahan daripada para pendidik bagi menyiapkan kerja sekolah mereka. Baru-baru ini, bilik guru di sebuah sekolah bertukar kecoh seketika apabila seorang cikgu berjaya ‘menyelamatkan’ seekor kucing yang dibawa oleh muridnya dari rumah.

Pening cikgu! Murid bawa kucing ke sekolah

Menerusi sebuah perkongsian video @isfiefaraulah di platform TikTok, dapat dilihat guru berkenaan Siti Saharah mengeluarkan kucing tersebut dari beg berwarna merah jambu milik muridnya sebelum didatangi guru-guru lain. Difahamkan, murid tersebut membawa si comel itu ke sekolah bagi mengikuti mata pelajaran yang berkaitan dengan jenis binatang dan haiwan. “Tak, hari ni belajar berkaitan haiwan,” kata cikgu Siti selepas ditanya seorang guru sekiranya murid tersebut memberikan kucing itu kepada dirinya. Tidak lama kemudian, cikgu Siti meletakkan kucing berkenaan di dalam sebuah bekas dan memberikan makanan selepas si comel itu kelihatan agak lemah.

Rakaman video berdurasi 30 saat itu menerima pelbagai reaksi warganet dimana rata-rata terhibur dengan tindakan ‘tidak bersalah’ kanak-kanak tersebut selain berkongsi pengalaman masing-masing.

Dulu aku pun macam tu!

Angan2 aku masa sekolah dulu

Betul2 ikut arahan cikgu ni…

Tak pasal2 cikgu kena jaga!

Nasib baik takde apa-apa yang berlaku! Untuk penjaga murid, boleh sentiasa ‘alert’ apa yang dibawa oleh kanak-kanak. Maklum la, kadang-kadang mereka ni terlebih kreatif.

Sumber: TikTok @isfiefaraulah

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Satu Kajian Menyatakan Kucing Bantu Lindungi Bayi Dari Satu Sakit. Ternyata Ini Hasil Kajian Tersebut

Acap kali kita dengar orang beri nasihat agar jauhkan anak daripada kucing kerana dikhuatiri mudah menyebabkanjngkitan kuman. Terbaru, sebuah kajian terbaru mengatakan kehadiran kucing di dalam rumah boleh melindungi bayi daripada sakit terutamanya membabitkan pernafasan iaitu asma. KEdengaran agak menarik tapi macam tak logik kan.

Menurut professor paedatrik Hans Bisgaard, ada 1 gen dalam tubuh manusia bila diaktifkan akan undang risiko sakit asma. Namun begitu, ternyata dengan adanya kucing boleh menjadi asbab gen itu terus dinyahaktif bagi melindungi sistem imun bayi baru lahir. Anda semua pasti ingin mengetahui sejauh mana kebenarannya. Ternyata sebuah kajian menggunkan 377 gen bayi baru lahir termasuk mengambil faktor persekitaran seperti kewujudan haiwan peliharaan seperti kucing di rumah

Lebih mengejutkan sekali hasil kajian itu mendapati kehadiran kucing bukan sahaja melindungi bayi daripada asma, bahkan sakit yang popular di kalangan bayi baru lahir juga iaitu pneumonia dan bronchitis. Tetapi kajian ini terlaluawal untuk dibuktikan.. Mungkin juga kehadiran bakteria bawaan daripada kucing antara punca sakit asma berkurang. Namun begitu, Bisgaard masih percaya kehadiran kucing juga merupakan salah satu faktor kepada penyakit ekzema terhadap bayi. 

Tak Ramai Tahu Kucing Boleh Alami Hamil Palsu. Ini Antara Tanda Pemilk Kucing Perlu Tahu

Bagi sesetengah pemilik kucing,bila kucing peliharaan mereka hamil iamerupakan berita yang menggembirakan sebab akan hadirnya anak anak kucing yang comel serta menambahkan keceriaan di dalam rumah. Tetapi sebagai pemilik kucing, anda perlu perhatikan betul betul tada kehamilan pada kucing. Tanpa korang sedar, kucing anda akan alami hamil palsu atau dipanggil pseudopregnancy yang merupakan keadaan seperti kucing itu hamil tetapi sebenarnya tidak.

Berdasarkan kenyataan dari Pet MD, ketidakseimbangan hormon dianggao memainkan peranan yang agak penting dalam keadaan kehamilan palsu. Kebiasaannya, kucing betina yang mengalami hamil palsu menunjukkan gejala ini sekitar satu atau dua bulan setelah estrus atau tempoh berahi tamat. Bergantung pada tingkat keparahan masalahnya, gejala kucing hamil palsu boleh terjadi lebih dari sebulan.

Berikut merupakan tanda tanda kucing hamil palsu. Antaranya ialah, perubahan tingkah laku. Kucing betina yang tidak bunting dapat menunjukkan gejala aktiviti penjagaan, bersarang dan merawat diri,Kegelisahan,Ketegangan perut,Pembesaran kelenjar susu,Muntah,Tekanan,Kehilangan nafsu makan,Keputihan berair atau rembesan air dari kelenjar susu

Difahamkan ini penyebab kucing hamil palsu.Penyebab yang kukuh dari keadaan hamil palsu ini tidak diketahui. Namun demikian, ketidakseimbangan hormon, terutama progesteron dan prolaktin dianggap mempunyai peranan penting dalam perkembangannya.

Penanganan .Jika gejala tidak berlaku dalam tempoh yang lama, perawatan biasanya tidak diperlukan. Jika gejala terus berlaku, doktor haiwan mungkin menyarankan suplement hormon, ovariohisterektomi atau pengangkatan ovarium dan rahim. Ini dilakukan untuk mencegah kucing kembali mengalami hamil palsu. Untuk mengurangkan perairan kelenjar susu, doktor haiwan akan menyarankan anda untuk menggunakan tungku sejuk atau panas untuk meminimumkan rangsangan yang

Untuk pengetahuan, kon leher juga dapat membantu mencegah tingkah laku kucing  dari menjilat dari rangsangan susu. Untuk beberapa keadaan, mengurangkan pengambilan makanan harian dapat membantu mengurangkan pengeluaran susu. Bagi pemilik yang tidak merancang untuk membiakkan kucingnya dan tidak ingin kucing betina melahirkan di masa mendatang, ovariohisterektomi adalah jalan penyelesaian yang baik untuk mencegah hamil palsu di masa mendatang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *