Gadis si cilik ini sampaikan menangis apabila dapat suatu hadiah ini dari bapanya. Rupanya ini impiannya dari dulu.

Haiwan kucing Viral

Nur Aysar, 8, menangis terharu mendapat kejutan hadiah kucing daripada ibu bapanya. Video seorang kanak-kanak perempuan yang memeluk seekor kucing sambil menangis dengan penuh emosi mengundang sebak warganet. Disangka meratapi kehilangan kucingnya, tangisan itu sebenarnya luahan rasa terharu kanak-kanak itu menerima kejutan hadiah berupa kucing peliharaan.

Drama air mata itu kemudian bertukar kepada keterujaannya bersama dua adiknya di dalam kereta apabila diberikan seekor kucing yang diletakkan di dalam sangkar. “Abah, kakak berterima kasih. Abah, terima kasih bagi kucing,” kata kanak-kanak perempuan itu yang menggelarkan dirinya ‘kakak’ menangis teresak-esak. Video berdurasi satu minit dan 35 saat itu menjadi tular selepas dimuatnaik oleh sepupu mereka di laman Twitter dengan setakat ini diulang kicau lebih 16,000 kali.

Nur Asyar menangis kerana terharu hasrat untuk membela kucing tercapai.

Alya Addini Mazzam berkata, sepupunya, Nur Aysar Amni Mohd Saidi yang berumur lapan tahun sememangnya terkenal sebagai ‘ratu air mata’ dan mudah sensitif dengan sesuatu yang menyentuh perasaan. Gadis berusia 22 tahun itu memberitahu, Nur Aysar telah lama menyimpan hasrat untuk membela kucing kerana begitu menyayangi haiwan berkenaan.

“Nur Aysar terkenal dengan drama queen dia. Kalau ada yang sensitif, memang dia cepat tersentuh dan menangis. Kalau bercerita, memang dia beria-ria. Tapi Nur Aysar juga sayangkan kucing. Kalau jumpa kucing di mana-mana pasti akan dibelainya dan diberi makan sekiranya berpeluang,” katanya.

Nur Aysar bersama adik-adiknya memegang kucing bernama Bella dan Taeyang.

Alya bagaimanapun berkata, hasrat sepupunya itu terpaksa ditangguhkan kerana masalah untuk menjaga kucing di kediaman pangsapuri di Puchong, Selangor. Namun menurutnya, ibu bapa Nur Aysar kemudian merancang untuk menunaikan impian anak sulung daripada tiga beradik selepas mereka berpindah ke rumah teres di Putra Heights di Subang Jaya, Selangor baru-baru ini.

Nur Aysar sayangkan kucing. Kalau jumpa kucing di mana-mana pasti akan dibelainya dan diberi makan.

“Sebab terkenal dengan perangai drama queen dia, tu yang sampai Nur Aysar menangis macam tu. Bukan seekor tapi dua ekor dapat, tu yang dia terharu sangat. Tertunai juga hasrat dia nak bela kucing, sebelum ni selalu survey kat kedai haiwan peliharaan,” tambah pelajar Ijazah Sarjana Muda Perakaunan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Alor Gajah di Melaka itu.

Alya yang berasal dari Kuala Selangor memberitahu dua kucing itu diberi nama Bella dan Taeyang, dan terdapat kisah di sebalik pemberian nama tersebut. Nur Aysar ni memang peminat muzik K-pop terutama Taeyang dan kumpulan Blackpink. Walaupun baru lapan tahun, Nur Aysar boleh hafal nyanyi lagu Taeyang. Yang kelakarnya nama Taeyang untuk kucing tu bagi mengubati kekecewaan penyanyi K-pop kegilaannya itu yang telah berkahwin. Dia kata kalau tak dapat kahwin dengan Taeyang, dapat kucing nama dia pun jadilah,” katanya secara berseloroh.

Taeyang yang juga merupakan anggota kumpulan K-Pop terkenal, Big Bang berkahwin dengan pelakon, Min Hyo Rin pada Februari 2018. Mengenai kucing Bella, jelas Alya, nama tersebut diberi sempena karakter permainan video yang sering dimainkannya bernama Belle. “Walaupun kelakar, drama queen dan hati tisu, Nur Aysar sebenarnya seorang kanak-kanak yang lebih matang daripada usianya,” katanya.

Sumber : Mstar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Si Bulus Ini Merajuk Setelah Kena Tinggal Oleh Tuannya. Sekali Bila Tindakan Ini Dibuat Zoe Terus Muncul.

Rakaman monitor Zoe ketika namanya dipanggil. Bagi pencinta haiwan, berada jauh atau terpaksa tinggalkan haiwan kesayangan ini walaupun seketika bukanlah satu perkara mudah. Ketika musim perayaan atau cuti panjang, haiwan-haiwan peliharaan seperti kucing terpaksa ditinggalkan di rumah atau ada juga yang dihantar ke ‘hotel haiwan’ untuk dijaga.

Begitu juga dengan pemilik kucing ini yang terpaksa tinggalkan beberapa ekor kucing kesayangannya di rumah sahaja kerana tidak mahu ‘mereka’ merajuk jika dihantar ke hotel haiwan ketika pulang ke kampung di Johor Bahru sempena sambutan Hari Raya Aildiladha minggu lalu. Menurut Addy, 34, dia bersama kakak dan keluarganya terpaksa tinggalkan empat ekor kucing di dalam rumah selama beberapa hari.

Zoe dirakam menerusi kamera yang dipasang di rumah.

“Sebenarnya anak saudara tak ikut kami balik kampung sebab dia bekerja pada hari raya dan dialah yang menjaga kucing-kucing ini. Tetapi ada suatu hari tu, dia tidak ada di rumah sepanjang hari kerana bekerja. Rumah kakak saya ini dilengkapi dengan 15 kamera litar tertutup (CCTV) untuk kediamannya. Tetapi satu hari ketika kami memantau keadaan rumah itu, salah seekor kucing peliharaan yang dinamakan Zoe, baka British Shorthair tidak kelihatan. Jenuh kami memeriksa rakaman di setiap sudut rumah, namun langsung tak nampak dia,” kongsinya. Jelas Addy, kucing itu amat rapat dengan kakaknya.

Memandangkan jauh untuk pulang ke Kuala Lumpur, kakak saya ambil keputusan memanggil namanya menerusi monitor suara yang dipasang di rumah.

“Memandangkan jauh untuk pulang ke Kuala Lumpur, kakak saya ambil keputusan memanggil namanya menerusi telefon bimbit yang mempunyai akses kepada monitor suara yang dipasang di rumah. Jadi kakak saya panggil nama Zoe. Beberapa minit kemudian kucing itu muncul di monitor tunjuk muka. Rupa-rupanya dia menyorok di bawah langsir. Sebaik sahaja dia muncul, memang kami semua lega. Dia memang manja dan sentiasa nak dibelai,” jelas Addy yang berkongsi mengenai Zoe ini di laman Twitternya.

Mengulas mengenai pemasangan 15 buah CCTV di rumah kakaknya itu, Addy memberitahu ia adalah langkah keselamatan selepas rumah itu dirompak oleh pembantu rumah sendiri pada Mei lalu.

Zoe seekor kucing yang manja dan aktif.

“Sebelum ini memang ada CCTV, tetapi abang ipar tambah lagi di setiap tingkat rumah selepas pembantu rumah buat hal. Kami kerugian hampir RM100,000 dengan pelbagai barang yang hilang termasuk barang kemas, pakaian, kasut, set pinggan mangkuk dan sebagainya. Susulan kejadian itu, kami lebih berhati-hati. Walaupun sudah beberapa bulan berlalu, pembantu rumah yang berusia 25 tahun berketurunan Batak itu masih belum dapat dikesan. Laporan polis sudah dibuat, namun belum ada khabar berita. Saya percaya kejadian itu bukan dilakukan oleh dia seorang, sebaliknya mungkin ada rakan subahat,” ujar Addy.

Sumber : Mstar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *