Kucing dari Jepun ini tular setelah bakat tariannya tular. Tak sangka ianya dapat tarik perhatian seramai ini.

Haiwan kucing Viral

Aksi Chaco yang menarik perhatian ramai. Buka sahaja laman Instagram, Facebook mahupun Twitter, pasti banyak akaun yang didedikasikan khas untuk kucing. Di Jepun pula, seekor kucing berusia tiga tahun menjadi tular kerana kehebatan aksinya menari.

Digelar Chaco, aksi kucing itu yang seolah-olah terbang persis penari balet cukup mencuri tumpuan. Sehingga kini, Instagram kucing itu memiliki 23 ribu pengikut.

Antara foto di Instagram kucing itu.

Layari sahaja akaun berkenaan, anda bakal disajikan lebih 1,300 paparan video serta foto melibatkan kucing itu. Selain Chaco, Instagram @wakaponsan itu turut mempamerkan seekor lagi kucing dikenali sebagai Suzuka. Chaco merupakan kucing yang diambil daripada pusat penyelamat haiwan di bandar Ageo. Ujar pemiliknya, dia melihat Chaco sewaktu membuat sumbangan makanan di sebuah kafe suatu ketika dahulu.

Sumber: Bored Panda

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Rupanya Ada Beberapa Jenis Tanaman Yang Tidak Disukai Oleh Si Bulus Anda. Ini 6 Jenis Tanaman Yang Tidak Digemarinya.

Bagi sebahagian orang, kucing adalah haiwan yang lucu dan menggemaskan, sehingga merupakan salah satu haiwan peliharaan terpopular. Selain itu, kucing liar pun kadang menghampiri rumah kita, hanya sekadar lewat atau kerap “menumpang rehat.” Namun demikian, seringkali baik kucing peliharaan mahupun kucing liar menggali atau menginjak tanaman di pekarangan rumah. Ini membuat tanaman rosak dan tidak sedap dipandang.

Sebagai penyelesaiannya, Anda boleh menanam sejumlah tanaman yang tidak disukai kucing di pekarangan rumah. Meskipun tidak ada jaminan bahawa tanaman ini akan berhasil mengusir kucing dari pekarangan rumah, namun tak ada salahnya mencuba. Tanaman ini beberapa di antaranya memiliki aroma kuat yang mungkin disukai manusia, namun dibenci oleh kucing. Dilansir dari Tips Bulletin, Jumaat (16/4/2021), berikut beberapa tanaman yang dibenci kucing di pekarangan rumah.

1. Geranium (Pelargonium)

Geranium adalah pilihan yang sangat baik jika anda mencari pengusir kucing alami yang juga menambah warna pada landskap pekarangan rumah. Bagi manusia, tanaman taman ini mengeluarkan bau yang menyenangkan, tetapi kebanyakan kucing menganggapnya tidak enak untuk persekitarannya. Geranium merupakan tanaman luar ruangan, tetapi juga cocok ditempatkan di dalam rumah sebagai tanaman hias indoor. Dengan perawatan yang cukup, bunga geranium terus mekar selama cuaca sejuk.

Saat merawat geranium, penting untuk menyiram sedikit dan hanya menyiram saat daun mulai layu. Potong daun tua yang telah tiada saat pertumbuhan daun baru muncul. Sebelum menyiram, biarkan tanah mengering dan kurangi penyiraman di cuaca dingin, tetapi tidak cukup untuk membiarkan akar mengering.

2. Lavender (Lavandula)

Meskipun sebagian besar kita menyukai aroma lavender, lavender tidak menjadi kegemaran di antara kucing karena alasan tertentu. Dengan demikian, lavender adalah pilihan yang sangat baik sebagai tanaman untuk mengusir kucing. Lavender bukan hanya pengusir kucing yang baik, namun juga mampu mengusir serangga. Saat digunakan untuk menjauhkan kucing dari pekarangan rumah, yang terbaik adalah menanamnya dalam barisan.

Satu masalah yang akan anda hadapi dengan lavender adalah banyaknya pilihan yang tersedia. Meskipun semuanya membantu mencegah kucing masuk, varietas yang lebih tinggi adalah yang paling efektif. Kucing adalah pelompat, tetapi jika semak menghalangi pandangan mereka seperti tanaman lavender yang lebih tinggi, mereka tidak akan terlalu penasaran. Menanam lavender di sepanjang perbatasan dinding pagar juga membantu mengusir kucing.

3. Rosemary (Rosmarinus officinalis)

Rosemary tidak hanya membantu mengusir kucing dari pekarangan rumah, tetapi juga sangat berguna dalam memasak. Saat menanam rosemary, perlu diingat bahwa tanaman ini lebih menyukai iklim yang kering dan relatif hangat, serta tidak tumbuh dengan baik di tanah yang basah atau suhu dingin.

Gunakan kompos berkualitas tinggi dengan pH 7 karena tanaman ini lebih menyukai tanah yang netral daripada basa.

Menanam lavender di dalam pot di sepanjang teras atau di dekat hamparan bunga juga dapat membantu mengusir kucing, karena baunya yang menyengat.Lihat FotoIlustrasi citronella. (PIXABAY/LEOLEOBOBEO)

4. Citronella (Pelargonium graveolens citrosa)

Selain berguna sebagai bahan masakan dan membantu mengusir nyamuk, citronella juga berfungsi untuk membantu mengusir kucing. Citronella adalah geranium yang mengeluarkan aroma seperti jeruk yang disukai manusia, tetapi kucing, nyamuk, dan serangga lainnya tidak suka. Citronella bekerja di hamparan tanah atau pot yang ditempatkan di seluruh teras dan di sepanjang jalan setapak. Jangan memupuk tanaman ini secara berlebihan, karena nitrogen yang berlebihan mengurangi aroma daun. Perlu diperhatikan, sereh adalah tanaman yang rapuh dan tidak tumbuh dengan baik di iklim dingin.

5. Serai (Cymbopogon)

Serai tumbuh tinggi, rumpun berumput dan mencapai ketinggian hingga 1,5 meter. Penampakan tumbuhan tropis ini mirip dengan rerumputan hias. Sebagai tanaman herbal, serai menawarkan banyak sekali khasiat, salah satunya adalah kemampuan mengusir kucing dan hama lainnya dengan aroma buah lemon-citrus yang khas.

Jangan pernah menanam serai di tanah basah. Kerana merupakan tanaman tropis, ia menikmati kelembaban tetapi akan cepat tiada jika dibiarkan di tanah yang memungkinkan air menggenang. Saat menanam serai, pilih lokasi yang terkena sinar matahari penuh. Sebagai tanaman tropis, serai memerlukan tanah yang dikeringkan dengan baik dengan kelembaban yang stabil untuk memastikan akarnya tidak mengering. Saat menanam dalam pot, pilih pot berukuran setidaknya berukuran 12 inci dan gunakan tanah pot berkualitas tinggi.

6. Pennyroyal (Mentha pulegium)

Sebagai anggota terkecil dari keluarga mint, Pennyroyal bukan hanya tanaman yang bisa mengusir kucing, namun juga mengusir berbagai serangga. Dalam bentuk ekstrak, tanaman ini sering digunakan dalam teh. Tanaman Pennyroyal baru bekerja dengan baik sebagai tanaman pembatas dinding pagar untuk pengusir kucing. Tanaman ini menikmati sinar matahari penuh tetapi dapat mentolerir naungan parsial.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Ramai Juga Alami Alahan Dengan Si Bulus Ini. Kini Saintis Dedahkan Telah Menjumpai Vaksin Buat Yang Alah Pada Kucing.

Alahan kepada kucing adalah sesuatu yang selalu berlaku kepada manusia. Simptom alahan tersebut selalunya tidak serius seperti selalu bersin dan mata merah dan ia juga boleh menjadi terlalu teruk hingga menyebabkan seseorang itu dimasukkan ke dalam hospital. Mereka yang mempunyai alahan kepada kucing ini selalunya akan mengelakkan diri daripada kucing dan mempunyai ubat anti-histamin dalam simpanan mereka.

Saya teringat waktu saya belajar dahulu. Kawan saya sangat suka kucing walaupun dia seorang yang alah kepada kucing. Setiap kali dia datang ke bilik saya dengan mata yang merah dan selesema yang teruk, saya dah dapat agak, dia mesti baru sahaja bermain dengan kucing. Kadang-kadang kawan saya hanya membelai sekejap sahaja, itu pun mampu mendatangkan simptom alahan yang teruk.Tetapi kajian terbaru ini mungkin akan membantu kawan saya ini ataupun mereka yang memerlukannya. Vaksin yang terbaru ini mungkin akan membantu mereka yang mengalami masalah alahan kepada kucing. Oleh itu, mereka pun boleh menjadi pencinta kucing seperti orang lain.

Vaksin untuk kucing bukan untuk manusia

Sebenarnya terdapat lebih kurang 5 bahan yang menyebabkan alahan dari kucing. Salah satu bahan tersebut adalah protein Fel d 1 yang merupakan salah satu bahan paling banyak dihasilkan oleh kucing. Protein ini banyak dihasilkan daripada air liur dan juga kalenjar sebum kucing. Sebanyak 10% daripada masyarakat adalah alah kepada protein ini.

Vaksin baru ini digunakan untuk meneutralkan protein Fel d 1 ini supaya ia tidak menyebabkan alahan kepada manusia. Seperti yang dilaporkan dalam The Journal of Allergy and Clinical Immunology, pengkaji daripada syarikat HypoPet telah berjaya menguji vaksin ini pada 54 ekor kucing yang berbeza. Pengkaji tersebut menyatakan bahawa vaksin ini berkesan untuk mengurangkan protein Fel d 1 pada kucing yang menerima suntikan tersebut.

Bahkan ia tidak tinggalkan sebarang kesan sampingan pada kucing yang diuji. Manusia akan mendapat faedah daripada rawatan ini kerana ia boleh mengelakkan pemilik kucing daripada mengalami sakit yang teruk seperti asma dan lebih imun kepada kucing tersebut.

Bagaimana vaksin ini dihasilkan

Kumpulan pengkaji tersebut menggunakan Virus ‘Cucumber mosaic’ bersama dengan protein Fel d 1 untuk merangsangkan penghasilan antibodi kepada protein tersebut. Selepas vaksin itu diberikan kepada kucing, sistem imun kucing itu akan menghapuskan protein Fel D 1 itu dengan sendirinya. Kucing yang divaksin itu juga didapati kurang menyebabkan alahan kepada manusia. Dengan adanya vaksin ini, anda tidak rasa serba salah lagi jika orang yang alah kepada kucing datang ke rumah anda. Bagi mereka yang alah kepada kucing sebelum ini juga mungkin boleh membela kucing selepas ini. Vaksin ini dihasilkan oleh syarikat Hypopet di US dan masih lagi dalam perbincangan dengan pihak berkepentingan supaya ia boleh diluluskan dan masuk ke dalam pasaran.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *