Ada yang merasakan mandulkan kucing ini membebankan si bulus. Sekali ada pihak yang tampil jelaskan.

Haiwan kucing tips

Walaupun hampir setiap rumah, pasti akan membela si bulus untuk memeriahkan lagi rumah anda dan menghilangkan segala tekanan harian. Tapi saya percaya pasti ramai lagi yang belum tahu soal mandulkan kucing. Pertama,kucing bila sudah beranak-pinak terlalu banyak, confirm akan jadi masalah. Jangan mahu menipulah mampu bela banyak-banyak. Saya pernah membela sampai 53 ekor. Bezanya saya mandulkan semua, maka saya mampu bela sebanyak itu tanpa masalah.

Sila faham yang kucing banyak sebab banyak dikutip/diselamatkan adalah sangat jauh berbeza dengan banyak sebab beranak pinak, diternak. Bila kita sendiri yang kutip banyak-banyak, maka kita ikhlas bela, apa pun masalah pun kita dapat selesaikan. Berbeza dengan penternak kucing, bila ada masalah sikit, terus mahu jual kucing. Kadang-kadang tiada apa masalah pun, cuma sudah malas, jemu atau fed-up saja sebenarnye tetapi alasan mahu jual itu macam masalah dia sorang sahaja atas muka bumi ini yang tidak boleh selesaikan.

Tolong faham yang cari adopter untuk kucing-kucing ternakan adalah suatu perkara yang salah. Kucing-kucing terbiar lebih banyak yang memerlukan adopter tapi sampai hati korang ye ‘curi’ potential adopter mereka. Habis harapan kucing-kucing terbiar ini mahu dapat rumah berkecai berderai. Tak rasa bersalah ke? Tak kisahlah korang mahu bagi adopt secara percuma ke, “untung bagi adopt daripada buang” ke, yang pasti korang memang tidak bertanggungjawab. Bela kucing tiada jiwa, boleh senang-senang dilepaskan. Catlover palsu.

Berbalik kepada isu asal, hukum memandulkan kucing hanya ada 2, tidak harus, haram. Tiada wajib, tiada sunat. Sememangnya korang boleh pilih mahu ikut yang mana. Korang boleh bagi alasan “hak kamilah mahu ikut yang mana” tetapi perlu ingat yang keputusan korang itu akan memberi impak yang sangat besar yang sama ada membuatkan nasib kucing-kucing terbiar terbela atau memburukkannya lagi. Memanglah hak itu merupakan hak korang sama ada mahu kutip atau beli kucing, tapi di mana sifat perikemanusian korang sampai sanggup keluarkan kenyataan macam tu ? Tidak kasihankan kat kucing terbiar ke? Kesian sahaja tidak mencukupi kalau tiada sebarang tindakan.

Bagi sesiapa yang ikut pendapat Ustaz Azhar Idrus & fatwa Jakim, maka kebarangkalian korang untu menjadi pembuang kucing tegar adalah sangat tipis. Saya berani cakap sebab saya salah sorang daripadanya. Bagi sesiapa yang ikut pendapat Ustaz Kazim Elias, kebarangkalian untuk korang jadi pembuang kucing tegar adalah sangat tinggi. Kenapa? Sebab kita ini manusia, kaya macam mana pun takkan mampu bela kucing yang terlalu banyak tanpa menyusahkan orang lain.

Pendapat kedua-dua ustaz itu betul. Tapi fatwa itukan adalah perbincangan sekumpulan ustaz yang bermakna ianya lebih tepat dan boleh dipercayai berbanding dengan ustaz persendirian, lantaklah fatwa Jakin tentang makanan yang berubah-ubah, Cadbury ada bab*lah ,sekejap tiadalah, tetapi pasal kucing tidak pernah berubah. Jadi, ikut sajalah fatwa mandulkan kucing itu harus sudah dikeluarkan sejak tahun 2002 lagi, 15 tahun lepas tahu, tidak pernah berubah sampailah sekarang. Kalau still mahu ikut Ustaz Kazim Elias punya pendapat, silakan, tetapi :

1. Jangan cari adopter utk kucing-kucing ternakan, itu adalah tindakan tidak bertanggungjawab kerana memburukkan lagi nasib kucing-kucing terbiar.

2. Kalau terjumpa kucing-kucing terbiar yang sakit, jangan menyusahkan rescuer, sendiri jumpa sendirila selamatkan. Apa? Tidak mampu sebab kucing sudah banyak? Siapa suruh ternak.

3. Kalau sudah tidak mampu bagi makan sebab jumlah sudah terlalu banyak, jangan buka donation. Malu sikit muka itu, masalah sendiri yang degil tetapi orang lain pula yang perlu disusahkan.

4. Jangan bila sudah beranak-pinak banyak-banyak, dibuang.

5. Pandai ternak pandailah jaga sendiri, jangan sampai jiran-jiran terasa beban, berdosa itu.

Cukuplah sampai situ. Sekali lagi mahu dingatkan, kedegilan anda akan memberi impak yang sangat besar ye. Pos ini khas untuk sesiapa yang mampu tetapi tetap berdegil tidak mahu mandulkan dengan macam-macam alasan. Bagi yang tidak mampu, tolong asingkan jantan betina. Jadi, jangan dibiar mengawan  dan beranak-pinak.

Bagi sesiapa yang merasakan memandulkan kucing itu menyeksakanlah, menyeksakan batinlah, kucing pun mahu ada anaklah, tolong terangkan kenapa bila anak-anak sudah umur 3-4 bulan, ibu dia tinggalkan anak-anak itu? Sebab kucing mengawan kerana hormon, bukan kerana nafsu atau pun mahukan anak. Kucing tiada akal, dia tidak pilih untuk jadi kucing dan beranak-pinak tidak terkawal.

Last but not least,fakta tapi ramai tak percaya,bahawa kucing2 terbiar di luar sana, ditangkap & disuntik mat1 oleh majlis perbandaran setiap daerah masing-masing di seluruh Malaysia, tiada daerah atau negeri yang terkecuali. Hiduplah dalam fakta ni. Dan hidup la dalam rasa bersalah bagi sesiapa yg pernah buang kucing.

Sumber : Fad’s Feline Family

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Pasti Ada Yang Pelik Mengapa Kucing Sering Menggigit Kaki Manusia. Ini Alasannya Selama Ini.

Kucing menjadi salah satu haiwan yang digemari banyak individu. Tak hairan sekiranya banyak individu yang memilih kucing sebagai haiwan peliharaan mereka. Belum lagi tingkahnya yang menggemaskan membuat kita selalu senang bermain dengan kucing. Bagi Anda yang memelihara kucing, mungkin sudah tak asing dengan salah satu kebiasaannya yang gemar menggigit kaki Anda. Mungkin banyak yang belum tahu rupanya ada beberapa alasan yang menyebabkan kucing senang menggigit kaki manusia. Melansir dari Brightside, Jumat (1/1/2021), berikut ulasannya.

1. Bosan

Salah satu alasan utama kucing menggigit kaki Anda adalah kerana kebosanan. Naluri berburu yang melekat pada semua kucing membuat mereka secara alami ingin menangkap semua yang mereka lihat saat berada di luar rumah. Dan jika kucing Anda menghabiskan banyak waktu sendirian atau anda tidak cukup memerhatikannya, kemungkinan besar dia akan mencuba mengejar Anda. Itu kerana bermain adalah cara untuk merangsang perbuatan berburu mereka.

Jika kucing anda harus mengembangkan naluri berburu sendiri, kaki atau pergelangan kaki Anda adalah individu yang tidak bersalah yang tepat untuk dikejar kerana mudah diakses dan selalu bergerak. Dengan cara ini, kucing akan senang mencuba menangkap Anda, dan pada saat yang sama, mereka akan memastikan anda memerhatikan kebolehannya. Untuk mencegah hal ini terjadi, cubalah untuk sering bermain dengan kucing dan jika tidak boleh, berikan mainan yang aman yang dapat membantunya tetap terhibur sepanjang hari.

2. Sedang Merasakan Kegembiraan yang Berlebihan

Haiwan peliharaan sering kali tidak tahu cara mengelola tenaga dan kegembiraan berlebih mereka. Ini mungkin menjadi alasan di sebalik kucing Anda yang secara tiba-tiba menggigit kaki anda ketika terjadi sesuatu yang membuat mereka sangat bahagia. Fikirkan saat kucing Anda menggigit kaki Anda. Ini mungkin saat-saat ketika anda bermain-main dengan mereka atau menawarkan mereka sesuatu yang sangat mereka sukai.

Meskipun penyebab masalah ini tidak selalu buruk, sangat penting bagi Anda untuk mengajari kucing Anda bahwa menyakiti Anda bukanlah hal yang baik. Untuk memperbaiki perilaku ini, Anda dapat menggunakan penguatan positif.

Saat kucing menggigit kaki anda kerana kegembiraan, hentikan apa yang anda lakukan, apakah itu memberi makan atau bermain dengannya. Kemudian bantu kucing untuk tenang, dan saat mereka tenang beri dia hadiah dengan bermain lagi atau memberinya hadiah.

3. Sakit

Jika kucing Anda menggigit kaki anda saat Anda sedang tidur atau sedang berehat, anda disarankan untuk memeriksa kesihatan kucing Anda. Pastikan kucing Anda tidak mengalami sebarang luka atau tidak merasa sakit. Saat kucing merasa tidak aman atau sakit, mereka mencari perhatian anda. Mereka mencuba memperingatkan Anda bahawa mereka memerlukan bantuan anda, dan salah satu dari banyak cara mereka melakukannya adalah dengan menggigit kaki Anda.

4. Miliki Perilaku Agresif

Beberapa kucing menggigit kaki atau pergelangan kaki Anda hanya kerana mereka agresif. Ini mungkin kerana masalah sosialisasi yang mereka alami sejak mereka kecil atau lingkungan yang menimbulkan stres bagi mereka. Jika kucing anda berada dalam salah satu situasi ini, mereka dapat menyerang anda sebagai bentuk pertahanan diri.

Jika anda berada dalam situasi di mana kucing anda menggigit kaki anda karena stres, sebaiknya hubungi doktor haiwan atau ahli etologi kucing sesegera mungkin. Mereka akan dapat memberikan saran dan membantu anda mengidentifikasi sumber spesifik agresi kucing anda. Jika kucing anda sangat agresif atau gigitannya menyebabkan sakit serius, Anda juga harus mencari pertolongan medis segera setelah anda digigit. 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *