Keperluan bela kucing bukanlah sekadar beri makan. Ini 5 perkara penting yang tak patut pemiliknya abaikan.

Haiwan kucing tips

Ramai daripada kita yang membela kucing sebagai haiwan peliharaan kerana sifatnya yang manja dan comel. Malah membela kucing juga sangat istimewa kerana ia bukan sahaja sebagai terapi malah dapat membentuk diri kita agar menjadi seorang yang bertanggungjawab dan berdisiplin.

Dalam Islam sendiri sangat menganjurkan untuk kita memelihara kucing malah terdapat pelbagai kebaikan termasuk mendapat pahala dan dimurahkan rezeki. Atas faktor itu juga, janganlah kita berkira dengan si bulus dalam menyediakan keperluannya bagi memastikan ia sentiasa sihat. Malah ia mendidik kita agar menjadi seorang yang tidak kedekut. Seperti Syafil Syazwan Jefri dia sendiri membela empat ekor kucing malah setiap bulan menyediakan peruntukan tertentu untuk kucing-kucing kesayangannya.

Makanan kucing diletakkan di tempat khas.

1. Makanan

Terdapat pelbagai jenis makanan kucing di pasaran cumanya, kandungan dalam makanan dan kualiti makanan itu berbeza. Sebaiknya beri kucing makanan jenis kering dan basah bagi makanan basah sekurang-kurangnya dua hingga tiga kali seminggu. Untuk menjimatkan kos selain mempelbagaikan diet kucing, pilihan seperti ikan dan ayam rebus boleh menjadi pengganti.

2. Pasir

Pasir juga penting dan berbelanjalah lebih sedikit untuk pastikan kualiti pasir yang digunakan dapat memerangkap bau dan menggumpal sisa buangan. Jadi rumah tidaklah berbau dan selesa.

Jangan lokek berbelanja untuk pasir berkualiti bagi memerangkap bau dan najis kucing.

3. Kos Perubatan

Ia bergantung kepada rawatan. Vaksin dan deworm boleh mencecah kos RM100 untuk seekor kucing manakala rawatan kutu juga penting, jadi jika ada peruntukan lebih boleh lakukan untuk kucing anda. Rawatan lain yang diperlukan kucing termasuk semburan dan neutered yang harganya berbeza mengikut tempat dan jantina, anggaran antara RM60 ke RM120 (kucing jantan) dan RM100 ke RM150 (kucing betina). Jika ada bajet lebih, mengapa tidak manjakan kucing anda dengan aksesori termasuk syampu, tisu basah, putik kapas dan sebagainya.

4. Mandi Kucing

Untuk mandikan kucing, cukup sekadar seminggu sekali dan sekiranya berkesempatan cuba untuk bersihkan badan kucing setiap hari terutamanya bahagian mata, telinga dan mulut untuk pastikan tiada sebarang jangkitan atau sakit. Sesekali, apa kata anda manjakan mereka dengan menghantarnya ke spa!

Kebersihan kucing juga perlu dititikberatkan barulah bertambah comel.

5. Jaga kebersihan

Bukan kucing sahaja yang perlu dijaga, pemilik juga perlu menjaga kebersihan dengan memastikan rumah dalam keadaan bersih dan memvakum karpet atau sofa agar tiada bulu kucing melekat. Bagi yang tinggal di kawasan perumahan, ambil kira juga faktor komuniti dan jangan kerana kecuaian atau anda mengabaikan kebersihan kucing ia menyusahkan pihak lain.

6. Air Filter

Jika anda mempunyai peruntukan lebih mengapa tidak memasang penapis udara bagi memastikan pengaliran udara dalam rumah dalam keadaan baik malah ia boleh menghapuskan bau yang tidak selesa.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Satu Gelagat Pelik Apabila Si Bulus Tiba Tiba Masuk Padang Sewaktu Pemain Rehat. Rupanya Ini Yang Si Bulus Lakukan.

Entah dari mana datangnya, seekor kucing di Turki menarik perhatian orang ramai apabila muncul di kawasan padang bola ketika permainan sedang berlangsung. Dalam video dikongsikan CBS News, kucing tersebut dikatakan memasuki padang itu ketika para pemain sedang berhenti berehat untuk berbuka puasa.

Ia kemudiannya berlari dan berhenti seketika dalam keadaan mencurigakan dengan posisi separa mencangkung sambil wajah seakan ‘berkerut’ memerhati sekeliling. Bagaimanapun, si comel itu telah dikejar keluar dari padang bagi memberi laluan untuk para pemain meneruskan perlawanan bola.

Walau tidak dipastikan bagaimana kucing itu terlepas ke dalam padang dan tujuannya, namun rakaman ini telah menghiburkan ramai orang yang melihatnya.

Sumber: CBS News

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Siapa Sangka Kucing Boleh Alami Seperti Ini Selepas Diberi Makan. Rupanya Ini Yang Berlaku.

Anda tidak memiliki kucing, tetapi jiran-jiran mempunyai banyak kucing. Sering kali kucing bertandang ke rumah anda dan mengiaw-ngiaw ketara dalam keadaan kelaparan. Mungkin kerana jiran balik kampung atau bergegas ke tempat kerja dan terlupa memberi makan kucing. Sebagai insan berhati halus anda mudah tersentuh dan sering menyediakan makan kucing walaupun tidak pernah memiliki atau membela kucing. Malangnya bila anda memberi makan sejurus kucing berkenaan telah berak dan muntah di kawasan rumah anda.

Kejadian sedemikian kadangkala melemah semangat anda untuk berbaik dengan si bulus tetangga. Mungkin maklumat ini dapat mengubat sedikit rasa kecewa ini, kerana sebenarnya haiwan yang comel itu sedang sakit.  Kemungkinannya kucing berkenaan dijangkiti cacing kerana jangkitan itu boleh berlaku bila-bila sahaja dalam kehidupannya. Lebih-lebih lagi mengikut laporan dari Cornell University College of Veterinary Medicine mengatakan yang lebih 45 peratus kucing akan dijangkiti parasit usus pada bila-bila masa.

“Adalah tidak normal sekiranya kucing tidak pernah dijangkiti oleh parasit ini,” kata Dr. Cathy Lund dari City Kitty, klinik veterinar yang khas untuk kucing. Berita baiknya, veterinar anda boleh merawat kecacingan pada kucing dengan efektif dan selamat tanpa perlu panik. Jadi selain memberi makan, apa salahnya bawa sekali kucing berkenaan ke klinik untuk diubati.

Jangkitan bergantung kepada jenis cacing namun selalunya kucing dijangkiti kecacingan kerana terdedah dengan telur atau najis kucing yang terjangkit. “Kucing terpijak najis yang dijangkiti kemudian menjangkit diri mereka sendiri ketika merapi tubuh badan mereka,” kata Dr. Lund.

Dalam beberapa kes, kucing yang selalu keluar rumah yang kemudiannya memburu tikus yang sememangnya mempunyai cacing dalam tisu mereka. Kucing kemudian memakan tikus tersebut lalu menelan tisu yang mempunyai cacing itu lalu larva cacing akan mula membesar di dalam usus kucing. Kucing juga boleh dijangkiti dengan memakan kutu yang membawa telur cacing atau digigit oleh larva cacing yang membenamkan di kulit kucing. Anak kucing juga boleh dijangkiti beberapa jenis cacing bulat apabila menyusu dari ibu yang kecacingan.

Cacing bulat membesar sehingga 3 ke 5 inci panjang dan makan makanan yang dihadam oleh kucing anda dan mencuri nutrien makanan tersebut. Cacing tersebut kemudian membiak dan bertelur yang kemudiannya dikeluarkan dari najis kucing (kemudiannya dijangkiti oleh kucing lain pula). Telur-telur cacing ini mengambil masa seminggu untuk menjadi infektif jadi pemilik kucing yang agak malas membersihkan kotak pasir kucing akan selalu membuatkan cacing ini bertambah menular. Kucing boleh dijangkiti dengan cacing pita (tapeworm), cacing cambuk (hookworm) dan cacing rotan (whipworm). Kucing dijangkiti cacing pita dengan memakan kutu yang dijangkiti dengan telur cacing pita atau selepas memakan tikus yang dijangkiti cacing.

Tanda-tanda kucing kecacingan

Kucing yang kecacingan akan mengalami cirit-birit, hilang selera makan atau muntah dengan tahap gejala-gejala yang berbeza bergantung kepada jenis cacing dan berapa teruknya jangkitan tersebut. Cacing pita dan cacing cambuk selalunya menyebabkan gejala ringan manakala cacing bulat dan cacing cangkuk lebih serius sehingga boleh menyebabkan anemia jika kucing anda teruk dijangkiti.

Pemilik kucing mungkin perasan cirit birit yang teruk, ada darah pada najis, muntah-muntah, perut kembung dan kehilangan berat badan ini semuanya berpunca dari kecacingan pada anak kucing. Kucing yang kuat makan tapi kurus pun berkemungkinan dijangkiti oleh cacing. Tidak mengesyorkan untuk melakukan sebarang petua rawatan di rumah kerana selalunya tidak efektif pun dalam menghapuskan kecacingan.

Bagaimana cara untuk mengelakkan kucing dijangkiti cacing?

Caranya mudah sahaja dengan pemberian ubat cacing secara berkala selang 6 bulan. Anda juga boleh melindungi kucing anda dengan memberikan ubat kutu samada pemberian secara ubat makan, ubat sapu mahupun kolar anti kutu. Ini membantu menghapuskan kutu yang selalunya punca kecacingan. Pastikan kucing anda tidak keluar rumah dan memburu tikus kerana dari memakan tikus juga menjadi punca kucing anda kecacingan.

Dalam kes yang jarang sangat untuk berlaku ada juga cacing yang boleh menyebabkan manusia sakit. Larva cacing bulat contohnya boleh berpindah ke kulit dan mata manusia. Jika merawat kucing anda yang kecacingan pastikan anda menjaga keselamatan diri sendiri. Jangan lupa memakai sarung tangan ketika membersihkan kotak pasir kucing, bersihkan kotak najis kucing anda dengan cepat, dan basuh tangan anda selepas selesai.(Visited 201 times, 1 visits today)

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *