Si bulus ini merajuk setelah kena tinggal oleh tuannya. Sekali bila tindakan ini dibuat Zoe terus muncul.

Haiwan kucing Viral

Rakaman monitor Zoe ketika namanya dipanggil. Bagi pencinta haiwan, berada jauh atau terpaksa tinggalkan haiwan kesayangan ini walaupun seketika bukanlah satu perkara mudah. Ketika musim perayaan atau cuti panjang, haiwan-haiwan peliharaan seperti kucing terpaksa ditinggalkan di rumah atau ada juga yang dihantar ke ‘hotel haiwan’ untuk dijaga.

Begitu juga dengan pemilik kucing ini yang terpaksa tinggalkan beberapa ekor kucing kesayangannya di rumah sahaja kerana tidak mahu ‘mereka’ merajuk jika dihantar ke hotel haiwan ketika pulang ke kampung di Johor Bahru sempena sambutan Hari Raya Aildiladha minggu lalu. Menurut Addy, 34, dia bersama kakak dan keluarganya terpaksa tinggalkan empat ekor kucing di dalam rumah selama beberapa hari.

Zoe dirakam menerusi kamera yang dipasang di rumah.

“Sebenarnya anak saudara tak ikut kami balik kampung sebab dia bekerja pada hari raya dan dialah yang menjaga kucing-kucing ini. Tetapi ada suatu hari tu, dia tidak ada di rumah sepanjang hari kerana bekerja. Rumah kakak saya ini dilengkapi dengan 15 kamera litar tertutup (CCTV) untuk kediamannya. Tetapi satu hari ketika kami memantau keadaan rumah itu, salah seekor kucing peliharaan yang dinamakan Zoe, baka British Shorthair tidak kelihatan. Jenuh kami memeriksa rakaman di setiap sudut rumah, namun langsung tak nampak dia,” kongsinya. Jelas Addy, kucing itu amat rapat dengan kakaknya.

Memandangkan jauh untuk pulang ke Kuala Lumpur, kakak saya ambil keputusan memanggil namanya menerusi monitor suara yang dipasang di rumah.

“Memandangkan jauh untuk pulang ke Kuala Lumpur, kakak saya ambil keputusan memanggil namanya menerusi telefon bimbit yang mempunyai akses kepada monitor suara yang dipasang di rumah. Jadi kakak saya panggil nama Zoe. Beberapa minit kemudian kucing itu muncul di monitor tunjuk muka. Rupa-rupanya dia menyorok di bawah langsir. Sebaik sahaja dia muncul, memang kami semua lega. Dia memang manja dan sentiasa nak dibelai,” jelas Addy yang berkongsi mengenai Zoe ini di laman Twitternya.

Mengulas mengenai pemasangan 15 buah CCTV di rumah kakaknya itu, Addy memberitahu ia adalah langkah keselamatan selepas rumah itu dirompak oleh pembantu rumah sendiri pada Mei lalu.

Zoe seekor kucing yang manja dan aktif.

“Sebelum ini memang ada CCTV, tetapi abang ipar tambah lagi di setiap tingkat rumah selepas pembantu rumah buat hal. Kami kerugian hampir RM100,000 dengan pelbagai barang yang hilang termasuk barang kemas, pakaian, kasut, set pinggan mangkuk dan sebagainya. Susulan kejadian itu, kami lebih berhati-hati. Walaupun sudah beberapa bulan berlalu, pembantu rumah yang berusia 25 tahun berketurunan Batak itu masih belum dapat dikesan. Laporan polis sudah dibuat, namun belum ada khabar berita. Saya percaya kejadian itu bukan dilakukan oleh dia seorang, sebaliknya mungkin ada rakan subahat,” ujar Addy.

Sumber : Mstar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Siapa Sangka Kucing Boleh Alami Seperti Ini Selepas Diberi Makan. Rupanya Ini Yang Berlaku.

Anda tidak memiliki kucing, tetapi jiran-jiran mempunyai banyak kucing. Sering kali kucing bertandang ke rumah anda dan mengiaw-ngiaw ketara dalam keadaan kelaparan. Mungkin kerana jiran balik kampung atau bergegas ke tempat kerja dan terlupa memberi makan kucing. Sebagai insan berhati halus anda mudah tersentuh dan sering menyediakan makan kucing walaupun tidak pernah memiliki atau membela kucing. Malangnya bila anda memberi makan sejurus kucing berkenaan telah berak dan muntah di kawasan rumah anda.

Kejadian sedemikian kadangkala melemah semangat anda untuk berbaik dengan si bulus tetangga. Mungkin maklumat ini dapat mengubat sedikit rasa kecewa ini, kerana sebenarnya haiwan yang comel itu sedang sakit.  Kemungkinannya kucing berkenaan dijangkiti cacing kerana jangkitan itu boleh berlaku bila-bila sahaja dalam kehidupannya. Lebih-lebih lagi mengikut laporan dari Cornell University College of Veterinary Medicine mengatakan yang lebih 45 peratus kucing akan dijangkiti parasit usus pada bila-bila masa.

“Adalah tidak normal sekiranya kucing tidak pernah dijangkiti oleh parasit ini,” kata Dr. Cathy Lund dari City Kitty, klinik veterinar yang khas untuk kucing. Berita baiknya, veterinar anda boleh merawat kecacingan pada kucing dengan efektif dan selamat tanpa perlu panik. Jadi selain memberi makan, apa salahnya bawa sekali kucing berkenaan ke klinik untuk diubati.

Jangkitan bergantung kepada jenis cacing namun selalunya kucing dijangkiti kecacingan kerana terdedah dengan telur atau najis kucing yang terjangkit. “Kucing terpijak najis yang dijangkiti kemudian menjangkit diri mereka sendiri ketika merapi tubuh badan mereka,” kata Dr. Lund.

Dalam beberapa kes, kucing yang selalu keluar rumah yang kemudiannya memburu tikus yang sememangnya mempunyai cacing dalam tisu mereka. Kucing kemudian memakan tikus tersebut lalu menelan tisu yang mempunyai cacing itu lalu larva cacing akan mula membesar di dalam usus kucing. Kucing juga boleh dijangkiti dengan memakan kutu yang membawa telur cacing atau digigit oleh larva cacing yang membenamkan di kulit kucing. Anak kucing juga boleh dijangkiti beberapa jenis cacing bulat apabila menyusu dari ibu yang kecacingan.

Cacing bulat membesar sehingga 3 ke 5 inci panjang dan makan makanan yang dihadam oleh kucing anda dan mencuri nutrien makanan tersebut. Cacing tersebut kemudian membiak dan bertelur yang kemudiannya dikeluarkan dari najis kucing (kemudiannya dijangkiti oleh kucing lain pula). Telur-telur cacing ini mengambil masa seminggu untuk menjadi infektif jadi pemilik kucing yang agak malas membersihkan kotak pasir kucing akan selalu membuatkan cacing ini bertambah menular. Kucing boleh dijangkiti dengan cacing pita (tapeworm), cacing cambuk (hookworm) dan cacing rotan (whipworm). Kucing dijangkiti cacing pita dengan memakan kutu yang dijangkiti dengan telur cacing pita atau selepas memakan tikus yang dijangkiti cacing.

Tanda-tanda kucing kecacingan

Kucing yang kecacingan akan mengalami cirit-birit, hilang selera makan atau muntah dengan tahap gejala-gejala yang berbeza bergantung kepada jenis cacing dan berapa teruknya jangkitan tersebut. Cacing pita dan cacing cambuk selalunya menyebabkan gejala ringan manakala cacing bulat dan cacing cangkuk lebih serius sehingga boleh menyebabkan anemia jika kucing anda teruk dijangkiti.

Pemilik kucing mungkin perasan cirit birit yang teruk, ada darah pada najis, muntah-muntah, perut kembung dan kehilangan berat badan ini semuanya berpunca dari kecacingan pada anak kucing. Kucing yang kuat makan tapi kurus pun berkemungkinan dijangkiti oleh cacing. Tidak mengesyorkan untuk melakukan sebarang petua rawatan di rumah kerana selalunya tidak efektif pun dalam menghapuskan kecacingan.

Bagaimana cara untuk mengelakkan kucing dijangkiti cacing?

Caranya mudah sahaja dengan pemberian ubat cacing secara berkala selang 6 bulan. Anda juga boleh melindungi kucing anda dengan memberikan ubat kutu samada pemberian secara ubat makan, ubat sapu mahupun kolar anti kutu. Ini membantu menghapuskan kutu yang selalunya punca kecacingan. Pastikan kucing anda tidak keluar rumah dan memburu tikus kerana dari memakan tikus juga menjadi punca kucing anda kecacingan.

Dalam kes yang jarang sangat untuk berlaku ada juga cacing yang boleh menyebabkan manusia sakit. Larva cacing bulat contohnya boleh berpindah ke kulit dan mata manusia. Jika merawat kucing anda yang kecacingan pastikan anda menjaga keselamatan diri sendiri. Jangan lupa memakai sarung tangan ketika membersihkan kotak pasir kucing, bersihkan kotak najis kucing anda dengan cepat, dan basuh tangan anda selepas selesai.(Visited 201 times, 1 visits today)

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *