Si oyen ini bikin suspen bila ke klinik gigi disangkakan untuk lahirkan anaknya. Rupanya ini pula yang jadi.

Haiwan kucing Viral

Pernah tak korang alami pengalaman ada kucing yang beranak dekat rumah korang? Mesti masa tu korang dah panik kan nak buat apa. Kalau ada tu samalah kita hehe. Tapi kalau ada kucing yang menumpang dekat rumah korang tu maknanya tempat tu betul-betul selamat untuk dia. Namun lain pula yang jadi dalam situasi, ini apabila seekor kucing ni boleh dianggap ‘salah tempat’ nak melahirkan anaknya.

Oyen cari tempat untuk lahirkan anaknya dekat klinik gigi

Baru-baru ini telah tular di media sosial kejadian tentang seekor ‘Oyen’ yang membuatkan ramai orang cemas. Ceritanya apabila kucing tersebut datang ke sebuah klinik gigi untuk mencari tempat selesa untuk beranak.

Pada awalnya, staf di klinik tersebut menganggap bahawa kucing itu sedang lapar kerana dilihat ia berlegar dan mengiau di kawasan klinik itu. Namun bila dilihat pada perutnya yang begitu besar, staf disana dah mula resah merasakan yang dia nak mencari tempat untuk melahirkan anaknya. Beberapa buah video telah dimuat naik di akaun TikTok @gadislesungbatu dan sehingga kini telah meraih hampir 2 juta tontonan.

Habis cemas semua staf

Disebabkan risau si Oyen itu beranak di tempat tak sepatutnya, hampir semua staf yang ada di tempat kejadian menjadi panik. Selain itu, ada staf yang mencari kotak kosong untuk kucing itu. Sambil mencari kotak untuknya, Oyen itu terus mengiau dan mengikut saja staf itu pergi kemana. Betul jadi macam pesakit eh dia ni, gerammm je.

Rupanya rehearsal je

Di sebalik kekalutan yang berlaku di klinik itu, rupa-rupanya kucing tersebut belum nak melahirkan anaknya lagi. Menurut staf disitu, mereka bagai kena game dengan haiwan comel itu. Namun kucing tersebut hanya duduk di tempat yang telah mereka sediakan untuknya itu.

Di samping, si perakam menganggap kejadian yang berlaku itu hanyalah rehearsal untuk kucing tersebut waktu sebenar tiba. Wahhh oyen zaman now, ada due date juga tu. Gerammmm je tengok!

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Gadis Ini Tampil Untuk Cari Kucingnya Yang Hilang. Sekali Tak Sangka Ada Pula Yang Teman Kucingnya Bermain.

Meremang. Itu yang dapat dikatakan mengenai sebuah video tular di mana memaparkan kelibat mahkluk berambut panjang yang sedang duduk di tepi jalan dalam keadaan menyeramkan. Menerusi video yang dimuatnaik oleh akaun Tiktok Diana, dia berada di luar rumah pada jam 1 pagi untuk mencari dua ekor kucing miliknya yang tidak pulang.

Ketika meninjau di sekeliling kawasan rumah, dia menemui salah seekor kucingnya sedang berjalan berhampiran manakala seekor lagi berada di luar pagar rumah tetapi sedang ditemani oleh ‘seseorang’. Dia yang tidak sengaja merakam aksi tersebut melihat makhluk aneh berpakaian serba putih dan berambut panjang sedang duduk bermain dengan kucingnya di tepi jalan dalam keadaan hujan renyai. Tergamam melihat kemunculan makhluk berkenaan, dia bertindak melarikan diri ke dalam rumah sambil memanggil ahli keluarganya untuk membuka pintu dan lampu. Memang seram!

Allahuakbar, Astaghfirullahalazim!

Warganet yang membanjiri ruangan komen turut mengakui video berkenaan menyeramkan di mana rata-ratanya mendakwa memang terdapat kehadiran makhluk ghaib yang dirakam oleh gadis berkenaan. Malah, ada yang juga yang mendakwa makhluk berkenaan sebenarnya telah memberi petanda awal kehadirannya menerusi kamera video yang kabur selain terdengar bunyi seakan suara sedang menangis.

Tunjuk kat ustaz, memang ustaz cakap ‘benda’ tu betul

Dari awal dia dah bagi ‘hint’ kamera kabur

Video hantu paling ‘real’

Sumber: TikTok Diana

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Ramai Yang Gemar Bela Kucing Gergasi. Sekali Gadis Ini Tampil Dedahkan Tips Untuk Gemukkan Si Bulus.

Kucing merupakan haiwan yang paling disayangi oleh Nabi Muhammad SAW. Sesiapa sahaja yang melihatnya pasti akan tertarik dek kecomelan dan telatahnya yang mudah mencuit hati manusia. Seorang gadis bernama Aisyah Sulaiman sangat gemar membela dan merawat kucing sebagai haiwan peliharaan. Menariknya, kesemua kucing yang dipeliharanya sangat besar dan comel sehinggakan ia digelar sebagai ‘kucing gergasi’. Menerusi akaun Facebooknya, gadis ini telah berkongsi tips kepada warganet berkenaan cara merawat haiwan tersebut sehingga menjadi besar dan montel. Berikut merupakan 6 perkara yang harus diambil kira:

1. Baka

Baka merupakan antara faktor terpenting untuk menjadikan kucing anda montel dan besar. Awalnya, kucing peliharaan yang sedia ada di rumah gadis ini dikatakan berbaka campuran British Short Hair dan Domestic Cat yang berwarna kelabu. Kucing peliharaan itu pula kemudiannya dikacukkan dengan haiwan belaan baharunya yang berbaka Persian dan Flat Face. Kacukan ini secara tidak langsung telah menghasilkan generasi kucing baharu yang berketurunan kelabu dan oren.

2. Pemakanan

Dari segi pemakanan, gadis ini memberi hidangan berlainan kepada haiwan kesayangannya mengikut peringkat pertumbuhan kucing tersebut. Sewaktu di peringkat kitten, kucing berkenaan diberikan makanan Royal Canin. Setelah tumbuh dewasa, bekalan makanan ditukarkan kepada Taste Of The Wild Canyon & Rocky yang mana sangat baik untuk pertumbuhan dan penjagaan bulu serta badan si Meow.

Bagaimanapun, makanan ini hanya dibekalkan pada waktu siang sahaja kerana haiwan berkenaan akan dihidangkan dengan ikan selar rebus bersama nasi putih tanpa garam di sebelah malamnya. Pesannya lagi, penjagaan makanan bagi kucing yang berbulu lebat merupakan sesuatu perkara yang tidak harus dipandang enteng. Sekiranya berniat untuk memberikannya makanan secara langsung, elakkan daripada membekalkan ia makanan yang bergoreng, sebaliknya rebus kosong tanpa sebarang garam.

3. Makanan tambahan

Makanan tambahan yang berfungsi untuk menggemukkan kucing sememangnya pernah diberikan kepada haiwan kesayangannya. Namun, kini sudah tidak lagi diamalkan. Terpulang kepada individu untuk menggunakan supplement penggemuk atau tidak. Sekiranya enggan, cara tradisional yang paling efektif untuk menjaga bulu si bulus juga boleh dilakukan dengan mengamalkan pemakanan bahagian kuning dalam telur ayam.

4. Pasir

Berkenaan dengan pemilihan pasir yang sesuai, gadis ini tidak terlalu tegas dalam mengesyorkan kepada pembaca untuk menggunakan jenis pasir yang mahal atau murah. Namun, apa yang digunakan olehnya kini ialah Cat Sand dan Cat Litter. Sekiranya menginginkan kesan yang lebih efektif, pembela kucing digalakkan untuk menggunakan pasir mahal kerana ia lebih cepat menyerap najis dan kurang bergumpal. Untuk mengekalkan keselesaan dan kesihatan si bulus, penjaga turut digalakkan untuk sentiasa membersihkan bekas pembuangan najis secara konsisten dengan menggunakan peluntur agar tidak mudah terkena jangkitan virus Parvo.

5. Vaksin

Menurutnya lagi, kesemua haiwan itu telah diberikan suntikan vaksin. Lebih-lebih lagi untuk kucing yang berbulu lebat, suntikan ini harus diberikan kepada si bulus agar dapat mengelakkan ia daripada terkena penyakit kurap dan gatal-gatal.

6. Mandul

Kucing peliharaan yang telah disunat atau dikasi merupakan faktor yang mendorong untuk mereka menjadi semakin gemuk. Ini kerana kadar metabolisme si bulus menjadi semakin berkurang selepas ia dimandulkan. Rumusnya, untuk memelihara si bulus sememangnya tidak mudah. Namun, kecomelan dan telatahnya yang mencuit hati pasti memberikan impak bahagia kepada pembela kucing.

Sumber: Facebook

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *